Monday, February 19, 2018

Taman Negara Johor : Pulau Kukup & Tanjung Piai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan pergi ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai yang terletak di Johor. Ini merupakan pengalaman pertama aku sampai ke dua tempat ini. So aku nak cerita apa yang menarik terdapat di sini.

Pulau Kukup

Setelah bersarapan pagi, kami terus menuju ke jeti untuk ke Pulau Kukup. Pulau Kukup ialah sebuah pulau paya bakau yang terletak 1km dari jeti perkampungan lama nelayan Kukup, daerah Pontian Johor.


Nak pergi ke sini kena naik boat. Tak lama pon. Lebih kurang dalam 10-15 minit macam tu untuk sampai ke jeti.



Pulau kukup nie merupakan sebuah pulau kecil yang berkeluasan 1447 hektar. Ia dikelilingi oleh hutan paya bakau. Dan apa yang menarik sekali ialah, hutan paya bakau di Pulau Kukup mewakili 3/4 daripada keseluruhan hutan bakau di negara kita. Maksudnya, hutan paya bakau di Pulau Kukup nie merupakan yang terbesar di Malaysia.

Bahkan, ia merupakan hutan paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Yes, anda tak silap baca. Ianya merupakan kedua terbesar di dunia. Hebat !



Pulau Kukup nie terkenal dengan kisah dongeng puteri kayangan lima beradik. Puteri kayangan lima beradik yang kehilangan adik bongsu mereka selepas jatuh cinta dengan seorang pelayar. Untuk mencari puteri bongsu tersebut, keempat-empat puteri kayangan telah menyumpah pulau itu tenggelam dengan harapan adik mereka akan timbul di permukaan. Malangnya, adik mereka tidak juga ditemui dan pulau itu bertukar menjadi pulau yang dipenuhi lumpur sehingga penuh pokok bakau. Sejauh mana kesahihan kisah dongeng ini, aku pon tidak tahu. Wallahualam ~



Pulau Kukup telah dikomersialkan menjadi tempat pelancongan dan telah termasuk dalam Taman Negara Johor. Oleh itu, banyaklah kemudahan-kemudahan dan penambahbaikan yang dilakukan bagi memudahkan pelancong untuk melawat ke Taman Negara Johor Pulau Kukup ini.



Almarhum Tunku Abdul Jalil juga pernah mencemar duli ke Pulau Kukup untuk menanam pokok bakau di sini ketika majlis yang dianjurkan oleh pihak Iskandar Regional Development Authority.

Pokok-pokok bakau yang ditanam oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil

Pokok bakau yang mempunyai ukur lilit batang pokok terbesar di sini. 

Pokok bakau yang mempunyai akar jangkang yang tertinggi di sini

Pulau Kukup juga merupakan rumah kepada pelbagai jenis haiwan liar termasuklah spesis-spesis monyet, babi hutan dan lebih daripada 76 spesis burung. Jelaslah Pulau Kukup merupakan satu khazanah yang sangat berharga. Khazanah semulajadi yang maha kaya ini telah diangkat dan digazetkan oleh kerajaan Negeri Johor sebagai sebuah taman negara pada bulan March 1997. 


Pelawat juga berpeluang berkunjung ke muzium yang menempatkan sejarah dan latar belakang mengenai Taman Negara Pulau Kukup ini. Di sini tersimpannya pelbagai cerita dan sejarah sepanjang Pulau Kukup ditemukan sehinggalah ia menjadi sebuah tempat pelancongan yang wajib dilawati sekiranya bertandang ke negeri Johor.



Mudahnya nak sampai ke Pulau Kukup nie. Hanya menaiki boat yang disediakan dengan bayaran RM 5 seorang (pergi dan balik), dah boleh terus sampai sana.

Taman Negara Johor Pulau Kukup
Lot 139, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian Johor

Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM
Tel : 07-696 9355

Tiket masuk untuk warganegara Malaysia, tak termasuk GST : 
RM 5 (Dewasa), RM 3 (Kanak-kanak)


Tanjung Piai

Seterusnya kami pergi ke Taman Negara Johor Tanjung Piai pula. Tanjung Piai juga lebih kurang seperti Pulau Kukup. Terdapatnya pokok paya bakau di sekelilingnya. Terdapat 22 spesis pokok bakau yang terdapat di Tanjung Piai.



Dan yang menarik sekali di Tanjung Piai ialah ianya merupakan titik terakhir selatan tanah besar Asia. Kalau korang tengok peta dunia, Tanah besar Asia merupakan satu kepulauan yang sangat besar dan di Tanjung Piai ini merupakan titik terakhir tanah besar itu. Tanjung Piai mendapat jolokan Southernmost tip of mainland Asia.




Apa yang lebih menarik lagi di sini ialah, kita dapat menyaksikan negara-negara jiran kita seperti Singapore dan juga Indonesia. Sungguh, 3 negara (Malaysia, Singapura, Indonesia) ini kita serumpun. Oleh itu, janganlah kita saling berpecah belah. Eh dah kenapa ada pesanan khidmat masyarakat pulak kat sini ? Adui 😆



Memang panas lit-lit gila masa nie. Tapi aku gigih juga berjalan sejauh ini untuk sampai ke pondok yang cantik ini. Di sini sangat insta-worthy yer. Sangat sesuai dijadikan lokasi photoshoot. Jadi, sesiapa yang nak berphotoshoot untuk pre wedding ke, boleh lah consider Tanjung Piai sebagai salah satu lokasi. Huhu



Taman Negara Tanjung Piai

Tel : 07-696 9712
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM

Tiket masuk untuk warganegara Malaysia tak termasuk GST :
RM 5 (Dewasa), RM 3 (Kanak-kanak)

Terima kasih di atas inisiatif untuk memelihara dan memulihara khazanah negara yang kaya ini. Sesungguhnya hutan paya bakau sangat diperlukan dan banyak membantu dalam mengimbangi ekosistem. Tahukah anda, hutan paya bakau merupakan salah satu medium untuk menapis sampah-sampah daripada hanyut terus ke laut ?

Ye, sampah-sampah yang dibuang ke laut oleh manusia-manusia durjana ditapis oleh hutan paya bakau yang wujud di persisiran pantai. Sekiranya korang berpeluang datang ke sini, korang dapat menyaksikan betapa banyaknya sampah yang terkumpul akibat daripada perbuatan durjana manusia-manusia itu tadi. Kita harus berterima kasih pada hutan paya bakau kerana menapis dan memastikan laut perairan negara kita agar terus bersih. Dan adalah lebih baik sekiranya kita tidak membuang sampah merata-rata, apatah lagi ke dalam laut.


Tips untuk datang ke sini :

  • Pastikan datang pada belah pagi untuk mengelakkan cuaca panas yang melampau
  • Jangan lupa pakai sunblock ! I tell you, kalau lupa nanti kau akan menyesal. Haha
  • Bawak mineral water untuk hilangkan dahaga
  • Berhati-hati dengan monyet kerana mereka sangat bijak mencuri barang terutama sekali makanan
  • Insect repellent pon digalakkan pakai untuk mengelakkan nyamuk daripada gigit
  • Pakailah kasut yang bersesuaian kerana dua tempat ini memerlukan anda berjalan

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

19 comments:

  1. terbaik abam.. memang sesuai kalau nak rasa angin bayu laut dekat sini. petang2 lagi bertambah nyaman sekali.

    ReplyDelete
  2. pencinta alam semulajadi memang wajib ke sini kan..sesekali lari dari shopping mall, hiruk pikuk hutan batu...bagus ambil udara segar...bestnya kalau dapat pi

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yg menarik dan berharga disamping menghargai nilai-nilai eko pelancongan negara. Secara tak langsung tempat2 mcm ni memberi inspirasi dan refresh minda juga. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. Dahulu pernah sampai ke Tanjung Piai je. Itupun tak jalan habis waktu tu. Dengarnya akan dapat sijil kalau sampai ke lokasi paling hujung tanah Asia ni. Masih ada lagi ke? Pasal Pulau Kukup tu nampak menarik betul lah! Suka sangat dikelilingi suasana menghijau begini. :D

    ReplyDelete
  5. menariknya Johor Bahru tak sangka banyak tempat yang menarik untuk dilawati, harga masuk pun tak ada mahal mana memang sesuai sangat untuk mereka pencinta alam melawat tempat macam ni dan I setuju dengan kak SA supaya larikan diri dari shopping mall sekali sekala... tapi boleh nampak terik tu

    ReplyDelete
  6. Kampung Momi dekat area Pontian sana. Tapi tak sempat lagi nak singgah dekat sini. Cantik juga kawasan nya :D

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat pergi tempat yang dah digazetkan sebagai khazanah negara. Besar pokok bakau tu yer. Pulau kukup ni pon besar. Baru tahu ianya merupakan kedua terbesar di dunia.

    ReplyDelete
  8. wah nampak you guys so much fun here.. best kan dapat melawat tempat2 eko pelancongan ni?

    ReplyDelete
  9. Bestnya cuci2 mata ke tempat hijau camni.. 1st time dgr Pulau Kukup ni.. Kalau yg Tg. Piai tu tahu sbb selalu nmpk org share tngkp gmbr kat globe yg jadi trademark kat situ..

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya berjalan jalan di Pulau Kukup dan Tanjung Piai. Pulau Kukup tu tak penah dngar.Tanjung Piai tu pernah jugaklah dengar.

    ReplyDelete
  11. Wah bestnyer pergi ke sini. Saya pun dah lama teringin nak mencuba buat aktiviti macam ni.

    Hopefully dapat la buat juga nanti.

    ReplyDelete
  12. nama je kampung dekat johor.. tapi serious tak pernah tahu ada tempat2 best macam ni.. boleh lah buat family day dekat sini.. hehehe ^^

    ReplyDelete
  13. rasa tenang tengok hijau di pulau kukup, hilang stress. tanjung piai juga cantik pemandangannya. sewajarnya kita menjaga tempat2 ini supaya dapat menjadi warisan kepada generasi akan datang.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Tak pernah ke Taman Negara Johor. Pernah sekali je ke Taman Negara Pahang. Suka juga buat aktiviti macam ni, seronok ekali-sekali trip dalam hutan melihat alam tengok hutan segar malar.

    ReplyDelete
  15. Pengalaman yang sangat menarik menyusuri Taman Negara Johor tuh... Dah berkali ke Johor, tapi LeYa belum lagi berkesempatan ke sini. InsyaAllah dalam tahun ini juga akan terjah ke sana. Lagi2 bila dah baca entry abam macho ni dah sampai ke sana.. Ekekeke..

    ReplyDelete
  16. First time dengar pasal Pulau Kukup ni. Menarik dan memang kena letak dalam bucketlist Lia nak ke sana. Bestnya dapat explore & gain knowledge tempat macam ni.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  17. You know what! I am going back to Taman Negara again because the last I went there was like secondary school.

    ReplyDelete
  18. Oh my. I have never been to this place yet and it is really beautiful. Love all the photo you took. Really caught my attention to go there. Ok... Now wanna check with my friends... Hopefully I can get them go with me as well. Really can't wait for it....

    Racheal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...