Sunday, August 18, 2024

Lebaran 2024 : Pertama Kali Beraya Tiada Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru berkesempatan untuk duduk dan fokus menghabiskan cerita hari raya Aidilfitri aku untuk tahun ini. Sampaikan hari raya Aidiladha dah berlalu, cerita Aidilfitri pon tak siap lagi ya. Tanpa membuang mas, ayuh terus ke cerita sambutan hari raya Aidilfitri aku pada tahun ini.


'Persiapan raya tahun nie biasa-biasa je. Tak ada apa yang mega. Yang mega hanyalah dari segi rumah kitorang je. Kitorang renovate rumah tahun nie. Jadinya rumah agak messy sepanjang bulan puasa. Penuh ruangan depan dengan baju-baju ibu aku. Kitorang renovate bilik ibu dan adik bongsu aku dan juga ruangan dekat luar rumah.



Bayangkan malam raya rumah penuh dengan habuk simen. Tukang buat rumah tu buat mana yang sempat dan mana yang untuk dilihat sahaja. Yang boleh sorok, dia siapkan lepas raya. Sebenarnya sempat je nak buat rumah nie, tapi ada orang tu dok scam kitorang satu keluarga sampai kami satu family kena pegi Sungai Besar jumpa family dia untuk tuntut duit deposit yang kitorang dah bayar sebab anak lelaki dia nie tak dapat dihubungi. Alhamdulillah dah selesai kes tu, kitorang dapat balik semua duit deposit tu. 


Untuk kelengkapan hari raya tahun nie, aku buat kejutan sikit untuk my mom. Dekat rumah TV dah lama rosak. Dekat 5-6 bulan jugaklah. My mom memang jenis tengok TV walaupun zaman sekarang orang dok ralit tengok Tiktok or Instagram. Jadinya dia selalu jugalah cakap bosan tak ada TV dekat rumah. AAku pon belikan TV untuk dia. Saja rakam detik-detik kejutkan my mom with new TV, tak sangka sampai FYP video tu dekat Tiktok.


Tahun nie baju raya kami berwarna Orange Brick. Salah satu warna awam untuk tahun ini. Semua beli je, dah tak ada tempah-tempah. Jimat dan cepat je settle. Zaman sekarang nie, stock baju dan saiz banyak. Dulu bila warna tu viral je, stock sangat terhad. Tapi sekarang tidak lagi.



Alhamdulillah rumah berjaya disiapkan sebelum pagi raya. Tak tidur kami semua malam tu siapkan dan kemas rumah. Rutin di pagi raya, bergambar satu keluarga sebelum pergi rumah sedara mara. Tahun nie raya macam rasa biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa pon dan tahun nie juga merupakan tahun pertama beraya tanpa my Tokki dan Wek.




Selesai braya semua rumah pada hari raya pertama, tapi malam masih muda. Jadinya kami sekeluarga singgah Putrajaya tengok suasana. Ramai bethul warga asing dekat sini. Dah macam bukan negara Malaysia. Bumi Putrajaya dibanjiri warga Bangladesh dan Pakistan. Just ambil-ambil gambar, then kami terus balik rumah.


Biasanya lepas habis beraya pada hari raya pertama, atau pagi pada hari raya kedua kami sekeluara akan bertolak balik kampung ayah di Pahang. Oleh kerana Wek dan Tokki meninggal dunia awal tahun haritu, makanya kami secara rasminya sudah tak ada kampung. Raya tahun nie agak sediki suram sebab dah tak ada kampung. 


Walaupun begitu, raya tetap raya. Kami beraya di rumah sedara kami yang terletak di Sijangkang. Tema untuk hari raya kedua kami pakai warna biru. Belah siang tu sakan beraya, tapi tak boleh beraya lama sangat sebabnya belah petang nak terima tetamu jauh dari Negeri Sembilan.



Keluarga angkat aku dari Negeri Sembilan datang beraya. Memang dah jadi rutin tiap tahun keluarga angkat aku datang beraya. Tahun nie awal pulak dorang datang rumah aku. Biasanya kitorang yang akan datang beraya rumah dorang dulu. Oleh kerana kami dah tak ada kampung, jadinya sepanjang hari memang akan berada dekat Selangor jelah. Sebab tu dorang sampai dulu rumah aku tahun nie.



Dalam masa yang sama, sepupu belah ayah yang juga datang dari Negeri Sembilan pon datang beraya. Baguslah datang time my mom masak-masak. Senang sekali harung masak. Hahahaha


Hari Raya Ketiga literally aku dekat rumah sahaja berehat-rehat tidak ke mana-mana. Cuma terima sorang tetamu je. Kawan aku satu kampung. Kitorang nie berjumpanya jarang sekali. Setahun sekali pon belum tentu. Oleh kerana haritu hari terakhir dia bercuti, jadi dia singgah beraya rumah aku sebelum balik rumah sewa dia.


Hari Raya Keempat, kami pergi beraya ke rumah sedara kami yang terletak di Negeri Sembilan. Alang-alang dah sampai Negeri Sembilan, kami singgah sekali beraya rumah keluarga angkat aku di Bandar Seri Jempol, N9.



Dapat beraya dua buah rumah sahaja untuk Raya Keempat nie sebab lokasi dari satu rumah ke satu rumah agak jauh. Balik tu pon lewat malam sebab jalan Kuala Pilah jammed gila.


Untuk Hari Raya Kelima, rumah aku menerima ramai tetamu yan tidak disangka-sangka. Pagi tu sedara aku yang dekat Sijangkang tu singgah, so memang my mom dah sedia masak-masak sikit. Cuma expect untuk terima tetamu satu nie je, tapi tak sangka kawan blogger aku pon datang beraya masa tu. Rumah dia boleh katakan dekat jugalah dengan rumah aku. Tapi ini pertama kali dia datang dan aku pon tak sangka pagi tu dia call nak beraya rumah. Memang rezeki dialah sebab masa tu kebetulan ada masak-masak sikit.


Dan sekali lagi, sepupu sepapat kepada sedara sebelah rumah aku datang beraya rumah kami. Serius penuh gila rumah masa tu. Risau makanan tak cukup sebab tak sangka nak terima tetamu lagi masa nie. Tapi Alhamdulillah Allah bagi cukup dan serius kami seronok dorang datang beraya serikan hari raya kami yang agak suram tahun ini.


Sebenarnya masa tu kami dah bersiap-siap nak ke rumah sedara kami yang lain. Tak sangka akan terima tetamu lagi. Selesai je semua tu, kami terus bertolak ke rumah sedara kami tu. Dia ada buat makan-makan sikit. Lewat petang tu kami bertolak pergi ke sana. Hujan agak lebat ya masa nie.


Dah siap beraya tu, sebenarnya ada satu lagi rumah untuk kami beraya, tapi kawan-kawan blogger ajak beraya. Agak jauh sebenarnya rumah dia nie. Aku masa tu dekat kawasan Telok Panglima Garang, Banting dan rumah dia dekat Bandar Sri Permaisuri. Lebih kurang dalam 45-50 minit perjalanan. Tapi gigih juga lari sekejap ke sana.


Habis je beraya dekat Permaisuri, patah semula ke Banting untuk join my family beraya dekat rumah sedara kepada sedara aku dekat Banting. Masa nie sudah agak lewat malam. Dalam jam 11 malam macam tu. Tapi sebab dah bagi tahu nak datang awal-awal dan dorang memang menanti ketibaan keluarga kami, makanya kami tetap datang masa tu. Walaupun agak tak manis sebab dah lewat malam.


Lepastu tak ingat dah hari raya keberapa, kami beraya rumah sedara-mara keliling rumah. Rumah sedara-mara jauh semua dah beraya, tapi rumah sedara-mara yang dekat keliling rumah nie biasanya kitorang beraya time raya dah suam-suam kuku baru singgah. Hahahaha


Dan tak ingat dah raya keberapa, kami pergi ke rumah terbuka rumah sedara dekat Meru. Datang lewat masa nie jadinya sedara mara lain dah balik sewaktu kami sampai. Balik dari open house nie, kami terus singgah Mitsui Outlet shopping barang sedikit.



Dan juga tak tahu hari raya bila, kami singgah rumah terbuka rumah sedara dekat Seremban, Negeri Sembilan. Juga antara rumah wajib singgah beraya saban tahun sebab menu-menu yang dia masak sangat sedap ya. Sup tulang dia masak memang terbaik.



Balik dari situ, kami singgah ke Zus cawangan Port Dickson yang dikatakan cantik sangat tu. Not bad lah Zus cawangan situ, cantik memang cantik tapi seat agak limited. Tambahan pula sewaktu kami di sana tengah hujan, makanya makinlah limited seat yang ada sebab kebanyakkan seat open air. Akan singgah lagi lain kali sebab sangat insta worthy.


Lepastu dekat office ada sambutan perayaan juga, dua kali pulak tu. Satu sambutan anjuran KL Hub dan satu lagi anjuran khas department aku sahaja. Tak ingat bila berlaku, korang tengok jelah gambar-gambar yang aku upload nie je ya. 


Itu sahajalah cerita hari raya aku pada tahun ini. Agak sedikit suram tapi raya tetap raya. Ini je gambar raya yang aku ada dalam folder, so rasanya itu jelah kot cerita hari raya aku. Finally siap pon mengarang dan susun gambar raya. Selagi tak update cerita raya nie, selagi tu rasa macam ada benda tak siap. Hahahaa.

InsyaAllah jumpa lagi di cerita hari raya pada tahun hadapan kalau dipanjangkan umur. Bye !

No comments:

Post a Comment