Sunday, April 29, 2012

Selamat tinggal KMPP

Assalamualaikum 

Seperti sudah sedia maklum, tanggal 26 April yang lalu merupakan hari terakhir Zharif Azis bergelar seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah habis program matrikulasi aku. Rasa macam cepat betul masa berlalu. Tapi baguslah, sebab aku pon stress duduk dekat matrik. Hahahaha

Me and my roommates (Dari kiri : Salam, Azhad, Yassier)

They are my roommates. Mereka merupakan rommates pertama dalam hidup aku sebabnya ini merupakan kali pertama aku tinggal di dalam aasrama dan jauh daripada keluarga. Dorang nie jenis kaki game dan kaki tengok bola. Cuma soranglagi tu amcam tak berapa nak hardcore sangat. Yang dua nie, Yassier dengan si Azhad, die hard fan betul dengan bola. Kadang kelakar tengok dorang main game dan tengok perlawanan bola online.

Tengoklah aksi lucu si Azhad dengan Yassier nie. Siap berpegangan tangan ­čść

Kalau Salam pulak, dia nie AJK surau. Kira orang kuat surau KMPP lah. Hampir tiap malam tidur dekat surau. So setiap malam, kitorang 3 orang je lah kat dalam bilik. Salam pon jenis kelakar jugak. Dia suka dengar lagu sambil nyanyi. Paling tak boleh dilupakan, dia nyanyi lagu Adam Lambert " What do you want from me". Aku selalu tahan gelak bila dia nyanyi lagu nie. Bersungguh sangat tau.

Paper last merupakan paper Kimia. Dalam perjalanan kaki balik ke blok, aku dah nampak kelibat adik perempuan aku tersengih-sengih macam orang tak cukup bulan. Memang teruja betul aku masa nie sebab nak balik rumah for good. No more matriculation life, no more stressful life.

Selamat tinggal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Masa nie KMPP memang sesak gila dengan kenderaan. Maklumlah, semua pelajar nak balik rumah. Tapi keluarga aku tak terus balik, kitorang jalan-jalan sekitar Penang sekejap tengok jualan murah, lepastu baru balik.

Post edited : August 2021

 

17 comments:

  1. Kau conteng ke kunci bilik tu guna marker?

    ReplyDelete
  2. bebudak lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan bola ..
    walau di mana jua mereka berada . haha

    ReplyDelete
  3. marker permanent ke marker whiteboard?

    ReplyDelete
  4. permanent =) sekian terima kasih .
    hahahaha biar ada tanda

    ReplyDelete
  5. astaghfirllahalazim .. nk report la dkt pengarah kmpp hahha

    ReplyDelete
  6. Belajar kat KM Pulau Pinang ke? Dulu pernah pergi matrik penang masa lawatan sambil belajar. Tidur situ satu malam. Masa nak isi matrik hari tu, kaw-kaw aku letak KMPP first choice. Bila keluar result, eh dapat Kedah. Hahhaha.

    ReplyDelete
  7. sukahati je dia conteng key dia . hahahaa nak conteng pun tak berani , takut result kena tahan >,<

    comel Nas adila . nak kenai boleh dak ? haha :p

    selamat tinggal kmpp . jom kerja AREP ! haha

    ReplyDelete
  8. Bye2 KMPP . Rindu KMPP weyhhh ! :D

    ReplyDelete
  9. liyana : maybe rezeki dekat matrikulasi kedah kot . dulu lagilah , penang tak mintak pon langsong . tau2 je dapat >__< hahaha

    aliff : takde nya dia nak tahan . huhu . nama dia zas adila lah . bukan nas adila . hhahahaa

    putry : KMPP jugak ke ?

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah =) much better than sem satu dulu =)

    ReplyDelete
  11. Ehhh kita masuk KMPP jugak lah nnty.. hihi ^_^

    ReplyDelete
  12. eh laki dgn bola dpt dipisahkn...
    tp klu dh ad member sma2 minat satu club, tu yg xdpt nk berpisah tu... muahahahah...

    ReplyDelete
  13. to tia : wahh welcome to KMPP =)

    to yassier : tu pasal sampai pegang2 tangan tu . hahahhahaa

    to hamzah : jangan tergoda2 , nanti susah plak =) ahhahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini