Sunday, September 8, 2013

Semester 2 bermula

Assalamualaikum

Rasa nak sepak-sepak muka sendiri sebab macam tak percaya sekarang aku dah berada di UPSI. Oh tidak ! Cuti semester sudah berakhir. Bencinya !


Sampai di UPSI tengahari tadi. Lepastu terus daftar kolej dekat dewan dan ambil kunci bilik. Alhamdulillah, blok aku kali nie tak jauh seperti dulu. Blok aku betul-betul bersebelahan kafe. Yang lagi gembira tu, bilik aku berada di tingkat satu. Yeay ! Tak ada lah penat naik tangga macam dulu.



Nasib baik masa aku masuk bilik nie, roommate aku tak ada lagi, so I can choose my bed. Pertama, aku tengok dulu arah kiblat, arah kiblat tak menghadap katil tepi tingkap, so aku pilih katil tepi tingkap. Susahlah kalau kiblat mengarah ke katil kita. Bila roommate nak solat kita rasa tak selesa.




My roommate, tak tahu nak describe macam mana. Memandangkan ini merupakan hari pertama aku kenal dia, jadi aku tak berapa tahu sangat perangai dia. Tapi apa yang aku boleh describe berdasarkan apa yang aku tengok secara mata kasar, dia nie pembersih. Rasanya tak merokok KOT. Tengok gusi cantik je. Handsome. Putih. Budak sem 3 ambil kos pendidikan Bahasa Melayu. Umur dia aku tak pasti. Asal usul pon aku tak tanya.


Siap kemas-kemas bilik, kitorang semua pergi makan dekat kafe. Hah sekarang barulah ibu ayah aku tahu yang harga makanan dekat kafe KHAR tu tersangatlah mahal. Aku sudah berjaya meyakinkan kedua ibubapaku untuk menaikkan perbelanjaanku sebulan. Yeayy !! Lepastu kitorang solat dan bertolak pergi ke pekan untuk beli barang-barang yang masih lagi kurang. Alhamdulillah, kini kotak makanan ku penuh dengan makanan-makanan. Hihi



Esok dah mula kelas, maka bermulalah kehidupan semester 2 ku. Dengan lafaz Bismillah, aku merasmikan semester 2 ku di UPSI. Korang mampu rasmikan semester sendiri ? 


18 comments:

  1. meh saya sepakkan. haha. oh saya dulu pun slalu pilih katil2 kalo dtg awal tapi x tengok arah kiblat.so kdg2 terkejot pagi2 tu nmpak kwn menyembah kite pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya start masuk sini baru lah tgok arah kiblat, masa dekat matrik dulu pakai redah je katil mana =)

      Delete
  2. hai KHARians~ *lambai2 tgn dr blok 8..haha

    ReplyDelete
  3. selamat belajar.suke tgk bilik tuh.bersih.baru kool!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope sampai habis sem lah kemas mcm tu =) hahahhaa

      Delete
  4. Replies
    1. you mean mahal right ? entahlah, tak pernah pulak beli makanan dekat kuo

      Delete
    2. haha.. yap. silap tulis pulok.. besa beli dekat khar, murah sikit dari kuo.. lagi banyak pilihan..

      Delete
  5. Assalamualaikum dik, pasal External Hard Disk tu.. awak punya boleh buh password ke? Akak punya tak boleh lah. huwaaaaaaa. baru tahu ada hard disk yang boleh buh password. menyesal tak amik tahu dulu... awak pakai brand apa dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dak ofis akak cakap, nak buh password tu kena ada software. betul ke dik?

      Delete
    2. Waalaikumsalam kak sheila. saya pakai jenama WD Passport. password tu kne ada software, masa saya beli, software dia dh memang ad dlm HD nie. ada software tu yg harga dia mahal sikit dari HD yang lain. tapi berbaloi lah jugak sebab in case kalau HD kita kene curi, xde lah dorg dpt bukak file2 kita dalam tu =)

      Delete
  6. broBkn ker blok ko ni skali ngn bdk diploma pompuan?,x intai2 ker?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sekali dengan perempuan, bukan budak diploma lah, budak degree. katanya lepas budak diploma balik cuti, dorg akan berpindah. tp xtau lahh mcm mna nanti. setakat nie xde plak dengar lagi kes intai-mengintai nie. lagipun lelaki dilarang naik tangga ke tingkat 2. begitu juga perempuan, dilarang lalu kawasan tingkat 1....

      Delete
  7. khar ea ? sy kuo , sem 1. slmat brkenalan. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...