Sunday, May 29, 2011

Kehidupan baru bermula di KMPP

Assalamualaikum

Kehidupa baru aku bermula. Aku kini merupakan seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang batch 2011/2012. 


Hari pendaftaran agak sedikit kelam kabut sebab aku datang dari jauh. Bertolak dari Banting pagi-pagi dan sampai ke sana petang. Terus kena mendaftar, buat kad matrik. Kena tegur dengan orang ambil gambar tu sebab aku tidak berpakaian seperti yang sepatutnya. Kena patah balik ke kereta untuk ambil kasut dan talileher.Kereta pulak parking jauh dekat belakang. Sumpah penat gila. 

Ramai betul manusia masa nie. Letak barang semua dalam bilik dan ayah aku sempat tolong guntingkan rambut aku kat situ. Hahahaha. Ibu aku menangis masa nak balik tinggalkan aku.




Kenapa pilih KMPP ?

Masa apply program matrikulasi, memang aku pilih Pulau Pinang sebagai pilihan pertama. Seterusnya Perak dan juga Johor. Lepastu ayah aku marah sebabnya aku apply tempat jauh-jauh. Siap kata tak nak hantar lagi tau masa tu. Untung masih boleh tukar pilihan, aku pon tukarlah kepada Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Melaka dan juga Perak.

Tak nak letak pilihan Selangor dalam permohonan sebab terlampau dekat. Tuptup bila keputusan keluar, dapat Pulau Pinang jugak. Tak ada pilihan lain, ayah aku tetap kena hantar jugak.  

Roommates

Terima kasih dan bersyukur sangat-sangat sebab dapat roommates yang baik dan pembersih. Dorang jenis tak merokok, alim, pandai dan bukan jenis kaki lepak.

Asrama


Aku dapat blok C2 (Kompel Al Biruni) tingkat 2 bilik nombor 9. Serius tak pernah duduk dekat asrama dan aku tak tahu kehidupan asrama macam mana. Yang pasti, semua benda aku kena buat sendiri. Kena berdikari.

Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB)

Aku cukup tak suka dengan minggu orientasi. Sangat-sangat benci. Aku tak suka sesi ice breaking kena perkenalkan diri. Kena buat trademark diri bagai, sumpahlah jijik gila. Nasib baik MPPB dekat KMPP nie tak padat seperti yang aku bayangkan. Jam 10.30 malam dah boleh balik asrama. 

Fasilitator

Alhamdulillah lagi sekali, aku dapat abang fasi yang baik dan jenis tak memaksa. Time kena buat trademark, aku memang tak nak buat dan dia tak paksa pon suruh aku buat.

Praktikum a.k.a classmates


Praktikum nie merupakan kelas. Nama praktikum aku ialah K4P3. Mula-mula, aku dapat Modul 3 (Maths, Chem, Bio, Sains Computer). Lepastu aku minta tukar kepada Modul 1 (Maths, Bio, Physic, Chem) setelah dapat nasihat daripada mentor. Nama praktikum baru aku ialah H4P1. Dah masuk modul 1 nie , kene usaha lebih. Fizik bukan makanan aku. Subjek sains yang aku paling lemah ialah subjek Fizik.


Sekarang nie aku dekat Jusco Seberang Perai untuk taip entri nie sebab dekat kolej tak boleh nak sambung dengan wifi. Ada sedikit masalah dengan username dan password aku untuk connect. Semalam outing naik bas, tapi sesat. Terus ambik bas lain untuk patah balik ke kolej. Hari nie outing lagi sebab nak online, nasib baik bas kali nie betul. 

Aku outing sorang-sorang je sebab aku lebih selesa keluar sorang berbanding keluar berdua. Lagipula, aku tak kenal sangat budak-budak kolej lagi.

Post edited : July 2021

13 comments:

  1. saya rajin sebab tu saya baca smapai habis. HAHAHAHA

    btw,xdpt byg kan zharif joget2. HAHA

    ReplyDelete
  2. Doj : kau lambat coz tempat kau gempak .

    Deeba : anda memang seorang yg rajin :)

    ReplyDelete
  3. Xd keje nak bjemur . Abes itam nant .

    ReplyDelete
  4. seronok jea dapat masok matrik :)

    ReplyDelete
  5. memang seronok tp x leh leka . leka sikit kene tinggal .

    ReplyDelete
  6. heyyy MY junior~! bestnya dapat tgk muka junior. haha! anway blaja elok2. akak dulu pun kmpp juga..batch sebelum kamu. 2010/2011..bangga bangga! ;)

    ReplyDelete
  7. huhu , okay baru perasan komen nie . ahhaha . proud jugak =')

    ReplyDelete
  8. wah.my senior .. ...................to be..
    m next upsiian.
    mashaallahhhh

    ReplyDelete
  9. Dah jumpa ke akak letak bunga tepi tu...nama dia raja wahith nissa...my batch...btw hai junior
    ...salam kenal...http://aztiqah0416.blogspot.com... 😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...