Sunday, March 5, 2017

RAPAT Getaway at The Kabin

Assalamualaikum and good day everyone !



Pada 10 January lalu, kami batch ke-4 Ijazah Sarjana Muda Psikologi UPSI, batch RAPAT, telah tamat pengajian dengan rasminya apabila thesis kami yang sudah dijilid dihantar. Jadi kami telah merancang untuk buat short getaway, ala-ala majlis perpisahan gituee. Jadi kami telah memilih The Kabin sebagai tempat percutian kami.

Due to some circumstances, tak semua ahli RAPAT dapat join trip nie. Tapi takpe lah, maybe next time okay =)


The Kabin nie terletak di Kuala Selangor, sangat dekat dari UiTM Puncak Alam. Dalam 20-30 minit perjalanan je. Tak sangka gila. Siap ada jalan pintas lagi. Guna waze untuk senang menuju ke The Kabin nie. Aku datang sana naik motor je. Gerak dari UiTM Puncak Alam coz i spent a night there at my friend's room.


Since aku sampai sana dulu sebelum ahli RAPAT yang lain, jadinya aku melakukan sedikit terjahan. Sangat nice lah The Kabin nie, dia punya ambience sangat amazing. Tenang je rasa. Penuh kehijauan gituee.


Facilities dia pon sangat tiptop. Semua ada dan tersedia seperti ruang untuk ber-BBQ, swimming pool, bilik karaoke dan macam-macam lagi.


I was so excited when i see the pool, seriously, aku tak tahu menahu pasal The Kabin sebelum nie, google pon tak pernah. Jadinya aku tak tahu ada swimming pool. So aku tak bawak baju lebih untuk mandi. Maka gigihlah aku bawak motor ke pekan terdekat untuk beli baju semata-mata untuk mandi kolam. Pekan dia agak jauh ye, sekian.


Sekali dah beli and patah balik The Kabin nie, orang tu cakap swimming pool dah tutup. Ko ghase ? Penat je aku gigih naik motor cari baju murah dekat pekan. Tup-tup tak boleh mandi.



Petang tu kami pergi ke pantai belakang The Kabin nie. 5 minutes walking only. Tapi pantai nie macam tak sesuai untuk buat mandi sebabnya agak kotor ye kengkawan. Hihi. Kalau datang untuk ber-photoshoot, sangat sesuai. Sebabnya sangat cantik walaupon pantai dia kotor.



Malam tu kami buat BBQ. Kami ber-BBQ tepi pool tau since tempat untuk ber-BBQ dah occupied malam tu. Jadi orang tu sediakan peralatan BBQ kami tepi pool. Lagi lah cool dan privacy !!




I feel like i didnt do anything for this trip sebabnya aku dah tak tinggal di Tanjung Malim. Jadinya, semua persediaan untuk trip nie, dorang yang buat. Dari segi tempahan, makanan untuk BBQ, semua nie dorang buat. Bersengkang mata prepare everything. Despite "cabaran" yang dihadapi dalam menyediakan BBQ tu, dorang dapat jugak buat. Thank you guys for the delicious meal that night !!




Setelah makan, kami berkaraoke pada jam 12 tengah malam. Ko ghase ?

First time aku berkaraoke and it was amazing. Seronok gak berkaraoke nie. Hihi. Habis karaoke dalam jam 2 pagi kot. Lepastu kami pergi ke pantai lagi. Memang gila pergi pantai jam 2 pagi.


Buat unggun api and duduk keliling unggun api. Sejuk dan banyak nyamuk ye kengkawan semua. Anjing pon banyak tengah-tengah malam. Sangat menakutkan. Bila unggun api berjaya dinyalakan, maka mulalah sesi confession masing-masing and reflect everything sepanjang 4 tahun bersama di UPSI. Syahdu gak sampai nangis-nangis. Confession dari hati. Yang nie biar lah jadi our little secret. Hihi.


Kami dekat The Kabin nie cuma satu malam je. So besok paginya kami dah kena check out. Tapi sebelum tu, kami mandi dekat pool dia dulu. Dah lah tak cukup tidur, lepastu bangun pagi-pagi untuk mandi pool, sebabnya jam 12 dah kena check out. So nak tak nak kena lah mandi, kalau tak membazir je bayar mahal-mahal tak mandi pool dia.


Lepastu, kami pon bersiap-siap untuk balik dan check out. But before that, kami nak pergi ber-photoshoot dulu. Kami dah memang plan hari terakhir semua pakai baju putih.




Untuk props and background pulak, kami guna kain scallope orang buat kenduri. Kalau salah eja, maaf naa. Aku tak tahu eja natang tu. Gigih Qasha bawak kain putih tu tau. Inilah yang dinamakan photoshoot bajet. Hihi


Tapi cantik what. Simple yet elegant. Gitueeeee !!


Sesi pasang memasang kain putih sedang giat dijalankan. Tak ada tukang ambil gambar, cuma mampu set masa je. Maka terhasil lah gambar seperti di bawah ini.




Ececeyhhh semua, bukan main lagi yer ! 


Almost setiap semester kami ada gathering macam nie. Ini gathering terakhir kami sebagai seorang student UPSI. Mungkin lepas nie gathering semua bawak anak bini somi sekali. Wahhh ! Harap ikatan ini akan kekal sampai ke akhir hayat. Alahai skema nya ayat. Menyampah betul. Rasa nak muntah hijau membacanya.


Untuk my batch yang bertungkus-lumus to make this happen, thank you so much guys.
Class dismissed !

Sebelum semuanya pulang ke destinasi masing-masing, kami singgah makan asam pedas dekat ATOK "ASAM PEDAS". Sangat dekat dengan The Kabin nie. Seriously, asam pedas ikan pari dia sangat meletopppp !!! Sedap gila weyhhh. Seriously sedap. Harga pon sangat berpatutan.


Makan panas-panas dalam claypot. Memang terbaikkkkkkkkk !!!

Okay itu je. Okay dah. Itu sahaja cerita untuk percutian semasa di The Kabin nie. For those yang nak bercuti dekat The Kabin nie, sangat digalakkan dan sangat berpuas hati. Di sini, aku ada buat sedikit video semasa bercuti di The Kabin nie. Happy watching people !


To all my batchmates RAPAT Rangers, Abg Chik, Bob, Arep, Iskandar, Muiz, Kak Ila, Neesa, Nadia, Mira, Yani, Fiza and Qasha, terima kasih untuk segalanya sepanjang 4 tahun kita kenal. Kalau ada salah silap aku sepanjang 4 tahun nie kat korang, maaf naa. InsyaAllah, konvokesyen nie kita jumpa lagi. Rindu korang semua !

Semester 1, cukup semuanya. Rindu. Bila boleh RAPAT macam nie lagi ?

See ya !

5 comments:

  1. wahhhh , serious nampak mcm best je the cabin nih .

    ReplyDelete
  2. Cantik gamba pakai baju putih tu.. Macam ade kenduri kat tepi pantai gitu.. hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dik..bestnya the kabin. Akak berangan je nak pergi sana hahaha

    ReplyDelete
  4. Cantiknya the Kabin tu.

    Syoklah ada sesi bergambar dengan thesis tu, hahaha, dulu Mai bergambaq dalam kereta je,pastu rushing submit nak balik terus. kekekeke.

    Eh, selamat berkenalan :D

    ReplyDelete
  5. Puahahahah.. Video swimming tu mmg cam hareeeee.. Berenang berirama. Kah😂

    ReplyDelete