Monday, February 26, 2018

Hotel Mewah Eksklusif Bercirikan Asian, Amari Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa aku mengikuti team #TravelogueMalaysia ke Selatan Johor, kami berpeluang menginap selama satu malam di hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan yang pesat, Amari Hotel. Mari aku bawa korang jelajah sekitar Amari Hotel ini.


Hotel yang terletak di Jalan Wong Ah Fook ini berkongsi bangunan dengan Zenith Mall yang menawarkan pelbagai pilihan restoran makanan dan pusat-pusat hiburan. Selain itu, Amari Hotel juga berada betul-betul bertentangan dengan Komtar JBCC, City Square Shopping Mall dan juga Persada Convention Centre.


Semasa memasuki ruang untuk menaiki lift ke Amari Hotel, aku sudah mendapat aura mewah 5-bintang itu. Mana tidaknya, kedatangan kami disambut mesra oleh usher (I'm so sorry i don't know the exact word for the job) at the waiting area. He brought all of our bags and luggage to our rooms.

Rasa dia sangat menyegarkan !

Hotel Amari bermula dari tingkat 6 dan ke atas. Jadinya, lobi Amari Hotel terletak di tingkat 6. Sebaik sampai sahaja ke lobi, kedatangan kami disambut mesra oleh staff-staff di situ. Mereka menghidangkan kami complimentary drinks yang mana ia merupakan air serai. Yes, air serai. Ini merupakan pertama kali aku merasai air berperisa serai.


Selepas itu, kami dibawa meronda kawasan sekitar Amari Hotel oleh PR & Communication Director Amari JB, Mdm Bobby Subramaniam. She showed us everything including the facilities, the services, the room packages and the backgrounds of the hotel. Untuk pengetahuan korang semua, Amari Hotel Johor Bahru merupakan sebuah hotel yang baru sahaja dibuka. Belum cukup setahun pon lagi operasinya. Amari Hotel dibuka pada bulan May 2017.


Mari kita terjah satu persatu kemudahan yang disediakan di Amari Hotel. Kita mulakan dengan bilik interaktif untuk penginap di sini. Selain lobi, semua kemudahan lain juga disediakan di tingkat 6. Bilik interaktif ini terkandungnya ruang rehat yang sangat colourful dan juga sebuah kawasan khas untuk "menconteng", yang mana contengan itu boleh dipadam semula. Selain itu, terdapat juga komputer-komputer awam yang mempunyai sambungan internet untuk digunakan dan juga ruang untuk mengadakan mesyuarat. Bilik interaktif ini juga menawarkan permainan indoor seperti pool snooker.


Tambahan lagi, Amari Hotel JB juga menawarkan perkhidmatan spa di Breeze Spa yang juga terletak di tingkat 6. Pelbagai rawatan ditawarkan di sini, antaranya ialah mood-based scrubs and massage, Siam Sabai, rawatan muka dan macam-macam lagi. Untuk details harga dan rawatan yang ditawarkan di Breeze Spa nie, korang boleh tengok di SINI .


Produk-produk di atas yang digunakan untuk rawatan dan servis di Breeze Spa. Untuk pengunjung yang gemar ber-spa di rumah, boleh lah juga membeli barang-barang spa di sini. Macam-macam ada tau ! Wangi-wangi pulak tu.


Dekorasi dalaman di spa ini sangat modern dan ekslusif ya. Memang feeling mewah sangat masuk dalam nie. Takut nak masuk sebab rasa tak layak pulak. Hahahaha 😆. Anyway, suasana di dalam spa ini sangat menenangkan. Aku suka bau-bauan yang terdapat di spa ini. Tak hairanlah orang kata, kalau stress-stress, eloklah datang spa untuk menenangkan diri.


Breeze Spa, 
Tingkat 6 Amari Hotel Johor Bahru

Dibuka setiap hari : 10.00 AM - 10.00 PM

Tel untuk tempahan : 016-776 8341


Sebelum kami beredar, kami diberi minuman biru ini. Minuman biru ini diperbuat daripada bunga yang berwarna biru tu. Maaflah, aku terlupa nama bunga tu. Bunga nie sangat terkenal dalam penyediaan nasi kerabu biru tu. Hah bunga itu lah. Apa nama dia erk ? Maaf yer, aku dah lupa macam mana rasa air bunga biru nie. Maaf maaf.


Di tingkat 6 juga, terdapatnya dua ruang yang disediakan untuk membuat majlis. Jadi, orang ramai yang tercari-cari ruang untuk majlis kahwin or any sambutan yang memerlukan tempat yang cantik dan eksklusif, bolehlah consider ballrooms yang terdapat di Amari Hotel ini ya. Memang cantik sungguh ruangan ini. Terutama sekali chandelier di siling nya.

Perghhh ! Nama ballrooms di sini ialah Rex dan Lido.


Amari Hotel terkenal dengan authentic Thai cuisines nya yang terdapat di Amaya Food Gallery. Thai cusines yang ditawarkan di sini mengambil kira keaslian menu-menu tersebut. Jadinya, semua bahan-bahan mentah seperti rempah ratus yang tiada di Malaysia untuk sesuatu hidangan itu, diimport sendiri dari negara Thailand. Aku berpeluang merasai kari hijau Thailand yang dimasak oleh Ketua chef Amaya Food Gallery nie. Memang padu kari hijau dia !! Sedap dan lain dari yang lain. Kami sempat menemu ramah ketua chef tersebut dan beliau mempunyai banyak pengalaman dalam menyediakan hidangan-hidangan asia terutama sekali thai cuisines, kerana beliau berasal daripada Thailand.


Di sini, pengunjung atau penginap boleh datang dan menikmati kepelbagaian juadah yang ditawarkan. Bukan sahaja Thai cuisines, malah western cuisines, chinese cuisines, indian cuisines dan juga malay cuisines ada disediakan di sini. Pokoknya macam-macam ada dekat Amaya Food Gallery. Dining area yang selesa dan bercirikan Thai dan Minangkabau, telah menjadi dekorasi dalaman pilihan di sini.

Executive lounge khas untuk penginap Amari hotel dibuka seawal jam 6.30 pagi

Antara kemudahan lain di Amari Hotel ialah Gymnasium dan swimming pool yang luas. 
Maaf gambar swimming pool tak dapat nak ambil sebabnya masa nie tengah hujan.


Sebelum kami meneruskan lagi sesi penjelajahan, kami menikmati dahulu minum petang di Amaya Cafe, betul-betul bersebelahan Amaya Food Gallery. Amari Cafe menawarkan pakej minum petang yang dipanggil Hi-tea pada harga mampu milik, RM 68 nett.



Selepas itu, kami menjelajah pula ke jenis-jenis bilik yang ditawarkan di Amari Hotel. Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan di sini, antaranya ialah Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Deluxe Pool Excess Room, Executive Club Room, Junior Suite Room dan juga One Bedroom Suite. Untuk details harga bagi setiap bilik, boleh lah layari website Amari Hotel yang aku lampirkan di bahagian bawah post ini.



Memang bercirikan kemewahan sungguh bilik-bilik di Amari Hotel. Sekaligus, masih mengekalkan ciri-ciri budaya negara Asia seperti yang terdapat pada dinding wallpaper di bahagian kepala katil di setiap bilik. Ia bercirikan seni halus yang memaparkan tentang seekor gajah.





Terdapat 242 guest rooms dan suites di dalam bangunan 20 tingkat Amari Hotel ini. Bilik kami merupakan Deluxe Twin Room. Memang sangat selesa sekali. The bathroom was so fancy !


Kemudahan wifi dapat diakses di setiap bilik dan kelajuan internet di Amari Hotel sangat memuaskan. Sebab itu, Amari Hotel menjadi pilihan pertama buat business travellers kerana kelajuan internetnya yang sangat memuaskan, memudahkan untuk mereka membuat kerja.



Sebelum kami beredar, kami bersarapan pagi terlebih dahulu di Amaya Food Gallery. Terdapat pelbagai pilihan makanan sarapan pagi. Memang rambang mata jadinya. Malah menu-menu berat juga ada dihidang. Bukan menu-menu ringan sahaja tau. Apa yang aku boleh kata, menu sarapan pagi di Amaya food Gallery memang terbaik sangat ! Aku suka.

Bergambar kenangan bersama Mdm Bobby Subramaniam di depan Amaya Food Gallery

Start your day with a healthy breakfast. Konon je nie. Padahal dah melantak macam-macam benda di Amaya Food Gallery. Terlampau banyak pilihan. Semua benda nak cuba ! Seriously semuanya sedap-sedap.


Thank you for the great hospitality Amari Hotel. I give 5-stars for every aspects. Recommended !

AMARI HOTEL

No. 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Tel : 07-266 8888


Sekiranya anda mencari hotel yang berdekatan dengan Singapore dan juga dekat dengan pelbagai tempat-tempat yang menarik di Johor Bahru, jadikan Amari Hotel sebagai pilihan pertama anda 😉


Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini

22 comments:

  1. Memang cantik dan mewah.. Pernah tidur sini dulu... Sebelum aktif berblogging... ekeke...

    ReplyDelete
  2. Minuman biru? Hihihihiii.. Bunga telang kalau tak silap Eyqa

    ReplyDelete
  3. Amari...adoii sekali imbas saya tgk Almari. Unik nama hotel nih.nampak cantik dan kemas.eksklusif sangat

    ReplyDelete
  4. Wow...mewahnya nampak hotel ni Zharif. Lawa2 la dekorasinya. Errr air warna biru tu takut pulak nak minum. Tapinya nasi kerabu boleh ajer makannya....Haaa nama yang angkat beg kita ke bilik tu 'Bell Boy'. Boleh la try menginap kat sini kalau bercuti ke JB.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hotel ni. Macam hotel taraf 5 bintang. Decoration pon sangat menarik. Eah... Air serai? Rasa tak pernah minum lagi. Air biru tu... Cantik kalernya ☺

    ReplyDelete
  6. Sedapnye tengok serai drink tu. Nampak thick betul. Interior hotel ni pun nampak selesa dan comfy gak. Nak try la nanti.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya hotel dia...dekorasi, semua moden dengan pilihan warna yang attractive..minuman kaler biru tu tarik perhatian juga

    ReplyDelete
  8. canteknya...hotel baru ya..nama hotel pun unik..plg suka dekorasi dlman dia cantik gila

    ReplyDelete
  9. mak aih lawa gila dekorasi hotel dia especially yang toilet tu, pilihan warna pun agak menarik nampak ala-ala kontemporari deko, air tu air apo huuuu feeling amcam cerita orang puteh pula zz

    ReplyDelete
  10. Lawanya dekorasi hotel ni. Ekslusifla nampak. Air apa tu ye? Macam best je. Kalau dapat peluang pergi sini alangkah best nye

    ReplyDelete
  11. Cantiknya dekorasi hotel ni.. bilik tidur tu nampak menarik. Kalau ke JB, bolehlah bermalam di Amari Hotel ni.

    ReplyDelete
  12. Wow, really luxury hotel and look comfortable. The hotel look so spacious and the design so exclusive.

    ReplyDelete
  13. Air biru tu rasanya dari bunga telang kan. Yang buat nasi kerabu. Anyway hotel looks classy dan selesa sangat. Hidangan makanan yang menyelerakan.

    ReplyDelete
  14. This hotel is so cool! and for sure i wanna have this place for my hotel stay with friends!!!!

    Racheal

    ReplyDelete
  15. Waduhhh, akak yg duk Johor ni tak pernah tau ada hotel Amari ni. Suka banquet hall dia and the gym.
    Weekrnf ni nak pi CS boleh lah reke2.

    Thanks for sharing Zharif

     Jom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan

    ReplyDelete
  16. bestnya tgk zharif sbb sentiasa travel.. makan best dan pengalamn yg jarang utk org dpt..

    ReplyDelete
  17. Wahhh syioknya
    Kalau sis dapat dok kat sini memang tak kelaurlah gayanya, rugi kot kelaur kalau duduk hotel mahal-mahal ni..hahaha

    ReplyDelete
  18. wah best nya...nnt ade keje kat jb nak tido sana la hehe best best

    ReplyDelete
  19. fuuhhh ..menarik sangat , balik Johor nanti kalau sempat K.Sal nak singgah

    ReplyDelete
  20. Bunga telang la zharif, haha

    ReplyDelete
  21. Seriusly, perghh terliur jap tengok semua gambar yang terhidang ni. Rasa nak pergi lah nanti. Jom Zhariff .. trip lagi sekali hehehe ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...