Saturday, April 7, 2012

Minggu akhir kuliah matrikulasi


Assalamualaikum 

Pejam celik, pejam tak celik-celik dah nak sampai hari-hari terakhir dekat matrik nie. Rasa macam baru je semalam daftar masuk matrik. Minggu akhir kuliah bermaksud minggu terakhir ada kelas. Study week seminggu, lepastu terus exam selama 2 minggu. Lepastu boleh balik kampung masing-masing dan tak perlu datang lagi. Finally, detik yang aku tunggu-tunggu selama nie akan tiba. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku. Kah !


Eh, sepatutnya entri nie bernadakan sedih. Bukan gembira. Apolah Zharif nie ! Apa-apapun, aku nak sajikan korang semua moment-moment terakhir praktikum aku bersama pensyarah-pensyarah yang mengajar kami semester ini. 

Pensyarah Biologi (Kelas Amali) : Pn. Norzi Azwin

Pensyarah Kimia (Kelas Amali) : Pn. Suhaila Hanim

Pensyarah Kimia (Kelas tutoran) : En. Ibrahim

Pensyarah kelas Dinamika : En Subri

Memandangkan ini minggu terakhir kuliah, makanya ahli praktikum aku ramai yang ponteng kelas. Oppsss !

Hah, yang nie abru cukup korum. 24 ahli praktikum H4P1.
Pensyarah kelas English : Miss Neela

Ini je pensyarah yang kami sempat bergambar beramai-ramai bersama praktikum H4P1. Sekarang, mari aku sajikan gambar-gambar dalam kelas kuliah pula bersama pelajar-pelajar kuliah H4. Kumpulan kuliah H4 terdapat 8 praktikum di dalamnya. Jumlah pelajar untuk kumpulan Kuliah H4 adalah seramai lebih 200 orang jugalah. Tak ingat bilangan yang spesifik.

Pensyarah Fizik (Kelas Kuliah) : Miss Ong Wei Ling

Pensyarah Biolog (Kelas Kuliah) : Pn. Khairul Anida

Pensyarah Kimia (Kelas Kuliah) : Pn. Noorhayati Abu Bakar

Kelas terakhir jatuh pada hari Jumaat, jadi kami adakan bacaan Yassin

Masa hari Selasa time dia tengah bagi lecture kat depan, dengan tiba-tibanya Pensyarah Kimia kami nie nangis sebab dia sedih kelas dah nak berakhir. Ya Allah sebak gila masa tu. Ramai juga pelajar yang ikut menangis. Masa baca Yassin hari tu pon dia menangis lagi. Pn Noorhayati nie merupakan pensyarah kesayangan kumpulan kuliah H4. Beliau sangat-sangat baik orangnya.






Okay cukuplah aku sajikan gambar yang sempat kami abadikan bersama pensyarah-pensyarah di minggu akhir kuliah nie. Sekarang, aku nak sajikan gambar-gambar aku bersama praktikum aku akan aktiviti yan kami lakukan sepanjang minggu akhir kuliah. Entah kenapa, minggu akhir nie makin kerap pula kami semua datang library. Tapi datang hanya untuk bergambar jelah. Hahahaa.



Kitorang juga ada acara makan beradab untuk Kelas Dinamika. Memang syllabus untuk kelas nie akan ada satu hari tu kami kena makan beradab menggunakan peralatan meja dengan betul mengikut etika makan yang sepatutnya. Manalah tahu, satu hari nanti kita dapat makan dengan kerabat di Raja ke, jadi ilmu nie boleh digunapakai.




Hari Jumaat, kelas habis awal. Kitorang makan ramai-ramai satu praktikum dekat kafe A. Kafe A nie kafe blok perempuan. Kafe yang nun jauh di belakang. Kosong kafe masa tu.




Lepas solat Jumaat, ada perjumpaan mentor mentee yang terakhir. Tak sahlah kalau tulis entri pasal matrik tak ada gambar Cikgu Hensem. Perjumpaan mentor mentee kali nie kamibuat di luar berhampiran tasik KMPP.


Bersama Cikgu Hensem a.k.a En Mohd Shukri Mohd Ali

Masa perjumpaan mentor mentee terakhir nie, Cikgu Shukri menceritakan pengalaman dia belajar dekat matrik sewaktu ketika dahulu. Dia kata dia tak pernah duduk asrama, jadi masa awal-awal belajar dia agak lost. Keputusan UPS dia pon tak berapa nak bagus sebab tak dapat nak sesuaikan diri.

I was like "Eh jalan kehidupan macam sama dengan aku je". Hahaha

Okay itu sahaja untuk kali ini. Korang doakan supaya peperiksaan kali ini dipermudahkan untuk aku menjawab dan yang paling penting, agar aku dijauhkan daripada godaan syaitan yang menghasut aku supaya tidak belajar. Hahahaha. Tiba salahkan syaiton nirrajim. Walhal salah sendiri.

Post edited : August 2021

8 comments:

  1. sedih kan dah nak tinggalkan semua kenangan ni kan zarep :p
    jangan nangis2 tau zarep , >,<

    bestnya jalan2 kat skitar kmpp , teringat hari tu g kmpp , best

    goodluck pspm ! :):):)

    ReplyDelete
  2. tak sedih tak sedih >__< hahahahha

    thanx haikal , gudluck too ;)

    ReplyDelete
  3. yessss!!!!
    i know who is that girl!!!!
    hahahaha...=P
    kantoi daa zharif~

    ReplyDelete
  4. cam best ja idop kt matriks.huhu

    ReplyDelete
  5. idop nya best , cara belajarnya tak best >__< hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam Zharif..

    Kalau tak kisah, bleh mintak no contact Cikgu Shukri tuh.. Best fren masa kat matriks dulu.. And sampaikan salam pada dia eh..

    ReplyDelete
  7. owhh kawan cikgu shukri rupanya , sorry lah saya xde nombor cikgu shukri =)

    sekarang dia tengah sambung master , ke phd x ingat . tp yg pasti dia tengah sambung belajar . bulan 3 hari tu baru dia mula sambung =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...