Monday, July 27, 2015

Cerita buka puasa

Assalamualaikum and good day everyone !

Sebelum aku update cerita raya 2015 aku, adalah lebih afdhal aku dahulukan entri puasa nie dulu. Dah mengarang entri nie sebelum raya lagi, tapi baru laa nie siap. Busy beraya katanya. Kali nie nak highlight beberapa sesi berbuka puasa sepanjang Ramadhan 2015 yang aku anggap diluar daripada norma kehidupan diri ini.

_________________________________________________________________

1 Ramadhan (18 Jun 2015)

Dah tahun ketiga tapi ini merupakan kali pertama pengalaman aku berpuasa di UPSI. Tak pernah lagi merasa ramadhan di UPSI sebab biasanya semester aku habis sebelum bulan Ramadhan lagi. Tapi kali nie, terkena pulak sebab last paper pada 19 Jun. Masa tu aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya berpuasa di UPSI. Tak tahu sahur macam mana, buka puasa macam mana.


And Alhamdulillah lah, my batch RAPAT Rangers rancang nak buka puasa sama-sama. Kitorang dah plan sebelum exam week lagi. I was thinking about buka puasa at a restaurant somewhere in Tanjung Malim but then they decided to buka puasa at padang UPSI ala-ala picnic gitue. Maka berpicnic lah kami semua. Seriously best sangat tau.


Siap berlilin-lilin bagai tau. Masa sebelum buka tu tak ada lah nampak macam cantik sangat but then bila hari sudah mula gelap, baru lah kecantikkan yang dihasilkan lilin-lilin itu terserlah. Makanan semua kami beli dekat bazar Tanjung Malim. Tak ada lah meriah sangat bazar Tanjung Malim nie. Pendek je bazarnya.


Seronok sangat berbuka dengan geng-geng RAPAT nie ^__^

2 Ramadhan (19 Jun 2015)

Tak sangka pulak kena buka puasa kali kedua kat UPSI. Ingatkan lepas habis paper pagi tu dapat terus balik. Sekali parents datang lambat daa. Terpaksa lah buka puasa kat UPSI lagi. Tapi kali nie buka puasa sorang-sorang T__T


Semua dah pakat balik lepas habis paper. Sampai hati mereka.

3 Ramadhan (20 Julai 2015)

Sajalah pergi bazar ramadhan Banting masa nie nak tengok-tengok apa yang menarik. Ternyata, tak ada benda yang menarik pon. Kalau yang menarik pon cuma roti john yang bapa kawan aku jual. Tapi nak tunggu santak lama sebab ramai kan yang nak beli. As a result, we bought nothing.


Sekali time tengah jalan-jalan tu, ada pulak abang-abang Domino's Pizza bagi pamplet promotion. Dek kerana aku telah dikecewakan oleh bazar ramadhan itu tadi, aku pon membawa diri ke Domino's. Maka makan pizza lah kami sekeluarga untuk buka puasa pada malam tu.

8 Ramadhan (25 Jun 2015)

Balik rumah keluarga angkat di  Jempol Negeri Sembilan. Berbuka puasa ketam masak cili api. Memang sedap sangat. Dah lama gila kot aku tak makan ketam. Akhirnya, dapat jugak makan kat rumah Acik Piah.

Gambar langsung tak ada. Segan sebab ada kakak and abang ipar dia.

13 Ramadhan (30 Jun 2015)

Pergi Suka Sucre Bistro. Boleh baca entri nie dekat SINI .

15 Ramadhan (2 Julai 2015)

Alhamdulillah, rezeki lagi untuk berbuka puasa dekat Suka Sucre. I didn't expct it at all. I was there to drive my sisters and their friend, Shykin, coz they won the giveaway. Kakak aku bawak adik perempuan aku, so aku ingat si Shykin tu bawak kawan dia lah. Tup tup, instead of choosing her friend, she chose me. That was so thoughtful of her. I was planning to buka puasa in car while waiting for them to finish eating at the Suka Sucre.


Untuk sesiapa yang tak faham, better baca post aku makan kat Suka Sucre tu dulu untuk fahamkan how this giveaway works. Only then you can understand.


Aku lah yang beria message sana sini suruh join giveaway tu. End up, 5 orang yang aku kenal join dan dapat giveaway tu. Cuma sorang je yang tak dapat hadir. Kakak aku dapat, Shykin dapat (kawan kakak and adik aku which she is no longer stranger to our family), kawan sekolah aku dapat, and budak psikologi aku pon dapat.






Tak best nya masa berbuka kali kedua kat Suka Sucre nie sebab tak ada Dato' Fazley dan macaroons. I was dying to taste the macaroons again but no luck. No macaroons for that day.


Heida, my senior. Pon dapat jugak =)

So itu lah dia cerita buka puasa buat kali kedua di Suka Sucre. Rasanya tak ramai yang tahu aku dapat berbuka di situ buat kali kedua as i didn't upload any photos in my social media sites.

17 Ramadhan (4 Julai 2015)

Masa nie pergi Martrade teman adik-beradik aku nie bershopping. Boleh tahan mahal-mahal barang-barang yang dijual. Aku rasa macam tak patut pon ada. Sedangkan barang-barang yang dijual jenis harga standard-standard biasa je, tapi atas dasar menggunakan nama sesuatu artis tu, harga terus melambong.


Balik tu singgah sekolah adik lelaki aku and ajak berbuka sama. First time buka puasa dengan dia masa nie. Orang lain puasa balik rumah, sekolah dia hujung-hujung Ramadhan baru boleh balik rumah.


Sampai situ pon dah jam 7. Nasib baik lah ada lagi tempat untuk kami bertujuh kat restoran tu. Kalau tak, tak tahu nak buka dekat mana. Dan seperti biasa lah, datang lambat, makanan yang di order pon lambat lah. Orang lain sibuk menjamah makanan, kami masih lagi menunggu makanan kami yang tak kunjung tiba. Hanya minum air je masa nie sementara tunggu makanan sampai. Dekat nak habis dah air tu baru lah makanan sampai.


Sampai je makanan kami, terus serbu. Lupa nak ambik gambar. So sajikan gambar selfie jelah erk.

24 Ramadhan (11 Julai 2015)

Kali nie pulak, aku buka puasa dengan kawan sekolah. Kami berbuka dekat Saha Coffee Banting. Aku sebenarnya tak tahu pon akan kewujudan restoran ini sehinggalah diperkenalkan oleh kawan-kawan aku nie tahun lepas. Saha Coffee nie agak tersorok sedikit destinasinya.


Apa yang menarik buffet buka puasa dekat sini ialah harga dia. Harga untuk pelajar hanyalah RM 21.90. Murah gila kot. Makanan pulak macam-macam ada. Pelbagai jenis.


Daging kambing ada, udang besar-besar ada, lala land ada, satay ada, you name it. Semuanya ada. Cuma sotong je tak ada. Yang lain ada. Even tiram pon ada tau. Kau mampu ?

Tapi, since diri nie alah kepada makanan-makanan bercengkerang (Kecuali Lala land, Kerang dan Ketam), maka tidak lah aku merasa tiram tu. Aku boleh je nak makan benda-benda cengkerang nie tapi consequence nya semua benda yang aku makan ketika itu akan aku muntahkan balik. So memang elakkan lah makan benda-benda yang bercengkerang selain yang aku nyatakan di atas.


Dengan depa nie lah aku pergi berbuka puasa. Dorang nie kaki jalan, aku nie tukang ngikut je. Ada yang ajak, aku ikut. Tak ada yang ajak, aku duduk rumah. Semua kejadah booking-booking nie dorang lah yang buat. Aku tukang menghadirkan diri je.


Katanya, nak berbuka puasa kat sini, kena tempah 3 hari lebih awal sebabnya selalu full booking. So kalau warga Banting sekalian alam semua nak buka puasa kat sini, kena lah tempah awal-awal naa.


Dekat Saha Coffee nie, ada disediakan tempat untuk solat. Jadi tak perlu risau kalau nak berbuka puasa kat sini. Tinggal makanan sekejap pergi solat, then boleh sambung balik makan.


Akibat tamak haloba sikap desa ku yang keji bila nampak makanan sedap, makanan-makanan tu tak habis. Puas cuba habiskan weyh. Kenyang gila. Sangat dahsyat pembaziran makanan kami malam tu.


So itulah cerita berbuka puasa dekat Saha Coffee tahun nie dengan dorang. Moga tahun depan dapat berbuka sama-sama lagi macam nie.

25 Ramadhan (12 Julai 2015)

Masa nie pulak teman kakak pergi PWTC untuk shopping raya. Tahun nie shopping raya bersepah-sepah. Dalam bulan Ramadhan tu entah berapa kali ntah aku pusing KL. Rasa macam tak terkira banyaknya. Suruh drive kesitu lah, drive ke sini lah. Fening. Untung ada Waze.


Melayankan si kakak yang kempunan sebab jubah Bella Ammara dah habis. Nasib lerr, sape suruh datang lambat. Yang paling tak leh blah nak masuk sini tangan kena bercop-cop bagai. Motif sangat lah.


After finished touring PWTC, we decided to buka puasa nearby the PWTC tapi semua penuh. Plus, cuma ada restoran fast food yang mahal-mahal saja. Memang tak lah abang nak buka puasa situ dikk non. So aku pon drive pergi Berjaya Times Square. Aku aim nak makan dekat food court je, sekali food court kat TS tengah renovate daa.

Dan semua restoran-restoran yang ada semuanya penuh, fully booked. Kami berempat pon pergi beli air Coolblog untuk hilangkan dahaga sementara menunggu orang lain habis berbuka. Air coolblog pon dah habis, depa still tak nak chow dari situ. Kami pon pergi lah solat dulu. Masa Isyak baru lah kami dapat makan.

Rindu kerabu mangga tu 

Makan dekat The Chicken Rice Shop. Dah lama tak makan dekat The Chicken Rice Shop nie. Dah bertahun-tahun jugak lah. Harga boleh tahan murah lah. Kami ambik set. Tak ingat set yang mana, kami share 4 orang. Walaupon dah isyak masa nie, tapi still ramai orang tau kat sini.


Meja kitorang nie dipisahkan dengan meja sebelah tak sampai berapa inchi. Sangat dekat. Nak ngumpat pon tak boleh sebab dekat sangat. Nak look around kat wechat pon tak boleh sebab dorang boleh nampak kita tengah stalker pengguna-pengguna wechat dalam tu. Sangat privacy no more. Menci tau.

28 Ramadhan (15 Julai 2015)

Masa nie satu family pergi ke KL untuk shopping raya, tapi naik dua kereta sebab destinasi shopping yang berbeza. Satu kereta pergi ke Masjid Jamek and satu kereta lagi pergi ke Times Square (Kami leteww). Cadangnya nak bertemu dekat TS. End up kami pon bertolak balik rumah dulu. Itulah pergi TS paling sekejap dalam sejarah hidup aku. Cuma satu jam je kot datang situ. Sebab dah aim dari hari tu nak beli apa kat TS, tu yang sekejap je tu. Lepas beli je, terus balik rumah. Balik cepat-cepat sebabnya dah booked seat untuk berbuka puasa. Takut jammed tak sempat sampai pada waktunya, tu yang balik dulu tu.


Berbuka di Saha Coffee lagi lah kali nie. Tempat duduk yang sama pulak tu. Kebetulan. Tempah untuk 4 orang je, yang lain semua tak nak buka puasa kat luar. Ini pon ikutkan si budak duduk asrama tu lah. Teringin sangat berbuka buffet katanya. Sebagai seorang abang yang baik lagi berdedikasi, ikut jelah.


Hajida Achin memang tak nak miss bab-bab makan macam nie. Surprisingly, malam tu dia pulak yang makan banyak. Lebih daripada aku pulak tu. Selalunya aku yang makan lebih.

And again, berlaku pembaziran makanan sekali lagi. Dah muhasabah diri untuk tak ambik banyak makanan malam tu. Memang aku tak ambik banyak pon tapi desa people yang aku bawak pulak yang over ambik makanan bertimbun.

Warga desa

Yang penting, satu pinggan daging kambing bakar tu aku yang ambik. Bhahaha. Aku nie memang peminat daging kambing tegar tau. Jadi haruslah ambik satu pinggan. Takut habis katanya. Seriously malu kot orang lain tengok aku ambik banyak macam tu. Ada aku kesah ? Aku dah bayar hokeyyy.

_________________________________________________________________

So itu jelah cerita buka puasa yang outstanding untuk puasa tahun nie. Buka puasa hari lain macam biasa lah, masak sendiri and makan di rumah bersama keluarga tercinta saja.

No comments:

Post a Comment