Friday, December 18, 2020

Pendaftaran PERCUMA Menyertai Program Virtual Online Kuasa Marketing 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahun 2020 merupakan satu tahun yang cukup mencabar untuk semua orang. Ramai yang cukup terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Hal ini juga turut menjejaskan kewangan dan ekonomi negara kita. Walaubagaimanapun,Covid-19 bukanlah satu sumpahan atau hukuman mati untuk semua. Ramai yang telah mengambil inisiatif atau langkah alternatif lain untuk meneruskan kehidupan di era pandemik ini. 


Pernah terfikir atau tidak bagaimana pengusaha-pengusaha kecil mahupun besar meneruskan kehidupan dengan berniaga di era pandemik Covid-19 ini? Untuk pengusaha yang hanya berbekalkan pengalaman dalam perniagaan, pasti tidak menjangka pandemik Covid-19 ini boleh mematahkan ekonomi negara kita dan sekaligus membuatkan perniagaan mereka lingkup begitu sahaja. Sebab itu perlunya ilmu dalam semua benda, termasuklah bab meniaga.

Untunglah buat mereka yang pernah atau sentiasa mengikuti kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman yang dianjurkan oleh RichWorks. Hal ini kerana, pengusaha-pengusaha ini masih mampu menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun 2020 di era pandemik ini. Ya, betul. Anda tidak salah baca. Seramai 777 usahawan yang terdiri daripada usahawan kecil & sederhana (PKS) dalam mahupun luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.


Usahawan PKS yang berjaya itu merupakan dalamProgram Mentoring Spire dan juga Titanium. Peningkatan jualan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu walaupun sedang mendepani krisis Covid-19 dan juga ekonomi. 

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.


Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1.1 juta usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Oleh itu, mereka akan teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini. 

Percayalah, peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi mereka adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.


Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Mereka telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.

Aku pernah turut serta beberapa kali program yang dianjurkan RichWorks sebelum ini. Memang ternyata energy dan vibe peserta yang hadir sangat luar biasa. Korang boleh rasakan sendiri dengan mendaftar diri sebagai peserta nanti okay.

Sekarang tanya pada diri sendiri, 

  • Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN ?
  • Ingat lagi sales pernah RM0 ?
  • Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama ?
  • Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama ?
  • Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama ?
  • Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh ?
  • Dah capai RM 1 juta yang pertama ?


Ilmu pemasaran berubah, pasaran juga berubah.Oleh itu, kita kena sentiasa topup pengetahuan kita dan sentiasa mengikut perubahan arus perdana dari segi pemasaran dan juga ekonomi. RichWorks sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. Kepada mereka yang betul-betul KOMITED dan SERIUS, nak belajar Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales, ini merupakan peluang anda. Kerana ini merupakan peluang terakhir sebelum tahun 2021. RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA !

Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut sekarang dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.


16 comments:

  1. Ramainya yang richworks nak taja untuk sesi percuma!! yang penting kena awal, so bertindaklah dari sekarang kan

    ReplyDelete
  2. bagus pergi kelas richworks ni memandangkan sekarang dah guna method baru sebab pandemik covid-19 kan. Setuju apa dia cakap, ilmu pemasaran berubah, pasaran pun berubah jugak

    ReplyDelete
  3. Marketing memang kena ikut flow trend ☺️ Kelas-kelas macam ni banyak membantu mereka yang baru-baru nak berbisnes ni

    ReplyDelete
  4. Sekarang memang banyak nampak iklan untuk workshop online. Tak sangka masih boleh bertahan. Baguslah.btw betul tu kena ubah strategi jgn ubah matlamat.👌👌

    ReplyDelete
  5. menarik gak ni. dah la free kan. kira ilmu free je ni. thanks sharing. ramai dah berjaya masuk seminar richworks

    ReplyDelete
  6. Sis pun dah mula buat perniagaan sampingan secara sambilan selain menulis di blog. Zaman sekarang kena rajin dan berani mencuba peluang yang ada.

    ReplyDelete
  7. pernah join satu seminar macam ni dulu.. betul-betul berjaya buka mata kami suami isteri untuk terus mengapai impian..

    ReplyDelete
  8. Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...

    ReplyDelete
  9. Wahh. Pendaftaran percuma tu. Bukan senang nak dapat offer mcm ni tambah pulak kelas marketing dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Satu nama yg tak asing lagi. Hope para usahawan yg belum mendaftar tu dapat grab peluang ni 🤗

    ReplyDelete
  10. Kena rebut peluang ni bg yg nak maju dan belajar macam mana strategi2 marketing 2021

    ReplyDelete
  11. this looks like such a useful marketing program that can benefit many especially beginners. the mentors have solid experiences too

    ReplyDelete
  12. Saya rasa saya memang perlu kursus yg mcm ni. Sebabnya saya blogging kira konsisten la juga, tapi bab marketing ni yg lembab sikit.

    ReplyDelete
  13. Lama juga tak join kelas-kelaa Dr Azizan ni, kalau dulu ada je datang Johor mesti Sis pergi.. nanti ada ke dia ke Johor ek...

    ReplyDelete
  14. Wahh tajaan untuk 3000 penyertaan terawal ye.. menarik ni since memang nak ceburi dalam bidang business kecil2an juga... let me check them out..

    ReplyDelete
  15. Akak dah register. Masa ni la kita nak rebut peluang tambah ilmu bisnes dan top up semangat. Zharif dah register? See you di webinar Zero Kos Marketing! Hehe.

    ReplyDelete
  16. Ada lagi program ini masih terus mendapat sambutan hangat hurmmmm bagus lah memang tak sia-sia siapa yang pergi mesti semangat dan berkobar-kobar nak mula buat kerjakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...