Monday, July 31, 2023

Pelancaran Produk Baharu dan Ruang Pameran Kyut Skin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire di atas pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pamera eksklusif Kyut Skin.


Acara tersebut telah dimeriahkan oleh lebih 150 pakar kecantikan, pempengaruh media sosial, selebriti tempatan, media dan tetamu istimewa yang berkumpul untuk menyaksikan kelahiran sebuah jenama bumiputera dalam industri penjagaan kecantikan tempatan. Majlis yang diadakan di ruang pameran terbaharu milik syarikat itu telah memberikan para hadirin telah pengalaman eksklusif mencuba dan menyaksikan sendiri rangkaian produk Kyut Skin semasa pelancaran.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.

Terdapat empat produk Kyut Skin yang kini boleh didapati di pasaran :
  • Stik Pelindung Matahari
  • Oli Face Cleansing Sheet
  • Glowy Face Mist
  • Moist Moisturiser



Untuk pengetahuan semua, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi. Pelancaran Kyut Skin telah menetapkan piawaian baru dalam industri kecantikan, menunjukkan komitmen mereka dalam mencipta produk penjagaan kulit yang luar biasa yang memperkasa pengguna untuk merangkul kecantikan unik mereka.


Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023. Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.



Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh kunjungi ke pautan yang berikut :

Saya perhatikan juga, orang ramai boleh dapatkan produk Kyut Skin di cawangan pengedar seperti The Pastel Shop, United Care Pharmacy, dan Valent Skin. Orang ramai yang berminat juga boleh menerokai rangkaian produk jenama ini di ruang pameran mereka di Ampang. Produk-produk Kyut Skin boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM15 hingga RM79.90, dan merangkumi empat jenis produk yang berbeza.




Sempena pelancaran dan kemunculannya dalam industri penjagaan kulit di negara ini, Kyut Skin juga menawarkan peluang untuk orang ramai menyertai keluarga Kyut Skin dan memulakan kerjaya keusahawanan, dengan memperkenalkan program permulaan (program penjual semula) jenama itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...