Saturday, July 10, 2021

Daging Mentah Halal Import yang Berkualiti dan Premium dari True Aussie Beef

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa dekat sini peminat daging lembu atau daging kambing ? Kalau korang minat dua-dua jenis daging nie, kita boleh geng. Biasanya korang dapat daging mentah dekat mana ? Kalau aku, selalunya nak makan daging mentah kena tunggu hari raya haji. Nak cari dekat pasar, cepat je habis. Tapi kalau korang perasan, sekarang mudah je nak dapatkan daging mentah yang bersih dan halal. Ikuti butirannya.


Baru-baru ini aku berpeluang untuk mencuba sendiri daging mentah dari True Aussie Beef. Ia merupakan pembekal daging premium yang berkualiti dan halal. True Aussie Beef cukup terkenal sebagai salah satu pembekal daging mentah dari Australia halal. Bahkan, mereka membekalkan pelbagai jenis potongan daging mengikut citarasa dan menu yang kita hendak masak. 

Kenapa daging dari True Aussie Beef berkualiti dan premium, hal ini kerana ternakan lembu dan kambing mereka dijaga khas dengan diberikan diet pemakanan yang khusus seperti bijirin organik dan rumput yang sihat. Ini menjadikan, daging yang dihasilkan rendah lemak dan kolestrol dan menawarkan tahap asid lemak Omega 3 yang lebih tinggi. Bukan soal diet pemakanan sahaja, malam ternakan ini juga dipantau khas dari segi perkembangan pembiakannya.


True Aussie Beef

Negara Australia memang cukup terkenal di arena global sebagai pembekal produk daging mentah yang bersih, selamat dan semula jadi. Daging mentahnya juga bebas penyakit dan sistem keselamatan dan integriti makanan yang maju. Oleh sebab itu, pasaran untuk daging mentah bukan sahaja untuk memenuhi kehendak masyarakat di tanah besar Australia sahaja, bahkan untuk seluruh masyarakat dunia. 

Meat & Livestock Australia (MLA) baru-baru ini melancarkan "Red Meat, Green Facts" bersempena kempen Beef Australia 2021 yang mana meeka menyediakan panduan dan fakta mengenai maklumat pengeluaran lembu, biri-biri dan kambing di Australia. Antara yang diberi fokus ialah berkenaan kesejahteraan haiwan-haiwan tersebut, persekitaran, kesihatan dan pemakanannya. Mereka juga terlibat dalam projek penyelidikan dan pembangunan keselamatan makananrantaian bagi menyokong akses pasaran untuk industri daging merah Australia dengan meningkatkan dari segi integriti produk.


Daging mentah merupakan salah satu sumber makanan terpenting di Malaysia dan majoriti penduduk Malaysia beragama Islam. Oleh itu, soal status bersih dan halal sangat dititikberatkan bagi memastikan daging yang dijual itu selamat dan tidak bercanggah dengan agama Islam. Namuntidak perlu khuatir, kerana daging mentah yang diimport dari Australia ini sememangnya mematuhi undang-undang dan mengikut standard yang ketat yang digariskan oleh JAKIM untuk menghasilkan daging dan produk yang halal.

Sebagai pemegang kedua terbesar pembekal daging lembu di Malaysia, yang mana permintaan menjangkau sekitar 7jg setiap orang setahun. Ia amat tinggi sekiranya hendak dibandingkan dengan rantau lain yang mana hanya 5.4kg seorang setahun. Oleh itu, kita boleh dapatkan stok daging mentah Beef Australia ini dengan mudah di mana-mana pasaraya di seluruh negara. Boleh dapatkan daging mentah premium ini dengan memastikan terdapatnya logo True Aussie Beef di setiap bungkusannya. 

True Aussie Beef

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk mengikuti webminar yang mereka anjurkan. Banyak informasi yang dikongsikan terutama sekali dalam memahami kebaikan daging lembu dari Australia. Terdapat ramai speaker yang diundang untuk menerangkan khasiat, kualiti, diet pemakanan ternakan dan garis panduan halal yang menjadikan daging mentah True Aussie Beef sebagai daging mentah yang berkualiti dan premium. 

True Aussie Beef

Di dalam webminar itu juga turut dikongsikan cara penyediaan dan resepi dari Chef Victor Chow. Satu penyediaan resepi yang cukup ringkas dan praktikal. Memang amat mudah untuk masak menggunakan daging dari True Aussie Beef nie. Selain itu, beliau juga menunjukkan cara yang betul untuk memasak daging lembu.

Untuk maklumat lanjut mengenai True Aussie Beef, boleh layari www.trueaussiebeefandlamb.my atau www.mla.com.au

Aku juga sudah mencuba masak resepi menggunakan daging dari True Aussie Beef. Boleh saksikan video di bawah :


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • True Aussie Beef Shabu-Shabu
  • Mentega
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bawang putih
  • Daun rosemary

Perap daging dengan garam, lada hitam dan juga bawang putih. Panaskan mentega dan daun rosemary dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan masak mengikut citarasa anda. Dalam 3 minit macam tu dah boleh angkat. 

Sekarang kita sediakan sosnya pula.

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili
  • Gula
  • Perahan air limau nipis
  • Sos ikan
  • Air masak
  • Daun ketumbar

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan dah siap. Konsep dia pakai agak-agak je. Boleh adjust mengikut citarasa masing-masing. 

True Aussie Beef

Memang cukup mudah untuk masak dan rasanya sangat-sangat sedap. Korang boleh cuba resepi mudah ini di rumah ya dengan menggunakan daging dari True Aussie Beef. 

True Aussie Beef

10 comments:

  1. Hahaha. Sedapnya tengok resepi daging tu. Sambil ikut joget juga...Btw baru tahu pasal aussie beef ni. Menarik juga boleh try nnti ni.

    ReplyDelete
  2. Kita suka tengok chef menari-nari. Chef buat la langi content begini chef. Mesti kebabom chef nyer content.
    Please chef.

    ReplyDelete
  3. Daging mentah pergi pasar malam atau pasar borong tak pun kedai halal. Baguslah Zharif tulis post ni boleh la cari kat True Aussie Beef.

    ReplyDelete
  4. Haaa komen lagi....kelas kau Zharif siap berdansa lagi.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu, Naim masih memilih daging tempatan kerana ada sebab Naim tak makan daging import ini. Halal ini bagus untuk orang Muslim macam kita. Fardhu Kidayah mencari betul2 halal ini.

    ReplyDelete
  6. Buat daging harimau menangis ke tu zharif? Sedapnya! Ralit akak tgk zharif masak sambil joget. Risau time buat sos tu takut tumpah...hihi. Boleh challenge KA ni

    ReplyDelete
  7. Simple tapi mmg nampak sedap .. nice video zharief.. nanti boleh try resepi inj

    ReplyDelete
  8. Geram nengok, juicy betul nengok dagingnya kannn.. nanti nak try gak resepi bujang ko ni.. mana le tau kena selera Sis, masak daging ni kena versatile sikit...

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi dekat Jaya Grocer memang akak pilih daging dari True Ausie Beef . Bukan sebab kualiti jer terbaik tapi ada cert HALAL juga. Puas hati makan sebab sedap dan lembut jer. Akak biasa beli untuk buat sup ataupun grill sahaja. Recomended !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...