Assalamualaikum
Pejam celik, pejam tak celik-celik dah nak sampai hari-hari terakhir dekat matrik nie. Rasa macam baru je semalam daftar masuk matrik. Minggu akhir kuliah bermaksud minggu terakhir ada kelas. Study week seminggu, lepastu terus exam selama 2 minggu. Lepastu boleh balik kampung masing-masing dan tak perlu datang lagi. Finally, detik yang aku tunggu-tunggu selama nie akan tiba. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku. Kah !
Eh, sepatutnya entri nie bernadakan sedih. Bukan gembira. Apolah Zharif nie ! Apa-apapun, aku nak sajikan korang semua moment-moment terakhir praktikum aku bersama pensyarah-pensyarah yang mengajar kami semester ini.
Pensyarah Biologi (Kelas Amali) : Pn. Norzi Azwin |
Pensyarah Kimia (Kelas Amali) : Pn. Suhaila Hanim |
Pensyarah Kimia (Kelas tutoran) : En. Ibrahim |
Pensyarah kelas Dinamika : En Subri |
Memandangkan ini minggu terakhir kuliah, makanya ahli praktikum aku ramai yang ponteng kelas. Oppsss !
Hah, yang nie abru cukup korum. 24 ahli praktikum H4P1. Pensyarah kelas English : Miss Neela |
Ini je pensyarah yang kami sempat bergambar beramai-ramai bersama praktikum H4P1. Sekarang, mari aku sajikan gambar-gambar dalam kelas kuliah pula bersama pelajar-pelajar kuliah H4. Kumpulan kuliah H4 terdapat 8 praktikum di dalamnya. Jumlah pelajar untuk kumpulan Kuliah H4 adalah seramai lebih 200 orang jugalah. Tak ingat bilangan yang spesifik.
Pensyarah Biolog (Kelas Kuliah) : Pn. Khairul Anida |
Pensyarah Kimia (Kelas Kuliah) : Pn. Noorhayati Abu Bakar |
Kelas terakhir jatuh pada hari Jumaat, jadi kami adakan bacaan Yassin |
Masa hari Selasa time dia tengah bagi lecture kat depan, dengan tiba-tibanya Pensyarah Kimia kami nie nangis sebab dia sedih kelas dah nak berakhir. Ya Allah sebak gila masa tu. Ramai juga pelajar yang ikut menangis. Masa baca Yassin hari tu pon dia menangis lagi. Pn Noorhayati nie merupakan pensyarah kesayangan kumpulan kuliah H4. Beliau sangat-sangat baik orangnya.
Okay cukuplah aku sajikan gambar yang sempat kami abadikan bersama pensyarah-pensyarah di minggu akhir kuliah nie. Sekarang, aku nak sajikan gambar-gambar aku bersama praktikum aku akan aktiviti yan kami lakukan sepanjang minggu akhir kuliah. Entah kenapa, minggu akhir nie makin kerap pula kami semua datang library. Tapi datang hanya untuk bergambar jelah. Hahahaa.
Kitorang juga ada acara makan beradab untuk Kelas Dinamika. Memang syllabus untuk kelas nie akan ada satu hari tu kami kena makan beradab menggunakan peralatan meja dengan betul mengikut etika makan yang sepatutnya. Manalah tahu, satu hari nanti kita dapat makan dengan kerabat di Raja ke, jadi ilmu nie boleh digunapakai.
Hari Jumaat, kelas habis awal. Kitorang makan ramai-ramai satu praktikum dekat kafe A. Kafe A nie kafe blok perempuan. Kafe yang nun jauh di belakang. Kosong kafe masa tu.
Lepas solat Jumaat, ada perjumpaan mentor mentee yang terakhir. Tak sahlah kalau tulis entri pasal matrik tak ada gambar Cikgu Hensem. Perjumpaan mentor mentee kali nie kamibuat di luar berhampiran tasik KMPP.
Bersama Cikgu Hensem a.k.a En Mohd Shukri Mohd Ali |
Masa perjumpaan mentor mentee terakhir nie, Cikgu Shukri menceritakan pengalaman dia belajar dekat matrik sewaktu ketika dahulu. Dia kata dia tak pernah duduk asrama, jadi masa awal-awal belajar dia agak lost. Keputusan UPS dia pon tak berapa nak bagus sebab tak dapat nak sesuaikan diri.
I was like "Eh jalan kehidupan macam sama dengan aku je". Hahaha
Okay itu sahaja untuk kali ini. Korang doakan supaya peperiksaan kali ini dipermudahkan untuk aku menjawab dan yang paling penting, agar aku dijauhkan daripada godaan syaitan yang menghasut aku supaya tidak belajar. Hahahaha. Tiba salahkan syaiton nirrajim. Walhal salah sendiri.
Post edited : August 2021
sedih kan dah nak tinggalkan semua kenangan ni kan zarep :p
ReplyDeletejangan nangis2 tau zarep , >,<
bestnya jalan2 kat skitar kmpp , teringat hari tu g kmpp , best
goodluck pspm ! :):):)
tak sedih tak sedih >__< hahahahha
ReplyDeletethanx haikal , gudluck too ;)
yessss!!!!
ReplyDeletei know who is that girl!!!!
hahahaha...=P
kantoi daa zharif~
ye lah tu =P siapa kah ? huhu
ReplyDeletecam best ja idop kt matriks.huhu
ReplyDeleteidop nya best , cara belajarnya tak best >__< hahaha
ReplyDeleteSalam Zharif..
ReplyDeleteKalau tak kisah, bleh mintak no contact Cikgu Shukri tuh.. Best fren masa kat matriks dulu.. And sampaikan salam pada dia eh..
owhh kawan cikgu shukri rupanya , sorry lah saya xde nombor cikgu shukri =)
ReplyDeletesekarang dia tengah sambung master , ke phd x ingat . tp yg pasti dia tengah sambung belajar . bulan 3 hari tu baru dia mula sambung =)