Tuesday, April 17, 2012

Penjagaan muka

Assalamualaikum 

Penjagaan muka sangat penting sebab muka merupakan aset berharga kita. Muka merupakan benda pertama yang kita tengok bila kita berjumpa seseorang. Persoalannya, ada ke lelaki yang betul-betul ambil berat soal penjagaan muka ? Kalau perempuan tu, kita boleh faham lagi. 

 
Jawapannya, ADA.

Tapi lelaki itu bukanlah aku. Hahaha. Aku sangka selama nie semua lelaki sejenis seperti aku. Tidak berapa memikirkan soal penjagaan kulit muka. Tapi rupanya, ada lelaki yang sangat particular dan meitikberatkan penjagaan muka. Semua nie aku lihat sendiri setelah aku mula tinggal di asrama. Tiap malam akan nampak beberapa penampakkan pelajar lelaki berdiri depan cermin sambil pakai pencuci muka secara berjemaah.  

Aku tak ada produk khusus yang aku gunakan sebagai rutin setiap hari. Alhamdulillah muka aku bagi kerjasama dan tak buat onar. Sesekali keluar jerawat itu normal. Dan adalah waktu ketika tangan nie dok gatal picit jerawat-jerawat yang tumbuh. Akibat dari itu, ia akan meninggalkan kesan hitam pada muka. 

Bio-Oil

Aku mula mencari ikhtiar untuk mempercepatkan proses menghilangkan kesan hitam tersebut. Ibu aku pon memperkenalkan aku dengan produk Bio-Oil nie. Alhamdulillah, keberkesanannya boleh nampak. Kalau kita sebut nama Bio-Oil je, orang ramai pasti fikir ia satu produk untuk menghilangkan parut. Tapi hakikatnya, banyak kebaikan lain menggunakan Bio-Oil sebagai rutin selain daripada memudarkan parut. 

5 masalah 1 penyelesaian

Banyakkan faedahnya ? Memang berbaloilah guna produk Bio-Oil nie, guna banyak kali pon tak habis-habis. Dah lama kot aku beli benda nie. Tapi apa-apapun, sila baca label pembungkusan sebelum aplikasikan pada kulit wajah ya. 

Pasal penjagaan kulit nie, adalah beberapa petua lama yang aku pernah cuba dan amalkan.
  • Air bilas beras - Kata orang, air bilas beras nie boleh kurangkan jerawat muka.
  • Daun kunyit hidup - Daun kunyit hidup ditumbuk sampai berair, then sapukan dekat parut. InsyaAllah akan pudar parut tu sekiranya dilakukan secara berterusan.

Post edited : August 2021

9 comments:

  1. lelaki nak muka bersih sebab perempuan skrg tak suka lelaki banyak jerawat . 9 of 10 responden . haha

    amboi patutlah muka dia putih dah bersih :3

    ReplyDelete
  2. Haha! Aku pon jaga muka gĂ k. Hidup tak tnteram kot bila ada 1 jrawat ada kat muka. Kalau ada kt bwh takpa lagi. Okay seram xD hahaha..nice entri!

    ReplyDelete
  3. aliff : owhh ye perempuan tak suka lelaki berjerawat ? memilih betol kann >__< huhu

    kimy : patot lah muka bersih innocent je =) wahh dah pandai gurau seram sekarang nie . kemain =P

    ReplyDelete
  4. sempat promote g tuh. btw gud luck

    ReplyDelete
  5. haha,comel btol la entry2 kamu ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...