Thursday, February 7, 2019

Memasak Seperti Dalam Pertandingan Masterchef Menggunakan Produk Keluaran Alce Nero

Assalamualaikum and good day everyone !

Aktiviti memasak merupakan kegemaran aku. Bagi aku, dengan memasak aku boleh serlahkan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu hidangan. Aku suka belajar menyediakan menu-menu baharu. Aku belajar melalui banyak medium termasuklah Youtube, Google dan rancangan memasak di televisyen. Pertandingan memasak Masterchef, merupakan rancangan memasak kegemaran aku di kaca tv. Tidak aku sangka, baru-baru ini aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu pertandingan memasak persis seperti berada dalam pertandingan Masterchef. Ikuti butirannya !


Pertandingan memasak "Cooking Right, Looking Good" yang dibawakan oleh 100comments ini merupakan satu inisiatif dalam mempromosikan menu-menu sihat dengan menggunakan bahan-bahan organik. 100comments telah bekerjasama dengan produk Alce Nero, pengeluar produk organik dan sihat terkemuka dalam mengadakan pertandingan ini.



Peserta merupakan dalam kalangan blogger dan juga influencer. Aku sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama aku turut serta dalam acara memasak sebegini. Pada mulanya, aku sangka setiap orang kena sediakan satu hidangan. Rupanya tidak. Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 3 ahli.


Aku telah digandingkan bersama dua blogger lain yang cukup hebat dalam industri, Faries dan juga Khairul Anuar. Kumpulan kami terdiri daripada jejantan dan aku cukup bersyukur kerana digandingkan bersama blogger Khairul Anuar kerana aku tahu beliau sangat hebat dalam memasak. Aku sering menonton aktiviti memasak beliau di dalam IG-storynya.

Alce Nero

Alce Nero merupakan pengeluar produk makanan organik dan sihat yang ditubuhkan sejak tahun 1978. Hari ini, terdapat hampir 300 jenis produk organik yang dihasilkan termasuklah pasta, nasi, pelbagai jenis sos, sayur-sayuran, biskut, madu, rangkaian makanan bayi, jus-jus sihat dan macam-macam lagi. Kesemua produk yang ditanam dan diproses di Italy ini tidak menggunakan sebarang racun serangga dan bahan kimia yang merbahaya. Semuanya secara natural dan organik.



Jom memasak !

Setelah kumpulan dibahagikan, kami mengambil stesen masing-masing berpandukan nombor kumpulan. Agak teruja ya untuk mulakan sesi memasak ini. Kesemua kumpulan telah diberi resepi dan bahan-bahan telah disediakan di setiap stesen. Kami perlu menyediakan 3 hidangan dalam masa 3 jam sahaja. Nampak macam lama tapi tidak. Bila pertandingan dimulakan, masa berlalu begitu pantas dan sekejap. Kalau boleh nak mintak tambahan waktu.


3 hidangan yang kami perlu sediakan ialah hidangan pembuka selera iaitu Tri-Color Asian Pasta Salad, hidangan utama iaitu Italian Seafood Laksa dan hidangan pencuci mulut iaitu Chinese Strawberry Jam Cakes. Ketiga-tiga hidangan ini kami belum pernah cuba masak sebelum ini, jadinya agak sedikit mencabar di situ.


Kesemua peserta telah ditunjuk ajar terlebih dahulu oleh Chef Athira, iaitu seorang chef yang mengajar di Berjaya University College. Untuk pengetahuan semua, Chef Athira ini bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan lepasan sarjana daripada sebuah universiti di France iaitu University Toulouse Jean Jaures, Le Mirail. Perwatakkannya agak sedikit tegas ketika di dapur mengingatkan aku kepada gelagat Gordon Ramsay dalam rancangan pertandingan memasaknya.


Kami serap seberapa banyak info dan juga tips daripada beliau dalam menyediakan menu-menu ini. Menyaksikan gelagat Chef Athira ketika menunjukkan demonstrasi dalam menyediakan ketiga-tiga hidangan itu kelihatan begitu mudah dan bersahaja. Namun hakikatnya, ia perlukan teknik dan skill yang bagus untuk mendapatkan hasil yang sedap.



Pertandingan pon dimulai. Setiap kumpulan perlu menyiapkan dan menghidangkan ketiga-tiga hidangan dalam waktu yang ditetapkan. Sangat memberi tekanan ye memasak yang mempunyai tempoh waktu. Selama hari ini, masak dengan tenang dan relaks kerana tiada masa yang disediakan. Tapi kali ini, semua benda kena buat dengan pantas dan betul kerana masa sangat pantas berlalu.



Alhamdulillah, memasak di dalam tekanan sangat memberi cabaran namun kami bertiga berjaya menyiapkan ketiga-tiga hidangan berpandukan resepi dan tunjuk ajar daripada Chef Athira. Kesemua hidangan daripada setiap kumpulan akan melalui proses penilaian di mana Chef Athira dan Mr Nathan, Penasihat Pemasaran Ayam Brand Malaysia, merupakan juri kepada pertandingan memasak ini. Agak resah juga ya bila masuk ke bilik penilaian. Aku berasa seolah-olah berada dalam pertandingan Masterchef.


Penilaian yang dibuat oleh kedua-dua juri sangat membantu para peserta untuk menyediakan hidangan yang lebih baik pada masa akan datang kerana mereka memberitahu kekurangan dan kekuatan setiap hidangan di samping memberi cadangan untuk meningkatkan kesedapan hidangan tersebut.

Pemenang Hidangan Pembuka Selera : Kumpulan 2 (Syafiera Yamin, Naomie Licouz dan Cindy Tong)

Pemenang Hidangan Utama : Kumpulan 8 (Rodiah Amir, Wui Kathy dan Dboy Ahmad)

Pemenang Hidangan Pencuci Mulut : Kumpulan 3 (Kooi Mei, Shet Ling dan Wen Li)

Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang memenangi hidangan terbaik bagi setiap kategori. Malang sekali, tiada rezeki kumpulan kami pada hari itu. Ketiga-tiga hidangan kami tewas. Namun aku banyak belajar daripada pertandingan ini, terutama sekali bab mengatur masa dalam memasak. Selain itu aku juga belajar teknik-teknik dan tips dalam menyediakan sesuatu hidangan itu melalui perkongsian daripada Chef Athira.

Nutriva, Oilum dan Eubos

Selain booth Alce Nero, juga terdapat beberapa booth yang lain yang dibuka ketika pertandingan memasak ini. Antaranya ialah booth Nutriva, booth Oilum dan juga booth Eubos. Nutrivia merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan makanan tambahan untuk kesihatan. Antara produk yang mendapat tempat dihati masyarakat ialah Nutriva Morihealplus dan Nutriva Nutritional Yeast. Kedua-dua produk ini hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa warna dan gula tambahan.


Manakala Oilum dan juga Eubos pula merupakan produk untuk kulit. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan ramuan istimewanya yang tersendiri. Produk kulit Oilum mampu menangani masalah kulit kering dan memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit sepanjang hari. Manakala produk Eubos mampu melindungi, membersihkan dan menyihatkan kulit. Ramuan khas yang terdapat di dalamnya merupakan bahan-bahan yang bagus untuk kulit.

-----------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih buat penganjur, 100comments, kerana menganjurkan pertandingan yang bermanfaat seperti ini. Ianya sangat mengujakan dan kami sangat seronok sepanjang acara berlangsung. Jumpa lagi di lain masa dan semoga berjumpa lagi.

Saksikan sedikit sedutan sepanjang pertandingan Cooking Right Looking Good 2019 berlangsung,


Untuk pengetahuan korang, 100comments merupakan sebuah organisasi yang memberikan info-info kesihatan, gaya hidup yang sihat dan macam-macam lagi. Korang boleh terjah laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut.


18 comments:

  1. Walaweii nampak padu sangat hasil makanan tuu.. besnya dapat peluang join aktiviti camni siap jumpa chef kelulusan power. JELESSS XDDD.

    Saya memang paling suka tengok cooking show tak kisah la masterchef ke, iron chef ke, my kithen rules ke...semua lah. Tapi kalau diri sendiri join, kelaut dalam gak.

    ReplyDelete
  2. wah seronok masak2 tu dgn ramai blogger...lpr plak tgk menu2 yg disediakan tu...akak pn guna produk alce nero..slalu buat spaghetti carbonara fav ank akak....tahniah utk pemenang

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Memasak ni best. Lagi lagi kalau dapat buat satu hidangan baru.
    Syok ni join aktiviti tu.
    Tahniah buat semua pemenang..

    ReplyDelete
  4. wah sekali tengok memang macam pertandingan dalam masterchef..Tahniah kepada semua pemenang

    ReplyDelete
  5. seronoknya masuk pertamdingan memasak...setakat ni akk tak pernah lagi join mana2 pertandingan memasak...hehe,takutnya time juri menilai masakan kita tu😁

    ReplyDelete
  6. Looks interesting. I enjoy cooking too. But I rarely get time to cook proper meals.

    ReplyDelete
  7. Seronok betul dapat masuk pertandingan masak-masak macam ni..kalau ada peluang memang sis pun nak join..tapi tu lah...sis bukannya pandai masak..main hantam saja..hahaha. Pernah gak masuk sekali pertandingan cam ni..dapat le tempat ke 3..hehehe

    ReplyDelete
  8. Wah sebijik mcm rancangan masterchef tu..hebat betul..tahniah kepada semua pemenang & peserta

    ReplyDelete
  9. Menariknye dapat join event cooking-cooking macam nih! Akak memang suka tapi tak pernah dapat peluang lagi. bestlah zhariff dapat belajar memasak bersama chef dan produk alce nero

    ReplyDelete
  10. Pergh hebatla jadi chef. .Masak western tu. .Nmpk sedap pulk. .Hehe. .Prpduk dia nampk menarik. .Boleh cuba nanti.. Terbaikla

    ReplyDelete
  11. Bagusnya dapat berkumpul dan main masak-masak camni. Rawlins sejenis yang kaku tangan kalau masuk pertandingan memasak - masa tu la nak neves. Haha.

    ReplyDelete
  12. Bestnya Zharif dapat join aktiviti memasak macam ni .Akak suka tau sebab boleh challenge diri masak pelbagai menu dan try and error dalam masakan .Bestlah aktiviti masak macam ni. Banyak juga jenama masakan yang akak tak familiar.

    ReplyDelete
  13. Hehe syoknya main masak-masak macam ni. Tapi kalau nak masak secara berkumpulan macam ni, pembahagian tugas tu penting. Make sure setiap ahli betul2 faham role masing2 so takde la kalut nanti.

    ReplyDelete
  14. Best betul sebab dapat mask dalam pertandingan macam masterchef kan? Sudah tentu feedback yang diberikan oleh pengadil banyak membantu kan.

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat join aktiviti memasak macam ni. Syira pun suka masak. Kalau masak secara team ni kena ambik tahu la kan role masing masing. Kalau tak bekerjasama susah jugak. Anyway nampak sedap hasilnya

    ReplyDelete
  16. wa so meriah the event. many bloggers attended. it's good chance to learn cooking with the best ingredients. well done all hehe

    ReplyDelete
  17. wau.. u guys can cook!! that's cool... must be taste good and yummy. for sure also will check out what is alce nero as it mentioned there organics... thats my favorite word... lolz

    ReplyDelete
  18. wah.. best nya zharif dapat join aktiviti memasak bersama chef2 yang pro tu.. nak pulak guna produk organik dari Alce Nero.. TB dah try masak Pasta Fusilli dengan spagetti sekali dengan sos dia.. sedapp.. my son makan bertambah.. TB memang suka something yang organik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...