Assalamualaikum
Macam yang aku update sebelum nie, aku baru sahaja mendapat perkhabaran berita yang sedih. Aku memang sangat berharap untuk dapat khabar gembira tapi Allah maha mengetahui dan sebaik-baik perancang. Jadi, nak ubati kesedihan aku nie, apa aku buat ? Aku pergi shopping !
Tak lain tak bukan, tempat kegemaran aku untuk membeli-belah baju yang murah dan cantik yakni Berjaya Times Square. Seronok betul datang sini. Banyak kedai nak terjah, rambang mata dibuatnya. Kalau boleh, setiap kedai tu nak masuk dan belek-belek. Paling best tulah, harga dia sangat mampu milik.
Datang Berjaya Times Square nie best bila ada sesuatu perayaan yang hampir. Macam sekarang, perayaan tahun baru cina tak lama lagi. Jadinya, banyaklah sale yang dorang adakan. Meriah ! Sana sini ada sale. Tu pasal satu hari juga berkampung dalam Times Square nie.
Aku pergi sini dengan adik-beradik aku. Bawa adik aku si kecik tu, jalan sekejap asyik cakap lapar minta makanan. Lepas dah habis berborong, barulah bawa pergi makan. Barulah muka ada senyum si kecik tu. Selagi tak makan, selagi tu asyik tanya bila nak makan. Aiyoo adik aku nie.
Okay itu saja, memang mujarab betul nak ubat kesedihan bila bershopping nie. Satu terapi yang bagus untuk diamalkan apabila kita sedih. Tapi janganlah sedih hari-hari, mahu pokai aku jadinya nanti. Hahahaha
Post edited : August 2021
Ya ke shopping menghilangkan perasaan sedih?
ReplyDeleteHari tu aku shopping tapi lepas shopping aku rasa lagi sedih adalah. Habis duit. Hihi.
Okay, tak sabar nak balik Malaysia nak shopping! :D
duit memang habis tapi puas hati =D
DeleteKau puas hati. Aku sedih hati. Hehe :D
Deletegmbar kau kt cermin ala2 lee dong wook *maaf kalo kau terperasan =="
ReplyDeletei just google about him , so bru tau muka dia mcm mna . so aku nie kira hensem jugak lah yerp . hahaha
Deletehahahaha kalau takde duit, sama je g shopping dengan muka sedih :D
ReplyDeletewaaa ada fariest niet lah !!
sbb tu nak shopping time ad duit . xde duit makin sedih ^__^
Delete