Monday, January 20, 2014

Goodbye Semester 2 : Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah, I just finished my first year of study in UPSI. Semester 2 kali nie sangatlah meletihkan bagi aku. Mana tak letih, semester kali nie aku ambil 21 jam kredit, itu belum termasuk subjek yang tak kira jam kredit lagi. Perghhh ! Fengsannnnn. Jadi entri kali ini, aku nak bawakan korang semua menyelusuri apa yang penat sangat yang aku tempuh sepanjang semester 2. Jom!


September, 2013

8 Sept, Semester 2 pon bermula. Aku ada tulis di sini : HERE

10 Sept, aku pergi ujibakat jadi pembaca berita pula. Aku ingat lagi masa aku tengah on air diujibakat, kaki dan tangan aku menggigil-gigil dengan teruk sekali. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Boleh baca cerita ujibakat tu di sini : HERE


11 Sept, ada tayangan wayang kulit di dewan KHAR. Penghuni KHAR yang turun pergi dewan dapat sticker aktiviti. Sticker aktiviti adalah penting bagi memastikan keberadaan anda di kolej untuk sem hadapan. Aku pon menggagahkan diri turun ke dewan pergi tengok walaupon zzzzzzzzz dan krikk krikk. Sumpahlah tak best dan bosan teramat sangat.


16 Sept, baru seminggu semester bermula, aku dah menggedik nak balik rumah. Aku keluar dengan kawan baik aku pergi ke Bukit Jugra tengok orang terbang-terbang. Tak tahulah dorang panggil apa menatang nie.


19 Sept, perjumpaan kelab PSYCH di mana semua pelajar dari setiap semester wajib hadir. Aku lupa apa motif meeting nie, rasanya macam nak kenalkan junior-junior dengan senior. Rasanyalah.


Lepastu, minggu tu pon balik rumah lagi. Dua minggu berturut-turut balik rumah. Tak apa, masa nie tiket KTM murah lagi, tapi sekarang harga tiket dah mahal semula. Balik rumah masa nie pergi servis braces setelah sekian lama tak datang follow up.

Sempat shopping sebelum balik semula ke UPSI

25 Sept, pergi sarapan dekat kedai mamak. Motif sangat makan kedai mamak pon nak cerita dekat sini. Aku nie bukanlah gemar sangat makan di kedai mamak, jadinya haruslah cerita di sini. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, keluar dengan sedara mara, dorang semua singgah makan dekat kedai mamak. Aku nekad tak nak makan, order air pon tak nak. Hahaha. Tapi bila dah semakin membesar nie, dah boleh dah makan kedai mamak. As long as tempat tu bersih dan pembuat roti canai tak berpeluh. Tibahh


Lokasi kedai mamak yang aku makan nie berdekatan dengan Secret Recipe Tanjung Malim. Tak ingat apa namanya tapi makanan dia okaylah sedap dan yang penting bersih. Besoknya pergi makan situ lagi, naik satu kereta penuh macam tin sardin. Boleh muat ya satu kereta Alza. Dahsyat !


30 sept, kene buat projek luar untuk satu tugasan nie. Mula adakan meeting, lantikan AJK dan macam-macam lagi. Masa nie meeting untuk program Anak Yatim dekat Manjoi Perak.


Oktober, 2013

Permulaan bulan Oktober sangat penat bagi aku sebab masa nie Karnival Sukan Tahunan KHAR dah bermula. Acara pertama aku merupakan acara catur yang jatuh pada hari khamis 3 Oktober. Dan acara tersebut aku kalah. Hahaaha. Jumaatnya pula meeting untuk program di sekolah felda Sungai Behrang.


5 Oktober, buat lawatan tapak ke rumah anak yatim di Manjoi Perak untuk program yang akan kami jalankan di sana nanti. Masa nielah yang kami melencong singgah Kellie's Castle. Aku dah pernah cerita benda tu dekat SINI.


6 Oktober, besok paginya pula aku meneruskan acara KASuT yang seterusnya iaitu perbarisan, 4x100 dan 4x400. Yang nie pon aku dah cerita dalam satu entri, baca dekat SINI. Gigih kumpul sticker aktiviti masa nie. Hihi

7 Oktober, dengan badan yang masih sakit sebab bersukan, aku kena hadir satu lagi perjumpaan untuk tugasan luar. Semester 2 nie memang aku banyak kena buat tugasan dekat luar kampus. Perjumpaan dibuat dekat restoran Teko Emas depan Kampus Lama.


Hari Selasa tu juga ada role play untuk subjek Educational Psychology. Ini merupakan salah satu tugasan yang kami kena buat semester ini. Role play nie mengisahkan jenis-jenis pelajar di sekolah. Ada 5 jenis pelajar. Antaranya ialah popular, controversial, average, neglected and rejected. Aku kena bawakan watak pelajar controversial. Memang banyak betul ragam dan aksi-aksi lucu dapat disaksikan dari rakan sekelas aku dalam menyampaikan tugasan ini.


Dalam video tu, yang pakai tudung merah sebagai pelajar controversial, yang perempuan terpinggir kat belakang tu sebagai neglected student, yang lelaki tu sebagai pelajar rejected. Our exchange student, Dariga tu sebagai pelajar popular, dan yang lagi tiga tu sebagai average student.

10 Oktober, aku balik rumah untuk cuti Raya Haji.

11 Oktober, kami lima beradik keluar pergi membeli-belah di Times Square untuk shopping sikit. Memandangkan adik lelaki aku nie cuti, tu yang ajak keluar sama. Bukan senang adik laki aku nie nak balik rumah. Setahun 2 kali je cuti. Kami ambil kesempatan ini untuk keluar sama-sama naik kereta pergi ke Kuala Lumpur. Berjalan kami satu hari tu bandaraya KL.


Tragedi juga masa shopping nie sebab masa tu kitorang parkir kereta dekat luar. Konon tak nak bazir duit bayar parking dalam Times Square nie, sekali ambil kau kene saman RM100. Hah sape nak bayar nie ?


Ambil pengajaran, lepas nie jangan parkir kereta dekat luar lagi. Bayar jelah tiket parkir biarpun mahal. Daripada kena bayar saman RM100. Lagilah rugi. 


15 Oktober, lepas solat hari raya, kami sekeluarga pergi rumah sedara-mara untuk makan-makan. Lepastu muntah-muntah bila balik rumah sebab terlampau banyak sangat makan daging sampai perut tak boleh nak terima. Malam tu pula, pergi rumah sedara sebelah rumah untuk temubual mak dan bapa sedara aku untuk assignment subjek Educational Psychology. Assignment nie aku kena temubual guru sekolah menengah, sekolah rendah dan juga tadika.


Siap tukar baju kurung mak sedara aku nie bila diajak bergambar. Dia kata, barulah mencerminkan imej seorang guru, gitueee tau statement. Tengok, time tengah cuti pon kene buat assignment. Haihhhh

17 Oktober, lepas habis kelas jam 10 pagi terus pergi ke KTM Tanjung Malim untuk bayar saman dekat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Memang dah redha RM100 melayang masa nie, sekali nak bayar dapat diskaun 50%. Makanya hanya perlu bayar RM50 je.


Alang-alang dah sampai sini, singgah Sogo sekejap. Sekali ada jualan murah daa. Aiyoo mana tahan hati ini tengok diskaun sebegitu rupa. Haruslah beli sepasang baju dan seluar.


20 Oktober, ada PSYCH Family Day. Boleh baca cerita Psych Family Day nie dekat SINI.


21 Oktober, ada orang tu pakat nak kenakan aku. Tapi macam tak menjadi sebab terkantoi dalam kereta. Papepon terima kasih Abg Chik sebab belanja saya, Arfah dan Muiz makan dekat Proton City.


22 Oktober, kami kena buat another role play. Kali nie berkisahkan cara didikan dan asuhan parents dekat rumah. Kumpulan aku dapat cara didikan authoritative. Kalau tak tahu authoritative tu macam mana, sila google. Tapi malangnya role play tu tak dapat diadakan masa nie sebab madam Dhini ada hal emergency. So terpaksa tunda role play tu.


Walaupon role play subjek Educational Psychology ditunda, dorang bolehlah rasa lega, aku tak boleh sebab aku kene buat role play petang tu pula untuk subjek English Language. Alhamdulillah, walaupon tiada rehearsal untuk role play untuk subjek english nie, tapi my team did awesome on that day. Selesai lagi satu assignment. Sedikit sebanyak lega sikit.

25 Oktober, Kolej Aminuddin Baki ada buat satu event. Aku lupa event tu berkenaan apa, yang pasti dorang ada jemput artis datang. . Artis tu ialah kumpulan nasyid Inteam. Aku berpeluang bergambar bersama mereka.


26 Oktober, aku dan 4 yang lain kena buat video bagaimana hendak bermain lompat jauh untuk subjek olahraga. Alhamdulillah selesai dengan jayanya, selesai lagi satu assignment.


27 Oktober, ada kelas ganti Educational Psychology. Madam Dhini belanja kami satu kelas makan KFC.


29 Oktober, aku dan 5 yang lain kene temubual usahawan. Kami memilih Kedai Kia Abdul sebagai usahawan pilihan. Ini untuk assignment subjek Budaya Keusahawanan.




31 Oktober, aku pergi temubual beberapa keluarga di Felda Sungai Behrang. Hasil daripada temubual nie baru kami rancang modul untuk program yang akan kami buat di sekolah. Kami kena temubual 4 buah keluarga.



Maka tamatlah bulan Oktober punya cerita. Baru bulan oktober dah panjang berjela begini. Aku ingat boleh sumbat sekali sampai bulan Januari. Tapi dah jadi panjang berjela pula. Jadi, aku akan sambung bakinya nanti di Part 2 pula ya.

9 comments:

  1. I was asked to dance in baju kurung! Wakaka XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. motifff sangat dance pakai baju kurung kennn najwa =P

      Delete
  2. Yang terbang-terbang kat Jugra tu nama dia paragliding :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh tu ke nama dia.. Hahahha.. Aku xtahu.. Hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum dik, hehe panjang ceritanya. btw kat bukit jugra tu dia buat paragliding! akak teringin gila nak main tapi buat masa skrg pantangkan diri. huwahuwahuwaaaa. air cincau tu nampak lazatnya! terliur akak T____________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak sheila.. Kak sheila kan tgh mengandung mne boleh naik, bahaya.. Nanti lepas bersalin kak sheila cuba lah.. Seram lah sy tengok dorg terjun tu >___<

      Delete
    2. baiklah adik. tak sabar nak terjun. member kata best gila. feeling i believe i can fly. hahahhahaha (",)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...