Tuesday, December 28, 2021

Enak sungguh menu-menu di Chef Lyn's Pastry and Cafe yang terletak di Bangi Getaway, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2021 hampir melaburkan tirainya. Walaupun tahun ini banyak dibazirkan dengan hanya duduk di rumah akibat pandemik, namun banyak juga memori tercipta. Alhamdulillah, semakin kita di penghujung tahun 2021, mula menampakkan sinar baharu untuk dunia. Semoga dunia kita terus pulih. Aminnn


Bersempena tahun 2021 ingin melabuhkan tirai, aku dan kawan-kawan buat gathering beramai-ramai pergi cafe hunting. Tak pergi jauh pon. Kali nie kami singgah makan di Chef Lyn's Pastry and Cafe yang terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Mata korang kena buka sikit untuk cari signboard kafe nie sebab lokasinya yang sedikit terpencil dan tak berapa nak nampak. Tambah-tambah masa tu aku hadir ketika hujan, jadi menyukarkan sedikit untuk jumpa kafe nie. 


Kafe ini dimiliki dan diterajui sendiri oleh Chef Haslin Binti Hasan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Lyn. Kafe ini baru sahaja beroperasi pada tahun lalu dan sedikit terjejas kerana pandemik. Namun, semenjak kerajaan mula membuka banyak industri, Chef Lyn's Pastry and Cafe sudah mula meriah dengan kehadiran pengunjung untuk dine in dan tempahan makanan secara atas talian juga sangat menggalakkan. Kafe ini pada mulanya memfokuskan produk makanan pastri dan tempahan secara atas talian, namun Chef Lyn yakin dengan menambah menu dan makanan di kafenya akan menarik lebih ramai pengunjung.


Alhamdulillah usaha itu menarik lebih ramai pengunjung. Kini Chef Lyn's Pastry and Cafe juga menyediakan menu-menu berkonsepkan barat dan beberapa menu tmpatan yang di-fusion-kan. Gituhh. Jomlah aku sajikan menu-menu yang aku dan rakan-rakan sempat jamah ketika kunjungan kami semua ke sana.

Beef/Lamb Stew with Bun and assorted tart

Untuk pengetahuan semua, Chef Lyn merupakan individu yang cukup berpengalaman dalam industri pastri ini. Hal ini kerana, beliau merupakan bekas tenaga pengajar dalam bidang kulinari. Dengan pengalaman dan ilmu yang beliau ada, ia menonjol pada menu-menu yang terdapat di kafe ini. Kesemua menu yang kami jamu pada petang itu, semuanya sangat sedap belaka. Tak tipu, serius sangat sedap. Siapa sangka kafe yang wujud di lokasi yang boleh dikatakan agak terpencil ini menyajikan hidangan yang mempunyai rasa seperti di restoran 5 bintang.

Salmon Buttermilk Pasta

Roasted Chicken and Cajun Spices with Rice

Dengan pengalaman dan ilmu itu juga, Chef Lyn membuka ruang dan peluang pelajar-pelajar kulinari untuk penempatan latihan industri di kafenya. Beliau akan membantu dan membimbing pelajar dalam cara pembuatan makanan dan menjalankan perniagaan secara amnya. Bolehlah hubungi Chef Lyn untuk siapa-siapa di luar sana yang sedang mencari penempatan untuk latihan industri mereka.

Egg Noodles Water Prawn

Kami cukup bertuah pada petang itu kerana Chef Lyn menyajikan menu baharu yang belum lagi dimasukkan dalam menu pada kami. Menu tersebut ialah Egg Noodles Water Prawn. Yee mee nya sungguh rangup, tambah pula dimakan dengan cili kicap, perghhh !


Kalau rasa macam malas nak datang ke kafe, korang boleh tempah makanan menerusi aplikasi Foodpanda. Seronok dapat meluangkan masa di kafe Chef Lyn. Orangnya sangat peramah dan tak lokek dengan senyuman. Ada sahaja yang ingin diborakkannya.


Ouh ya, Chef Lyn juga ada menjual sos-sos segera yang boleh dibeli dan terus panaskan di rumah. Terdapat banyak sos-sos segera yang dijual, antaranya ialah sos bolognese, black pepper, salteg egg, mushroom soup, beef stew dan juga lamb stew. Macam-macam pilihan sos segera dijual. Bolehlah beli dan terus panaskan di rumah. Tak renyah nak siapkan bahan-bahan dah. Tinggalkan panaskan je. 

CHEF LYN'S PASTRY AND CAFE
Ground Floor, Unit 23, Block B, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bangi Gateway, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi : 10.00 pagi sehingga 8.00 malam
Telefon : 013 - 3500 638


3 comments:

  1. Memang mencari-cari juga kedai pastry macam ni. Kalau Chef Lyn's yang buat memang tak was was la kan. Akak tengok Egg Noodles Water Prawn ni sedapnya!!! Pastries Chef Lyn's pun nampak mengancam!!! Boleh pergi jenguk. Dekat je ni.

    ReplyDelete
  2. menu hidangan nampak sedap dan menyelerakan.. and cafe ni nampak selesa juga utk dtg lepak2

    ReplyDelete
  3. Menarik! Kalau berkesempatan ke sana nanti, boleh lah try singgah dan makan. Hmmm...sedap betul tengok menu makanan yang diorder Zharif dan kawan-kawan. Lapar terus rasa perut ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...