Friday, May 15, 2015

Teh Tarik Talk Show bersama Dai Izzhar

Assalamualaikum and Hi everyone !

Program Teh Tarik Talk Show nie merupakan program tiba-tiba. Rasanya dalam masa 3 minggu je kot kami menguruskan program nie. Memang huru-hara lah jugak. Tetamu undangan untuk program Teh Tarik Talk Show ni adalah abang Izzhar, atau Dai Izzhar lah supaya korang lebih familiar. Program ini telah diadakan di ruang legar antara blok 9 dan blok 10 kampus baru UPSI, Proton City pada 30 March 2015.

Program nie bertujuan untuk beliau berkongsi cerita dan pengalaman selepas keluar dari program Dai Milenia kat TV3 tu. Salah satu intipati perkongsian beliau yang masih aku ingat sehingga ke hari ini ialah, bila dah ramai yang kenal, tetibe saudara-mara makin ramai. Time tulah semua nak mengaku ada bau-bau hangit dengan dia. Walhal sebelum nie tegur pon tak pernah tau. Dahsyat kan manusia sekarang nie ?

Mintak dijauhkan lah daripada orang-orang hangit nie.


Untuk pengetahuan korang, Dai Izzhar nie merupakan senior aku tau. Aku ulang erk. DAI IZZHAR NIE MERUPAKAN SENIOR AKU. Abang siap bold-kan sekali tau. Ke nak abang ulang suara lagi ?

Eh ! Ada kah aku tergolong dalam golongan yang tetibe mengaku ada bau-bau hangit tadi ? Sungguh hangit kau nie zarep. Back to the topic, abang Izzhar nie merupakan batch psikologi pertama UPSI (Batch PRIMERA). Jadi beliau jugak salah seorang ahli keluarga PSYCH UPSI tau. Sekarang tengah sem 8. Saya batch keempat psikologi UPSI (Batch RAPAT), semester 5. Eh mention batch sendiri pulak. Mampu ?

Saja sebenarnya nak tunjuk batch pertama dan keempat tu tak jauh. Motif sangat kan.


Untuk program Teh Tarik Talk Show nie, aku cuma berjawatan sebagai AJK PDI je. Aku pon tak tahu lah kenapa depa suka sangat bagi aku AJK PDI. Padahal aku nie nak buat banner, poster semua tu fail sekali. Setakat ambik gambar tu mampu lah. Ambik gambar biasa jelah. Kalau nak yang luar biasa tu, cari lain pliss.

Sesekali bagi lah aku jawatan AJK 3K ke. Tak pernah lagi sepanjang 3 tahun menuntut di UPSI nie, aku dapat jawatan 3K. Takpon AJK Pendaftaran ke. Kalau nak buat program apa-apa lepas nie, dua AJK nie je yang abg nak. Yang lain abg tak nak tau. Abang dah fenatt. Nak pencen dari buat program nie. Cukup lah jadi pengarah sekali. Abg terus fobia.


Nampak tak AJK Pendaftaran tengah gigih mendaftarkan para pengunjung bagi mengutip mata MYCAT yang tak kunjung tiba. Eh pecah lobang pulak.


Siap ada penyanyi undangan okay. Lupa nak habaq, program nie under PSYCH UPSI Club, so segala jadah dalam program nie di handle oleh pelajar psikologi UPSI. Termasuklah penyanyi undangan di atas. KAV Buskers nama diberi. Komersial sangat nama uols. Meriah.

Our lecturer also nak tunjuk bakat yang ada 


Di samping itu juga, kami ada buat sesi jualan dadih nyot-nyot Baymax. Penjualan dadih nie untuk projek Environmental Psychology kami di mana kami menjana dana melalui penjualan dadih nyot-nyot ini untuk membuat lawatan sambil belajar ke Penang. Entri ke Penang nie bakal menyusul 2 bulan dari sekarang. Harap bersabar naa. Bhahahaha




Dah nama pon program Teh Tarik Talk Show, mesti lah kena ada teh tarik kan. Kami ada menyediakan teh tarik dan kuih-muih. Ini merupakan program untuk santai-santai saja. Mendengar perkongsian sambil minum petang. Begitulah konsep progarm nie.

Hakak-hakak penjaga air 



Nampak hakak Najwa dari batch PRIMERA juga datang untuk merasai teh tarik  










Si penceria suasana a.k.a pengerusi majlis yang menghiburkan kami petang itu, adik yang cukup berbakat besar, adik Wesmorlan from Batch Auriolus. Abang kagum dik.



Gimik persembahan daripada my fellow RAPAT rangers, Mr. Arep. Hebat Arep buat tayangan teh tarik petang itu. Abang juga cukup kagum dengan kebolehan abang Arep nie.


Seriously memang ramai sangat masa nie. Tapi cuaca tak mengizinkan, tetibe hujan turun dengan selebat-lebatnya. Terpaksalah kami semua berpindah ke dewan berdekatan. Plan A tak menjadi. Dah masuk dewan nie, berkurang sikitlah penonton akibat dewan yang agak kecik . Takper, kami redha.

Lepas dah set up semua benda dalam dewan tu, hujan pon berhenti. Eh eh bergurau pulak hujan masa nie dengan kami. Kami suka. Kami suka.



Program Teh Tarik Talk Show nie program santai. Setiap 10-15 minit Dai Izzhar berkongsi cerita, akan diselang selikan dengan persembahan dari KAV Buskers.






Alhamdulillah, the program went well. Although agak chaos sikit masa nak mula tu. Walaupon program nie last minute, tapi aku cukup kagum with the committee members yang berjaya menghasilkan satu program yang bagi aku sangat wau lah. 3 minggu je kot. Cepat sangat depa bekerja. Aku pon merupakan salah satu AJK tapi aku tak ada lah banyak sangat sumbangan nya compared to others lah.









So ini lah barisan para AJK yang membanting tulang dalam menjayakan program Teh Tarik Talk Show ini. Aku termasuk sekali tau. Mohon cakna.




Banyak pulak lah gambar-gambar para AJK yerp. Jangan cakap abang tak payung nanti. Nahh abang payung lagi dua gambar setelah para-para kerusi dialihkan.



Okey itu je. Alhamdulillah habis sudah cerita bulan March. Actually ada satu lagi tapi yang tu ada sangkut paut dengan bulan April punya. Bakal menyusul. Tunggu naa.

4 comments:

  1. Replies
    1. Kalau tak silap penerbitan dan informasi. kalau tak silap lah.. ingat2 lupa =D

      Delete
  2. indirect medium promoting PSYCH (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon also one of PSYCH members ? just curious =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...