Thursday, August 4, 2016

Homeless Tourist in USA : Day 6 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !

Lama sangat dah aku tinggalkan cerita America aku nie. Last post was about celebrating Christmas at Alex's house. You may read the post here : CLICK

Jadi marilah kita sambung kembali cerita yang seperti tiada penyudahannya ini. Aku tak tahu bila nak complete cerita America aku nie. Padahal dah hampir 2 tahun balik Malaysia. For those yang baru sahaja mengikuti jelajah America aku selepas aku tamat program pertukaran pelajar selama satu semester di Georgia College & State University (GCSU), anda boleh lah start membaca nya dari hari pertama penjelajahan aku sebagai homeless tourist by clicking the posts below. Kalau malas nak baca pon tak apa, tak paksa. Tapi kalau nak melancarkan proses pemahaman bagi mendalami jelajah America aku, better baca lah. Barulah boleh feel. Kbai.


Without further ado, mari kita sambung. Semoga ingatanku masih kuat untuk mengingat every details penjelajahan ini. Aku cuba buat yang terbaik.


Seperti biasa, bangun subuh gajah untuk start penjelajahan. Bangun awal sebab takut kedai start nak beroperasi, payah pulak aku nak solat subuh nanti. Selesai merapikan diri and buat apa yang patut, aku pon keluar dari Union Station tu.

Tarikh masa nie adalah 18 December 2014. Pagi tu SubhanaAllah sejuk sangat. Tapi masih boleh toleransi sebab tengok folder gambar untuk hari keenam nie aku pakai santai-santai je. So maksudnya tak berapa sejuk sangat (Read : Sejuk dia memang sejuk tapi tak sejuk melampau sampai tahap beku).


Semalam (Read : 17 December 2014), aku dah datang ke White House nie. Aku pelik gila lah sebabnya kecik betul White House compare to what i usually see on tv. Rupanya kan weyh, aku tengok dari bahagian belakang White House. Padan lah kecik cenonet je. Rupanya pandangan dari gate belakang. So aku tak puas hati, aku kena jugak tengok White House dari pagar utama pulak and i did. Rasa gembira tak terkata dapat tengok White House secara live. Selama nie tengok dalam tv je.


Tak lama pon aku kat situ, dapat je gambar yang aku boleh muatnaik ke instagram, aku pon beredar lah dari situ. Nak lama-lama sangat pon buat apa. Bukan dapat tengok Barack Obama pon. Masuk pon tak dapat. So moh lah kita beransur pergi.

Tambahan lagi, aku takut sikit lah dekat White House nie. Sebabnya kawalan ketat sangat. Jangan lah buat aksi pelik-pelik, kang tak pasal-pasal ko disyaki nak buat something. Sudahhhh. Kang dorang ingat selfie stick aku tu senjata, payah pulak. At this time, selfie stick merupakan satu benda paling jakun di Amerika. Mereka masih lagi tak aware akan kewujudan selfie stick nie. So dorang mudah sekali terpegun melihat selfie stick. Sekarang nie dorang dah tak jakun dah.


Next, i went to District of Columbia War Memorial. Tak ada apa pon kat sini, just tugu peringatan je. Tapi seriously cantik pemandangan dekat sini. Sesuai sangat dibuat lokasi untuk wedding photoshoot. Ko ghase nak datang sini semata untuk wedding photoshoot ?


Lulz. For those yang tak tahu, dekat DC nie, banyak tugu peringatan. Banyak yang teramat sangat. Berjalan sikit je, ada je tugu peringatan, ada je bangunan-bangunan yang unik reka bentuknya. And semuanya cantik-cantik belaka. Sampai ko rasa nak stop dekat semua tugu and bangunan tu untuk ambik gambar. Tapi aku telah dibataskan oleh keadaan cuaca yang maha dahsyat sejuknya. Maklumlah, masa nie kan tengah winter season.


Next, aku pergi menuju ke Martin Luther King, Jr. Memorial pulak. Tak jauh daripada DC War Memorial tu. Siapa kenal Martin Luther King Jr nie ?


Dahsyatlah kalau korang tak kenal dia. Dia nie lah yang memperjuangkan hak orang kulit hitam. Kira dia nie sangat berjasa untuk memberi hak dan kesamarataan kepada masyarakat kulit hitam di Amerika. Begitulah serba sedikit pasal dia nie. Aku pon dahsyat jugak macam korang sebab aku pon tak tahu menahu pasal dia nie. Dah sampai sana baru aku google and buat research pasal dia. Barulah aku tahu pasal dia nie. Dahsyat tak ?


The statue was quite big. 

Since aku pergi pagi-pagi, so keadaan sekitar agak lengang lah. Bolehlah posing ambik gambar seratus dua belas kali.





Then i went to Franklin Delano Roosevelt memorial. He was the president of the US from 1933 to 1945.



So korang tengok jelah gambar-gambar yang aku sajikan semasa di sini ya sebabnya aku pon tak tahu siapa mereka nie. Banyak sangat statue. Nak baca info malas sangat sebab aku cuba maximize kan masa supaya aku dapat melawat banyak tempat semasa hari terakhir aku di sini.








Banyak statue yang pelik-pelik kat area nie. Aku pon tak tahu kenapa.



Statue nie macam Great Britain punya Queen tu kan ?


Ko ghase ?


Bangunan yang ada kubah tu yang aku teringin sangat nak pergi since the day aku nampak. Tapi nampak dari jauh jelah. Hari terakhir nie baru menggigihkan diri untuk ke sana. Moh lah aku bawak korang ke sana untuk tengok-tengok apa yang ada dalam tu.

Ambik gambar sat

Cantik kan ?



Tapi time nak on the way ke Thomas Jefferson Memorial tu, aku lalu satu tempat sunyi yang agak menarik. Dari jauh ko boleh nampak ada satu "lembaga" sedang duduk. Maka aku pon singgah.


Inilah "lembaga" itu


Nama lembaga ini adalah George Mason. Ye, aku tahu korang pon tak tahu siapa dia nie. Aku juga begitu. Pakai ambik gambar je, asal nampak cantik. Lulz.


Aku pon bukanlah berniat untuk menerangkan jasa dan pengorbanan memorial-memorial yang aku lawati dalam entri nie. So korang boleh lah google sendiri nama George Mason nie. Boleh ?

Aku tahu korang tak akan buat. Orang Malaysia mana suka membaca kalau bukan cerita cinta. Entah-entah blog aku nie pon korang tak baca, just tengok gambar je. KAH !


Selesai je mengabadikan kenangan di George Mason Memorial nie, aku pon melangkah pergi ke tempat yang aku nak pergi. Dari jauh bangunan nie nampak begitu indah sekali. So aku wajib datang ke situ.


Aku dah start berselubung satu badan masa nie. Ya Allah sejuk sangat weyh. Sampai satu tahap, aku rasa tak nak/tak mampu nak ambik gambar lagi sebab aku tak sanggup nak tanggalkan gloves yang aku pakai. So boleh bayangkan tak sejuk dia macam mana ?

Dah lah gloves yang aku pakai tu, gloves main snowboarding. Ko ghase ?



Sejuk dia satu hal, angin pulak tak reti nak berhenti bertiup. Makin bertambah-tambah sejuk dia. Lama tau aku ambik masa untuk ambil gambar dalam nie sebab aku tak nak tanggalkan gloves. Tapi aku fikir, bila lagi nak sampai sini kan ? So gagahkan jugak tanggalkan gloves and ambik gambar. Perghhhhh !



Then i came across this one statue or whatever they called, it looks like posing hipster yang budak-budak hipster selalu buat tu. Yang "konon" nya salah di sisi Islam. Susah betul orang Malaysia nie. Pantang viral sikit, terus dikaji sedalam yang mungkin. Sampai kadang rasa tak masuk akal pon ada.

Sorry if i offended anybody. I just find it absurd. Taksub sangat.



Cantik-cantik pemandangan kat sini. Tengah winter nie, pokok semua dah togel. Nanti spring dia tumbuh balik. Even togel pon nampak cantik sangat.


Since i have couple more hours before bertolak ke new place, so aku habiskan masa dengan melawat muzium-muzium yang ada depan mata. Banyak sangat muzium so aku pilih yang menarik perhatian dan popular sahaja. One of them is National Museum of American History.


Dalam muzium nie banyak bahagian. Kira dalam satu bangunan dia sumbat semua pameran. Salah satunya adalah National Museum of African American History and Culture Gallery. Dalam nie semua berkaitan dengan orang kulit hitam di Amerika.






Then ada bahagian haiwan pulak. Semua haiwan dalam exhibition nie diawet rasanya. Tengok macam real. Banyak lah jenis-jenis haiwan dalam nie. Kalau budak-budak masuk sini, mesti dorang suka. Iols yang dah dewasa nie, suka jugak. Tapi suka untuk bergambar jelah. Tapi malangnya, tak ada sape yang nak tolong ambikkan gambar. Bergantung pada selfie stick iols je.



Tu Lee Kwang So korang yang telah diawet. LOL



Pon boleh dikk






Rasa macam hidup lagi je beruang nie. Seriau tengok. Nasib baik dalam kotak kaca


Tengkorak dari berjuta-juta tahun dulu pon ada dipamerkan dalam muzium nie. Dan bukan itu sahaja, how human evolve according to Charles Darwin punya theory pon ada. Seram tengok.




And then kita pergi ke sudut yang paling digemari oleh wanita dan juga ...... Ce teka dan juga siapa ?

Ye, tepat sekali. Jawapannya ialah perompak. Hahaahahaha


Cantik-cantik barang kemas dalam nie. Semuanya mempunyai sejarah dia yang tersendiri. Pelbagai jenis batu permata dorang pamer. Dan semuanya adalah original. Kuss semangat !




And that was it. So many things inside a museum. Next nak pergi mana pulak ?



Malas actually nak keluar dari bangunan, sebabnya temperature makin rendah. OMG sejuk sangat dikk non. Aku tak leh tahan dah. Tapi gagahkan juga untuk ke taman nie.


Ini merupakan National Gallery of Art Sculpture Garden. Banyak sculpture pelik-pelik ada di taman nie. Tempat main ice skating pon ada. Tapi idoklah aku nak main. Sape yang nak jaga barang iols. Tapi seriously murah gila nak skating kat sini. Eh tapi kalau convert duit Malaysia, macam sama je. Lulz.





I still have time before the sky turn to dark. So i took this opportunity to go to the very last museum i visited in DC. I went to National Air and Space Museum. Muzium nie tutup jam 5.30 petang. Masa tu dah jam 5 petang. So sempat lah. I was there only for 30 minutes je.



Aku bukanlah minat sangat benda-benda kapal terbang nie. Naik kapal terbang tu sukalah. Tapi bab-bab kapal terbang punya compartment memang bukan taste aku lah. Hahahaha



Datang sini buat syarat je sebabnya muzium nie paling terkenal and paling disyorkan untuk dilawati. Budak-budak lelaki suka lah datang ke muzium nie. Aku pon lelaki tapi aku lelaki istimewa. Tak minat benda macam nie. Kah !



Ko tengok muka aku dah penat gila kot. Dengan tak cukup tidurnya. Perghhh ! Then jangan persoalkan aku mandi ke tidak, tak sanggup korang dengar jawapannya nanti. Bhahahaha





Siap boleh teroka lagi bahagian dalam kapal terbang. Ini kapal terbang zaman dahulu kala. So korang boleh tengoklah betapa dahsyatnya kapal terbang jenis lama. Sangat klasik. Sekarang dah canggih and modern.




My last place to visit for the day is the Smithsonian Institution. Tak masuk pon sebab dah tutup. Hari pon makin gelap tapi still terang and boleh nampak lagi. So aku cuma ambik-ambik gambar je dekat area sini.



Sangat suka architecture dia. The color and everything lah. Sangat cantik and very attention to details. Macam istana lama pon ada design dia. Cantik sangat !




And that was it. Hari semakin gelap. Aku pon kembali ke Union Station sebabnya bas aku ke New York pada belah malam. Yupp, aku nak pergi New York pulak. So excited to visit the most famous city in the world.

Bas aku dari DC bertolak ke New York jam 10 malam. So i spent the rest of the night at Union Station before departed to New York. Perjalanan ke New York dari Washington DC mengambil masa 4 jam 40 minit. Lebih kurang 5 jam lah.


Sampai New York dekat jam 3 pagi. Ya Allah takut sangat aku masa nie. Orang dekat New York nie lain macam sikit. Aku tak tahu bas tu turunkan aku dekat mana. Yang pasti dekat simpang-simpang yang sunyi. Aku cepat-cepat berjalan kaki menuju ke tempat yang ramai orang dan sekaligus mencari tempat untuk aku berteduh sepanjang berada di New York.

Masa nie tak berani aku nak keluarkan sebarang benda berharga sehinggalah aku berada di tempat yang selamat dan ramai orang.

Aku terjumpa Madison Square Garden Train Station. So aku masuk situ. Lega gila sebab dalam station nie panas. Dekat luar sejuk gila. Selama 4 hari duduk dekat Union Station Washington DC, aku dah selesa. Sekarang nie nak kena adapt lagi to a new environment yang jauh berbeza dengan DC.

My first night in New York was not pleasant at all. I witnessed a fight between a petite girl and a big guy. That petite girl was so brave. She wasn't fear at all with that guy who is 2 times bigger than her, or maybe three times bigger. I recorded the fight. You may watch it below.


Seram weyh. But Alhamdulillah, aku survive je semasa di New York. Kalau tak survive, macam mana aku boleh update entri yang berlaku almost 2 tahun lepas nie. Hahahaha. I really can't wait to update about my New York journey pulak dekat korang semua. Doakan lah aku supaya rajin untuk update yer. Who's excited to read my New York story ?

Yeah, no one. Thanks.

Anyway, Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi, result semester 4 aku semasa pergi exchange student nie dah siap proses transfer kreditnya beberapa hari yang lalu. Ya Allah gembira sangat kot. I've been waiting and fighting for my result for almost two years kot. Batch ISEP aku masa pergi nie, result dorang semua dah keluar lama. Aku punya je yang tersangkut. Memang risau lah cerita dia. Ada certain problem yang buatkan ia tertangguh. Tak nak lah details kan kat sini, nanti kang makin panjang pulak entri nie.


2 subjek tewas di medan pertempuran. It's okay. Dah cover balik dah pon kredit untuk itu masa semester 7. Janji subjek Career Path in Psychology tu dikira jam kreditnya =) Padahal subjek nie pon aku dah cover jugak jam kredit nya. Lambat sangat siap, sampai dah semester last baru keluar result. Mestilah kena buat back up plan. Kang tak memasai kena extend. Nauzzubillah. Mintak simpang. 

Nak ucapkan terima kasih dekat pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung mahupon tidak langsung dalam proses transfer kredit nie. Honorable mention haruslah dikreditkan kepada Dr Hazalizah Hamzah sebab dia lah yang paling banyak bantu aku dalam proses transfer kredit nie. Tak lupa juga buat Prof Rahmatullah Khan yang membawa kembali issue aku ini ke dalam Senate meeting. So glad he did so. Dan juga buat Kak Nur dan Abg Salleh di bahagian akademik yang tak jemu melihat alih-alih muka nie yang datang Bangunan Canselori tu tanya pasal result. Hahahaha.

Terima kasih kerana menjadikan result semester 4 saya realiti. Alhamdulillah. Semogha tuhan sahaja yang dapat balas jasa anda-anda semua.

Jumpa lagi di lain entri. See ya !

4 comments:

  1. seronoknya dpt g luar negara ^_^

    ReplyDelete
  2. serius! cantik sangat pemandangan dekat sana..lagi-lagi pokok togel tu. lama berhenti kat gambar tu..cantik sangat pemandangan pokok tu..tah bila la pulak rezeki kita nak sampai sana..insyaAllah..semoga Allah permudahkan..amin..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. bhahahah part result tue..kelakor memang kene bertabah jela..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dik..hehe ingatkan da habis. Ada lagi nak kena marathon entries. Tak berani akak nak buka video tu...takut mimpi. Semalam da mimpi g india hahahaha ;))

    ReplyDelete