Monday, November 5, 2012

Goodluck SPM

Assalamualaikum

Secara jujurnya, aku tak tahu pon hari nie merupakan hari first day SPM. Ya Allah teruknya aku. Betul-betul dah tak ambil kisah langsung pasal SPM. Zaman SPM aku sudah berlalu dua tahun yang lalu. Memang dah taknak mengimbau balik zaman SPM aku tu walaupon kadang rindu. Tapi tahun nie SPM amat penting buat keluarga aku sebab kakak dan adik perempuan aku akan menduduki SPM tahun ini.


Aku terlampau gembira tengok dorang berdua akhirnya dapat menduduki SPM, terutama sekali kakak aku. After what she had been through in her life, she's still here and keep doing what she has started till the end. Sangat banyak ujian yang Allah bagi kat dia. It might sound weird to wish "GOODLUCK SPM" to someone who is older than me and someone who is eighteen years old. But that's the fact.

Dorang belajar sekolah tahfiz atau nama biasanya pondok. Setelah 3 kali bertukar sekolah, kini mereka bersekolah di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa ( STIAS ), Negeri Sembilan. Ini merupakan sekolah yang ketiga buat adik aku dan yang kelima buat kakak aku. Bukan sebab dorang bermasalah tapi management sekolah tu yang bermasalah. Alhamdulillah di STIAS, dorang ada menyediakan pengajaran tahfiz dan akademik.

Dorang bersekolah pondok dah lama sejak tingkatan satu lagi. Lambat habis sebab asyik bertukar-tukar sekolah. Kakak aku pula, dia terpaksa menjalani satu pembedahan pembuangan appendiks pada umur 15 tahun dan disebabkan itu, hampir 6 bulan jugaklah dia duduk dekat rumah lepas pembedahan tu. Itu yang lambat habis tu. Tapi sekarang, Alhamdulillah pembelajaran tahfiz dorang dah habis.

STIAS sekolah yang akhirnya menjadi tempat yang paling ideal untuk dorang berdua. Adik aku masih lagi bersekolah di situ dan menduduki SPM di bawah nama sekolah STIAS. Tapi kakak aku pulak lain ceritanya. Dia tak mampu nak bawa subjek account (which is wajib ambik sebab termasuk dalam pakej). Jadi dia ambil keputusan untuk jadi calon persendirian di rumah. Kira macam home school lah. Kakak aku belajar sendiri dekat rumah untuk semua subjek. Tinggal beberapa chapter je yang tak habis lagi sebelom meninggalkan sekolah STIAS tu. Aku yang ada dekat rumah tolong-tolong sikit ajarkan apa yang perlu.

Mengimbau kenangan ambil keputusan SPM : Batch SPM 2010

Selepas beberapa tahun meninggalkan subjek akademik, dorang masih mampu untuk belajar walaupon agak lambat sikit untuk tangkap dan fahamkan. Tak apa, biar lambat asalkan faham. Semoga usaha korang berdua akan membuahkan hasil. Good luck semua yang duduki SPM pada tahun ini !

Post edited : August 2021

10 comments:

  1. zharif ce nangis tuk aku..nk tengok pliss..hahahaha

    ReplyDelete
  2. alaaaa.. SPM je ? wish laaa jugak kat budak2 STPM semester 1 nihh ! hihihih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke oke =) wish all the best to those yang akan menduduki STPM . all the best and jangan lupa doa okey ^__^

      Delete
  3. Replies
    1. memang best =) tapi selalu gadoh kalau kat rumah . muahahaha

      Delete
  4. Kenapa kakak & adik jer yg skola stias, apasal awak tk skola sama mcm kakak & adik awak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...