Sunday, July 26, 2026

Know Know Arrived Cambodia : Siem Reap

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay, mari kita sambung cerita solo trip aku ke bumi Cambodia. Kali nie kita dah sampai dekat Siem Reap. Sampai sini lebih kurang dalam jam 7 pagi macam tu. Langit dekat Cambodia nie start terang jam 6 pagi lagi. So masa sampai nie langit dah terang dah pon. 


1 January 2026

First and foremost, aku ambil grab menuju ke hotel dulu untuk letak luggage. Takkan aku nak usung luggage aku kesana kesini, ye dakk? Check in sepatutnya jam 1 petang. Tapi hotel tu bagi aku check in awal sebab tak ada guest pon. Maka dapatlah aku check in jam 8.30 pagi. Agak awal waktu check in aku. Alhamdulillah.




Lepas check in, aku terus keluar cari motor untuk disewa. Jalan kaki dalam beberapa minit sampailah tempat sewa motor tu. Sangat dekat dan mudahlah untuk aku pulangkan motor nanti. Dapat motor, balik semula ke hotel untuk segarkan badan. Baju tak tukar pon, hanya segarkan badan. 



Lepastu terus gerak pergi cari makanan Halal. Tak jauh juga dari hotel aku, lebih kurang dalam 10 minit naik motor. Dekat kawasan situ merupakan penempatan Muslim. Jadi banyaklah kedai makanan Halal sepanjang jalan tu. Sepanjang 3 hari aku dekat Siem Reap, dekat sini jelah tempat aku makan. Bertukar-tukar restoran tapi dekat sederet satu jalan nie je.



Selesai makan, aku terus pergi beli one day pass untuk melawat semua kawasan temple yang ada dekat Siem Reap nie. Untuk pengetahuan korang, temple dekat Siem Reap nie terlampau banyak. Jadi kau pilihlah nak melawat temple yang mana satu. Aku hanya pilih temple-temple yang terkenal sahaja. Yang lain tu, optional. kalau sempat nak pergi, kau pergilah. BTW, after visiting few temples, kau rasa macam aku nak tengok apa lagi nie ? Semua benda sama je. Kalau kau memang jenis rajin membaca sejarah, mungkin kau akan rasa fun aktiviti melawat-melawat temple nie untuk mengetahui sejarah pembinaan temple tersebut. 




Untuk aku, maaf shakap, cukup sekadar ambil gambar dan tahu sikit-sikit je. Tak adalah beriya sangat nak tahu sejarah temple dorang. Over tau tiket siap nak kena ambik gambar. Hahaha. Ouh ya, bila dapat tiket tu, please cek tarikh tiket. Jangan salah tarikh untuk korang lawat pula. Macam kes aku, aku beli tiket masa tu jam 3 petang macam tu. Yang jaga kaunter tu bodoh ke apa, takkanlah dah jam 3 petang aku baru nak beli one day pass dengan tarikh tu juga. Plus aku dah cakap nak utilize the ticket for tomorrow. Lepastu dia issue new ticket for me, muka dia agak sedikit bengang and berubah. Dah kau yang buat silap, takkan aku nak diam. Benda harga 37 USD kot.




Lepastu aku singgah Angkor Botanical Garden. Masuk percuma je guys. Aku dah spent 37 USD beli one day pass untuk sesi lawatan besok, jadinya hari nie aku tak nak spend banyak sangat duit untuk melawat tempat-tempat yang ada dekat Siem Reap nie. 




Dalam Angkor Botanical Garden nie banyaklah tanaman-tanaman pokok bunga. It's a botanical garden guys so bayangkanlah botanical garden tu macam mana. Oleh kerana tempat nie masuk percuma, Ramallah budak-budak muda remaja Cambodia datang sini untuk dating dan outing.


Belakang Angkor Botanical Garden, ada satu lagi tempat tarikan pelancong iaitu Apopo Mine Action. Tempat tikus gergasi yang menjadi wira buat penduduk Cambodia. Apopo nie menempatkan banyak tikus gergasi yang sangat besar jasanya. Dorang nie bantu penduduk Cambodia untuk mengenal pasti landmine yang masih wujud di bumi Cambodia. Landmine nie banyak membuatkan penduduk Cambodia cacat dan hilang anggota badan.


Landmines nie semua ditanam sewaktu zaman penjajajahan dan peperangan sewaktu ketika dahulu. Sisa-sisa landmines nie masih wujud yang menyebabkan kebinasaan buat warga penduduk walaupun perang dah tiada. 

Penduduk tempatan kebetulan ternampak tikus-tikus gergasi nie, mengesan landmine dan mengaktifkan landmine tanpa menyebabkan any letupan disebabkan berat mereka yang ringan. Bila tikus-tikus nie dah mengaktifkan landmine tu, barulah mereka buat something untuk bagi landmine tu meletup tanpa mencederakan manusia. Kalau manudia terpijak landmine nie, automatik dia akan aktif dan sekiranya kau angkat je kaki dari landmine tu, automatik akan meletup dan menyebabkan kau mati atau hilang anggota badan. 


Sebabtu tikus-tikus nie dianggap wira sebab dorang mengesan banyak landmines dan tanah di Siem Reap menjadi selamat untuk diduduki dan dipijak. Dekat dalam Apopo nie, pengunjung akan dapat tengok macam mana tikus-tikus nie mengaktifkan landmine tu. Sangat comel ya aksi mereka dan boleh dikategorikan sebagai sangat bijak. Lepastu korang boleh bergambar bersama wira-wira nie juga. Nak pegang and dukung pon boleh kalau berani. 


Tiket nak masuk sini adalah 10 USD. Tapi kan, aku masuk sini tak bayar weyh. Aku termasuk melalui pintu belakang atau pintu pekerja macam tu. Aku mencari pintu masuk tapi kebetulan aku keluar dari Angkor Botanical Garden tu nampak satu pintu. Pintu besar weyh siap ada pagar bagai, bukan pintu kecil. Aku assume itulah pintu masuk masa tu. Bila dah masuk, aku terus ke bahagian dorang buat demo macam mana tikus-tikus tu beraksi. Aku pon join lah tengok. Weyhhh, bila aku join tengok tu dorang ingat aku dalam group tour tu. Sebab tour dalam nie secara berkumpulan dan ada waktu-waktu tertentu. Setiap 30 minit satu kumpulan.


Dengan rasa tak bersalahnya, aku ikut jelah group tour tu. Siap ambil gambar dengan tikus tu. Masa dorang nak sampai ke penghujung tour, yakni tour guide tu bagi dorang waktu dalam 10 minit untuk basuh tangan selepas pegang tikus, aku pon berjalan-jalan. Kira aku tour secara terbalik. Sudahnya aku sampai dekat pintu utama yakni pintu masuk. Aku pon teruslah keluar. HAHAHAHAHA. Tak pasal-pasal aku dapat masuk percuma, jimat 10 USD. Tak payah beli tiket. Korang jangan tiru pula aksi nie, aku tersalah masuk je asalnya, sudahnya aku anggap ia adalah rezeki aku. KAH!


Lepastu aku singgah minum kopi sekejap dekat Cafe Amazon. Pelik tetiğe ada Cafe Amazon dekat Siem Reap nie. Bukan ke Cafe Amazon nie Thailand product? Bukan ke Thailand dengan Cambodia tengah bergadoh? Nampaklah gadohnya tu sebab literally Cafe Amazon nie kosong tak ada pengunjung. Orang Cambodia boikot lah kot. Macam kita boikot Starbucks.



Lepastu pergi ke Phnom Krom. Dekat sini adalah lokasi best untuk melihat sunset. Agak jauh dari tempat aku menginap. Dalam 20-25 minit perjalanan menaiki motor. Takut juga asalnya nak balik malam atau langit dah gelap. Demi sunset punya pasal, kita pergi jelah. Agak jauh ye guys, kalau korang solo traveller female, tak dinasihatkanlah. Bawa motor jauh waktu malam, even for me agak menakutkan sebab kita dekat negara asing kan. 


Sampai je kawasan tempat aku menginap terus singgah makan malam sebelum balik ke hotel. Balik hotel terus segarkan badan dan tidur. Kena tidur awal sebab besok nak bangun pagi-pagi pergi Angkor Wat untuk tengok matahari terbit. Kata dorang cantik sangat Angkor Wat waktu sunrise. 

2 January 2026



Seawal jam 4.30 pagi aku dah bersiap-siap dan keluar dari bilik hotel. Terus menuju ke Angkor Wat yang lebih kurang dalam 15 minit jaraknya menaiki motorsikal. Gelap gila jalan dia weyhh. Bukan kawasan yang ada penempatan untuk temple-temple nie. Jauh dari kawasan penempatan. Lampu jalan jarang ada, jadinya gelap gelita. Mujur masa aku pergi tu, ada satu pasangan couple dari India nie naik grab tuktuk, menuju ke Angkor Wat. Aku ikut je belakang grab tu. Ada lah kawan sikit. Kalau tak, sunyi jalan nak ke sana. 



1. Angkor Wat

Sampai je Angkor Wat, terus cepat-cepat cari spot untuk tunggu matahari terbit. Banyak spot yang dorang recommend dalam TikTok. Aku pergi ke kawasan yang ada kolam. Secure a place situ dan tunggulah sampai matahari terbit. Agak malang sekali, tak nampak pon mataharinya. Tahu-tahu langit dah cerah. 



Agak lama ya aku dalam Angkor Wat nie sebelum berganjak ke temple lain. Aku sampai dalam jam 5 pagi macam tu, then keluar dari Angkor Wat dalam jam 10 pagi. Serious cakap, aku sangat terpesona dengan Angkor Wat. Sejarahnya, senibinanya dan suasananya membuatkan aku rasa macam wow sangat. Macam mana orang dahulu kala yang literally tak ada kemudahan macam kita sekarang, nak bina Angkor Wat yang menggunakan batu solid menjadi sebuah senibina yang gah. Bukan sahaja gah, tapi geometrynya sangat memukau. Setiap sudut mesti sama dan align itu ini. Sangat hebat! Angkor Wat tak tersenarai dalam 7 Wonders of the World tapi dalam senarai UNESCO World Heritage Site.


Sesungguhnya memang banyak gila temple dekat sini. 3 temples wajib untuk korang pergi sudah tentunya Angkor Wat. Lepastu Ta Phrom Temple sebab situ merupakan tapak Angelina Jolie berlakon dalam filem Tomb Rider. Next is Bayon Temple. Tak tahu kenapa, korang ikut jelah erk senarai nie. Selebihnya tu, mana yang sehaluan, aku singgah je, buat banyakkan lokasi temple aku lawati. Dah bayar 37 USD untuk one day pass kan. Manfaatkan sebaiknya walaupun kau rasa bosan. Hahahaha



So tengok jelah gambar-gambar dekat bawah nie ya. Jangan tanya aku apa sejarah dia, aku tak tahu dan tak membaca. Aku sekadar singgah untuk bergambar dan buat video-video healing. 

2. Kravan Temple



3. Banteay Kdei Temple




4. Ta Prohm Temple







5. Thommanon Temple



6. Chau Say Tevoda Temple



7. Bayon Temple





Selepas temple ke 7, aku dah penat dan bosan gila. Plus, aku dah lapar. Makanya aku pergi ke kawasan Muslim tu untuk cari makanan. Lepas dah makan, aku balik ke hotel dan segarkan badan. Belengas gila weyh satu hari berjalan di bawah terik matahari. Lagi satu, dah lawat temple-temple lama nie, kenalah segarkan badan dan mandi. Tak naklah badi atau benda-benda tak elok iktu kita balik. Who knows kan. Nama pon kawasan peninggalan sejarah.



Lepastu aku cari dekat TikTok spot sunset yang lain pula dekat Siem Reap nie. Aku pon menuju ke sana. Rupanya terletak dekat kawasan temple jugak. Makanya temple terakhir aku pergi untuk One Day Pass aku ialah Phnom Bakheng Temple. Dekat sini orang datang untuk tengok matahari terbenam sebab lokasinya yang terletak dekat atas bukit. Kena mendaki sedikit ya dekat sini.

8. Phnom Bakheng Temple







Sumpah penat dan tepu tengok temple-temple tu satu hari. Sebelum balik aku singgah makan lagi sebab takut aku lapar malam-malam kang. Baik aku isi perut dulu walaupun baru je makan tengahari. Aku makan tengahari lewat masa tu. So masih kenyang sebenarnya. 



3 January 2026

Untuk hari ketiga aku di Siem Reap, aku ambil pakej dalam Klook menuju ke Kompong Phluk Floating Village Half Day Tour. Last minute book dan available je walaupun last minute. Dorang akan pick up dekat hotel. Kena tunggu dekat depan hotel jam 8 pagi dan dorang akan bawa ke tempat pengumpulan. Harga pakej tour nie dekat Klook ialah RM72.29.




Lepas semua dah berkumpul, barulah bas menuju ke sana. Agak jauh dari Siem Reap. Lebih kurang dalam 2 jam perjalanan macam tu. Dorang bawa pergi ke penempatan floating village nie dengan melawat tokong mereka, sekolah mereka dan perumahan penduduk di situ. Kompong Phluk nie, ada waktu-waktunya akan ditenggelami air. Sebabtu rumah dorang tinggi sebabnya kawasan bawah rumah dorang akan ditenggelami air bila sampai musimnya. Semua binaan atas tanah akan totally tenggelam. 







Agak uniklah cara kehidupan dorang dekat sini sebabnya ada musim kau berdiri atas tanah, ada musim kau punya rumah atas air. Dorang akan manfaatkan musim air surut dengan membuat penanaman atau betulkan pukat dan rumah dorang yang rosak akibat ombak deras ke atau apa-apa je kerosakkan disebabkan air naik. 




Dapat naik bot kecil mengelilingi hutan paya bakau dorang. Habis dari naik baot di hutan paya bakau nie, kitorang terus balik semula ke Siem Reap. Sampai je Siem Reap aku terus cari makanan sebab lapar gila. Sepanjang tour tu ada singgah kedai makan untuk makan tengahari. Yang nie bayar sendirilah, tak termasuk dalam pakej. Cumanya kita nie tak bolehlah sebarangan makan sebab bukan kedai Halal. So aku tak makan apa-apa. Aku cuma bawa snek untuk alas perut je. 



Lepas makan, aku cari kafe untuk minum kopi. Singgah kafe Blu Kafenio. Tempat nie terkenal juga dalam Tiktok Cambodia sebabnya aestetik gituhh. Aku cuma datang buat syarat je. Plus harga kopi dekat Cambodia nie murah. So singgah jelah sekejap sambil edit-edit gambar untuk di post dałam IG story buat tatapan orang kampung. 




Lepastu aku pergi ke satu lagi destinasi untuk melihat sunset. Juga cari dalam Tiktok je. Tempat kali nie sehaluan nak pergi ke kawasan sunset hari pertama aku dekat Siem Reap nie. Agak jauh jugalah cumanya yang hari pertama punya spot tu lagi jauhlah. Lokasi kali nie dekat tengah-tengah bendang sawah. Tapi tak nampak pon mataharinya. Tak tahu pasaipa mungkin langit mendung dan tebal jadinya matahari tu tersorok. 




Pada belah malam aku pergi ke kawasan shopping untuk beli sedikit buah tangan dari Siem Reap. Tak beli apa sangat pon sebabnya aku dah banyak membeli masa dekat Phnom Penh. Plus, luggage aku macam dah nak meletup. Aku dah beli barang-barang untuk my family except for my father. So masa nie aku cari souvenir untuk ayah aku. Alhamdulillah jumpa. Puas tawaf satu tempat tu.



Seterusnya aku pergi ke Angkor Pub Street. Dekat sini kawasan bar di mana pelancong mabuk-mabuk minum. Kita datang buat ghaso-ghaso suasana je. Sorry guys, aku memang bukan orang baik tapi aku tak minum alcohol ya. Please take note. Seterusnya aku singgah ke Phsar Khmer Food Court. Dah selesai berjalan, aku kena pulangkan motor sebelum jam 10 malam. Kedai motor tu tutup jam 10 malam, jadinya aku kena pulangkan before that time lah. Nak balik dah besok paginya. 



4 January 2026

Seawal jam 5 pagi aku dah bangun dan bersiap-siap untuk ke stesen bas. Bas aku jam 7 pagi. Perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Kali nie aku tak naik sleeper bas. Aku naik bas duduk je sebabnya waktu siang. Sampai Phnom Penh jam 1 tengahari macam tu.


Aku terus naik bas menuju ke airport. Flight balik Malaysia jam 6.30 petang. Dalam jam 2 petang aku dah ada dekat airport. Aku lepak-lepak dalam airport je sebabnya jam 4 petang dah kena check in dan siap-siap nak masuk kapal. 


Aku makan tengahari dekat airport je. Ada satu restoran Halal dalam Techo International Airport nie. Nama restorannya ialah Penang Corner. Nama pon Penang guys, what do you expect ? Restoran nie berada di tingkat dua dalam airport. Airport nie tak memeningkan pon, korang naik je escalator dah sampai tingkat dua. Kedai tak banyak dalam nie. 




Lepastu naiklah kapal terbang pulang ke Malaysia. Maka tamatlah percutian aku di Cambodia selama seminggu. Kalau korang tanya aku, selamat ke tidak untuk melawat Cambodia secara solo, bagi aku selamat je. Tak adalah macam yang digembar-gemburkan dalam media. I mean, korang still kena berjaga-jaga dan berhati-hati. Dekat mana-mana negara pon kena berhati-hati.



Bolehlah masukkan Cambodia dalam senarai negara yang ingin dilawati. It's not that bad dan banyak je tempat menarik untuk dikunjungi. Plus, harga barang dan makanan dekat sini murah-murah. That is a plus point. Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di entri yang lain. Next kemana pulak ya ? 

No comments:

Post a Comment