Tuesday, July 26, 2016

Internship At UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum and good day everyone

Kemainn. Entri raya pon belum up lagi, tapi entri praktikal naik dulu. Nie excited sangat dah nie.

Anyway, hai semua. Maaf dah lama tinggalkan blog. Busy sikit lately. Kali terakhir aku update entri adalah the day aku kemalangan, 24 June. Yes, i had an accident last month. Habis sopak tangan aku weyhh. Since then tak terupdate-update blog nie. Maaf naa. Actually banyak je masa terluang tapi mood nak menaip tu tak ado. Anyway, aku tengah dalam proses menyiapkan entri masa kat India, tapi tak siap-siap lagi. Apa-apa pon, kita up cerita praktikal dulu yer.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita kembali ke pangkal jalan. Bukan dengan cara bertaubat, tapi dengan cara baca semula tajuk entri di atas.
.
.
.
.
Nampaknya semua dah kembali ke pangkal jalan, Alhamdulillah. Mari kita proceed.


Sekarang nie, aku tengah berpraktikal di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam di bawah Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK). Dah masuk minggu ketiga aku di sini. Aku akan berpraktikal selama 16 minggu. So pandai-pandai lah korang kira, bila aku akan habis praktikal. Hihi

Kenapa UiTM Puncak Alam ? Sebab agensi pertama yang aku mohon, reject permohonan aku dengan alasan "Kes paling teruk di matrik nie pon hanyalah kes pelajar ponteng kelas, lagipula, kos awak nie clinical setting, so macam tak sesuai je berpraktikal di sini. Lagipon, sepanjang 6 tahun saya berkhidmat di matrik nie, tak pernah ada lagi students yang dapat praktikal sini walaupon ramai yang mohon". Sedih abg, dikk. Kalau lah dapat praktikal di Matrik Selangor tu, memang heaven gila. 15 minit je dari rumah aku. Tak payah fikir pasal nak sewa rumah bagai. UiTM Puncak Alam nie jauh kot dari rumah aku. Lebih kurang 1 jam 30 minit kalau naik motor. So boleh bayangkan tak, kalau naik kereta berapa lama nak sampai ? Dah lah Meru dengan Klang tu penuh dengan traffic lights. Mahu krismas tahun depan baru sampai agaknya.

Anyway, aku tak adalah ulang-alik dari Banting ke Puncak Alam. Aku sewa bilik dekat Puncak Alam nie. Sewa ke uols ? Hahahaa. Pasal rumah nie nanti aku cerita lebih details bila dah habis praktikal. Yang pasti, i live in apartment somewhere at Fasa 3 Puncak Alam. Anyway, thank you lah owner rumah tu kerana membenarkan aku tinggal di situ. Jasa anda, hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Semoga anda terus dimurahkan rezeki. Aminn.

10 KM je dari rumah yang aku duduk dengan UiTM Puncak Alam

Surat praktikal siap 1 Ramadhan, aku terus pergi ambik dekat Tanjung Malim and hantar ke Puncak Alam. Dah lah masa nak ambik surat praktikal nie, motor aku tetibe rosak dekat highway. Rosak 3km sebelum nak exit Tg Malim. Dah lah masa tu tengahari, dengan puasanya lagi. Perghh. But i was very lucky. Tak sampai 5 minit aku tersadai tepi highway tu, ada satu lelaki muda naik Hilux, berhenti tepi jalan and he helped me to send the motor to workshop. Sama-sama angkat motor ego aku tu naikkan ke Hilux dia. Terima kasih sangat-sangat kerana telah menolong seorang Zharif masa tu. Seriously clueless gila tak tahu nak buat apa.

1 Ramadhan tu juga, aku terus dapat penempatan praktikal dan sekaligus aku dapat reserve bilik sewa. Alhamdulillah. Berkat bulan puasa agaknya. Tuhan permudahkan urusan aku. Tempat praktikal dapat, tempat penginapan pon dapat serentak. Masa tu tinggal fokus pembentangan proposal Final Year Project je lah.

My beloved batch RAPAT Rangers masa selesai bentang proposal Final Year Project 

Cuak sangat ke tu ?

Maka, dapat lah aku berpraktikal di UiTM Puncak Alam, which was my second choice. Salah satu sebabnya adalah kerana, kawan baik aku semasa senang, sedang belajar di Palam nie. So any problems that i face during my practical, i can ask for helps from him. Kan senang. Time susah baru kita cari dia, time senang kita lupakan dia. Itu baru lah namanya kawan time senang. Tak gitue ?

BTW, Palam is a short form for Puncak Alam. I guess everyone knows kot pasal short form nie. Tapi ada segelintir tidak tahu so kena put disclaimer kat sini. Kang ada yang confuse.

Aku lapor diri pada 11 July 2016. Perasaan aku masa tu nervous ada, excited ada, benci pon ada. Bukan benci apa, benci sebab masih lagi dalam mood raya, tapi dah kena start praktikal. Sedih weyh. Tapi tak apa lah, demi semester last, aku gagahkan jua. Yes. Semester nie merupakan semester last aku. I almost done with my degree. Hujung tahun nie habis lah. Seriously tak sabar gila nak habiskan degree nie !!!

First day praktikal tu, macam biasa lah. Briefing pasal itu ini. At this time, supervisor aku masih lagi bercuti. Briefing masa nie dengan the head of the department. Pn Hjh nie sangat baik orang nya. She's 59 years old lady yang akan bersara early next year. But she's a strong woman. At that age but still mampu buat macam-macam perkara, memang terbaik lah. Hats off untuk Pn Hjh. Pn Hjh nie suka share pengalaman dia and she has so many ideas in her head. Banyak benda aku boleh cerita pasal Pn Hjh nie, but i will save that story till i finish my internship so that ada modal untuk aku cerita masa pembentangan SFW (Supervised Field Work) nanti. Yang pasti, she is very kind-hearted person. For now, that's all you need to know. Okay ?


That's Pn Hjh. The lady in purple scarf. And that's me on the first day of my internship.

Budak intern noob sembunyi tangan di belakang sebabnya malu tangan dah tak flawless banyak parut sana sini lepas accident. 

Masa morning circle untuk memperkenalkan aku pada hari Isnin tu, aku terus dibagi tugasan untuk membuat pameran sebulan sekali. Ko ghase ?

Field Supervisor (FS) aku adalah Pn M. FS nie merupakan kaunselor yang akan supervise aku di Palam dan sekaligus, the one who's in charge in giving me tasks. Pn M nie sangat baik. Kerja yang dia bagi sangatlah sempoi belaka. Tak ada yang rumit-rumit pon. Briefing dengan dia pasal apa yang aku kena buat and what she expects from me and stuff, dilakukan semasa hari kedua aku di sana. Sangat bersyukur aku dapat dia sebagai my field supervisor.

Masa first week tu, Pn M suruh aku buat 3 flyers. Flyers pasal banyak benda lah. Dia ada bagi lah contoh-contoh idea flyers yang aku boleh buat. Aku pilih tajuk yang umum dan tidak sensitif. Pn M suggest aku buat flyers on certain topic yang bagi aku, aku tak suka nak sentuh. Seperti bab-bab agama, LGBT dan sewaktu dengannya. Aku pon bukan lah "baik" sangat, kang dok pung pang pung pang berkempen pasal jaga ikhtilat, orang-orang tu discover gambar-gambar aku kat America nanti, dorang cakap apa pulak kan. Bab aurat semua tu, aku tak nak sentuh. Sebab aku pon kadang terseksi dengan sengaja jugak. Aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Gituee.

Plus, isu-isu sensitif seperti LGBT and kecelaruan jantina tu semua, lagilah aku tak nak sentuh. I am here to make peace and tak nak timbulkan kebencian sesetengah group manusia. Aku dah lah "pendatang" dekat sini, tiba-tiba dok berkempen pasal benda-benda macam nie, macam "tak sedap" pulak. So aku tak nak lah sentuh isu sensitif seperti itu. I might sounds so jahil and whatever lah yang korang nak panggil aku, but this is what i stand for.

Korang ada dua pilihan je, either you take it or leave it. And i could care less. Lol




Pn M juga suruh aku bagi talk to a group of students. Tak dapat banyak, 10 orang pelajar pon tak apa, kata dia. Okay lah kan. 10 orang pon bukan ramai sangat, ye dakk ?

Tapi malangnya, jodoh sebagai "anak buah" Pn M tak panjang. Pn M sedang sakit dan masih lagi dalam proses penyembuhan. She keeps on MC for the first two weeks of my internship. Dia sedang mengandung dan kandungan dia bermasalah. I don't know macam mana keadaannya sekarang tapi menurut my colleagues, kandungan nya tidak bernadi. Itulah yang aku dengar. Sangat sedih bila dapat tahu tu, walaupon masa tu aku baru di situ tapi rasa macam dah kenal lama. But now, her health is improving. Hope she maintains that way.

This was yesterday's event and that is Pn M . . . . . . .  and me ! =D 

Walaupon Pn M kini bukan lagi FS aku, tapi aku masih lagi rasa aku dibawah supervision dia. Semalam, she appointed me to be the emcee for her program. Nasib baiklah student tak ramai, dalam 30 orang macam tu. So gagah lah lagi.


Kira sekarang nie, aku macam ada dua FS lah. Satu yang rasmi, satu lagi yang tidak rasmi. Arahan pon dua jugak lah. Actually i receive tasks from so many people. Tapi Pn M pernah cakap, "Kalau orang lain bagi arahan suruh buat sesuatu, awak refer dengan saya dulu. Sebab saya supervisor awak, bukan dorang. Jadi kalau awak rasa awak tak boleh handle, awak bagi tahu mereka. Sebab awak sendiri pon dah ada kerja sendiri yang awak perlu buat. Jadi nanti takut awak serabut. Kalau awak rasa boleh, then awak buat, yang penting, refer pada saya dulu."

Seriously, baik gila Pn M nie.


Since jodoh aku sebagai anak buah dengan Pn M tak panjang, aku telah digantikan dengan FS yang baru. FS baru aku merupakan seorang lelaki. En S nama dia. En S is a senior counsellor. So dia memang banyak pengalaman and pakar dalam selok-belok benda nie. Kalau dah berpengalaman tu, maka banyaklah idea dalam minda nya tu dan banyaklah benda yang dia suruh aku buat.

Dia terus assigned aku suruh bagi talk dekat 100 pelajar diploma Fakulti Filem, Teater dan Animasi kampus Puncak Perdana. Ko ghase ? Abg terkesima 88 saat dekat situ dikk. Tapi Alhamdulillah lah, the number is decreasing, tak sampai 100 orang pelajar pon. Dalam 52 orang pelajar macam tu. But still, quite a number jugak tu >__<

Tapi dia pon okay jugak. Very soft-spoken and bertoleransi.



Weyh ketar lutut weyh bagi cerama selama 2 jam straight. OMG. That was my first time ever bagi ceramah macam yok yok o bijak dalam menangani masalah. I gave lecture about how to overcome problems and used Mooney Problem Check List inventory to detect which problems bother they the most.


Alhamdulillah it went well. Not as bad as i thought it would be. Semuanya okay. Masa nak start tu je yang nervous sikit. Lepas tu terus okay. Terima kasih naa pelajar-pelajar Diploma dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi kerana sudi mendengar slot ceramah aku and bagi kerjasama yang sangat jitu. Y'all are awesome !

I was the emcee for this workshop 

Dekat Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Puncak Alam nie, kami sering didedahkan dengan alat-alat ujian. So almost setiap minggu, ada je alat ujian yang aku pelajari. Dan kami yang pelajar praktikal nie pon kena "ajar" satu alat ujian dekat kaunselor-kaunselor tu semua tau.

Man in light blue shirt is En. S, my new FS.

Ada 3 orang budak praktikal di Unit Kerjaya dan Kaunseling nie termasuk aku. Dua orang tu daripada UNISEL dan dorang dah nak habis praktikal pon. 12 Ogos nie hari last dorang praktikal. Tinggal lah aku sorang-sorang nanti. Dorang merupakan pelajar psikologi industri dan organisasi manakala aku merupakan psikologi klinikal. Jadi kami semua nie bukanlah dari kos kaunseling or psikologi kaunseling.

At this time, John sedang present pasal Multiple Intelligent Test. Aku tak tahu nak present alat ujian apa pada kaunselor-kaunselor tu semua nanti. Semoga lambat lagi giliran aku untuk present alat ujian nie. Takut aihh. Aduiii.

Btw kan, Pn Hjh sangat beria dan menggalakkan aku untuk buat sesi kaunseling sedangkan aku hanya ada basic je pasal kaunseling. But she said, that is more than enough to conduct a sesi. Dia suruh aku belajar dan diberi pendedahan. But for light cases lah macam ada masalah dengan roommate ke or anything yang tak melibatkan nyawa dan penyakit mental. But so far, tak pernah lagi lah buat sesi kaunseling dengan pelajar. Tapi akan datang, tak tahulah.


Second day aku berpraktikal di Palam, aku telah menerima kunjungan daripada kawan sekolah aku. Mereka nie pasti sudah tidak asing lagi dalam blog aku nie. Awal Januari lalu, kita datang India nak melawat dia, now turn dia melawat kita, katanya. Hahaha tak adalah. Depa dua saja datang melawat. So lepas nie, sape-sape yang nak datang melawat aku di Palam nie, you can do so by treat me lunch somewhere in Puncak Alam.

Lepastu kita boleh ambik gambar sama depan UKK nie. Kbai.

Ouh one more thing benda yang aku nak sentuh. Since dah jadi government servant nie, so hari Khamis merupakan hari batik. Kena lah pakai baju batik uols. Baju batik semua nie pon aku pinjam kawan aku. Hahaha. I have none. Malas nak beli. Macam membazir pulak sebab cuma nak pakai sepanjang 16 minggu praktikal je. Kalau dapat kerja government lepas nie, barulah kita buat baju batik yer.


I don't like the feeling of wearing baju batik although the batik looks good. I feel like abah-abah anak dua bila pakai baju batik. I feel old. Lol.

Ada je budak baya-baya aku pakai baju batik di UPSI and nampak okay je bila dorang pakai. But then, bila aku pakai, aku rasa tua. Plus, the students in Palam straightly will know that i'm one of the staff instead of a student. Kalau pakai baju kemeja biasa, pergi makan kat kafe pon, orang tak tahu yang kita nie merupakan pelajar praktikal. But then, when it comes to hari Khamis, mesti terkantoi. Gara-gara baju batik nie.

Tapi tak kesahlah. Not a big deal pon. Asalkan, dalaman muda bergetah. Oke bye lagi sekali.


Ouh lagi satu, dah masuk minggu ketiga di sini, some of my colleagues masih lagi tersilap panggil nama aku. Ada yang panggil Zafrul, Zafri, Razif. Siap ada yang panggil aku Fikri. Ko ghase ? Itu okay lagi dikk, hari tu ada yang panggil Jefry. Tak ke buat abg tergamam 56 saat masa tu. Susah sangat ke nak sebut nama seorang Zharif ? Roommate abg masa dekat US dulu boleh je sebut nama abg walaupon slang Mat Salleh. Dia panggil abg, Zrrrifffffff. Comel je panjang harakat dia tiap kali sebut nama abg. Jadi, bukanlah alasan kita yang lidah Melayu nie untuk salah menyebutnya.

But now, they're improving. Alhamdulillah. Seorang Zharif is happy.

Anyway, itu sahaja yang aku nak cerita. Actually banyak lagi benda aku nak sumbat walaupon baru masuk minggu ketiga berpraktikal di Palam. Tapi kita hold dulu, cukuplah cerita sikit-sikit je dulu. Kalau cerita details pon, bukan boleh dijadikan sebagai report untuk bagi dekat pensyarah aku. Kalau lah blog nie boleh dikira sebagai report untuk praktikal, setiap minggu abg akan update blog nie dikk, lepastu print and binding, hantar bagi lecturer. Lulz

Tak pon kan dikk, suruh lecturers abg tu semua, follow blog abg. Adikk ghase ?

Korang doakan aku supaya dipermudahkan urusan sepanjang aku berpraktikal di sini ya. Semoga seorang Zharif terus tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. I really appreciate it if you do so. Thanks.

Good luck to all my coursemates yang lain, yang juga sedang berpraktikal sekarang nie. Hope y'all enjoy at your agencies. Jumpa nanti masa pembentangan SFW. Mesti banyak cerita-cerita menarik untuk dikongsi.

See ya !

5 comments:

  1. Eh palam my campus! Seriously tak pernah tahu unit kaunseling ni kat mana. Haha

    ReplyDelete
  2. wow kampus saye hahaha! fakulti education baru je pindah sana sem lepas.

    ReplyDelete
  3. hai. you psikologi clinical dkt mana uni mana?

    ReplyDelete
  4. Hi, boleh tak pelajar dari uni lain yg buat internship di situ memohon utk tinggal di hostel uitm sepanjang tempoh internship??

    ReplyDelete
  5. mcm mna nk mohon intern di uitm puncak alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...