Assalamualaikum dan salam sejahera
Baru-baru nie aku berkesempatan untuk hdir ke Hari Peneroka Felda di MAEPS Serdang yang berlangsung selama 3 hari bermula 12 Julai sehingga 14 Julai 2024. Pelbagai aktiviti menarik dan padat yaang telah disusun untuk pengunjung yang hadir. Ikuti butirannya !
Hari Peneroka Felda kali ke 68 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) telah menyasarkan 500,000 peneroka dan pengunjung. Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran berskala besar itu dengan pelbagai program dan pameran telah diatur sebagai pengisian sepanjang tiga hari.
Sambutan terbesar dalam sejarah Felda
“Sambutan kali ini adalah terbesar untuk menyantuni semua warga peneroka Felda terutama generasi dari seluruh negara berbanding sambutan sebelum ini hanya dihadiri oleh peneroka yang dibawa dari rancangan masing-masing.
Menurut Ahmad Shabery, antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang bakal memecahkan rekod Malaysia Book Of Records. Tambah beliau, penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.
“Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya,” tambahnya.
Tayangan perlawanan akhir Euro 2024 jadi tarikan
Satu lagi tarikan – perlawanan akhir Euro 2024 yang akan menyaksikan Sepanyol menentang sama ada England atau Belanda pada pagi Isnin, waktu Malaysia.
Selain perlawanan bola sepak, pengunjung ke karnival itu boleh menyaksikan konsert oleh dua kumpulan popular iaitu Exists dan Ungu – pada 14 Julai. Pelbagai program telah disusun merentasi 12 kluster atau kelompok daripada pendidikan hinggalah peluang pekerjaan, festival FGV, pertunjukan bakat Feel Da Starz dan gerai makanan.
Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan acara itu pada 14 Julai.
Hari Peneroka jatuh pada 7 Julai setiap tahun dan ia ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat itu adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.
Sempena ke 68 tahun FELDA, di Karnival ini ada 68 program antaranya adalah :
- 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil
- Karnival Pendidikan & Kerjaya
- Karnival Hospitali dan Hartanah
- Persembahan Tarian Tradisional/Busker
- 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA
- Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge
- Khatam 5 Minit Al-Quran
- Felda Berselawat Bersama Selebriti
- 28 Masterclass Percuma
- Food Festival
- Sajian Warisan 100 tahun Felda
- Pelancaran Umrah Rahmah
- Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda
- Jualan DURIAN (Kendurian) - Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki
- Pameran Jentera Feltech 2.0
- Pertandingan Memancing
- Cabutan Bertuah Grand Prize
- Kemuncaknya akan diserikan dengan konsert 'Feel Da Star' 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian.
- Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu
- Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi
No comments:
Post a Comment