Monday, November 14, 2016

3 Clueless Tourists In India : BELGAUM

Assalamualaikum and good day everyone !

Moh lah kita sambung cerita India aku nie. Dah semakin membasi pulak kalau simpan lama-lama. Kalau korang baru sahaja mengikuti perjalanan 3 clueless tourists kesumat di India, boleh tengok entri-entri terdahulu untuk lebih penghayatan. Gituee.



Sesiapa yang belum tahu, Belgaum nie tempat kawan aku belajar. Kawan dari sekolah rendah sampai lah sekarang nie. Nama dia Syazwan Hazim. Aku mintak kebenaran nak datang India nie pon guna nama dia. Konon nak jumpa dia, nak round-round tempat belajar dia sementara dia tengah free. Ayah aku pon percaya and rasa selamat lah sebabnya ada orang yang akan guide aku bila kat India nie, lalu menghulurkan duit untuk beli tiket kapal terbang. Itu semua propa je dikk. Hahahaha. 

Once dah dapat permission, aku pon start lah merancang nak ke mana semua. Hari ke-10 dekat India barulah kami sampai di tempat Syazwan. Permission dari parents tu penting, yang lain bisa diatur.

Tips : Since negara India nie sangat "bahaya" (Mengikut pemikiran segolongan masyarakat Malaysia), jadinya, cari satu alasan yang sangat menjanjikan kerestuan daripada ibubapa untuk dapat izin pergi. Kalau tak, sampai ke sudah ko tak dapat jejak negara yang penuh dengan kebudayaan dan keindahan ini.


Sebaik sampai je Belgaum nie, dah ada drama. Drama antara seorang Zharif dengan pemandu tuktuk dekat India nie lah. Seperti biasa, pantang nampak muka "lain" sikit, dorang pon mula mark up harga baik punya. Padahal Syazwan dah bagi tahu, dari bus stop nak ke tempat dia, tambang tuktuk nie sekian-sekian harga. Pemandu-pemandu tu ingat aku tak tahu. Silap lah weyh. 

Aku rasa dah banyak sangat aku bagi tips macam mana nak deal dengan pemandu-pemandu tuktuk yang suka menipu pelancong dekat India nie. So korang boleh refer entry-entry sebelum nie.


Jumpa je Syazwan masa nie, perasaan gembira tu tak dapat nak digambarkan macam mana. Si Adi kesumat tu terus rasa bahagia dan "selamat" bila jumpa Syazwan nie. Ohhhh selama hari nie dengan aku rasa tak selamat lah Adi ? Pandai ko yer. Nak kena babap si Adi nie.

Sampai je dekat Belgaum tempat Syazwan tu, dia bawak kami ke tempat makanan paling famous among Malaysian students there. Hal ini kerana, tempat makan tu menyediakan makanan-makanan yang tidak asing lagi bagi kita, rakyat Bangladesh. Eh silap. Rakyat Malaysia.


Dekat situ ada Nasi Ayam, Nasi Lemak, Milo Ais, Sirap, and apa lagi ? You name it. Rojak pon ada kalau tak silap. Aku pon tak berapa nak ingat. Anyway, puas hati makan dekat sini. Kenyang teramat sangat.

Rindu betul dengan makanan Malaysia. <----- Ayat cliche seorang pelancong bila melancong ke luar negara. Puihhh.

Lepas dah makan, kami berpecah. Dua kesumat tu pergi tempat "penginapan" yang telah dicarikan oleh Syazwan. Manakala aku dan Syazwan pergi ke kampus Syazwan untuk ambil motor. He borrowed a scooter for us. Syazwan has been so kind to us during our stays in Belgaum. He has prepared everything for us before we arrived. Me and two other kesumat are terharu with your kindness Syazwan.

This was our scooter in Belgaum. Thank you Syazwan !!

Semasa kami di Belgaum, kami tinggal dekat rumah pelajar Malaysia yang belajar di sana, dan kebetulan masa kami datang nie, mereka sedang cuti sem. Jadinya, rumah tu kosong. So Syazwan lah yang minta kebenaran mereka untuk kami tinggal di situ. Kami di Belgaum nie agak lama ye kengkawan, 4 hari 3 malam.


Letak je bag-bag kami di rumah tu and rehat sekejap, kami pon keluar semula pada belah petang untuk makan, sekali lagi. Kali nie Syazwan bawak kami ke Hand To Mouth cafe.



Hand To Mouth cafe nie macam Subway sikit-sikit, tapi bukan. And siap ada hidang mee goreng kot. Ko ghase ?



Mee goreng dia boleh tahan sedap. Kami share berempat mee goreng tu sebab masa nie semua tekak ke arah barat. Jadi semua nak merasa roti ala-ala Subway nie. Sedap sangat weyhhhh !!!


Terima kasih Syazwan coz brought us here and belanja us. Sangat berpuas hati dengan menu-menu di sini.


Selesai je makan-makan, Syazwan bawak kami ke tasik berhampiran tempat dia belajar. Can't remember the name. Tak ada buat apa pon, just jalan-jalan and tengok-tengok je sebabnya masa nie dah petang sangat. Hampir nak maghrib masa nie. So gambar pon tak ada. Tapi jangan risau, aku akan tunjukkan gambar kami teroka kawasan sekitar tasik nie kat bawah. Sebab kami pergi ke sana sekali lagi pada hari terakhir kami di Belgaum. So keep reading guys. Hihi.


Sebelum balik ke rumah, kami singgah ke "kedai-kedai" tepi jalan nie untuk beli bahan-bahan untuk memasak. Syazwan planned to have a steamboat dinner for us tomorrow. So kami pon beli apa yang patut. Sayur-sayur kat sini sangat fresh. And trust me, the taste is very good. Sebagai contoh, the carrots. I tell you it's freaking delicious. Sangat manis and umpph. Walaupon rupa dan bentuknya tidak berapa nak trigger your fancy, tapi the taste will. Bestnya pelajar Malaysia yang belajar di Belgaum nie. Dapat sayur-sayuran segar yang enak dan super murah.


Syazwan was very excited about our visit, so he can't let us sit still at home. He brought us at Chai shop untuk mengopi. Chai maksudnya teh. Kalau korang dekat India nie, nak order teh, cakap nak chai. Hihi


Tapi Chai dekat India nie, dorang campur halia. So rasanya agak euuu-euuu bagi mereka yang tak biasa dengan flavor itu. So sila lah pesan chai without ginger. Dekat Belgaum, chai dorang tak campur ginger pon. So tak perlu bagi tahu dorang yang korang tak nak bubuh halia dalam chai korang tu.


Kami berempat tidur dekat ruang tamu. Rumah yang kami tumpang nie sangat simple, and yet sangat selesa. Kami bersyukur sebab tak perlu keluar modal untuk penginapan. Masa nie rasanya semua duit kesumat-kesumat dah nyawa-nyawa ikan. Terima kasih Syazwan !!


Besok paginya, kami bangun pagi-pagi untuk pergi breakfast. Tapi sebelum tu, Syazwan bawak kami pergi rumah kawan dia yang nak berpindah rumah. BTW, atas tu merupakan motor Syazwan. Sape yang pakai motor jenis itu di India, kira macam kaya gila lah orang tu. Padahal Syazwan bagi tahu, dia beli motor tu kalau convert duit Malaysia, korang pasti terkejut dengan harga dia. Sangat murah. Hihi.


Syazwan bawak kami bersarapan di restoran Panchavati. Apa yang aku suka dekat restoran Panchavati nie ialah the puree. Puree nie sejenis makanan bulat-bulat yang super gebu.


Inilah puree. Actually puree nie sangat lah tidak asing bagi aku. It reminds me of "gerengseng". Salah satu makanan jawa, tapi aku tak pasti lah ia makanan jawa ataupon tidak sebab bila aku tanya kawan-kawan aku yang berketurunan jawa, dorang tak pernah dengar nama "gerengseng" nie. So aku tak tahu lah gerengseng nie makanan asal etnik mana. Aku ingatkan ia makanan jawa sebab my mom is jawa.

Or is it Jawa Singapore thing ?? Any jawa singapore lain yang boleh sahihkan benda nie ?


Kalau family aku, gerengseng nie dimakan bersama gula merah. Makan time panas-panas sedap sebab dia masih gebu. Tapi di India, puree nie makan bersama kuah dal and kari. And sos putih tu, i can't remember what that is. Apa-apa pon, ia memang sedap. Sangat mengenyangkan. Terima kasih syazwan sebab belanja kami sarapan di sini.


Selesai sarapan, kami pon pergi ke supermarket untuk kudap-kudapan. Then kami menuju ke universiti tempat Syazwan belajar, USM-KLE University.



Syazwan brought us here and meronda-ronda satu kampus. He showed us his faculty, his classes, bilik mayat and stuff. So boleh lah hayati gambar-gambar di bawah nie.






Berhampiran university Syazwan nie, ada Subway, Domino's, KFC dan McDonalds. Dan semua nie halalan toyyiba. Except for the Domino's, i can't remember what was the issue, rasanya sebab dorang serve pork as well in the restaurant. Rasanyalah, i can't really remember what Syazwan told us.


Sesi jelajah kampus Syazwan tu telah mengambil masa yang lama. Jadinya, sebaik sahaja tamat sesi itu, kami pon singgah makan dekat restoran yang ada makanan-makanan Malaysia semalam.


This is the rojak. Sedap nie !!!

Habis makan je, kami pergi ke tempat untuk borong saree. Masa nie semua dah prepare duit siap-siap untuk dihabiskan. Since aku tak war-war kan dekat khalayak ramai bahawasanya aku nak pergi India, jadi tak ada lah sape-sape yang kirim saree. So i bought for my family sahaja.

Tips : Nak pergi melancong jangan heboh-heboh. Nanti habis semua orang nak kirim. Kalau yang rapat tu, okay lah lagi. Ini yang tak bertegur sape, tup tup PM nak kirim barang. Ko ghase ?



Sangat rambang mata, at the same time sangat memberi ketenangan. Abg rasa macam boleh tidur dekat tempat saree nie dikk. Sangat rambang mata Gitueee. Harga dia murah kot. Patutlah ramai student medic dekat India nie buat bisnes saree. For the price, aku tak boleh lah nak bagi tahu. Nanti kang kata aku nie caras bisnes orang. Tapi yang pasti memang murah. Kalau aku bagi tahu harga dia, korang pasti akan terkesima.



Terima kasih Syazwan coz brought us here. Memang ini lah saat-saat yang aku paling tertungu-tunggu semasa berada di India nie. Iaitu untuk borong saree.


Balik dari beli saree tu, kami singgah pergi ke tempat menjual ayam halal. Syazwan bought us a chicken (If i'm not mistaken), for dinner tonight.


Taraaaa !! He made us steamboat ala-ala. Very tasty tau. I didn't know that Syazwan is a great cooker. In fact, i never thought that he can be so independent like that. Staying far away from his parent, at a country that full of "craziness" (You define the craziness). I knew him since primary school, so i kinda now what Syazwan is. He has changed a lot. He is grown up man now. Really proud of him. Thank you Syazwan for this dinner.

That hotdog is very sedap you know. Rasa dia sangat lain and sangat berempah. Kat malaysia tak ada jual ke ?? Sedap sangat kot.

On the next day, Syazwan ada kelas sampai tengahari. So kami bertiga duduklah rumah tu sementara tunggu Syazwan pulang. Tapi disebabkan aku nie seorang yang tak boleh duduk diam, plus aku tak puas shopping saree semalam, maka aku decide untuk pergi ke tempat saree tu lagi. Lulz.


Kalau ada yang perasan, tolong jangan confuse. Aku memang tak mandi pagi tu. Just gosok gigi and bertolak ke tempat saree tu. Sebab tu pakai baju yang sama. Hahahaha. Lupa nak bagi tahu, tempat jual saree tu agak jauh jugak dari tempat belajar Syazwan. Kami pon tak berapa nak ingat tempat tu kat mana. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Waze, kami berjaya sampai ke tempat itu.

Kami sampai tempat saree tu, kedai tu belum bukak lagi kot. Lulz.

Alhamdulillah segala jadah saree dan kurta aku berjaya beli. Lama jugak kami borong saree tu. So souvenir untuk family semua dah cukup. Hihi. Balik tu kami singgah McDonald yang berhampiran tempat belajar Syazwan.


Pada belah malam pulak, kami pergi CCD (Cafe Coffee Day). Seperti yang aku pernah bagi tahu sebelum nie, CCD nie ala-ala starbucks versi India. Gituee. Aku decide nak jumpa kawan matrik satu praktikum dengan aku dulu dekat CCD nie. Dia pon belajar medic dekat USM-KLE University.


Tulah dia, nama dia Seri Nur Shariza. Lama gila tak jumpa dia since habis matrik dulu. Tak sangka dapat berjumpa dekat India nie. Ceyh !!! Tak sangka sangat tau.



Ini adalah sejenis throwback. Weyhhh tiba-tiba rindu pulak belajar masa kat matrik dulu. Walaupon sangat stress (I know i always said this), tapi praktikum H4P1 aku sangat the best !! Terima kasih Seri sebab sudi luangkan masa malam tu untuk berjumpa aku. Ada rezeki nanti jumpa lagi =)

Keesokkan hari nya, which is our last stay in Belgaum, Syazwan cooked us breakfast.


Tudia, Chef Syazwan sedang masak-masak, diiringi Adi kesumat di sisinya. Lulz.


Untuk hari terakhir kami di Belgaum, kami jelajah hostel Syazwan pulak. Masa hari tu tak sempat nak jelajah sekali bilik Syazwan sebab nak pergi borong saree. So kali nie kami berpeluang tengok bilik hostel pelajar-pelajar Malaysia kat sini.


Feeling Dr 



Habis touring Syazwan's room, kami pergi ke tempat saree once again. Weyh, 3 hari berturut-turut aku pergi tempat saree nie. Lulz. Sangat addictive and tak pernah bosan datang tau.


Di Belgaum, pemakaian topi keledar berkuatkuasa bermula 1 February 2016. Kalau korang tak tahu lagi, dekat India nie, pemakaian topi keledar hanya wajib pada si penunggang sahaja. Yang dibonceng tak payah pakai topi keledar pon tak apa. Pelik kan ?

So Belgaum, sebelum nie tak payah pon pakai topi keledar. Baik si penunggang mahupon si pembonceng. Since berkuatkuasanya undang-undang pakai topi keledar tu, makanya banyak lah polis buat road block. Kami dah risau dah masa nie, takut lah kena saman kan.


Masa nak pergi ke restoran nie, kami dah cuak dah. Polis dok buat road block selepas traffic light, dekat jalan yang kami nak lalu. Tapi nasib baik lah kami terlepas masa nie. Sebabnya restoran nie betul-betul selepas traffic light.



Dalam banyak-banyak tempat makan yang kami singgah semasa di India nie, aku rasa, tempat makan ini yang paling sedap. Faries kesumat juga bersetuju dengan pendapat aku nie. Kalau si Faries tu boleh kata sedap dekat sesuatu restoran tu, tambah-tambah semasa di India nie, maksudnya memang betul-betul sedap. Sebab si kesumat Faries nie memang paling menjijikkan bila bab makan. Semua benda tak boleh nak makan. Grr.



Seriously sedap sangat !! Ouh ya, kalau korang berpeluang datang ke India, try order air yang namanya Fallooda. Aku tak pasti sama ada aku eja betul ke tidak tu. Tapi korang kena try air fallooda nie. Seriously sedap. Boleh pilih pelbagai perisa. So tengoklah tekak korang suka yang mana.


Sebaik sahaja kami habis makan, kami pon balik ke rumah semula untuk letak barang and siap-siap untuk balik. Sebab hari ini merupakan hari last kami berada di Belgaum. Tiket bas kami ke Bangalore, kami dah beli sehari sebelumnya.


Pada belah petang, kami singgah ke tasik yang kami pergi masa hari first kami datang ke Belgaum nie. Kali nie, barulah kami dapat jelajah tasik nie. Kami sewa life jacket untuk naik boat kayuh keliling tasik.


Nak pergi tasik nie pon ada road block jugak. Time nie lah kami lari daripada polis. Syazwan already told me, kalau polis tu tahan, jalan je. Sebabnya, entahlah. Mungkin sebab negara India kot. Once korang datang sini, korang akan faham kenapa kita rasa tak perlu ikut undang-undang. Sebab semua penduduk tak ikut pon.

Masa nie memang polis tu dah pegang tangan aku, tapi aku press laju-laju. Seriously rasa takut gila, dan dalam masa yang sama, i feel really good doing that. Hahahaha. Dorang tak kejar balik pon. Bayangkan erk, dorang buat road block, then buat lah betul-betul. Dengan cara, tahan lah semua yang tak ikut undang-undang, yang lalu jalan tu. Ini tak. Mana yang sempat tahan, dorang saman. Kebanyakkannya terlepas macam tu je. So lebih baik ko langgar je. Tak perlu berhenti pon. Sebab tak fair lah. Ada yang terlepas, ada yang kena tahan.




Terima kasih bawak kami ke tasik nie Syazwan ! Warna air tasik dia perghhh, terbaik. If you know what i mean. Hahahaha.


Selain aktiviti boat kayuh, ada macam mini fun fair lah kat sini. Tapi untuk budak-budak jelah. Better not putting your child in that permainan lah, sebabnya nampak macam tak selamat je. Semua perlatan buruk-buruk belaka macam tak pernah servis. Hahahaha


So, sebelum balik rumah and ambik barang-barang untuk naik bas, kami singgah makan dekat restoran nie.


Maaf ye, kami dah terlampau lapar sangat, jadinya tak sempat ambik gambar makanan pon.



Balik rumah, kemas-kemas untuk kali terakhir, then pergi ke stesen bas. Kami naik auto untuk ke stesen bas nie.


Kami naik sleeper bus. First time naik bas jenis macam nie. I would say it was very fun dan sejuk. Kami ambik katil yang tingkat atas punya. So more privacy. Tingkat bawah rasa tak selamat pulak. Me and Faries kesumat share satu tempat, double bed lah kononnya. Adi pulak katil single. Katil Adi kesumat dekat sebelah kami je, cumanya dipisahkan oleh laluan untuk jalan.


Seriously sangat selesa and sangat sejuk. Padahal bas kami nie bukan jenis yang ber-air-conditioner pon.

Tips : Ikut musim, kalau kau pergi ke India nie time musim sejuk, ambik bas tak ada aircond pon okay. Bukak je tingkap, sebabnya memang sejuk. Kalau ambik yang ber-aircond, maka bas tu akan jadi sejuk sangat. But it really depends tho, sebabnya tak tahulah suasana malam semasa musim panas macam mana. Hihi

So it was time to leave. Byebye Syazwan ! Syazwan mata berkaca-kaca masa nie. Hihi

----------------------------------------------------------------------------------------

So itu sahaja cerita kami 3 clueless tourists kesumat semasa di Belgaum. I would love to say billions of thank you to our friend, Syazwan Hazim, sebab jaga kami semasa berada di sana. Sediakan tempat tinggal, sediakan kenderaan, bawak kami jalan-jalan keliling Belgaum nie, masakkan kami makanan, belanja kami makan dan macam-macam lagi. Terima kasih naa Syazwan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan anda. Semoga dapat menjadi doktor perubatan dengan jayanya. Good luck in your studies !

Sementara Syazwan ada di sana, jemputlah datang ke Belgaum. He is a very good tourist guide and a host as well. Kbai.

Budget semasa di Belgaum

Tuk tuk ke tempat Syazwan dari Bus Station Belgaum : Rs 100 (RM 7), Wan yang bayar
Airtel recharge (Topup untuk internet) : Rs 300 (RM 21, cukuplah internet sampai kami balik Malaysia)
Isi Minyak motor : Rs 50 (RM 3.50, lupa nak isi minyak lagi sebelum balik tu. Maaf tuan punya motor)
Tiket sleeper bas dari Belgaum ke Bangalore without aircond : Rs 730 (RM 51.10)
Life jacket untuk naik boat di tasik : Syazwan yang bayar, jadi aku tak tahu berapa. Lol
Tuk tuk dari tempat kami tinggal untuk ke tempat sleeper bas : Rs 30 (RM 2.10)

Alhamdulillah, itu sahaja cerita kami di Belgaum selama 4 hari 3 malam. Tunggu entri terakhir kami di Bangalore sebelum balik Malaysia. Yeay, entry India dah nak habis ! =)

See ya !

3 comments:

  1. Wah nice story..Bestt nya pergi Belgaum. I thought that place was bad. Rupanya sangkaan saya meleset..besttnyaa visit India. My new wishlist nak visit India lah.Murah pun murah. Kawan you nie mesti doktor. Dah tahun ke berapa? Restoran dan makanan yg you pergi semua nampak sedappp..I am looking forward for your next story..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please do, India is an amazing place to visit ! =)

      Yupp, he's a future doctor. He is in fourth year now.

      Thank you Ain ^__^

      Delete
  2. Assalamualaikum dik... wahwahh untung korang ye kawan belanja..akak dok baca belgium je kahkahh pardon me. Nampak menyelerakan la menu2 kat belgaum ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...