Friday, January 24, 2014

Dinner with ZALORA

Assalamualaikum

Awal bulan Januari hari tu, aku dapat jemputan dari pihak ZALORA untuk makan malam bersama mereka di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur. Makan malam ini adalah bersempena untuk mengumumkan nama-nama pemenang pertandingan yang mereka anjurkan. Ingat lagi tak, post yang aku update dulu pasal cipta satu gaya dari kepala hingga ke kaki menggunakan barang-barang dari jenama RIVER ISLAND ? In case kalau tak ingat, boleh klik dekat SINI.


Majlis makan malam itu telah berlangsung pada 21 Januari yang lalu. Ia diadakan di Ciao Ristorante di Jalan Kampung Pandan. Aku pergi ke sana bersama Faries. Aku bertolak dari rumah, dia bertolak dari UPSI. Kitorang berdua berjumpa di KL Sentral. Dia ada juga join contest nie. Blog si Faries dah lama terkubur, tapi aku paksa juga suruh join contest nie sebab aku nak ada teman. Siapa yang turut serta dalam pertandingan ini, akan dijemput makan malam bersama ketika mengumumkan nama pemenang. Bab bersungguh nak menang tu, tak ada pon. Kitorang join contest pon sebab nak dijemput makan malam je. Hahaha

Nak ke restoran nie penuh onak dan liku. Bila tengok peta yang aku dapatkan dekat website restoran tu, nampak macam dekat dari stesen LRT. Sekali jauh daa. Berpusing-pusing aku naik LRT disebabkan semua orang bagi direction yang berbeza. Yang tu suruh ke sini, yang nie suruh ke situ. Terpusing-pusing aku naik LRT. Habis masa dekat situ je weyhh. Padahal dah bertolak dari rumah awal.


Dalam tentatif, majlis bermula jam 8 malam. Tapi kami jam 7.30 masih dalam LRT mencari tempat turun yang terdekat denga lokasi. Pulak tu, si Faries boleh pula tertinggal gerabak. Tak memasal aku kena tunggu dia naik gerabak yang seterusnya. Dahlah dah lambat, dia boleh pula tercicir.

Kami sampai betul-betul tepat jam 8 malam. Alhamdulillah, majlis belum bermula. Masih lagi menunggu tetamu lain tiba. Oleh kerana kami datang dikira lambat, jadinya tempat duduk pon dah jadi limited. Duduklah mana-mana yang masih kosong. Bermacam-macam jenis bangsa ada masa makan malam tu. Kami duduk depan Hizami dan kawan dia. Senang sikit nak berborak. Tak adalah krikk krikk sangat. Kah !


Mereka berdua nie bekas pelajar UPSI. Jadi kami pon banyak borak pasal hal UPSI. Alhamdulillah lah ada mereka berdua. Ada juga teman borak. Mat salleh yang hadir makan malam nie merupakan mereka yang berjawatan tinggi dalam ZALORA. Yang duduk sebelah aku merupakan salah seorang daripada mereka. Berhabuk juga aku cakap Inggeris.

Tengah pada berbual tu, aku terkesan dengan ayat laki Inggeris nie,

Mr. Lucas : How many followers do you have in instagram ?
Me : Around three hundreds something maybe, i can't really remember the exact number
Mr. Lucas : Hurmmm, you have to IMPROVE on that

Terciduk ya bila dia cakap macam tu. Tapi dia tak sinis pon. Dia sangat-sangat peramah. Sampai satu tahap dia tak nak ebrhenti cakap. Banyaklah benda yang kami bualkan. Terutama sekali mengenai penghijrahan dia ke bumi Malaysia. Dia berasal dari Itali. Tak hairanlah kenapa pilih restoran nie sebagai lokasi untuk mengumumkan nama pemenang. 



Malam tu menu semua ala-ala berada di negara Italy gituhh. Nama pon restoran Italy kan. Rasa menu dia boleh tahanlah sedapnya. Semua yang dihidangkan dekat aku semuanya habis. Dessert dia rasa tiptop gila. Sangat sedapya.


Dan setik yang paling ditunggu-tunggu ialah sesi pengumuman para pemenang RIVER ISLAND Head-To-Toe contest. Alhamdulillah dapat tempat yang kedua. Tak sangka, join saja-saja pon boleh menang. Macam yang aku cakap tadi, aku tak meletakkan apa-apa harapan pon. Aku join sekadar nak dijemput untuk makan malam je. Hahahaha. Rezeki, entri aku dipilih sebagai salah seorang pemenang.






Agak runsing sebab tak tahu nak balik macam mana. Kena ambil teksi untuk ke stesen LRT. Tengah dok tunggu teksi dekat depan restoran, ada seorang akak nie iaitu photographer untuk majlis makan malam tu, hantarkan kitorang ke KL Sentral. Dah jam 10.30 malam masa tu, takut tak sempat kejar KTM terakhir ke UPSI. Alhamdulillah, dengan bantuan akak tu, malam tu juga kitorang sampai ke UPSI. Terima kasih sangat-sangat.

Bergambar bersama akak photographer ZALORA (Paling kiri)

Kalau masa pergi kami membazir banyak duit sebab sesat sana sini, nak balik tu kami jimat sikit. Naik KTM dari Rawang ke Tanjung Malim pon free. Pak cik KTM nak tolong hantarkan, sekali jalan katanya. Train dah tak adalah katakan. Sama kes masa aku pergi party EH 20 yang anggun dulu tu. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami balik pada malam itu.


Mock up check tetap digotong bawa balik ya demi kenangan untuk diceritakan pada anak cucu nanti. Kah !

12 comments:

  1. tahniah dik.......bukan senang nak menang kontes2 mcm nie

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dik. alhamdullilah. walau penuh onak berduri masa nak mai dinner ni. murah rezeki kamu. weewiiit! taniah. tergelak akak kau baca entri sampai almarhum semua makanan tu. hihi >_________________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) Alhamdulillah rezeki.. hihi terima kasih kak sheila =D

      Delete
  3. daebak! tahniah!
    wah.. dapat jumpa hizami :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih amira .. huhu =)
      kann, meeting Maria Elena, checked. meeting Dena Bahrin, checked. meeting Hizami, checked.
      lepas nie nak try meet Cik Epal atau Fatin liyana pulak.. hewhew =D

      Delete
  4. syokkk gile kau zharif dapat baucer dan makan free lagi tuuu. perghh. perghh. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. masa join nie aku cuma fikir nak makan free je.. hahahaha ..
      tak sangka pulak boleh menang sekali.. Alhamdulillah =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini