Friday, February 11, 2022

Chinese New Year Hi-Tea di Palm Garden Hotel, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun Baru Cina baru sahaja melabuhkan tirainya. Aku pasti, ramai masyarakat mengambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga tercinta untuk meraikan hari bahagia itu. Untuk masyarakat Cina, ia sudah pasti detik yang paling dinanti-nanti. Seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, Palm Garden Hotel Putrajaya, sebuah hotel Tribute Portfolio, mengadakan promosi Chinese New Year Hi-Tea yang menyajikan menu-menu ruji ketika sambutan perayaan itu.


Antara menu-menu tersebut ialah itik panggang, daging masak halia, udang masak telur masin, sup ayam herba cina dan banyak lagi. Kalau senaraikan semua dalam nie, sampai besok pon tak habis. Memang meriah hidangan buffet yang disediakan. Promosi ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad sehingga 13 Februari ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk korang menikmati menu-menu ruji sambutan Tahun Baru Cina di situ. Namun begitu, promosi ini diteruskan cumanya tidak lagi dipanggil sebagai Chinese New Year Hi-Tea. Untuk hari minggu selepas 13 Februari, promosi ini dipanggil sebagai Weekend Hi-Tea.






Apa yang menariknya ialah, korang boleh customized your own Yee Sang. Yee Sang merupakan salah satu acara penting ketika sambutan Tajun Baru Cina. Ketika inilah mereka akan melambung-lambung bahan-bahan dalam pinggan sambil berdoa untuk tahun yang baik. Katanya, lagi tinggi makanan tu kau lambung, lagi cerah doa kau untuk dikabulkan. Untuk bahan-bahan Yee Sang di Palm Garden Hotel nie sangat meriah. Pilihlah apa yang korang suka. Menarik sangat. 






Pilihan pencuci mulut juga bertemakan menu-menu masyarakat cina. Warna warni pencuci mulut yang dihidang. Rambang mata dibuatnya. Jom lah bawa keluarga nikmati Chinese New Year Hi-Tea di Palm Garden Hotel

Setiap hari Sabtu dan Ahad (sehingga 13 Februari 2022) untuk Chinese New Year Hi-Tea
Setiap hari Sabtu dan Ahad (bermula 19 Februari sehingga 27 March 2022) untuk Weekend Hi-Tea 

Dewasa : RM98++

Hubungi Palms Cafe di talian 03-8943 2233 atau 016-3144 101. 

Muat turun aplikasi Mariott Bonvov untuk nikmati diskaun sempena pembukaan sehingga 31 March 2022.


4 comments:

  1. SO, bilakah kita nak hi-tea sambil nyanyi dan melihat awan? eh. Awan ke?
    'Good job and good luck'

    ReplyDelete
  2. Best pulak tengok ber'yee-sang' ramai-ramai cenggitu. Since pandemik, dah lama tak ber'yee-sang' dengan kengkawan. Tengok menu macam ni, siapa yang tak teruja kan! Satay, satay tu, love love love. Desserts pun looking good jugak tu. Arghhhh! Semua sedap.

    ReplyDelete
  3. Ya aulohh bestnya dapat lepak chill sana. Sesambil makan menu sedap mesti riuh rendah bergosip kan. Ok sempat lagi nak dpt diskaun ni kalau pi sana.

    ReplyDelete
  4. Ya aulohh bestnya dapat lepak chill sana. Sesambil makan menu sedap mesti riuh rendah bergosip kan. Ok sempat lagi nak dpt diskaun ni kalau pi sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...