Thursday, July 2, 2015

Berbuka Puasa di Sukasucre Bistro

Assalamualaikum and good day everyone !

Nampak sangat excited nya tu, baru dua hari lepas berlaku hari nie dah updated blog. Selama nie dua bulan kemudian baru entri tu muncul. Tak apa lah, benda baik di bulan baik, apa salah nya kita percepatkan, ye dakk ?? Hihi

Nak cerita lah pasal berbuka puasa pada 30 Jun hari tu dekat Sukasucre Bistro milik Dato' Fazley Yaakob nie. 


Aku join giveaway yang dianjurkan beliau. Dah dua kali join, tapi yang first tu aku tak dapat. Sebab masa tu kan mula-mula contest tu diperkenalkan so ramai lah orang yang join, jadi memang tipis gila lah untuk dapat. Kali kedua contest tu diadakan, aku terlambat pulak nak join. Nie kali ketiga Dato' Fazley buat, Alhamdulillah rezeki aku.


Rasa pelik jugak masa Dato' Fazley like gambar aku tu. Sebab dia tak komen apa-apa pon. Masa contest pertama dan kedua tu, dia siap komen dekat gambar tu. Yang contest kali ketiga nie dia like je. Aku pon takde lah expect apa-apa. 


Sekali dia updated dekat instagram dia mengatakan kalau gambar sesiapa yang di like oleh beliau, orang itu dikira sebagai pemenang. OMG haruslah aku menjerit terlolong kat rumah nie. Gembira tak terhingga sangat.

I chose to bring my mother to the event but poor Jida Achin coz she would be alone at home. Nak buka puasa dengan siapa. Ayah aku kerja shift balik jam 8 malam. So aku pon bawak lah dia sekali. Tapi kena bayar lah. 


Nak pergi Sukasucre nie aku guna waze je. Senang. Tak payah risau pasal jalan. Kalau nak harap aku cari jalan sendiri alamatnya ramadhan tahun depan baru sampai agaknya. 

Apa yang best dekat Sukasucre Bistro nie ialah terdapatnya surau di bahagian belakang restoran tu. Jadi senang lah nak solat. Buka puasa dekat luar nie masalah dia satu, iaitu tiada tempat solat. Dengan nak habiskan makanan lagi, nak solatnya lagi. Kalau surau dekat, so senang lah. Tinggalkan kejap makanan, then pergi solat bergilir-gilir. Jadi bab surau, tak perlu risau kalau nak buka puasa dekat Sukasucre Bistro nie. 

Lupa nak ambik gambar surau. Gambar selfie dalam surau pon jadi lah yerp.
Masa nie baru lepas solat Asar. Gigih datang awal, takut sesat kang lambat pulak sampai.

Selain kemudahan surau yang disediakan, parking lot untuk kereta juga disediakan. So tak payah susah-susah nak cari parking. Surau betul-betul bersebelahan dengan parking lot kereta. 

Since kami sampai pon awal masa tu, so Sukasucre nie tak bukak lagi. Dibuka jam 6.30 petang kepada pengunjung. Aku rasa itu waktu operasi untuk sepanjang bulan ramadhan je rasanya. Bulan-bulan biasa mungkin waktu operasi dia lain. Bab nie tak sempat kaji lagi. You may refer page Sukasucre lah for more infos.



Bila dah masuk Sukasucre Bistro nie, aku rasa wow sangat. Dekorasi nya sangat cantik dan menarik. Suka konsep dia. Rasa tenang melihatnya. Dan yang paling penting, tahap kebersihan restoran nie sangat tiptop. Memang bersih.



For those who's on diet. Something to ponder.

Mula tu daftar nama dulu. Then Dato' Fazley pon muncul. Masa tu i was like, OMG handsome nya Dato' Fazley nie. Macam tak percaya dengan mata sendiri. Tak leh nak berkedip pon ye. Terkesima dengan kekacakkan Dato'. Tengok dalam tv memang handsome, tengok depan mata lagi handsome. 


Insecure betul berdiri sebelah orang handsome-handsome nie. Dah lah handsome, tinggi pulak tu >__<


Mula-mula tu ada sesi bergambar bersama Dato' Fazley. Lepastu gambar berkumpulan. Masih lagi ternanti-nanti gambar nie di upload oleh Dato'. Nanti bila Dato' dah upload, aku bubuh dalam nie yerp. Habis je sesi bergambar tu, kami pon di bagi menu. Untuk main course kami boleh pilih nak makan apa berdasarkan pilihan yang diberi. 

Sambil nak tunggu azan maghrib tu, kami semua dibenarkan ambil apa yang patut lah seperti air minuman dan juga dessert-dessert yang disediakan. Masa nie ada bubur kacang hijau, bubur pulut hitam dan juga kue teow goreng. 



Bila dah dibenarkan ambil tu, perangai desa pon muncul lah. Kemain berpinggan-pinggan dessert aku ambil. Dengan bantuan Jida Achin (juga berperangai desa), bila dah bergabung tenaga tu, telah membuatkan meja kami penuh dengan serta merta. Padahal main course meal tak hidang lagi. Acano tu ?



Macam mana lah perangai desa nie tak keluar, dah dessert-dessert tu sexy kemain. Seolah-olah memanggil diriku. Aku ingat lepas dah habis dessert-dessert tu, habis terus. Sebab tu ambik banyak-banyak. Sekali dorang topup lah dessert-dessert tu bila dah habis. Ahh sudah. Buat penuh meja je. Nampak sangat desa nya. 

Jadi, nasihat untuk mereka-mereka yang juga berperangai desa, tolong jangan contohi saya dan Jida Achin yerp. Desa people will always be desa people. Nasib baik perangai je yang desa. Muka tak desa. Kbai.


Tapi yang pasti, macaroons tu semua korang kena ambik banyak-banyak tau. Sebab nya sedap sangat !! Seriously sedap gila. Laju je habis pulak tu. So kena ingat, benda lain ambik sikit-sikit tak apa, tapi macaroons tu ambik satu pinggan penuh, promise ? Dua pinggan rasa melampau pulak, kesian kat orang lain pon nak merasa.

 Bebo seronok tu berbuka tempat retiss

Waktu berbuka pon tiba. Mula-mula tu dorang served Hot Beef Soup with Garlic Baguette sebagai appetizer. Sup tu sedap sangat ! Rasa dia kaw gila. Memang terbaik lah rasa sup dia. Dapat 3 sup, tiga-tiga aku yang habiskan. Bhahaha. Masa nie order aku tak sampai lagi. Lepas dah makan sup, aku makan dessert-dessert tu pulak. Perghhhh ! Cair dimulut dengan begitu ewahh sekali. Tak terkata sedapnya macam mana.

End up kan, bila order aku sampai, aku dah pon kekenyangan. So aku pergi solat maghrib dulu sebab nak gilir-gilir dengan bebo and Jida Achin. Habis solat baru lah boleh sambung makan. 

This was mine. Al-marhum Braised Beef Rendang with Rice

This was Bebo's. Al-marhum Pasta Sambal Hijau Ayam Pop Salai

 This was Jida Achin's. Al-marhum Creamy Pasta

Semuanya telah selamat bersemadi dalam perut-perut kami. Alhamdulillah. Rasa dia boleh tahan sedap. Masterchef champion punya resepi mestilah sedap, ye dakk ? Daging rendang tu lembut sangat. Tak liat. Seronok bila makan daging macam tu. Tak ada lah lenguh rahang nie mengunyah nya. Lagi satu, portion dia agak besar ye kawan-kawan. Satu makanan share dua orang pon boleh. Tapi bayar still ikut kepala lah. Hihi


Once dah habis makan main course, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Para pemenang dihidangkan special plated dessert made by Dato' Fazley. I was so full at this moment but still can't resist another dessert.

Who can resist this ?

I got macaroon durian flavor. The taste was ah-maaaaaaaaa-zing ! I wish i had another one. While Bebo got macaroon flavor strawberry, i think. However i didn't got chance to taste it as it finished right after the waitress served to us. Blamed Jida Achin for that. How could you Jida.


All macaroons made by Dato' Fazley are crazily delicious. Grab it while it last at the rack or else gigit kuku lah sampai balik rumah. Ingat, serang macaroons dulu baru makanan lain.

PESANAN PENAJA


" Thank you Dato' Fazley for the buka puasa treat at your Sukasucre Bistro. 
Thanks for choosing me, i really appreciate it ! =) "

Here are the details for the restaurant

Sukasucre Bistro by Dato'Fazley Yaakob

Wisma RYU, 81, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras
WAZE app : Sukasucre Bistro
Contact Number : +60392017750
Open everyday (5pm-10pm)

Price :
Adult RM60
Kids (5-12years) RM30 

Shoutout goes to @jwelmy @mykingsicecream @sukasucre and Dato' @FazleyYaakob. Thank you for the Ramadhan giveaway. Everyone also can join this giveaway by visiting Dato' Fazley's instagram account. Every weeks he will announce about the giveaway details. Please alert with the announcement as the giveaway contest last for 2 hours only. Make sure, you follow every account that i just mentioned above. Get the details from them. Good luck !

Selang 2 hari, aku dapat makan free lagi di Suka-Sucre. Tapi kali nie bukan aku lah yang masuk giveaway tu, melampau betul masuk banyak-banyak kali. Hahahaha. Kali nie kawan kakak and adik aku yang masuk. Dia xde partner, so dia dengan murah hatinya mengajak aku untuk berbuka puasa di Suka-Sucre sekali lagi. Boleh baca cerita tu di sini : KLIK

10 comments:

  1. Curlasss adik kakak menang giveaway dari retis fofuler gittue.. nway congrats dik.. kalau akak tau adik menang, for sure akak offer diri nak ikut.. ngeeee :p
    Psstt dgn adanya entry ni.. maka dgn rasminya akak dah follow zarep kat IG tau.. nama @zazanizam tu pompuan ni lah yg jd follower 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak zaza, rezeki sy. Terima kasih =)
      Kalau ajak akak, kesian pulak kat hasben n anak2 akak kat rumah tu. nak buka puasa acano =D hahaha

      itu akak rupanya, kemain macam omputih profile picture =)

      Delete
  2. How to pronounce nama bistro ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula aku sebut suka suk-re. lepastu aku dengar Dato' Fazley sebut suka-suka.. so nak sebut dia suka-suka =)

      Delete
  3. Why your blog is full of food pics lately :( *drooling*

    ReplyDelete
  4. Bang zarep oii. Nak tanya, pakai fon apa?

    ReplyDelete
  5. Gambar2 semua ni ambil guna oppo? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah. Mostly guna camera gedang. My oppo kualiti kamera agak dah berkurangan sikit since i dropped it while i was in America. the mirror that protect the camera was broken into pieces. So gambar dah tak secantik mcm masa awal beli dulu but still okay cuma agak kekaburan sikit and i was not happy with that.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...