Wednesday, April 10, 2013

Meriah lampu-lampu di I-City Shah Alam

Assalamualaikum 

Hari Sabtu yang lalu, aku jalan-jalan pergi ke I-City Shah Alam. I-City nie dah lama wujud tapi aku tak pernah pergi lagi. Padahal dekat je dengan rumah. Dalam satu jam memandu kereta. Sebenarnya, aku tak rancang pun nak pergi. Tapi disebabkan kena ambil kakak dan adik perempuan aku dekat stesen KTM Klang, jadinya tersinggahlah.


Tiada bayaran masuk dikenakan tapi parking kereta kena bayar RM10. Itu kira macam tiket masuklah. Masa kitorang datang, hujan renyai-renyai. Lepastu tiba-tiba jadi lebat, lepastu renyai balik. Suka betul hujan nie bergurau dengan kitorang. Terpaksa berteduh di kedai-kedai berhampiran. Masa banyak terbuang tunggu hujan berhenti je. 





Macam yang aku cakap, kitorang datang sini tak rancang. Jadi aku pakai sauk jelah bawa kamera gedang aku. Sudahnya battery lemah dan mati. Baru guna sekejap kot. Bawa kamera compact, tapi kamera nie pula sangat sensitif dengan gegaran dan ambil gambar malam tak berapa nak cantik. Pakai kamera phone jelah alamatnya walaupun kualiti gambar kurenggggg. Lepastu, satu persatu battery phone pakat nak habis. Hahahahah




Tak padan sakit budak kecik nie, tapi ajak bergambar laju je. Aku tahu dia suka dan teringin datang ke I-City Shah Alam nie, sebabtu angkut dia sekali. Adik aku nie baru je lepas accident kena langgar dengan motor. Jalan pon masih lagi terjingkit-jingkit. Tapi gigihnya tu, sampaikan setiap pokok berlampu dia nak bergambar. Itu pasallah battery kamera dan phone kitorang habis. Hahahaha





Memang meriah sangat I-City Shah Alam dengan lampu-lampu. Pengunjung pon ramai. Memang dah jadi salah satu tarikan untuk datang kalau singgah ke Shah Alam. Baguslah idea untuk komersialkan tempat nie dengan motif lampu-lampu. Tertanya-tanya juga, berapa banyak agaknya elektrik yang digunakan untuk menjana lampu-lampu kat I-City nie ya. Aku pasti, mesti bil elektrik tinggi gila. Tapi tak apa, rasanya bilangan kereta yang hadir setiap bulan pon dah cukup nak tampung semua bil tu.




Hampir 2 jam kami dalam nie. Masa untuk kami beransur pulang. Macam aku cakap tadi, kitorang sebenarnya banyak buang masa menunggu hujan berhenti je. Walhal boleh je cut masa, bukan ada apa sangat pon dalam nie. Hanya lokasi untuk bergambar je. Tambah-tambah bila battery kamera dan phone semua pakat-pakat mati, makinlah boleh cut masa tu. Tapi hujan tak beri kerjasama ya. Sekejap lebat sekejap renyai. Ibu dengan ayah pon tak berhenti telefon tanya bila nak balik. Yelah, masa nie sudah hampir jam 12 malam kot. Tak reti-reti ke nak balik rumah woii.

Post edited : August 2021

10 comments:

  1. Best ke I-City? Selain daripada lampu yang berwarna warni tu ada apa je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempat untuk snow , kalau pergi siang ada taman tema air . snow n taman tema air dia kene bayar lah kalau nak masuk . yang aku pergi nie free je =) hewhew

      lebih baik pergi snow world dkat genting , lagi murah .

      Delete
  2. Assalamualaikum adik. hahaha akak sendiri belum pernah masuk situ okey. KUNO tak? haha kan membazir. pandai kau bagi pesanan. moga kerajaan mendengarnya dik. hihi. nanti belanja kita makan burger abg Burn ek? nice posing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir kan , tapi nice =) effort kerajaan untuk tarik minat pelancong ke negara kita =) burger bakar abg burn mahal lah kak sheila >___< rasa dia biasa2 je ... thanx kak sheila ^^

      Delete
  3. Dah banyak dah berubah I-city rpenya. Dah lama x pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ? macam sama je . ahaks ~ *first time pergi so xtau*

      Delete
  4. dah banyak berubah... gajah tuh pon tak pernah tgok sebelum ni... beger bakar kt stu sentiasa ramai org...tak pernah try stu pon...ngehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah tu baru ke ? owhhh oke . memang ramai . pelanggan tak henti2 masuk . padahal dah 12 tengah malam masa tu ..

      Delete
  5. Saya pemilik burger bakar tmf, thanks kerana menyokong burger kami, tapi buat masa ni kami telah pun berpindah ke taman medan petaling jaya, ada masa singgah singgah la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah =) sos burger TMF memang terbaekkkk =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...