Tuesday, February 20, 2018

Meet & Greet Shila Amzah @ Asyikin Exclusive, Setapak Central

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan pergi ke Setapak Central untuk menghadiri satu event Meet & Greet Bersama Shila Amzah sempena pembukaan cawangan terbaru butik Asyikin Exclusive di Setapak Central.


Shila Amzah telah dipilih menjadi rakan strategik untuk mempromosikan koleksi terbaru butik Asyikin Exclusive yang sudah tidak asing lagi namanya di kalangan hijabista-hijabista di luar sana. Biarpon masih sibuk dengan urusan perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi, Shila Amzah tetap tidak mahu ketinggalan terutama dalam bidang perniagaan. Lantas beliau bersetuju untuk berkolaborasi bersama Asyikin Exclusive.


Menurut Pn Asyikin, pemilik butik Asyikin Exclusive, dia sangat selesa bekerja bersama Shila Amzah kerana sikap positif yang ditunjukkannya. Tambahnya lagi, Shila sangat komited dan memberi komitmen yang bagus dalam mempromosikan jenama Asyikin Exclusive kepada peminat-peminatnya.



Shila Amzah mempunyai aura yang luar biasa di mana beliau cukup terkenal di negara China. Peminat-peminat beliau beliau ramai di kalangan masyarakat Chinese from mainland China. Baik yang muslim mahupon yang bukan muslim. Mereka turut sama-sama hadir ke event petang tersebut. Suasana menjadi agak sedikit tidak terkawal sewaktu kedatangan Shila ke butik Asyikin Exclusive yang terletak di ground floor Setapak Central.



Shila yang fasih berbahasa mandarin, memberikan sedikit ucapan sepatah dua kata di dalam bahasa tersebut khusus untuk peminat-peminatnya yang datang dari China untuk ke event tersebut. Beliau juga sempat mendendangkan dua buah lagu berbahasa mandarin pada petang tersebut sebelum acara bergambar bersama peminat.


Ketika sesi bergambar, keadaan semakin jadi tidak terkawal, di mana peminat-peminat Shila berasak-asak untuk mengambil gambar bersamanya. Alhamdulillah, keadaan tersebut berjaya dikawal dan sesi bergambar pada petang tersebut berjalan lancar tanpa ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selain Shila Amzah, Puteri Sarah dan Sherry Al-Hadad juga merupakan rakan strategik Asyikin Exclusive

Aku pon gigih merempuh berasak bersama peminat-peminat fanatik beliau untuk mendapatkan sekeping gambar bersama. Rupa-rupanya, media dan blogger ada special treatment yang mana kami ada sesi khas bersama Shila. Ya Allah, kenapalah baru bagi tahu. Tak ke gigih aku bergasak awal-awal tadi.

Enjoy the video

Kami dibawa ke tempat khas untuk menemubual Shila dan setiap sorang daripada kami dapat meluangkan masa bersama Shila untuk bergambar dan bertanyakan apa-apa soalan kepadanya.


Tahniah Pn Asyikin di atas pembukaan cawangan baharu Asyikin Exclusive di Setapak Central. Semoga perniagaan Pn Asyikin terus maju dan dimurahkan rezeki. Who knows lepas nie akan membuka lebih banyak lagi cawangan.


Sekiranya korang nak membeli koleksi pakaian muslimah Asyikin Exclusive, boleh lah datang ke Setapak Central Kuala Lumpur, ataupon boleh dapati di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan pusat beli-belah Mahkota Parade.


Fesyen muslimah yang moden tetapi masih lagi mengekalkan keayuan, kesopanan yang berlandaskan syariah pemakaian wanita muslim boleh didapati di butikAsyikin Exclusive yang berhampiran anda. Tahniah sekali lagi kepada Pn Asyikin di atas pembukaan cawangan baru butik Asyikin Exclusive di Ground Floor Setapak Central, Kuala Lumpur.

6 comments:

  1. Wow jumpa artis Malaysia level Antarabangsa. Bertuah badan.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt jumpa Shila Amzah.kesian dia kena berasak asak nak amik gambar Shila sekali ada sesi kahs utk media dan blogger...sia sia je berasak asak nak amik gambar..penat je kan

    ReplyDelete
  3. singgah sini. :) bestnya dapat jmpa shila hamzah. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini