Sunday, December 8, 2013

Program : Jalinan Ukhuwah Pengikat Hati

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk bulan Disember, tapi baru hari nie aku nak berkesempatan untuk menulis cerita 16 November yang lalu. Tanpa berlengah masa, ayuh kita mula. Pada 16 November yang lalu, aku telah mengikuti satu lagi program. Program ini merupakan salah satu tugasan untuk subjek elektif yang aku ambil semester ini iaitu subjek Pengurusan Keluarga. Rumah anak yatim yang kami pilih ialah Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.


Rumah anak yatim ini terletak di Manjoi, Ipoh Perak. Agak jauh jugalah rumah anak yatim nie dari UPSI. Lebih kurang 2 jam 30 minit masa yang diambil untuk kami semua sampai. Ingat lagi tak, kisah Kellie's Castle yang aku pernah updated dulu ? Kalau tak ingat sila klik SINI. Masa tu kitorang buat lawatan tapak ke rumah anak yatim nie untuk survey-survey tempat dan aktiviti yang nak dibuat.


Kami semua bertolak seawal jam 8 pagi. Sampai ke lokasi lebih kurang jam 11 pagi. Sempat singgah sarapan dekat satu tempat nie, tak ingat lah apa nama dia. Besar tempat dia. Ramai sunggu manusia datang.


Sebaik sahaja kami sampai ke rumah anak yatim tu, kami mula mengumpulkan mereka. Tak ramai sangat pon budak-budak dekat situ. Lebih kurang 23 orang je. Bilangan kitorang lebih ramai daripada dorang.



Pada mulanya macam biasalah, buat sesi perkenalan bersama budak-budak tu. Rasanya korang sudah sedia maklum, aku agak tidak gemar akan sesi ice breaking. Tapi kali ini aku tak perlu risau, aku salah seorang AJK Aktiviti. Jadinya aku yang jaga bab aktiviti dan suka hati akulah nak buat macam mana-macam mana pon untuk sesi ini. Hahahaha




Lepas ice breaking, kitorang terus masuk modul yang pertama iaitu Janji Kita Ke Menara Gading. Modul nie kami semua sebagai fasilitator perlu bercerita kisah kami semua kepada budak-budak tu macam mana jalan hidup kami semua sehingga dapat menyambungkan pelajaran ke universiti. Dengan harapan budak-budak tu akan tertarik dan bermotivasi untuk masuk ke universiti. Lebih kurang macam tulah objektifnya. Aku tak ada pon cerita kat budak-budak tu pasal perjalanan hidup aku, aku kan AJK Aktiviti so sukahati aku lah kan nak cerita ke tak. Lagipun semuanya aku dah cerita dekat blog nie, jadi pandai-pandailah mereka baca dekat sini. Kah !


Selesai sahaja modul pertama tu, kami berhenti untuk makan tengahari. Makan tengahari sangat sedap, rasa macam nak bungkus bawa balik pon ada.




Lepastu solat zohor berjemaah bersama anak-anak yatim mereka Modul nie kitorang suruh budak-budak tu buat roket menggunakan kertas A4 lepastu suruh dorang baling. Roket siapa yang terbang paling jauh, itu dikira sebagai pemenang. Dan pemenang tu pula diminta mengajar rakan-rakannya yang lain untuk mencipta roket sebijik macam roket yang dia buat. Lepastu suruh dorang baling lagi sekali roket tu, dan kebiasaannya roket kedua nie lagi jauh daripada sebelum ini. Kesimpulan daripada modul ini adalah sekiranya kita nak berjaya, kita kene tiru apa yang orang berjaya buat. Tiru benda yang baik je tau, yang tak baik jangan. Lebih kurang macam tulah objektifnya.



Baju biru, Aiman, pemenang roket terbang paling jauh


Tapi modul nie tak dapat nak selesaikankan sampai habis sebab cuaca hujan lebat pada masa tu. Dewan yang kitorang duduk tu pon basah kene tempias sebab dewan terbuka dan nak bagi arahan pon tak boleh sebab bunyi hujan lagi kuat. Kitorang tidak menggunakan speaker atau mikrofon sebab tiada kemudahan itu di sini. Kami terpaksa cancel modul ketiga kerana modul ketiga ada melibatkan penggunaan kertas surat khabar so keadaan sekeliling dah basah jadi tak bolehlah kami jalankan modul ketiga tu.


Kami pon merangka aktiviti back up iaitu kotak beracun. Mesti semua orang tahu kotak beracun tu apa benda. Alhamdulillah kami berjaya mengisikan masa yang terluang itu dengan melakukan aktiviti permainan kotak beracun.



Lepastu kami semua rehat untuk sesi makan petang pula.



Acara penutupan dan penyampaian hadiah. Sebelum balik kami mengadakan sesi bergambar bersama mereka terlebih dahulu. Dalam jam 6.30 petang macam tu, kami semua pon bertolak pulang. Maka tamat lah program Jalinan Ukhuwah Pengikat Hati nie. Alhamdulillah.



















So kepada mereka yang nak buat program atau nak hulurkan sumbangan bolehlah dapatkan butiran berikut :

Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman 
Plot 359, Lorong Dato Off Jalan Dato, Kg Manjoi ,30020 Ipoh
Perak Darul Rizuan
Tel : 05-5260071



10 comments:

  1. Kadang2 bila buat aktiviti amal macam ni dapat mematangkan kita sebab kita dapat selami perasaan mereka yg kurang bernasib baik kan? Thank you sudi singgah blog. So, kite dtg singgah sini balik. Weeeee~~

    ReplyDelete
  2. Idk why but yr posts semuanya sangat interesting. Keeeeep it up :)x

    ReplyDelete
  3. tengah google2 pasal aktiviti bersama anak yatim coz nanti next sem nak buat program bersama anak yatim and i see this entry. quite interesting. thanks yea and happy birthday! may Allah bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa goodluck ! =D
      thanx for the wish may Allah bless you too ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...