Assalamualaikum dan salam sejahtera
Destinasi Travelogue South Perak yang aku nak ceritakan kali nie sangat menarik. Kalau macam tempat-tempat sebelum nie, walaupon aku tak pernah pagi tempat tu, tapi nama tempat tu aku tahu dan pernah dengar. Tempat yang aku lawati kali nie, sangat menarik tapi serious aku tak pernah tahu kewujudan tempat nie. Bahkan nama pon tak pernah dengar.
Nama tempat nie ialah REFARM yang terletak di Kampar Perak. Tempat nie serious menarik gila. Macam-macam korang boleh lakukan di sini. Tempat yang sesuai untuk korang meluangkan masa bersama keluarga. Nak menginap di sini boleh, tak nak menginap pon tak apa. Korang boleh bawak family mandi-manda di kolam ataupon ke mini zoo yang terdapat di sini. Yang penting, tiket masuk hanya RM 10 je uolssssss !
Sebelum aku tunjukkan apa yang menarik sangat dalam Refarm, aku nak ajak korang menikmati hidangan di restoran yang terdapat di Refarm nie. Tengahari tu kami dijamu dengan hidangan-hidangan yang maha sedap. Serious sedap gila !
I love the combination. Mantis Prawn (Udang Lipan) with salted egg
Everything with prawns is a big YESSSSSS
My first time ever heard and tasted Bantong Sauce. Sangat sedap ! Rasa dia masin-masin pedas.
Also my first time ate a catfish. Sangat lembut isi dia. Sedap !
Hampir kesemua bahan mentah untuk restoran di Refarm nie dipetik atau didapati dari kolam ikan dan kebun sayur yang terdapat di Refarm sendiri. Jadi bahan-bahannya sangat fresh ye. Macam catfish kat atas nie, uishhh memang sedap gila !
Selalu goreng ayam guna serbuk kunyit kan ? Dah selalu sangat mengunyit, so kita makan ayam goreng serbuk kari pulak. Boleh try masak di rumah.
Just okay. I am not a big fan of steamed egg.
OMG sedap gila terung nie !!
Yang nie pon sedap jugak. Rasa dia secukup rasa.
Who doesn't love Kangkung Masak Belacan kan ? I know everyone do. Recommended !
Air buah markisa fresh. WEYHHHHHH SEDAP GILA !!!!!!!
Air markisa nie depends pada stok markisa yang ada di kebun. Kalau kat kebun banyak buah-buah markisa yang dah ranum, makanya dapatlah korang menikmati air buah markisa yang sangat sedap dan segar ini. Alhamdulillah rezeki kami, markisa banyak yang dah ranum maka dapatlah merasa air buah markisa nie.
Waktu operasi Restoran Refarm
Kalau tak nak menginap di sini, korang boleh je masuk sini untuk bermain dekat taman-taman tema Refarm. Macam-macam ada tau dalam Refarm nie. Meyh kita terjah satu-persatu.
Harga tiket masuk RM 10 je weyhhh untuk 12 tahun ke atas !
Pengunjung akan dapat menyaksikan satu "kedai" yang menjual madu lebah asli. Literally the first thing yang korang akan nampak bila masuk ke dalam Refarm nie. Lebah madu dekat sini asli sebabnya dorang ada tempat penghasilan madu. Takut juga pada mulanya, sebab takut kena sengat.
Kami berpeluang merasa setiap jenis madu yang dihasilkan di Refarm nie.
Selain itu, pengunjung boleh bermandi-manda di kolam yang disediakan di sini. Terdapat banyak kolam yang ada di Refarm nie. Pilih je nak mandi dekat kolam yang mana. Kolam kanak-kanak pon ada disediakan. Aku yakin budak-budak pasti seronok dapat mandi-manda di sini.
Korang juga boleh melakukan aktiviti Pedal Boat dengan kadar sewa yang berpatutan. Gambar di bawah nie merupakan sebut harga untuk sewa boat di sini.
Kalau nak sewa basikal untuk keliling satu Refarm nie pon boleh. Macam-macam jenis basikal ada. Basikal kanak-kanak pon ada disediakan.
Dan di sini juga terdapatnya satu gua yang dinamakan Time Tunnel. Dalam gua nie terdapatnya sejarah-sejarah penubuhan Perak dan sekaligus menceritakan sejarah negeri Perak dan Kampar. Banyak info-info sejarah mengenai Perak dipamerkan dalam gua Time Tunnel nie.
Cenderamata juga ada dijual dalam Time Tunnel. So korang kalau nak beli souvenir untuk kawan-kawan or family, boleh lah beli dekat sini.
Selain itu, di Refarm nie juga terdapatnya mini zoo. Memang terkejut jugak bila tahu tu. Walaupon tak semua haiwan ada, tapi kira okaylah. Haiwan-haiwan yang ada nie pon, aku pasti kanak-kanak mesti suka. Korang bukan sahaja dapat melihat haiwan-haiwan nie, malah korang boleh turut sama-sama memberi mereka makan. Awesome kan ?
Burung unta pon ada weyh !
Gigi nak selfie dengan burung unta
Dan hasilnya !
Dan yang paling penting, korang boleh menginap di Refarm dengan harga semalaman yang sangat berpatutan. Terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan di sini. Satu Farm Stay dan satu lagi Villa Stay. Dan setiap jenis yang ada nie terbahagi lagi kepada beberapa jenis bilik. Mari kita terjah satu-persatu.
FARM STAY
Ini bangunan untuk bilik-bilik yang terdapat di Farm Stay.
Jenis-jenis bilik yang ada di Farm Stay ialah :
The Cabin (4 person) : RM 250/room
The Brick (6 person) : RM 300/room
The Cave (2 person) : RM 150/room
Bilik air tak attach, bilik air ada disediakan di luar, insyaAllah cukup untuk semua orang. Yang paling penting, bersih sangat-sangat !! Selain itu, penginapan di Farm Stay juga dapat menggunakan kemudahan seperti bilik rehat yang adanya tempat untuk berkaraoke. Sarapan juga ada disediakan untuk mereka yang menginap di sini.
Villa Stay
Terdapat 2 jenis villa. Satu untuk 4 orang dan satu lagi untuk 6 orang. Mereka yang memilih untuk menginap di Villa dapat menggunakan private pool yang disediakan. Hanya mereka yang stay di villa saja dapat menggunakan kemudahan ini.
Villa for 4 person
Villa setengah tingkat yang sangat unik dan selesa untuk 4 orang. Terdapatnya bilik air yang attached di dalam rumah, living room dan juga televisyen. Agak luas dan sangat unik binaanya !
Villa for 4 person
Villa for 6 person
Villa untuk 6 orang ini terdapatnya dua bilik. Satu bilik untuk 4 orang dan satu lagi bilik untuk 2 orang.
Terdapatnya attached bathroom, living room dan televisyen di setiap bilik.
Dan yang paling best, buka pintu belakang je, pengunjung dapat terus access ke private swimming pool yang disediakan untuk mereka yang menginap di villa sahaja. Memang syok lah !
Villa for 4 person : RM 350/villa
Villa for 6 person : RM 600/villa
Menarik kan Refarm nie ? Banyak sangat tarikan yang terdapat di Refarm. Dan yang paling best, restoran yang terdapat di Refarm !
REFARM - FARM, FOOD & STAY
LOT 6059, JALAN TEMOH KAMPAR
35350 TEMOH, PERAK DARUL REDZUAN
Website : http://refarm.com.my/
Email : info@refarm.com.my
Tel : 012-502 6115
Business hour :
Leisure farm : 9am - 6pm
Restaurant : 11am - 3pm , 6pm - 10pm
(Monday to Sunday, Every Tuesday off except school and public holiday)
Tiket masuk Leisure Farm :
12 tahun dan keatas : RM 10
11 tahun dan kebawah : RM 5
Mereka yang nak datang menggunakan pengangkutan awam pon boleh. Ambik ETS, turun di Kampar Station. Dari Kampar Station, boleh menggunakan Refarm Van Service untuk ambik korang. Cas bayaran hanyalah RM 10 satu van. Katanya dekat je Station ETS Kampar dengan Refarm nie. Boleh call no nie 012-502 6115 untuk tempahan van.
So, jom pakat-pakat bawak family datang ke REFARM !
Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea
kerana telah menaja travelogue kali ini.
Nampak menarik juga kat sini. Kalau balik Ipoh bole la singgah. Seram pulak tengok bulat2 sarang lebah tu....hee hee
ReplyDeletefuh.. scroll punya scroll tetiba rasa jeles dan kagum kot bila tengok zharif dah merata-rata pi.. nak pulak tempat yang cantik dan enjoy macam refarm ni.. bilakah dapat merasa pi sana.. huhuhu
ReplyDeleteTerliur betul tgk kankung goreng belacan tu.. Perak zaza belum pernah lagi jejak..
ReplyDeleteMemang lawa kawasan tempat ni.. Villa2 dia pun cantik. Bab makanan tu mmg mavelesss hehe..
1st time jugak dengar tempat ni. Menarik sangat. Tapi tak tahan tengok lauk pauk tu. Tersangat sedap. Kecur ailio.
ReplyDeleteMenariknya tempat kat sini semua ada lengkap chalet ada restoran ada tengok makanan pun semua best-best lepas tu aktiviti boleh buat macam2 tak bosan....
ReplyDeleteWaw waw waw.. menarik ni.. kene ajak geng ke sana ni.
ReplyDeletebestnya tempat ni...steamed egg first time tgk
ReplyDeletecantik dan menarik Refarm ni. memang sesuai ajak family bercuti sini. macam2 aktiviti ada pulak tu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Menarik juga nie. Macam nak propose kat boss untuk buat team building kat sini hehe
ReplyDeletetempat menarik, makanan sedap, ada kolam mandi utk bersantai bersama famili - memang terbaiklah kalau macam ni..terima kasih atas perkongsian ini bro.. 1st time dengar juga tempat ni!
ReplyDeleteAdudududu tengok makanan macam tu terus rasa nak pergi segera! Kalau makanan sedap, tempat macam ni ruby ok je. hahaha. Nak pergi satu hari nanti!
ReplyDeleteMata akak x lepas dari tengok makanan tu semua especially air passion fruit tu..nampak segar
ReplyDeleteMenarik yer tempat ni. Huda memang tak pernh jalan2 perak, so tempat ni wajib masuk dalam list travel nt. TQ sharing tempat best ni
ReplyDeletelooks so fun there. good for family vacay
ReplyDeleteBestnya temoat ni...sekali sekala mai bercuti kat tmpt2 mcm ni best jugak kan..
ReplyDeleteMemang terbaik lah
Harga tiket da tukar start Nov 2018 12 tahun ke atas rm15, 11 tahun ke bawah rm8. Tpt ni bersih n selesa.. toilet pn xde bau. Kolam best.. tgk ramai org tempatan dtg cni bw mknn cam picnic.
ReplyDelete