Wednesday, July 19, 2023

KYUT SKIN - Merevolusikan Penjagaan Kulit Dengan Penyelesaian Inovatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam dunia yang semakin maju, masyarakat menjadi lebih prihatin. Prihatin terhadap alam sekitar, prihatin akan kesihatan dan penjagaan diri. Ini termasuklah dengan kulit wajah. Produk di pasaran tumbuh bagai cendawan. Rutin penjagaan kulit yang semakin kompleks dan memakan masa, ramai juga mengambil jalan cepat dengan cara yang tidak sihat untuk jangka masa panjang.


Menyedari keprihatinan masyarakat terhadap penjagaan kulti wajah, Kyut Skin muncul sebagai nafas segar dengan rangkaian produk inovatif yang mengutamakan kemudahan tanpa mengorbankan keberkesanan. Untuk pengetahuan semua, Kyut Skin ini diasaskan oleh pasangan adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalilah.



Penubuhan Kyut Skin ini bertitik tolak daripada pengalaman peribadi dan keinginan untuk mencipta penyelesaian bagi masalah yang sering terjadi dalam proses penjagaan kulit. Pengalaman beliau melancong dan menyaksikan budaya penjagaan kulit dari negara-negara yang dilawati dan bagaimana cuaca memberi kesan yang besar terhadap kulit, maka terhasilnya perancangan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi keperluan penjagaan kulit harian.




Biarpun tidak mempunyai pengalaman teliti terhadap formulasi produk, para pengasas Kyut Skin ini mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan formula terbaik untuk pasaran cuaca yang lembap dan panas sepanjang tahun. Maka bermulalah R&D produk pertama mereka iaitu stick pelindung matahari. Pandemik yang melanda dunia sedikit sebanyak melambatkan proses pelancaran produk mereka namun waktu ini mereka meneliti lebih terperinci agar produk yang terhasil itu nanti berkualiti dan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.




Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Antaranya ialah Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023, Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik dan anugerah-anugerah yang lain. Walaupun belum setahun jagung dilancarkan, namun sudah meraih pelbagai penghargaan. Dari segi penerimaan pelanggan juga sangat memberangsangkan.



Buat para usahawan yang ingin memasuki industri penjagaan kulit, pengasas Kyut Skin membuka peluang untuk mereka yang berminat menyertai program penjual semula jenama itu di mana mereka menawarkan peluang untuk memulakan kerjaya keusahawanan. Kelas keusahawanan juga diberikan secara percuma buat mereka yang berminat untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam terhadap bidang keusahawanan di era modenisasi ini.



Semoga terus maju jaya Kyut Skin !

1 comment:

  1. Tahniah Kyut Skin ! Kagum dengan anak muda Fatin & Nini Comei !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...