Wednesday, April 29, 2015

Hot Air Balloon Putrajaya - Laman Seni 7 - Mr. Steakhouse

Assalamualaikum and Hi everyone !

14 March yang lalu, dekat Putrajaya ada satu festival, Hot Air Balloon Festival. Melihat rakan-rakan di sekelilingku mengupdate instagram mereka berhashtagkan #KauAda sudah cukup membuatkan diri ini terpanggil untuk ke sana. Maka bertolaklah kami satu kereta yang dipenuhi village people sejati menuju ke Putrajaya.


Park kereta pon selesai, kami pon start merantau Putrajaya tu mencari Hot Air Balloon itu tadi. Teramatlah malang sekali, kami datang pada waktu di mana hot air balloon tu tengah berehat.

Belon udara panas pon ada waktu rehat tau, ko mampu ?


Tanya abang RELA kat situ, dia kata dalam jam 4.30 to 5.00 belon tu ready untuk di terbangkan lah. Masa tu baru dalam jam 3 petang macam tu. So dah alang-alang sampai sini, why not tunggu kan. Dapat tengok satu pon jadi lah, sebab nak canang dekat instagram yang kita pon dah sampai situ bagi membuktikan kami nie village people yang sudah maju lagi membanggakan.

This is the only hot air balloon (kinda), that i see on that day 

Untuk pengetahuan, at this moment, Putrajaya tersangatlah panas. Untuk kes mereka yang baru sahaja pulang dari negara sejuk, sesungguhnya suhu panas itu sangatlah menjengkelkan. Ditambah pula tak sedar diri boleh pulak pakai sweater time panas terik macam tu. Mahunya tak lecak. Ko ghase ?

Dah 3 bulan balik pon still claim baru balik tau. Tak menahan betul.

Masjid Besi Putrajaya 
If you did ask, ye jaket tu aku beli dekat Washington DC. Kbai

Dalam pada tengah merantau tu, kami dipanggil oleh seorang brader nie. Dari booth I Luv Red Box. Dia minta kami like page I Luv Red Box nie and follow dekat twitter and instagram. Then dapat free gift and dapat main satu game nie. Game bola pingpong paku-paku, don't know how to describe the game. Lupa nak ambik gambar.

You just have to put the bola pingpong at the top of the box, then it will lalu at the paku-paku and at the end akan termasuk ke satu box yang ada kategori. Kategori nie pulak ada banyak. Ada kategori mistery gift, free cd, sorry please try again and macam-macam lagi. Aku dah memang aim untuk dapat free gift tu. Si Faries dah main dulu game tu, and dia tahu which laluan untuk ke box mystery gift tu. So aku pon letak dekat tempat yang sama.


Misteri gift dia ada dua pilihan, satu topi dan satu beg galas. Of course lah aku sambar beg tu kan. Topi nak buat apa. So we both got two bags dengan senang dan mudah. Lepastu unlike and unfollow balik page tu. Keji tau village people dua orang nie.

Yer, motif sangat yang belakang tu. I just realized this when i zoomed in. OMG !

Daripada dok tercenguk kat situ, dengan panas nya lagi, adalah lebih baik kami beredar ke masjid berdekatan untuk solat dan beristirehat sementara menunggu jam 5 petang. So kitorang pon berehat-rehat lah dekat masjid besi Putrajaya tu. First time aku masuk masjid tu, and it's a beautiful mosque. Very big and i love the laman outside of the mosque.



It's an open mosque, no tingkap. So i wonder kalau lah ada burung terbang masuk and terkincit kat situ, habis rosak karpet tempat solat tu. But surprisingly, there is no burung pon masuk tempat tu.



Ye, aku dah tukar baju masa nie, tak tahan panas sangat. Then dalam jam 5.30 macam tu, kitorang pon beredar lah dari masjid tu and pergi ke tempat hot air balloon tadi. Tapi sangat menghampakan bila hot air balloon yang dijanjikan tak naik-naik lagi. Perghhh.

Agak fed up dan rasa tertipu dengan pakcik RELA tadi, so aku pon chow ke Laman Seni 7, Shah Alam. Sebab memang dah aim nak pergi sini lepas tengok hot air balloon tu. Kitorang banyak buang masa dekat Putrajaya tu menunggu sesuatu yang tak pasti. Menci tau.


Nasib baiklah cahaya matahari masih lagi ada. Kalau tak, macam mana nak posing kalau tak ada cahaya kan.

Gigih

Yasss !


Dah kenapa ?

Bagi aku, sangat bagus lah idea dimana mereka menconteng-conteng dinding nie dengan something yang kreatif. Daripada dinding tu terbiar macam tu je, ye dak. Dengan adanya macam nie, ia dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong, among malaysian lah of course. Tak nampak lagi mat salleh kat sini.

Ahli mesyuarat tingkap maybe ?



Pon boleh Jida Achin

Nak pergi muslimah sekali, dah sampai Putrajaya habis bukak semuanya. Jida oh Jida.

Dia pon nak jugak, dah nama blog dia. Haruslah tepek semua gambar dia.





Yes you ! Not me =)






Then lepas maghrib macam tu, kami pon singgah makan dekat Mr Steakhouse dekat Seksyen 13 Shah Alam. Dekat je rasanya dengan Laman Seni nie. Kitorang guna Waze nak sampai sini, malas nak sesat-sesat so guna jelah apps. Senang, terus sampai. Lagipula memang dah lapar sangat kot. Tengahari mana singgah makan mana-mana.


Memang dari rumah lagi kami dah cari tempat makan mana nak singgah. Menggunakan pakcik google, kami pon taip steak murah. Maka termuncul lah restoran nie. Dan ternyata ia memang murah compared to other restaurants lah.


Lagipula, portion makanan dia besar. Kongsi satu makanan dua orang pon boleh. Satu pon susah nak habis. Serious tak tipu. Kalau couple yang tengah hangat bercinta tu, tapi dalam masa yang sama macam nak berjimat, better singgah sini. Share satu makanan dua orang. Memang penjimatan yang sangat berleluasa tau =)

This is Jida Achin's. Sizzling Steak nama diberi.

Atas sekali, kakak punya, Fish and Chip. Sebelah dia tu, Faris punya, Black Pepper Steak.
Bawah kiri, that is mine, Lamb Chop of course. Sebelah tu pulak, my adik perempuan punya, Fillet Steak.

Siap boleh order bungkus Lamb Chop lagi. Itulah akibat melayan nafsu serakah diri ini.

Jida Achin dah tak kuasa nak melayan gambar masa nie, dia fikir nak ngap je dah.

Lepastu dah kenyang, kami pon beransur pulang ke rumah. Eh nope. Kitorang pergi ke sekolah adik lelaki aku, hantar Lamb Chop bungkus tadi. Ko gila aku dah kenyang boleh order lagi. Of course tidak. Lepas dah hantar lamb chop tu baru lah kitorang balik. Tamat. Itu je nak cerita.

8 comments:

  1. Replies
    1. kita berjalan dalam negara je, orang tu sampai ke luar negara =P hahahaa

      Delete
  2. Best gila pergi Laman Seni tu. Aku bila entah nak berpeluang pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper Farah, nanti balik Malaysia datang erk. dekat je kot dengan banting.

      Delete
  3. Assalamualaikum dik, kau bikin akak tergelak je baca. dah 3 bulan balik consider baru balik lagi ke? miahahhha akak pun kekadang like dan unlike balik pages hahahah keji betul kita ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak Sheila =)
      for sake of contest kan ? hahahahhaha. habis contest unlike lah balik ye dakk..
      hahahahahaha

      Delete
  4. Terbaikkk..harap dapat jumpa anda satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anon, harap bertemu dengan anon jugak satu hari nanti =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...