Monday, July 31, 2023

Lebaran 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sampaikan dah masuk raya aidiladha, cerita raya aidilfitri tak naik-naik juga. Tanpa membuang masa, marilah aku cerita hari raya aidilfitri aku pada tahun ini. Ikuti butirannya !


Tahun nie tak ada apa yang specialnya pon. Kalau raya awal sehari pon dah tak akan terkejut lagi sebab persediaan hari raya kali ini agak awal. Kecuali bab kemas rumahlah. Rumah aku sampaikan pagi raya baru selesai berkemas. Macam biasalah, keluarga pakcik Azis rumah berantakan di malam raya tapi bila pagi raya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Walhal malam raya rumah macam tongkang pecah.


Tahun nie macam sial sikit masa malam raya. Tengah ralat buang sampah di tempat pembuangan sampah di kampung sebelah, tiba-tiba ada satu mamat terpaling jaga kampung, dengan tak semena-mena datang suruh kami angkut balik barang yang kami buang. Dengan alasan situ bukan tempat buangan sampah. Terus di situ tempat apaan miskah ? Dah terang-terangan tempat pembuangan sampah.

Tapi sebab aku malas nak gaduh, plus dah jam 4.30 pagi masa tu, aku angkutlah balik masuk kereta. Mujur semua barang tu barang kering. Yelah, barang-barang yang masih elok tapi tidak terpakai. Kita buang je semua sebab buat semak dekat rumah. Kitorang susun elok-elok dekat tepi pembuangan sampah tu. Kalau ada yang nak ambil, boleh ambil. Tak campur dengan sampah kotor.


Dari segi baju raya, tahun nie aku beli awal. Dari bulan Februari lagi baju aku dah sampai. Simple-simple je. Malas dah nak over-over. Faktor usia mungkin ? Oleh kerana baju raya aku simple, kita over kan dekat bahagian lain pula yakni penampilan diri kita. Tahun nie, aku ambil keputusan untuk mewarnakan rambut aku buat pertama kali setelah 30 tahun aku hidup di atas muka bumi yang fana ini. Kalau tak sekarang, bila lagi. Ye dakk ?

Agak pedih ya bleaching rambut tapi masih tolerable lah. Aku warnakan rambut ash brown. Alang-alang ini kali pertama, kita went all out terus. Apa barang warna-warna rempit. Tibehhh. Rambut aku merupakan fokus aku untuk raya tahun nie. Memang sepanjang hari raya semua orang berkatakan pasal rambut aku lah. Betul-betul feeling main character.

Tahun nie ibu aku tak berapa nak masak sangat. Jadinya tiada lauk raya ya. Harap maklum. Rumah tutup. Mengharap lauk-pauk raya dari rumah sanak saudara je masa nie. The thing with my family besar is, kitorang tak ada perancangan bila bab raya. Pakai terjah dan lalui je. Aku tengok keluarga-keluarga lain, rancang nak kesitu kesini. Aturkan rumah mana nak pergi, siap buat senarai lagi. Tapi for my big family nie, kitorang konsep redah saja. 

Macam biasa, hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak balik ke Pahang.








NANTILAH AKU SAMBUNG CERITA DAN MENAIP . . . . . 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...