Sunday, August 9, 2015

Eid Mubarak 2015 - Episode 1

Assalamualaikum and good day everyone !

Sudah tiba masanya aku mengwar-warkan cerita raya ku. Raya tahun nie quite meriah jugak. Seminggu beraya tak berhenti. Even dah masuk raya ke 10 pon still beraya. I don't want to make this post long, but you know me better. I never did short post. So redha jelah erk.

Seperti biasa, cerita hari raya aku mesti ber-episod. Nak sumbat semua cerita dalam satu pos jenuh lah korang nak baca. Dengan gambar-gambar yang maha banyak lagi bakal ditayang. So aku akan buat ber-episod seperti selalu.

Let's begin with Hari Raya Pertama


Macam biasa, pagi tu pergi sembahyang raya. Dah siap-siap, sampai je masjid, masjid penuh gila. So patah balik. Tak dapat sembahyang raya tahun nie. Tak apa lah, tak ada rezeki. Cett. Padahal bangun lambat tu yang masjid penuh tu.


Raya tahun nie kami sekeluarga tema kaler merah mak ngah. Design baju raya tahun nie agak berbeza sedikit daripada baju raya yang sebelum-sebelum nie. Tahun nia ada kepak-kepak sikit. Inspirasi daripada cerita goku and victoria's secret. Tapi ramai pulak yang kata macam alien baru turun UFO. Pon boleh lah, abang taaa kesah pon.


Dua hari sebelum raya beli kain ela untuk samping, malam raya baru siap samping tu. Gigih suruh ibu jahitkan jugak. Manik-manik di kepak aku jahit siap dalam masa satu hari je. Tak ambik masa pon bab jahit manik nih.


Siapkan menjahit manik dalam kereta tau. Tak nak lah membazir waktu dalam kereta kan. Masa nie otw pergi Times Square. Kasut tu beli dekat Times Square. Kasut paku-paku nama dia.



Pagi raya tu, seperti biasa, pergi rumah bapak yakni bapa sedaraku (Rumah anak sulung adik-beradik ibu aku). Kami sanak-saudara panggil bapak je. So jangan keliru erk. Rumah bapak nie cuma belakang rumah je. Hihi. Tahun nie tak ada makan-makan berat pon rumah bapak. Agak kecewa sedikit. Macam tahun-tahun sudah ada sup tulang and nasi impit bagai. Mungkin bajet lari. Takper, kita try rumah orang lain pulak.


Balik dari rumah bapak, pergi rumah sedara-mara ibu. Acara wajib setiap tahun. Konvoi beramai-ramai ke sana. Tapi tahun nie dapat pergi satu rumah je. Selalu dapat 3 ke 4 rumah. Balik tu pergi ke rumah pak sedara aku yang sebelah rumah pulak. Saudara-mara aku belah ibu nie rumah sebelah-sebelah je. 5 beradik rumah sebelah-sebelah.


Kat sini baru lah dapat makan-makanan raya such as ketupat, nasi impit, rendang, sup tulang, kuah kacang, lemang and apa lagi. Lupa dah. My mom masak lontong pagi-pagi buta tapi jamah pon tak sempat. End up sampai lah basi lontong tu tak merasa.

Pak sedara and sedara ku

Cerita dia, kami geng tema kaler TV3 main lompat-lompat dekat luar

And salah satu sebab kenapa tak banyak rumah dapat pergi on hari raya pertama kali nie adalah disebabkan oleh hari itu sendiri. Hari Jumaat nie ada gap sikit kat tengah tu as the men have to solat Jumaat at masjid. Korang pon tahu kan. So macam terbantut sedikit aktiviti raya tu bila hari raya berlaku pada hari Jumaat. When did the last time we celebrated hari raya on hari Jumaat ? Aku masih ingat lagi berhari raya pada hari Jumaat di mana sebelum solat Jumaat kami sekeluarga pergi econsave beli barang dapur dengan berbaju raya and masa tu Econsave lengang gila.


So, inilah masanya untuk aku show off baju raya pada penduduk kampung. Walaupon dah lambat, gigih jugak pergi tu. And seperti biasa lah, memang ramai sangat manusia dekat masjid. Tapi tak seramai macam masa solat raya pagi tu.

Nur keimanan melimpahi wajah-wajah kami dengan begitu cerah sekali. Kalah 360.

Tahun nie tetibe ada geng kepak-kepak sama pulak. Tapi nie versi perempuan =D

No, itu bukan baju raya dia. If you did ask. 

Balik dari solat Jumaat, kami pon chow ke Labuhan Dagang which is 30 minutes from my house to go to my aunt's house. Kami selalu menghabiskan hari raya pertama kami di sini. Kat sini lah tempat makan-makan dan kat sini lah tempat kami semua untuk bergambar.



Sampai-sampai je terus dijamu dengan durian. Ko ghase time raya makan durian ?

Aku actually tak nak lah baju raya iols dan nafas iols berbau durian di hari raya pertama nie kan. So aku makan seulas je. It was very hard for me to control myself for not eating durian at that time. The color of the isi durian, the smell and the face reaction of the people while having the durian were such a temptation and seductive. It was hard i tell ya. However, i manage to control myself. I am so proud of me.


And time nie pon tak banyak makanan berat disediakan. Selalunya kat rumah mak sedara aku nie banyak masak-masakan hari raya disediakan. Namun tahun nie, dia tak masak banyak pon. Naisb baiklah aku datang awal, dapatlah merasa sup tulang. Pulak tu dah merasa tak ingat orang belakang. Belasah sampai habis. Tulah, sapa suruh datang lambat. Sampai je makanan dah habis. Gigit jari lah korang.

Bebo's inai session. Motif sangat lah ibu nie. 



Sebelum tu, meyh aku sajikan satu Dubsmash yang sempat kami buat. Enjoy !


After spent like 3 hours at her house doing nothing, it was time to go home. But before that, as usual, it's photoshoot session with saudara-mara belah ibu. Mari lah kita saksikan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Hj Ahmad dengan Hjh Islah. Gambar-gambar yang aku sajikan nie mengikut turutan, dari anak pertama sampailah anak kesembilan. Keluarga anak nombor dua je tiada sebab dorang selalu raya pertama belah sana.

Tak Lengkap.

Lengkap.

Tak Lengkap.

Lengkap.

Lengkap.

Lengkap.

Lengkap.

Lengkap.

So ini lah sedara-mara aku belah ibu. Belah ayah jarang dapat ambik gambar ramai-ramai. Awkward sikit. Lepas nie aku tunjuk gambar sedara-mara belah ayah pulak yerp. Kang kecik hati pulak ayah aku tu. Dah lah dia tu pembaca setia blog aku nie. 

Kaum-kaum ibu

Cucu-cucu perempuan

Cucu-cucu lelaki


This is the only photo yang ada budak yang cuba melarikan diri tu
We call him Smurf coz he looks like one =D


And rumah last kami beraya untuk hari itu ialah, ke rumah mertua anak kesembilan tu, mertua paman aku.


Then barulah kami sekeluarga straight berangkat ke Pahang lepas beraya rumah last tu. So begitulah cerita hari raya pertama untuk tahun 2015 aku. Korang punya hari raya macam mana pulak ? Mesti meriah jugak kan =)

2 comments:

  1. Haaaa cousin apep ke? Tak sangka apep perangai macam tu. Dekat kolej baik je. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cousin. laa satu kolej dgn apip ke =D dia mmg baik pon. hahaha

      Delete