Wednesday, January 29, 2014

Goodbye Semester 2 : Part 2

Assalamualaikum

Seperti yang telah dijanjikan, mari aku sambung cerita semester 2 aku. 

November, 2013

Sepatutnya aku dah balik rumah dah 30 Oktober tu untuk cuti mid sem, tapi aku ada program pula pada pagi 1 November tu. Dengan rasa yang amat malas, aku pon terpaksalah hadir program itu. Tak sangka pula boleh dapat cabutan bertuah. Maka tak sia-sialah aku datang program tu. Program tu pon okaylah, tak membosankan. Penceramah yang pandai ambil perhatian penonton.


5 November, jalan-jalan dengan kawan pergi ke Setia City Mall. Ramai yang sibuk dok upload gambar pergi Setia City Mall, aku haruslah pergi juga. Tak naklah ketinggalan katanya. Saja datang sebab nak makan Seoul Garden je, lama dah tak makan.


7 November, aku kena balik UPSI semula. Walhal baru je mula cuti mid sem.


Memandangkan baki duit belanja untuk bulan Oktober banyak lagi dalam akaun, apa salahnya belanja family makan. Yelahh, jarang-jarang sekali ibu dan ayah aku ikut hantar aku balik ke UPSI. Alang-alang dah sampai sini, kita bawa pergi makan dekat restoran burger hitam yang cukup terkenal dalam kalangan pelajar UPSI.


Nama kedai makan tu ialah Loveat.  Istimewanya dekat sini ialah warna roti burger tu berwarna hijau lumut. Ala-ala nak ke hitam gitue warna dia. Nampak macam roti tu dah berkulat pon ada. Tapi serius cakap, rasa dia sangat sedap !



Southern Pioneer paling the best bagi aku. Harga dia agak menakutkan juga sebabnya restoran baru nak menapak. Jadinya, harga pengenalan sebegitu agak memeranjatkan. Tambah pula, lokasinya di kawasan universiti. Jadi, pelajar-pelajar agak berkira-kira untuk singgah. Apa-apapon, rasa dia memang terbaik. Sedap sangat !


8 November, semangat balik UPSI awal-awal nie sebab ada program. Kena buat program dekat sebuah sekolah di sekitar Behrang. Subuh gajah dah bersiap ya. Gigih ke idakk ? Butiran mengenai program tersebut, boleh dibaca di SINI.


12 November, kami dah kena mula menjual produk untuk subjek Budaya Keusahawanan. Kami menjual 3 jenis kek. Kek-kek tersebut adalah kek batik, kek cheese cracker dan kek ais krim oreo.


13 November, aku ada satu event di Kuala Lumpur iaitu Party EH 20 yang anggun. I've updated about it here, CLICK. Perkara paling gila aku buat setakat ini. Siap skip kelas petang sebab nak pergi ke event nie. Balik kelas terus berlari ke KTM menuju ke The Gardens Hotel yang berhampiran dengan Mid Valley.


Balik UPSI malam tu juga sebab besok paginya ada kelas. Besoknya aku lambat ke kelas setengah jam. Perghhhh ! Pengalaman yang tak dapat dilupakan pergi ke party EH nie.

Nahh video Shila Amzah perform malam tu, Besttt !!

16 November, ada program di Manjoi Perak. Program bersama anak-anak yatim. Yang nie pon aku dah update dekat SINI. Bolehlah tengok kalau nak.

18 November, ibu dan ayah datang UPSI secara mengejut. They dont even told me. Masa nie kawan baik aku daftar masuk UPSI. So itulah motif parent aku datang sini masa tu.


23 November, bersamaan hari Sabtu. Aku dan empat yang lain berasa sangat bosan di kolej. Jadi kami berlima pon vroom vroom vroom pergi mandi manda di Sungai Inki.




Tak rancang pon nak mandi-manda nie. Pakai terjah je. Jadinya, kami bawa apa yang ada je. Bawa roti, sardin dan air mineral. Sardin tu si Fiza dengan Mira yang masak dekat kolej. Alhamdulillah teralas juga perut kami semua masa tu.



Pada belah malamnya pula, ada pemilihan pemain catur kolej untuk bertanding di Super UPSI. Aku pon tak tahu macam mana ia terjadi, tapi aku telah dipilih sebagai wakil kolej.


December, 2013

3 December, kitorang kena buat role play yang tertangguh selama berapa minggu entah. Finally role play nie berlangsung juga. Tak sabar nak berlakon katanya. Yelah, setiap malam praktis berlakon ya dengan groupmates.




5 December, diri ini bersama kawan telah melawat Muzium Pendidikan Nasional. Nama je duduk UPSI, dah penghujung sem 2 baru nak jejak kaki ke sini. Huhu. Masa nie ada tayangan baju-baju tradisional yang dijahit oleh pelajar-pelajar kos Ekonomi Rumahtangga. Cantik baju-baju yang dorang jahit.



8 December, sudah mula busy menampal sticker aktiviti kolej, menyiapkan segala jadah borang untuk dihantar pada pejabat bagi memastikan penempatan di kolej untuk sem hadapan.


10 December, diri ini telah menghadiri Grand Annual Meeting untuk Kelab Catur UPSI. Perlantikan para MT dan AJK untuk sesi akan datang. Habis meeting makan beramai-ramai di restoran Teko Emas.


13 December, me and my classmates, adakan pesta durian dekat dalam bilik. Makan tak ingat dunia, berplastik-plastik durian aku makan. Nikmat betul !


Malam tu juga pergi training chess untuk Super UPSI. Serious tak confident gila nak bercakap masa nie. Al-maklumlah baru ngapp durian berketul-ketul. Confirm mulut bau.

14 December, merupakan tarikh berlangsungnya Super UPSI kali ke 4. Super UPSI nie perlawanan atlit antara kolej. Kat UPSI nie ada 4 buah kolej dan satu Unit Kediaman Luar Kampus. Kira ada 5 pasukan kesemuanya. Aku mewakili Kolej Harun Aminurrashid untuk acara catur dan .......................................


Aku KALAH dengan teruknya. Kah ! Buat malu KHAR je. Gambar di atas merupakan atlit catur KHAR. Semua bawa pulang pingat, aku hanya mampu pulang ke kampung halaman lepas acara tu habis.

16 December, pulanglah diri ini ke UPSI. Family hantar sampai ke Tanjung Malim, lepastu ayah belanja makan KFC.




17 December, keputusan penempatan kolej untuk sem hadapan keluar. Perghhh masa nie berlari pergi dewan nak tengok senarai nama. Rasa takut, cuak semua ada. Aku risau tak dapat, sebab aku tak nak duduk luar.


18 December, kelas terakhir bersama Dariga, international student dari Kazakhstan. Lepas nie jumpa dekat dewan peperiksaan je, lepastu dia terus balik Kazakhstan. Masa nie ambil peluang bergambar bersama. Kot-kot ada jodoh ke. Eh kesitu pulak. Kbai.


Masa nie juga sibuk uruskan dinner PSYCH. Kad jemputan untuk pensyarah diedarkan, penat tau cari lecturer-lecturer nie, asyik tak ada dalam bilik je.

Pada belah malamnya pulak, kami para AJK yang terlibat bertungkus-lumus menyiapkan props persiapan tempat di dewan Kolej Ungku Omar. Masa aku datang, dorang tengah syok berpesta durian kat situ.




19 December, rehearsal untuk dinner dilakukan. 

20 December, berlangsunglah dinner yang telah dirancang sebulan lebih yang lalu. All the details, click HERE.

21 December, kejohanan olahraga berlangsung. Pada awalnya dah daftar nama untuk acara larian, sekali tak ada team untuk acara itu, Tapi tak apa, masa tu datang untuk ambil kedatangan dan makan makanan yang telah kita bayar.


24 December, pergi mandi-manda dekat Sungai Bil. Pemergian mengejut. Tetibe kawan ajak.


30 December, final exam bermula. Sekali dua paper pula tu.

31 December, diri ini beserta kawan baik pergi makan pizza. Konon nak sambut tahun barulah. Hahaha, padahal yang ado. Sebenarnya nak merasa pizza baru. Guna maybank card dapat potongan 30%. Haruslah manfaatkan ye dakk.


Januari, 2014

2 Januari, berlangsungnya lagi satu paper dan paper seterusnya adalah pada 6 January. Sementara menunggu tarikh itu, aku dan 13 yang lain bermalam di rumah Abg Chik selama 2 hari.


11 Januari, paper petang tu dekat dewan besar UPSI. Habis paper tunggu kawan datang jemput. Lepastu pick up lagi mereka-mereka yang lain di kafe KHAR. Terus menuju ke rumah Abg Chik untuk sambut something. Yang nie kita tangguhkan dulu ceritanya. Aku akan cerita kemudian hari.


12 Januari, makan ramai-ramai di Saudagaq Sup. Pon berdekatan dengan Loveat Burger. Kat sini nasi ayam dia tiptop, sup dia memang sedap.


13 Januari, hari terakhir exam aku. Tutup tirai semester 2 dengan paper subjek kegemaran aku semester ini iaitu Educational Psychology.




Dengan itu, tamatlah semester 2 aku di UPSI. Berbaki 6 semester sahaja tinggal. Akhirnya selesai juga aku menulis entri nie. Banyak pula kisah semester 2 aku nie. 

17 comments:

  1. Assalamualaikum dik! tak jemu akak baca blog kau. geli hati memanjang je. ekkk akak teringin nak makan burger hangus tu. muahhaha tak beragak tukar nama burger tu. hihi. asyik nak cari, pastu datang mood malas. acaner nak jumpa ye dok? alhamdullilah murah rezeki kau dik. Belanja family dengan duit yang parents sponsor. Good boy. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      hangus terus bagi nama burger tu yer =D hahaha tapi seriously sedap burger tu kak sheila =)
      alhamdulillahh, aminn.. thanx kak sheila ^^

      Delete
  2. pergh, banyak jugak barang kau. haha. Bagus ikut cara kau tu 'Bukan Selalu Pon'. Susah gila nak kawal nafsu membeli, pantang nampak murah atau cantik, mesti nak beli punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan banyak jugak lah.. kannn, lagi2 sana sini ada discount, perghhh meronta-ronta hati ini >____< hahahha

      Delete
  3. Untunglah macam-macam benda berlaku sepanjang sem. Aku kat sini dok menghadap sekolah je.

    By the way, Setia City Mall tu baru buka ke macam mana? Aku perasan gak lately ramai gila orang post gambar dekat Setia City Mall tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi lah farah tak merantau di negara org.. tp faham lah, sbb duit dorg mahal.. hihi.. sabar yer farah. I bet your school much more happening than mine =D

      rasanya baru bukak.. all the things look fresh lagi .. jalan nya pon still baru..

      Delete
  4. ak nk try burger kulat tu. tp sedap ke? . btw barang kau tu terlampau byk sgt. kotak kasut tu x bole blah byk nye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gila nak mam .............. seriously sedap !! =D
      banyak sangat k ? kasut haruslah banyak.. hahaha

      Delete
  5. Creative rr haha
    #BulanBintang

    ReplyDelete
  6. Nk tnye sket pasal bwk electrical appliances, brp ekk nk kena byr untuk setiap satu electrical appliances?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sem 1 dulu satu barangan elektrik kne bayar 10 ringgit satu sticker.. tp xsemua pon saya bayar. sy bayar 2 brg yg obvious je.. charger laptop dengan kipas meja je... yg len sorokkann..

      tp sem 2 xde pulak arahan suruh beli sticker elektrik.. harap2 dh xde dah sticker2 elektrik nie.. buat habis duit pelajar je..

      Delete
  7. RM 10 untuk satu sem penuh ke atau setiap bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry eh, byk tnye.. Smalam ingt nk tnye skali tpi lupe bile nk taip.. Zharif punye bilik ade dapur n bilik air x? Atau bilik air kt luar mcm skola asrama.. sorry tnye byk, sbb sye ingt nk pursue blaja kat UPSI or instedt so nk buat prbandingan.. N satu lgi bleh masak x dlm bilik? Hope x mrh..:)

      Delete
    2. hahahaha nak marah kenapa.. tanya je okey =)

      sini kolej dia mcm apartment. satu rumah ada 3 bilik. 1 bilik 2 orang. Dapur tiada tapi sinki basuh tangan ada. Bilik air ada dalam rumah. ada dua tandas dlm bilik air tu. sinki bilik air ada 2.

      masak boleh je dalam bilik guna rice cooker. tp it's not allowed to do so.. but still ramai je yg buat =D

      Delete
  8. nk tanya di upsi ade disediakan wifi ke di ilik....???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...