Assalamualaikum
Pada 31 August 2012, yakni pada hari Kemerdekaan negara yang ke-55, aku melawat Genting Highland. Satu tarikh yang amat silap untuk datang ke tempat-tempat begini ya. Terutama sekali waktu cuti umum. Amat silap sekali ! Tapi aku dah pon terlanjur pergi. Jadi mari aku ceritakan pengalaman ke Genting highland menggunakan bas awam.
Aku gerak dari Banting ke KL jam 8.30 pagi denga menaiki bas. Bas tiba di KL Sentral pada jam 10.15 pagi. Aku terus ke kaunter tiket Go Genting yang terdapat di situ untuk mendapatkan tiket bas ke Genting. Malang sekali, bas kitorang pada jam 12.30 tengahari. Jadi sementara nakt unggu jam 12 tu, pergilah makan dekat KFC. Pagi tadi punya terburu-buru naik bas, tak sempat nak makan.
2 jam pon berlalu, maka bertolaklah ke Genting Highland. Tak sangka perjalanan hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Aku ingat akan mengambil masa lebih dari itu. Apa-apapun, pemandu bas tu memandu sangat menakutkan dan agak berbahaya ya. Bentuk muka bumi berbukit-bukau terpusing-pusing, dia mandu bukan main laju. Kuss semangat.
Sampai sana jam 1.30 petang. Nak beli tiket untuk naik cable car, sekali tengok crowd, ambik kau. Sesak gila dengan manusia masa nie. Beratur nak beli tiket je pon ambil masa sampai 1 jam lebih. Jam 3 petang barulah dapat naik cable car. Serius ramai gila orang datang Genting waktu cuti umum.
Takut juga bila berada dalam cable car tu. Walaupun pernah naik cable car di Langkawi sebelum nie, tapi naik cable car dekat Genting Highlands rasa dia lebih cuak ya. Banyak-banyaklah mengucap dekat dalam tu. Takut bila tengok bawah.
Berjalan menuju ke outdoor games tapi malangnya, dari tingkap dah boleh nampak betapa ramainya manusia sedang beratur untuk mendapatkan giliran. Dahlah kitorang nie sampai dekat atas tu dekat jam 3.30 petang. Memang taklah nak masuk. Membazir duit je bayar mahal-mahal tapi sudahnya kena menunggu lama. Hari pula dah semakin petang.
Oleh kerana tak ajdi nak main permainan outdoor games, aku main indoor game je. Beli tiket untuk masuk ke rumah salji, Snow World. Tiket dewasa untuk satu orang RM25 dan masa yang diberi untuk berada dalam Snow World hanalah selama 40 minit sahaja. Kena tunggu 30 minit sebab waktu masuk jam 4.30 petang.
Mujurlah bungkus KFC yang tak habis makan tengahari tadi sebelum bertolak. Boleh buat alas perut sambil menunggu waktu masuk ke Snow World. Makanan dekat Genting nie boleh tahan mahal ya. Takut tengok harga. Sekarang masa untuk masuk ke Snow World ! Jom aku sajikan gambar-gambar ketika berada dalam nie.
Tak boleh bawa kamera masuk dalam nie, terpaksa bergambar guna phone je. Tiap kali nak ambil gambar kene buka glove. Leceh juga henset touchscreen nie. Tapi bila dekat dlam tu, tengok ramai je guna kamera untuk ambil gambar. Aku pon tak nak lah kalah. Guna juga kamera. Tak perlu susah-susah tanggal glove bila nak ambil gambar.
Keluar je dari Snow World tu, tangan aku mula gatal-gatal dan menggelembung. Nampak tak, betapa comelnya jari-jemariku yang gemuk itu ? Muka aku pon mula keluar bintik-bintik merah yang timbul ibarat kene gigit nyamuk. Agak malu masa tu. Terus pergi tempat panas, berjemur sekejap. Baru lah reda sikit kegatalanku itu. Kulit aku sensitif, tak boleh berada dalam tempa sejuk sangat. Nanti mula keluar merah-merah dan jari mula membengkak. Tak tahu kenapa.
Menghabiskan sisa-sisa waktu kitorang dengan makan di Pizza Hut dan berjalan-jalan sekitar Genting tu sambil bergambar. Banyak benda menarik ada dalam nie. Menara Eiffel ada, Statue of Liberty ada, even patung emas yang kat batu caves tu pon ada. Sangat sesak dengan manusia dalam nie.
Baliknya tu, tak naik cable car. Naik bas dari atas tu straight terus ke Kuala Lumpur. Bas jam 9 malam, kena tunggu di stesen bas depan First World Hotel. Selesai mengerjakan apa yang patut, terus bergerak ke stesen. Tak nak lambat sebab takut terlepas bas.
Agak penat satu hari berjalan. Rasa nak tidur je masa tu. Sangat seronok walaupon sedikit terkilan sebab tak dapat main outdoor games. InsyaAllah, lain kali aku akan datang lagi. Sampai KL Sentral jam 10 malam, terus ambil bas ke KLIA jam 11 malam. sampai KLIA tepat-tepat jam 12 malam. Ambil lagi satu bas dari KLIA ke Banting. Sampai Banting jam 12.40 malam dan dijemput oleh ayah aku. Itu sahajalah trip aku ke Genting Highland menggunakan pengangkutan awam.
-----------------------------------------------------------
Kenapa pergi ke Genting Highland nie merupakan satu kesilapan ?
1- Pergi ketika cuti umum, maka seramai-ramai manusia ada masa tu.
2- Bertolak dari rumah lewat, sepatutnya bertolak jam 5 pagi.
3- Tiket bas lambat, naik cable car lambat, masuk Snow World pon lambat.
4- Tak sediakan makanan ringan dalam beg dari rumah.
5- Pakai baju Great Britain pada hari kemerdekaan negara sendiri ? Sangat tak bijak.
6- Tak main outdoor games yang mana itu merupakan tujuan utama datang situ.
7- Ibu memberi permission lewat, jadi buat persediaan last minute.
percutian yg AWESOME . even banyak benda yang jadik right ? btw .. x sambung at UNIMAS ? SO futher study kat mana ?
ReplyDeletebole tahan awesome jugak lah walaupon xberapa nak flow ikut apa yang di rancang .
Deleteyang tu tak tau lagi =)
mcm best jerh :)
ReplyDeletememang best ^__^
Deleteknp kte always pegi tempat yg sama on the same day but we never meet =='..ape jew lahh...btw..its awsome ! :D
ReplyDeletepergi genting jugak ke ? huhu , xde rezeki nak jumpa =)
Deletesebelom nie pergi sama , pergi mana yerp ?
time square mse raye tu...and kfc kl sentral tu... sabar jew laa...huhu...
Deleteowhh ye ke , maybe x sama waktu kot =)
Deleteagaknye laa...huhu :(
Deletelain kali pg kite masuk theme park zharif oi..=)
ReplyDeletekau lah punya psal bangun lewat >__< lenkali kita masuk situ , tapi bila nk pergi oi
DeleteEr..sebenarnya kuor sblm subuh baru bulih jamak Solat Jumaat..
ReplyDeleteerrr solat jumaat sejak bila pulak boleh jamak nie ? awkward gila .
Deletedah kita nak pergi berjalan jauh , so kita jadi musafir . musafir tidak wajib solat jumaat . solat macam biasa saja .
solat biasa , musafir boleh qasar dan jamak . hai takkan tu pon tak tau ? sedih gila .
mm suka pergi time tengah2 malam.. saja gatal2 nak rasa mcm duk oversea.. kena angin sampai terketar2 badan...
ReplyDeletekalao pergi sendiri okeylah sampai tengah malam =)
DeleteHahah betul tu kesilapan yg besar kalau pergi waktu cuti xD
ReplyDeleteAk pernah pergi juga dgn kawan2 tapi kitorg pergi weekdays, it was nice except kitorg kesuntukan masa sebab pergi naik pakej bus juga ;D
tak sempat nak enjoy semua tempat
aku lagi lah xdapat nak main apa sebab sampai sana dah lewat .
Deletelepas nie nak ke sana lagi kene pergi hari biasa pulak
tq singgah folo blog mama mia...best pulak bc cerita pergi genting ni...mama dah bertahun tak pergi....
ReplyDeletememang best =) dari kl sentral ke genting satu jam je . cepat sangat ^^
Deletebest, best! seronok die dapat pergi genting. KN ni tak tau bile boleh gi. hehe. Tapi bab solat Jumaat tu betol lah tak yah tunaikan kalau sebagai seorang musafir :) Anon tu yg salah, hihi. BTW, thanks sudi follow keyh. Hit u back.
ReplyDeletetulah kan , terperanjat jugak baca solat jumaat boleh jamak . huhu .
Deletesatu hari nanti dapat lah tu pergi =)
terima kasih ^__^
ok,salah seorang yang tergoda dengan braces tu. :p
ReplyDeletemuahahaaa tak mungkin kot =P terima kaseh =)
Deletewowww.. best ! tapi syg fiza tak sampai lagi genting highland. sobss !
ReplyDeletemeriahnya tengok gambar gambar tu ^__^v
ini pon first time pergi ^__^ hahaha
Deletethanx =)
wowww..nice entry! hehehehe,
ReplyDeletesuka baca..
lupa nk bgtau, done follow u ~~
Deleteterima kasih ^____^
Deletewow...pegi genting..bestnya :D
ReplyDeletebest sangat walaupon xmain banyak =)
Deletebestnya belog awak ni. suka baca. lawa pun ya jugak.
ReplyDeleteterima kaseh banyak-banyak =) blog simple je nie =D
Deletemakanan sana mmg kompom mahal.la..senak perut nak mkan byk2.hehehe hurmm
ReplyDeletemy classmate pon tak hbis2 suh edy bawak diorang g genting.ehhe entah bila nak bawak...syoknye gak tengok pic
memang mahal , tapi bila dah lapar sangat terpaksa lah makan . huhu
Deletethanx edy =)
wah,seronoknya p bercuti-cuti..tak pernah jejak lagi kat sana..
ReplyDeleteini pon first time pergi situ =)
Deletebanyk x indon2 yg dijumpai di sekitar genting tu?
ReplyDeleteboleh tahan banyak nya , macam semak je >__<
Deletenaz dulu pun pergi gak..sempat main outdoor.. it's soo awesome than indoor..should try another time ok ^_^ slm kenal
ReplyDeletewalaupon tak main indoor games , still best kan =) salam kenal juga ^^
DeleteWah Bestnya . . Kena Pergi Time Kerja Ni . . Haha
ReplyDeletekerja kat situ ke ?
Delete:)
ReplyDelete=)
Deletenice trip.. len kali go genting main la outdoor pulak.! best! @_@
ReplyDeletewill do, thanks ! =)
Delete1st time bukak blog ni. tp terbaik lah bro. hahahahah... nk tnya, brapa hengget dari kl sentral ke genting?
ReplyDeletetak ingat lah pulak harga dia. lagipula mungkin skrg harga dh berubah. yelah masa nie aku pergi tahun 2012 =)
Delete