Thursday, December 16, 2021

Mylea melancarkan Set Percubaan Jeragat dengan harga serendah RM100

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahniah buat Mylea kerana baru sahaja melancarkan set percubaan jeragatnya dengan mensasarkan sebanyak RM500K penjualan dan pertambahan ejen baru seramai 500 orang. Semoga apa yang disasarkan menjadi kenyataan.


Ketika perasmian itu yang diadakan pada 12 December yang lalu melalui Zoom Meeting yang dihadiri oleh ratusan ejen dan ribuan pengguna setia Mylea. Turut hadir ketika pelancaran itu termasuklah duta Mylea sendiri iaitu pelakon wanita yang tinggi lampai, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta. Pelancaran itu turut menampilkan pengasas Mylea sendiri iaitu Pn Amylia dan juga Encik Khairul. 


Sempat menemuramah Che Ta di sebalik tadbir dan menanyakan pengalaman beliau sendiri menggunakan set penjagaan kulit Mylea dan bagaimana boleh dilamar sebagai duta Mylea. Menurut Che Ta, beliau memang pengguna Mylea sebelum dilamar menjadi duta lagi dan sangat suka dengan keberkesanan produk Mylea terhadap kulitnya yang sensitif. Tidak menyangka maklumbalas positif yang beliau beri membuahkan lamaran sebagai duta Mylea.


Seperti yang sedia maklum, jenama Mylea sebelum ini memang terkenal dengan kelebihannya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi. Tahun ini juga merupakan tahun ke-6 jenama Mylea berada di pasaran. Pelbagai pencapaian yang telah dimiliki oleh jenama Mylea seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.


Tahun 2020 merupakan tahun yang cukup mencabar untuk semua orang. Namun Puan Amylia cukup bersyukur kerana ejen-ejen Mylea dilimpahi rezeki yang sangat mewah oleh Allah kerana jualan Jemaah Mylea (Ejen-ejen Mylea) meningkat sehingga 3 ke 4 kali ganda daripada biasa. Percaya atau tidak, pada tahun 2020 sahaja, Mylea berjaya mencapai jualan sebanyak RM21 juta dengan penjualan Mylea Freckles Serum dan juga Mylea Freckles Bar. Ini satu pencapaian luar biasa Mylea sepanjang ia ditubuhkan dan lebih membanggakan lagi ketika itu ekonomi agak mencabar. RM500 ribu zakat pendapatan dibayar untuk tahun 2020 dan menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu.


Set Percubaan Jeragat yang dilancarkan itu sebenarnya merupakan idea Che Ta sendiri di mana beliau hanya berseloroh menanyakan set travel bagi memudahkan pengguna bergerak ke sana ke sini tanpa perlu membawa full size produk bersama. Dari situlah tercetusnya idea untuk melahirkan Set Percubaan Jeragat tersebut.


Set Percubaan Jeragat ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag dengan harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Diformulasi dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia merbahaya pada kulit dengan hanya 7 hari sahaja.


Pada malam tersebut juga, menawarkan cabutan bertuah pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat tersebut. Tahniah buat pemenang-pemenang bertuah pada malam itu. 


Bagi pengguna yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, website (www.mylea.my), ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450) bermula pada 13 Disember 2021.


7 comments:

  1. thank you for your review😊
    MYLEA PAKAR MERAWAT JERAGAT

    Hai, Tiha Leader Sah MYLEA SKINCARE☺️

    Nak cuba MYLEA atau nak join Dropship/ Agent MYLEA, boleh wasap Tiha ye, nak cod pun boleh awak bgtau area mana nnti Tiha inform team Tiha di seluruh Malaysia☺️

    www.wasap.my/60129611535/MYLEAcheta

    FB : https://www.facebook.com/arelong.fauzi ( Fatihah Fauzi)
    IG : mylea_byfatihah

    ReplyDelete
  2. It is really a good starter set for those who want to resolve facial problems. Thanks for sharing this amazing launch of the products.

    ReplyDelete
  3. Wah dutanya Rozita Che Wan. Meletop baju dia mcm tema produk siap bunga2. Skincare kita pun mmg dah habis ni. Teringin nak cuba skincare Mylea.

    ReplyDelete
  4. Macam pernah dgr mylea ni... Tak silap pernah guna juga.. Memang bagus tau set jerawat dia.. Mmg berkesan sgt suka gila bar soap dia.. Jerawat segan nk timbul.. Mmg direka khas utk yg bermasalah kulit berjerawat...

    ReplyDelete
  5. omg this event seems so grand! Rozita che wan is such an elegant lady, we definitely need to try the products out to hopefully achieve the aura she has!

    ReplyDelete
  6. senangkan bila ada pek percubaan.. senang nak bawa gi travel juga.. terbaik mylea

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi review 😊
    .
    Sy tumpang share ya...😊
    .
    ✅Fatma Fauzi here ! ( 📲 011-12978418)
    ✅LEADER MYLEA PANTAI TIMUR & Agent Sah Mylea
    ✅Cover Pasir Mas/ Kota Bharu/Wakaf Bharu/ Pasir Pekan
    ✅Postage seluruh Malaysia.
    .
    Nak cuba pro duk Mylea? Klik
    www.wasap.my/601112978418/Mylea

    #MyleaMadnessSale
    #Disember2021

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...