Tuesday, March 8, 2016

3 Clueless Tourists In India : JAIPUR

Assalamualaikum and good day everyone !

For those yang baru mengikuti perjalanan 3 clueless tourists di India, boleh baca entri-entri sebelum nie dengan klik link-link di bawah.


Right after kami habis jelajah Fatehpur Sikri, kami bertolak ke Jaipur. Perjalanan ke Jaipur mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Aku rasa macam jauh gila Jaipur nie daripada Agra. Mereput kami dalam kereta. Kesian si Ram penat memandu, kami dok terbongkang dekat belakang. Tak ada sape nak borak dengan Ram.


Anti-social

On the way there, Ram singgah dekat satu restoran nie untuk kami alas perut. Restoran nie dekat tepi jalan je. Harga dia agak mahal lah. I met Ram and asked him to bring us to other restaurants but he said, there will be no restaurant as nice as this restaurant and Ram told us that this restaurant serves a very good Rajasthan foods. So dia suruh kami cuba.



Kami pon cuba lah. Aku order bryani kambing (as usual), Adi order vegetables bryani (The taste is same like mine), and Faries order mee goreng something. Dan rasanya sangat lah TAK SEDAP !!!!!!!!!!! Aku rasa macam makan nasi kari. Seriously aku tak tahu berapa lori kari dia letak dekat dalam tu. Aku nie jarang tak habiskan makanan yang aku order tapi dekat sini, memang aku tak habiskan makanan aku. Seriously tak sedap. Not recommended at all.

Look tasty but nope. Awful !

Restoran nie eksklusif lah. Cantik and bersih. Sambil makan sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Restoran nie berkonsepkan makan di dalam taman. Seriously cantik. Tapi makanan dia pulak kurenggg. Dah lah mahal harga makanan dekat sini.

Dan akhirnya kami nampak benda nie

Bahaya gila kot duduk atas tu. Tapi dorang rasa biasa je. Mungkin sebab dah biasa. Bukan satu nie je yang kami nampak, banyak lagi pengangkutan yang membawa muatan dekat atas kereta dorang. Semoga mereka semua dilindungi. Jatuh tu, sia-sia je hidup. Ada jugak kereta yang ala-ala van, dalam tu dah macam sardin. Tak tahu macam mana kereta tu boleh memuatkan orang seramai itu. Perghhh hebat !


Kami sampai Jaipur malam. Sebelum check in hotel, Ram bawak kami pergi tepi tasik. Dekat tasik nie terdapatnya satu istana terapung. Nama istana nie ialah Jal Mahal atau dikenali sebagai water palace. I'm not sure if tourist can go there or not. Aku rasa istana tu untuk ditengok dari jauh je kot.

Di sini jugak terdapatnya penjual-penjual jalanan. Apa yang bagus dekat Jaipur nie, compared to Agra and Delhi, penjual dekat sini tak memaksa dan tak terdesak mencari pembeli. Dorang menggunakan konsep, ko nak ko beli, ko tak nak ko boleh pi berambus. Seriously, aku rasa sedikit terhina di sini. Rasa macam, "eh kenapa layan tourist macam nie", aku bermonolog dalaman.

Harga dia pon boleh tahan murah. Dorang tak ada lah kesumat bagi harga mahal. Still kalau korang pandai tawar menawar, dapatlah harga murah.

Tips : Andai kata ko nak sesuatu tu dengan harga kau tapi tak dapat, try cara lain dengan menggunakan konsep penambahan barang dengan harga yang dia minta. Contoh 10 barang harga 100 rupees, why not try mintak 13 barang dengan harga 100 rupees (contoh). InsyaAllah korang boleh dapat. Aku dapat ! Hehe


Habis dari berjual-beli di pasar-pasar jalanan tu, kami pon check in hotel. We stayed in Jaipur for two nights. Kami check in dekat hotel Little Ganesha Inn. Hotel nie agak terpencil sedikit. Semasa kami di Jaipur city, aku nampak banyak hotel-hotel cantik kat tepi-tepi jalan. Aku pon menyangka akan dapat hotel-hotel sebegitu. Sekali yang ado.

Tapi tak apa lah. Selesa jugak hotel nie. Cuma hotel nie agak kecil berbanding hotel-hotel kami sebelum nie. And aku rasa, our hotel in Jaipur was the only hotel yang betul-betul ikut bajet kami. Kami rasa hotel nie under 2000 rupees satu malam. Kami rasa lah. Kami pon tak tahu.



Tapi masa check in tu, receptionist tu bagi kami dua bilik and we were like seriously ? Takkan lah Farouk tempah dua bilik. Takkan lah sebab kami 3 orang, sorang daripada kami kena stay bilik lain. Aku pon turun balik and jumpa receptionist tu. In case kalau Farouk salah book, aku nak mintak duit aku balik. Sekali rupanya, orang tu yang salah bagi. Dia terbagi dua bilik sedangkan dalam document yang kami bagi tu jelas tertulis cuma satu bilik je. Haihhh pon boleh lah.

Tips : Travel 3 orang, tak payah mintak extra bed or extra room ke apa. Cukup satu bilik queen size bed, kongsi 3 orang katil tu. Tapi kalau ko nie memang jenis sensitif bab tidur katil bersama (mostly the guys lah), so boleh lah try mintak receptionist tu extra bed. BTW, extra bed dorang cas lain tau. Kalau bernasib baik, dapat lah extra bed tanpa perlu bayar. Cuba mintak elok-elok. InsyaAllah boleh.

We got extra bed tapi kami still tidur bertiga atas katil

Selingan, semasa aku bekerja di Bata Merah Hotel semasa cuti semester tahun lepas, mostly lelaki-lelaki yang datang berdua, dorang sebolehnya nak separate katil. Sedangkan bilik separate katil tu seriously kecik gila compare to bilik large yang ada queen size bed. Harga pon beza 5 ringgit je but still nak bilik yang kecik tu asalkan katil terpisah. Pelik.

Well lain orang lain lah ragam dia kan. Okay faham.


Aku suka konsep hotel nie di mana ia sangat bersederhana, klasik and unik. Perabot-perabot dalam bilik kami, seperti almari, katil, meja dan kerusi, semuanya bercirikan barang-barang yang dibaharukan semula yang mana bagi aku sangat cantik.


Besok pagi nya, kami bangun pagi-pagi untuk memulakan sight-seeing dekat Jaipur. Mintak iron dekat room service, room service boleh pulak masih tidur dekat sofa lobi. Perghh. Malang sekali, hotel kami di Jaipur nie pon tidak menyediakan iron. Tapi nasib baik depan hotel kami nie ada kedai dobi. So aku gigih dengan tak mandinya, berjalan kaki ke sana, suruh orang dobi tu gosokkan baju aku. Tak mahal pon, cuma 10 rupees je upah dia (70 sen). Daripada baju aku kedut, lebih baik bayar 70 sen untuk gosokkan baju. Barulah semangat untuk berjalan.



Breakfast pagi tu kami boleh request sama ada nak makan dekat bilik or rooftop. Aku pon dengan confident nya pilih rooftop. Memang cantiklah bahagian atas nie. Cuma pemandangan keliling agak kurang sikit. Jaipur nie, aku ibaratkan macam bandar yang baru bangkit lepas kena bom. Huh begitulah keadaan bangunan dan suasana dekat Jaipur nie. Rasa macam dekat tanah Arab pon ada.

Breakfast nie je. Seriously -___-
Mana roti cicah-cicah, takkan tak ada. Adoi

And dekat atas nie memang sejuk gila. Suasana pagi dekat India nie agak sejuk lah. Bila tengahari dia rasa nyaman sikit. And guess what, sarapan pagi nie sebenarnya ko boleh refill by asking them to add some more. Aku tahu benda nie boleh refill pon pada hari last kami di Jaipur. Kalau aku tahu, dah lama aku mintak orang tu tambah roti and telur tu lagi. Mana kenyang makan benda nie je.


Kami pon mula bertolak ke Amber Fort. Pagi tu kami dapat sorang lagi tourist guide. Aku tak ingat nama sebenar dia apa, tapi kami panggil dia Durga. So ingat nama nie elok-elok. Nama tourist guide kami di Jaipur ialah Durga.



Amber Fort nie dari jauh je dah boleh nampak betapa besarnya fort nie. Sangat ewahh lah kebesaran dia. Menarik sangat sebab jalan raya dipisahkan dengan tasik. Nak masuk Amber Fort nie kena mendaki sikit. Quite penat tapi okay lah sebab sejuk kan.



Tips : Please please please bawak korang punya student ID. Tak kesahlah korang belajar dekat mana, semuanya dia terima. Pakai student card dapat diskaun banyak gila kot compared to beli tiket without student ID. Tengok lah senarai harga di bawah nie.

Aku ada terbaca pasal student ID nie masa buat reserach, tapi tak terbawak pulak. And aku ingat, student ID nie valid untuk mereka yang belajar di India je, rupanya seluruh negara boleh. Rugi je bayar tiket 500 rupees.

Rugi teramat sangat.


500 rupees kot. Santak mahal. Kalau ada student ID, tiket cuma berharga 100 rupees je. Ambik je pakej tu untuk jelajah Jaipur nie, dengan student ID, bayar 200 rupees (RM 14). 200 rupees tu cover Amber Fort, Jantar Mantar, Nahargarh Fort, Hawa Mahal, Sisodia Rani Ka Bagh, Vidhyadhar Ka Bagh dan Albert Hall Museum. Tapi sight-seeing kami di Jaipur nie untuk first day nie, kami cuma cover Amber Fort dengan Jantar Mantar je. Yang lain tu kenapa Ram dengan Durga tak bawak kami yer. Pelik.

And aku rasa, di Jaipur je dia apply diskaun untuk kad pelajar. Sebab semasa di Agra dan Delhi, tak ada pulak sign mengatakan ada diskaun untuk pelajar. Apa-apa pon, bawak je student ID korang tu tau.

Dari pintu gerbang utama


Nak naik ke atas nie, kalau tak nak penat, korang boleh lah menggunakan perkhidmatan gajah-gajah yang disediakan. Kalau nak naik gajah, sehala 1000 rupees untuk satu gajah. Satu gajah boleh naik 2 orang. Tapi seriously kesian aku tengok gajah-gajah tu. Ada tu mata dia sampai berair-air. Mesti dia dalam kesakitan dan kepenatan. Tapi kerana kerakusan manusia, dia jadi mangsa.

Wahh boleh jadi activist memperjuangkan hak binatang ! Tapi serious lah, memang kesian kalau korang tengok gajah-gajah tu. So better jalan kaki. 1000 rupees tu bersamaan RM 70 okay. Banyak benda lain aku boleh beli dengan 1000 rupees.



Masuk je pintu gerbang, akan ada satu kawasan lapang di tengah-tengah. Refer gambar di bawah. Di situ tempat tentera membuat latihan and some other things yang related to ketenteraan lah.


Tempat penumpang-penumpang gajah diturunkan. 

Ini merupakan Diwan-i-Aam

Fungsi Diwan-i-Aam nie ialah tempat di mana raja memberikan arahan atau kata-kata kepada rakyatnya. Ibarat macam mahkamah lah tempat nie. Kat sini juga tempat diadakan special occasion seperti sambutan hari jadi raja, sambutan meraikan kemenangan dalam peperangan and macam-macam lagi.




That was still not the peak of this fort but you can see betapa tingginya tempat nie daripada tempat yang kami mula-mula masuk tadi. Kalau korang boleh nampak, setiap bukit bukau yang ada dekat Jaipur nie di cover dengan benteng. Macam Great Wall of China lah. I have no idea how they built this place back then. Mesti memakan masa yang lama untuk siap.



Jalan raya utama dan Amber Fort nie dipisahkan dengan sebuah tasik. As you can see in the picture above. Taman yang terdapat dekat tengah-tengah tasik tu, pelancong tidak dibenarkan masuk, kecuali orang-orang VVIP je boleh.


Poor elephants

Ouh ya, pasal gajah-gajah nie, aku rasa macam terkesima gila sebabnya selama nie aku fikir bilangan gajah tinggal sedikit. Tapi bila dekat Amber Fort nie, ko boleh tengok beratus-ratus ekor gajah ada. Wondering how they got all these elephants. Semua saiz besar gedabak pulak tu. Takut gila bila lalu dekat sebelah. Kang tetibe angin dia datang, mahu kena lenyek orang-orang kat situ.


Sebelah Diwan-i-Aam, terdapatnya tempat mandi raja dan ahli kerabatnya. Tempat nie dipanggil Hammam. Hammam nie merupakan perkataan Arab yang membawa maksud Bath. Dalam Hammam nie terdapat dua tempat mandi yang berbeza. Satu untuk mandian sejuk dan satu lagi untuk mandian panas. Macam mana mereka sejukkan atau panaskan air, seriously sangat unik.

Dorang tidak menggunakan teknologi macam yang ada sekarang nie, tapi dorang lebih kepada menggunakan proses semulajadi melalui senibina. Senibina yang mana ia dapat memproses air untuk disejukkan mahupon dipanaskan. Boleh faham tak bahasa sains first class aku nie ?

That's Durga !!!!

Dengan Durga nie kami beranilah nak buat taik. Bahahaha. Durga punya explanation agak tak faham sebabnya dia punya slang sangat pekat. Jadi English dia agak sukar untuk difahami. However he tried his best to make us understand. Cuma kami je yang kesumat tak nak dengar apa yang dia bebelkan.

And Durga nie satu hal, dia kuat merajuk and malas nak layan kami bertiga. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.

Salah satu tempat mandi

Durga dah malas layan kami bertiga sebab tak nak dengar cakap dia. 

Tempat yang ala-ala kubah nie ada fungsi dia. Dan fungsi kubah nie ialah . . . . . . . . . . AKU DAH LUPA !!! HAHAHAHAHAHAHA. Yang pasti dia ada kena mengena dalam menyejukkan dan memanaskan air untuk mandi.


Disamping itu juga, ada dua tourist cantik dari South Africa asyik follow kami. They even photobombed in my picture above. Lepastu dorang pon ajak kami selfie sama-sama. Dorang sangat friendly and very fun to be with. Sangat happy go lucky and kelakar.

Yang penting Durga pon nak masuk frame sekali. HAHAHAHA

Lepas habis jelajah tempat mandi diraja nie, Durga pon bawak kami ke tempat seterusnya. Tapi sesi bergambar kami masih belum habis. Binaan dekat India nie seriously cantik-cantik dan unik. Jadi perlulah abadikan satu dua lapan puluh lapan gambar dekat sini kan.

And Durga didn't seem very happy with that. HAHAHAHA

Patutlah Durga mempersoalkan gaya Faries. Motif Faries posing begitu ?

Depan Diwan-i-Aam, ada terdapat lagi satu pintu masuk yang menghubungkan kepada kesemua tempat-tempat kerabat diraja tadi. Refer gambar dibawah.



Apa yang menarik dekat dinding-dinding dalam Amber fort nie ialah, kesemua ukiran yang indah di dinding-dinding nie, diwarnakan menggunakan warna cat semulajadi yang mana bahan-bahannya merupakan sayur-sayuran dan buah buah-buahan. Lalu ia diproses dan jadilah warna-warna untuk digunakan bagi mengecat ukiran-ukiran di dinding-dinding Amber Fort nie.

Sangat cantik !!!


Dan warna-warna itu tadi, sangat bagus sebab ia tahan untuk tempoh jangka masa yang sangat lama. Tidak luntur. Korang boleh perhatikan sendiri betapa warna-warni dinding di Amber Fort nie.

They still followed us, or Faries, to be precise

Cantik kan siling dalam bangunan nie. 
Diukir dan diwarnakan dengan begitu indah sekali. 

Once dah masuk dalam bangunan tu, akan terdapat satu bahagian di mana ko rasa macam mewah sangat. Sebabnya dinding dan siling area tu menggunakan silver yang diukir. Tempat nie merupakan tempat di mana, hanya orang tertentu sahaja boleh masuk seperti perdana menteri dan golongan kelas A. Tempat nie merupakan tempat untuk berjumpa dengan raja.




Dan yang paling terkesimanya ialah bangunan nie hanya digunakan ketika winter sahaja. Untuk summer, dorang menggunakan bangunan sebelahnya pula. Setiap bangunan dalam Amber Fort nie digunakan mengikut musim. Kiranya kalau musim sejuk, bangunan musim panas tidak akan digunakan.



Kenapa dorang membina dua bangunan yang berbeza tapi mempunyai fungsi yang sama ? Kerana bangunan nie dibina siap dengan sistem pemanas dan penyejuknya tersendiri. Macam yang aku cakap sebelum nie, dulu mana ada teknologi macam pendingin hawa or kipas or pemanas dan seangkatan dengannya. Jadinya dorang menggunakan apa yang ada di sekeliling untuk menyejukkan dan memanaskan bangunan tu melalui senibina yang direka.

I can't remember how, yang pasti dinding-dinding bangunan dalam nie sangat hebat sebab dorang boleh isi air dalam tu menggunakan air dari bawah tanah ke apa ntah, yang mana ia akan membuatkan dinding tu panas ataupon sejuk. Kalau panas, sistem dia lain, kalau sejuk sistem dia lain. Sebab tu dorang bina dua bangunan yang mempunyai fungsi yang sama tapi sistem yang berbeza.


Itu bangunan yang digunakan semasa musim panas


Dua bangunan nie dipisahkan dengan taman yang sehingga kini dijaga rapi. Pelancong tak boleh turun and masuk dalam taman nie. Only workers are allowed to be there.


Tengoklah dinding dekat bangunan musim panas nie, juga mempunyai ciri yang unik. Diukir dengan penuh seni dan kreatif. Kat dalam nie juga ada lagi tersimpan kerusi yang diduduki oleh nenek maharaja tu. Kalau tak silap lah kerusi tu milik nenek dia. Masih lagi disimpan dalam nie dekat tempat khas. Ouhh ya, pelancong tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan nie. Hanya mampu tengok dari luar sahaja.


Lupa nak bagi tahu, kisah maharaja yang tinggal di Amber Fort nie, i have no idea which one maharaja, tak ingat nama, tapi yang pasti dia mempunyai 12 orang isteri. Dan 12 isterinya nie tak perlu convert agama maharaja tu. Juga aku tak ingat apa agama maharaja tu. Maharaja nie membina rumah untuk setiap isterinya di setiap penjuru benteng. 3 isteri di utara, 3 isteri di selatan, 3 di timur dan 3 di barat. Walaupon rasa macam jauh dari bahagian centre, tetapi sebenarnya tidak, sebab ada laluan tersembunyi yang dibina khas untuk menghubungkan maharaja ini kepada isteri-isterinya tadi.


Dan gambar di atas merupakan tempat pertemuan kesemua isteri-isterinya. Mereka akan berada di sini untuk bersantai, berborak, bergossip dan segala macam. Yang pasti mereka tidak bergaduh antara satu sama lain. Ewahh sangat. Seronok lah raja yang kahwin 12 nie. Perghhh !

Lepastu Durga kata, saya bagi awak masa 15 minit di sini, and buatlah apa yang awak nak buat. Jangan pergi mana-mana, duduk sekitar sini sahaja. Seriously Durga memang dah fed up gila kot dengan kami. Tapi okay lah, kami dapat ambil gambar and rakam video semasa dekat sini.


Lepas habis jelajah tempat berkumpulnya 12 isteri maharaja tadi, maka tamat lah sesi jelajah kami dalam Amber Fort nie. Kami rasa macam eh itu je ke. Tapi tak kesahlah. Kami pon dah bosan sebenarnya dengar si Durga nie membebel. Plus, tak berminat nak tahu sejarah Amber Fort nie. Cerita dia tak menarik macam cerita Shah Jahan dan Mumtaz. Hehe.

Yang pasti, gambar dekat atas tu, diambil beberapa saat selepas Faries terjatuh dari tangga. Seriously macam nangka busuk. Tulah, excited sangat turun tangga tu, sekali gedebukk terjatuh. Mak cik guard yang jaga pintu tu ketawa-ketawa. Nasib baik si Durga tak nampak masa si Faries nie jatuh. Kalau tak, mesti dia dah tepuk tangan.

Tahan ketawa ke bro ?

On the way nak ke pintu gerbang utama tu, kami lalu banyak tempat menarik. Tapi si Durga nie kesumat gila, dia pergi menonong je tinggalkan kami dekat belakang. Seriously tak kisah langsung pon dia dekat kami nie. Nak berborak apatah lagi. Jalan sorang-sorang je dekat depan.



And we walked next to these two big kuali, and Durga tak de explain apa-apa pon. Dasar Durga makan gaji buta. Dah tu boleh pulak mintak tipping lebih. Puihhh ! Pasal tipping nie nanti aku cerita. Teruskan membaca.




Kalau Syaqeel, even dah habis tour, dia berborak-borak dengan kami. Tanya itu ini. Belajar apa, and macam-macam lagi lah. Kira adalah sesi nak tahu latar belakang kami. Tapi Durga nie, satu apa pasal kami pon dia tak tanya. By the way, bercakap pasal Syaqeel, masa kami balik dari Taj Mahal tu, Syaqeel bagi tahu kami yang isteri dia baru sahaja melahirkan bayi lelaki kembar. Lahir awal tahun hari tu, 6 January 2016. Tahniah Syaqil dan isteri. Kami sangat merindukan anda. Tapi kami langsung tak rindukan Durga ! Hahahaha.


Kami pon pulang semula ke tempat parking kereta. Ram pergi mana ntah masa nie. Merayap je kerja si Ram nie. Dah lah banyak pengemis dekat sini. Mula lah datang dekat kami. Aku dah lah masa tu tengah feeling-feeling retis sebab berkaca mata hitam. Tapi retis yang miskin takda duit lah. Tu pasal tak dapat nak bantu pengemis-pengemis tadi. Maaf ye semua. Kami nie nampak je ewahhh tapi yang ado sebenarnya.

Feeling retis tapi background dia, perghhh.

Sebelum kami bertolak balik tu, Ram berhentikan kami tepi jalan untuk kami bergambar depan Amber Fort nie. Ram sangat prihatin. Jadilah seperti Ram. Kami pon minta tolong si Durga ambilkan gambar.





Jangan terperanjat, dekat India nie, babi hutan tu dah macam anjing. Mudah didapati dan hidup secara bebas tanpa diganggu netizen. Netizen juga tidak risau dengan kewujudan babi-babi ini kerana mereka jenis tidak menyerang. Mereka jenis babi yang buat hal sendiri.


Ram bawak kami semula ke Water Palace iaitu Jal Mahal untuk mengambil gambar. Sebab malam tadi tak nampak sangat senibina Jal Mahal tu sebab gelap. So dia bawak kami ke sini lagi.


Tudia Jal Mahal



Inilah pasar jalanan yang aku cakap tu. Penjual-penjual dekat sini tidak akan merayu-rayu suruh pembeli beli. Malah pembeli yang merayu dekat depa untuk harga murah. Kami dah tak rasa special bila di Jaipur nie sebab kami tidak dikejar dan dirayu. Malah kami yang kena merayu. Takhta kami dah turun semasa di Jaipur. Kami sedih.


Since kami cakap dekat Ram untuk shopping sari and kurta, so dia pon bawak kami ke sini. Tak minat lah tempat-tempat macam nie sebabnya mesti depa jual dengan harga yang mahal.

Tips : Jangan beli barang, tak kesahlah apa pon benda tu, jangan beli dekat tempat yang ada tempat pembuatannya sekali. Beli barang dekat tempat yang hanya menjual barang tu, bukan tempat yang membuat barang tu. 
Faham tak ?


Mula tu dia bawak kami pergi ke tempat di mana mereka mencetak corak pada kain-kain tu. Setiap corak ada cop dia tersendiri. Dan cop tu mempunyai dua jenis. Satu outline dia, satu lagi yang akan warnakan dalam outline tu. Proses mengecop ada dua kali. Satu, kena cop outline dulu. Once outline tu dah dicop and dikeringkan untuk beberapa saat, baru cop untuk warnakan digunakan. Cop untuk warnakan kena berhati-hati sebabnya kena masuk betul-betul dalam outline yang dah dibuat tadi.


Kesemuat warna yang digunakan untuk dicop pada kain merupakan warna-warna semulajadi yang dihasilkan menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan ianya tidak luntur apabila dibasuh.

Dia siap boleh alter baju yang kau nak beli on the spot


Right after dia tunjuk cara mereka cop-cop kain tadi, dia bawak kami ke tingkat satu untuk tengok hasil daripada aktiviti mengecop itu tadi. Seriously banyak yang cantik-cantik. Aku suka selimut dan cadar katil yang dorang hasilkan. Corak-coraknya sangat menarik dan cantik. Tapi tujuan kami ke situ adalah untuk mencari kurta. So kami pon carilah kurta.


As usual, dorang akan sediakan air. So jangan termakan dengan sogokan itu. Ingat tips aku semasa di Agra ? Jangan rasa sebersalah. Kalau barang tu kau mampu, kau beli, kalau tak mampu, just say tak nak. Lagipula, memang aku tak suggest beli dekat kedai-kedai macam nie. Harga dorang memang mahal gila. Ini merupakan kedai pertama yang Ram bawak untuk kami shopping kurta. So i was like OH MY GOD cantiknya sambil terkinja-kinja kat situ. Memang tak dapat nak resist lah kecantikan kurta-kurta di situ.


Lama jugak kami kat sini. Aku fikir banyak kali kot nak beli, sebabnya mahal sangat. Tapi dah aim dua kurta. End up aku tak beli pon weyh. Faries je yang beli. Faries punya kurta seriously mahal gila harganya. Aku rasa macam teragak-agak sama ada nak beli ke tidak. Sebab takut tak jumpa kurta lagi lepas nie. Tapi aku yakin, akan ada lagi. So aku tak beli apa-apa kat sini.


Adi memang awal-awal cakap tak nak. So dia memang duduk menonong je kat situ. Orang tu pon tak berani nak ganggu. Walaupon orang tu cuba beberapa kali memujuk Adi untuk beli. Tapi Adi tetap kesumat. Contohilah Adi.

Next, Ram bawak kami ke kedai makan untuk kami makan tengahari. By the way, Durga masih lagi bersama kami. Memang tak hingin kami pelawa dia makan sama. Sedangkan Syaqeel yang hensem ala-ala Johnny Deep tu pon kami tak pelawa, inikan pula Durga, yang layan kami acuh tak acuh.


Ada cerita kelakar pasal restoran nie. Restoran nie pon cuba tipu kami uolsss !! Dia nak tipu dengan tourist kesumat macam aku. Memang tak lah. Harga makanan dalam restoran nie agak mahal. Tapi okay lah sebab tengok restoran pon memang eksklusif. And dorang ada sediakan buffet tau. Orang tu bagi tau satu kepala 400 rupees (RM 28). Makanan pon tak adalah meriah mana. For me rasa macam mahal lah. Tak tahu lah korang rasa mahal ke tak.

Masa tu kami tak duduk lagi tau. Just tengok-tengok menu and pilihan makanan dekat ruangan buffet tu. Lepastu aku decide nak makan dekat tempat lain. Mungkin ada restoran yang jual makanan jauh lebih murah daripada restoran nie.

We were about to leave the restaurant. Then one of the waiter stopped us and reduced the price to 350 rupees per person. Then we were like okay lah. Then took a seat. Bincang punya bincang, aku still rasa mahal. So kami pon keluar dari restoran tu. Budak dua tu ikut je keputusan aku walaupon dah lapar gila. Hahaha.


Aku cari Ram dekat tempat parking kereta, dan suruh Ram bawak kami makan dekat restoran yang tak berapa nak eksklusif, macam masa dekat Delhi dulu. Sebab kami nak jimat. Makan tengah hari je hampir 30 ringgit rasa macam rugi gila. Then ada satu orang nie, aku rasa macam ketua restoran tu lah, dia keluar and jumpa kami dekat parking tu. Dia kata dia boleh bagi buffet tu dengan harga 300 rupees je. Dan kami pon masuk balik restoran tu. HAHAHAHA

Seriously, dari harga 400 rupees jadi 300 rupees ? Mana ada restoran buffet tukar-tukar harga sesuka hati. Dua kali dia tukar harga tau. So aku agak, harga buffet tu sebenarnya bukan 400 rupees, tapi lebih murah daripada tu. Disebabkan kami tourist, dia naikkan jadi 400 rupees. Sebab tiada harga yang ditulis pon dekat situ, so dia macam buat-buat je harga 400 rupees tu. Dia ingat kami nie macam mat salleh-mat salleh yang kaya dalam tu. Padahal kami hanyalah 3 tourist yang miskin. HAHAHAHA.

Mari kita saksikan wajah 3 tourist miskin itu.

Tourist miskin 1 

Kami pon makan dengan ewahnya. Masa kami datang, restoran tu kosong. All the waiters semua memang asyik tengok kami je. Aku syak dorang dok bergosip pasal kami. Sebab semuanya berkumpul dekat kaunter cashier. Everyone was like menyampah dengan kami. Ada aku kesah ? Yang penting aku dapat makan and kenyang.

Lepas dah lama tu, barulah restoran tu dipenuhi dengan tourist-tourist. Semua tourist bawak driver and tourist guide depa makan satu meja. Kami je tak. Kbai.

Tourist miskin 2

BTW, i saw Durga disscussing something in the office of the restaurant sebelum kejadian tawar-menawar tu berlaku. So macam ermmmmm adakah mereka bersepakat untuk menipu kami. Yang penting, cubaan mereka itu GAGAL sama sekali. HAHAHAHA

Kepala tourist miskin. HAHAHAHA

Dah habis makan tu, Ram bawak kami pergi satu lagi tempat shopping. Dan tempat shopping kali nie buat kami bertiga gila kat dalam tu. OH MY GOD seriously murah gila kurta-kurta dalam kedai nie. TERSANGAT murah. You have no idea betapa murahnya harga kurta dalam nie.

Adi yang nekad tak nak beli apa-apa pon boleh berubah fikiran masa kat sini. Ko ghase ?

I bought many kurtas kot kat sini dan kurta di atas adalah salah satu kurta yang aku beli. Hehe

Dan kurta-kurta dia cantik-cantik. Kami shopping kurta pendek masa kat sini. Kurta panjang pon ada tapi kurta pendek nampak lebih menarik pulak. Nasib baiklah aku tak beli kurta dekat kedai sebelum nie. Aku boleh dapat 4 kurta dekat kedai nie dengan harga tu. Lama gila kami dekat dalam nie. Shopping tak hengat !

Dia siap bagi diskaun kot masa tengah kira-kira total tu, padahal harga memang dah murah gila. 
Dia bagi lagi diskaun.

I have no idea what is the name of the shop. Lupa nak ambik gambar. Silly me. So korang suruh lah driver korang bawak pergi kedai jual baju dekat Jaipur nie and kalau jumpa muka peniaga atas tu, korang beli lah dekat situ. Seriously murah beb. Berapa harga nya ? Eh tak boleh lah aku reveal harga kat sini. Kantoi lah korang tahu harga kurta yang aku beli. Hehe.

Yang pasti memang sangat murah ! Harga dia ikut size. S sampai XL, harga dia sama. Ko tambah satu lagi X, harga dia bertambah. So tips yang aku boleh bagi, jagalah pemakanan dan jadilah kurus. Kbai.

Hawa Mahal

Then Ram parking kereta kat tepi then suruh kami ambik gambar benda nie. Dia tak boleh keluar kereta sebab tak ada tempat parking dekat situ. So kena cepat-cepat ambik gambar. Kami kat sini cuma ambik gambar je. Tak pasti sama ada boleh masuk ke tidak tempat nie. By the way, nama tempat nie ialah Hawa Mahal. I have no idea what is the function of the building. Durga didn't told us anything.


Next, Ram and Durga bawak kami ke Jantar Mantar. Ticket price boleh tengok dekat bawah nie. As i said earlier, bawak student ID boleh dapat diskaun and kalau boleh beli je composite ticket untuk cover semua tempat di Jaipur nie. Only if you bring the student ID lah. If not, then forget it.


Aku kan jenis suka dokumentasi semua benda. So i asked Durga for the ticket to take picture. But then dia ingat aku macam tak percaya dekat dia. Dia ingat aku fikir dia tipu duit kami. Padahal aku mintak tiket tu untuk ambik gambar je, untuk dibubuh dalam blog. Dia boleh pergi merajuk pulak. Ingat aku kesah ?

Tiket nie akan ditebuk dua kali, satu masa di pintu masuk, dan satu lagi di pintu keluar. So kena pegang tiket tu elok-elok, jangan sampai hilang. Kalau hilang nanti, tak tahu apa akan jadi time nak keluar tu. Selalunya memang tourist guide yang akan pegang benda nie. Tapi lepas aku mintak Durga tiket nie untuk ambik gambar, dia terus cakap "Keep this, i won't hold it for you. Make sure you don't lose it".

Seriously Durga ?



Serious aku cakap, tempat nie sumpah bosan gila ! Kalau ko jenis minat bidang astronomi, so boleh lah menghadirkan diri ke Jantar Mantar nie. Dalam nie tempat di mana para astronomi dahulu kala untuk tentukan masa, tahun, bintang dan sebagainya. Zaman sekarang dah canggih, so memang tak akan guna benda-benda nie lagi. Jadi, ia dijadikan ala-ala museum untuk pengunjung hadir.

Bosan ke tidak ?


Benda kat atas nie, tempat untuk mengira waktu tempatan. Segala jadah benda dalam Jantar Mantar nie, depa menggunakan bayang-bayang yang terhasil daripada cahaya matahari untuk buat kira-kira and tetapkan sesuatu benda tu.

I have no idea how to calculate this, Durga did told us but we don't listen as it too damn boring and sangat annoying tengok muka kesumat Durga yang seperti tidak sabar untuk balik. Seriously, Durga memang dah annoy gila masa nie dengan kami. Ada kami kesah ? Kah.



Atas nie pulak tempat untuk melihat bintang kot. Aku pon tak ingat. Yang pasti, kalau ko terjatuh dalam tu, consider patah-riuk lah. Tak pon koma. So hati-hati sikit bila kat sini. Kot-kot ada yang sabotaj ko, depa tolak dari belakang. Naye je.


Tempat untuk pastikan zodiak juga ada dalam nie. Berapa banyak zodiak yang ada ? Setiap zodiak ada "mesin" dia yang tersendiri. Mine is Aquarius. Who else is Aquarius ? Kita geng !



Belakang kami nie pon tempat nak kira waktu tempatan. Sama juga macam "mesin" yang first tadi. Tapi error untuk waktu melalui kiraan "mesin" nie lebih rendah lah. So kira guna mesin nie lebih tepat untuk mengira waktu tempatan berbanding dengan yang first tadi.

Seriously, besar gila "mesin" yang ini.

The model of the "mesin". It's huge.


Kalau "mesin" yang nie, aku tak ingat untuk kira apa benda. Tapi cara nak baca, menggunakan bayang-bayang yang terhasil daripada tiang yang dekat tengah tu. "Mesin" nie ada dua. Untuk the first twelve hours, guna "mesin" dekat sebelah, and the next twelve hours guna mesin sebelahnya pula. Sebab bayang-bayang kan terhasil mengikut pancaran matahari, so tak boleh gunakan "mesin yang sama sebab tiada bacaan.


Itu saja. Memang bosan. Tak payah datang pon tak apa. Tapi dek kerana nak penuhkan hari jelajah anda, so better pergi lah. Itupon kalau ko dapat tiket harga murah, so tak adalah rasa rugi sangat. Durga tinggalkan kami selama 30 minit untuk kami buat apa sahaja dalam nie. Lepastu dia pi duduk dekat dengan pintu keluar. Dia memang tak nak borak langsung dengan kami.


Kami pon actually dah penat gila masa nie. Seriously rasa nak balik je. Tapi disebabkan banyak masa lagi, tu yang kami gagahkan jugak pergi ke Jantar Mantar nie. Tambah-tambah pulak ko baru balik daripada aktiviti yang menyeronokkan, iaitu shopping, so bila datang tempat bosan macam nie, semangat terus hilang and malas gila.

Then nak balik tu, kami pon say good bye pada Durga kesumat. Pada asalnya kami bagi 200 rupees, dia boleh pulak demand mintak lebih. Siap cakap "Hard work my friend", kepala dia. Kerja nya buat muka kesumat, layan acuh tak acuh, lepastu nak merajuk, then menonong jalan sorang-sorang tanpa ada rasa ingin mengenali kami pon. Boleh demand nak tipping lebih.

Aku memang tak belas kasihan pon, tetap bagi 200 rupees. Tapi ada lah budak bengong, dia boleh pergi hulur another 100 rupees. Eeeeee rasa nak mencarut je. Dengan alasan, dia nak senyapkan mulut si Durga tu. Seriously Faries ? Panas gila hati aku masa nie dekat Faries kesumat tu.

Durga terus senyap bila hulur lagi 100 rupees. Siap senyum-senyum lagi. Perghhhh.


Kami pon pulang semula ke hotel untuk mandi and rehat. Malam tu kami suruh Ram bawak kami makan dekat restoran yang murah-murah je. Dia pon kata okay lah. So set masa jumpa jam 8 malam dekat lounge hotel. Kami ingat dia nak bawak kami naik kereta untuk ke sana, rupanya kami disuruhnya jalan kaki. Aiseymannnn.



Agak jauh jugaklah restoran nie daripada hotel kami. Time nie baru aku rasa syahdu gila sebab besok merupakan hari last day kami bersama Ram. Kami dah bersama Ram selama 5 hari masa nie. So memang banyak kenangan bersama. Kenangan Faries muntah dalam kereta, kenangan Ram sangka kami nak belanja dia, rupanya tidak, kenangan beri kami pisang yang akhirnya kami tak makan and biarkan membusuk dekat kocek kereta dia (Bhahahaha), kenangan Adi bagi biskut harga 10 rupees yang membuatkan Ram terharu, eh banyak sangat kenangannya. Kalau senaraikan satu-persatu memang tak habis lah cerita Jaipur aku nie.

Even malam tu pon, Ram sangat protective tau. He was like seorang ayah yang melindungi anak-anak nya. Gitue lahhh ibaratnya.

Arwah dah makanan nie

Restoran yang kami makan nie merupakan restoran vegetarian. So kami pon makan benda-benda yang vegetarian jelah malam tu. Okay je for me because i like vegetables.

Dan kami pon berpatah balik ke hotel. Agak cuak lah sebab dah malam. Ramai pulak yang perhati. Dah tu sejuk kot.


Kami pon bersiap untuk check out. Seperti biasa, bawak baju pergi ke kedai dobi depan hotel untuk digosok bajunya. Hahahaha. Dan kami pon tunggu Ram di lounge. Hari terakhir kami di Jaipur.




Tapi sebelum tu, kami breakfast dulu. Lapar gila, sampai ambik gambar pon tak sempat. Ko ghase ?

Sarapan kali nie kami makan dalam bilik je. Malas nak bersejuk-sejuk dekat roof top. Ouh lagi satu, air teh dekat India nie, seriously sedap gila. Sangat kawww ! Tapi jangan terperanjat, teh dorang, dorang bubuh halia. So kalau ko nak rasa teh berperisa halia, silakan lah. Namanya Chai. Kalau korang tak suka, wherever you go in India, kalau nak minum air teh biasa, cakap ko nak Chai without ginger. Gitueee.


Hotel yang kami nginap nie menarik sebab setiap bilik ada namanya yang tersendiri. Kami dapat bilik yang namanya Holi. Nama Dilwali pon ada tau. Kalau dapat bilik tu, memang berjanam-janam lah dalam bilik tu.




Since kami check out awal pagi, so ada banyak lagi masa sebelum train kami bertolak ke Mumbai. Jadi Ram bawak kami ke satu lagi tempat untuk sight-seeing di Jaipur nie. Pada awal tu kami cakap dekat Ram supaya tak bawak kami ke tempat yang kena bayar beratus-ratus rupees. Kami dah tak nak spend more money on ticket. So Ram bawak kami ke Royal Gaitor nie.


Tiket masuk Royal Gaitor nie cuma 30 rupees je (RM 2.10). Dan memang tak ada apa sangat pon dalam nie. Just tempat peninggalan sejarah. However monumen-monumen dalam Royal Gaitor nie cantik-cantik. Banyak kot monumen dalam nie. I wonder apa lah kisah disebalik monumen-monumen nie agaknya.




Kami tak ada tourist guide pon. Kami just masuk dalam nie untuk ambik-ambik gambar then balik. Lagipon Ram bagi kami masa 30 minit je dalam nie. Sebabnya dia takut kami terlepas train.





Then ada satu monumen di mana kami boleh naik ke roof top. Serious cantik gila pemandangan dari atas nie. Dapat saksikan for the whole Royal Gaitor. Sempatlah record-record video atas nie.




Nampak macam panas gila kan sebab matahari terik ? Tapi sebenarnya, tak panas pon. Nyaman je rasa dia. Nak kata panas tak panas, nak kata sejuk tak sejuk sangat. Just nice lah.





And actually, Faries dengan Adi dah malas nak teroka tempat nie. Dorang dah penat and already had enough with Jaipur. So memang tak bernafsulah nak teroka Royal Gaitor nie sampai kebelakang. They don't even took pictures sangat kot. Aku je yang gigih sampai ke belakang. Suruh Faries ambikkan gambar, tapi dia malas. Masa nie memang panas hati betul aku dengan Faries kesumat tu. Dah lah bagi Durga extra 100 rupees. Eeeeeee !!

Aku banyak selfie sorang-sorang dekat sini. Tapi malaslah upload gambar selfie. Rasa macam ntah pape je. Thanks lah erk Faries sebab malas nak ambikkan gambar. Memang selalu pon datang tempat nie =)



Since we were running out of time, so we didn't really explore the place. Masa dalam kereta, aku notice ada satu tangga mendaki bukit. I was like oh my god mesti ada something dekat atas tu. And aku percaya, view dia mesti cantik. Tapi sayang, kami kesuntukan masa.

 There you go, tangga ke atas bukit

Sebelum kami menghabiskan masa berjam-jam dalam train, Ram bawak kami pi makan dulu. Again, another exclusive restaurant. Kami pon macam adoii. Fine. Makan jelah. Alang-alang dah sampai.


Tiap kali kami datang restoran dekat Jaipur nie, mesti kosong. Tapi once bila kami ready nak balik, barulah restoran tu dipenuhi dengan pelanggan. Kami nie membawa sial kah aku bermonolog dalaman. Hahahaha.



Kami tak makan benda berat sangat pon dekat restoran nie. Just roti cicah-cicah je. Seriously sedap and pedas.


Dah habis makan, kami pon keluar. It was time for us to leave Ram in Jaipur. Ram stopped his car dekat tepi jalan. Dan mintak kami bayar tipping dia. Wahhh. Lagi kesumat dari Syaqeel. Ram siap demand satu hari 500 rupees kot, ataupon satu kepala 200 rupees satu hari. Ko ghase ?

Aku hulur 1000 rupees dia tak nak weyh. Dia kata tak berbaloi. Dia kata pelancong-pelancong sebelum nie bagi dia tipping banyak. Tak kurang 5000 rupees. Siap tunjuk data-data dalam buku dia, yang DIA TULIS SENDIRI. KAH KAH KAH ! Ingat kami nak percaya.

Tips : Tipping, 200 rupees pon dah kira banyak kot, So kalau korang betul-betul kesumat, jangan lebih daripada amount nie untuk bagi tourist guide. Ko tengok lah servis dorang macam mana. Kalau bagus, nak bagi lebih pon rasa okay je. Servis kesumat macam Durga, memang tak lah nak bagi lebih. Unless macam kes Ram nie, maybe korang boleh bagi lebih sikit pada driver sebab usually driver banyak spend masa dengan kita. So okay lah. But seriously, 1000 rupees is more than enough. Jangan terpedaya untuk bagi lebih dari itu. They already been paid by the agent. Tipu lah kalau dorang tak dibayar langsung. Tipping nie ihsan je daripada kita. So it's up to you to give how much money to the person. Ingat, hati mahu kasi kering. Kalau hati tak kering, wallet ko yang kering.

Mustahil lah ada pelancong bagi tipping sampai 20 000 rupees. Tak mungkin. Biarlah ko kaya mana pon, memang takkan ada yang bagi sampai 20 ribu rupees. Menipu punya Ram. Aku tetap tekad bagi 1000 rupees dekat dia. Dia tak puas hati lah. Since waktu pon dah suntuk, dia pon start balik enjin dia and menuju ke railway station.

Dalam perjalanan tu aku dok berbahas jelah dengan si Ram. I asked the other two clueless tourists to trust me on this matter and helped me if necessary. But I got this yall. Dah berbalah-balah dalam kereta tu, aku pon tambah lah lagi 500 rupees. So total 1500 rupees tipping untuk Ram. Dia still tak happy. Then bila aku cakap yang kami nie student, kami belum bekerja, duit semua berharap dekat parents je. Terus dia diam. And slowly accepted the money.


Lepastu dia suruh sain borang something yang mana, perkhidmatan Ram tamat di situ and Ram dah buat semua apa yang terkandung dalam kontrak. Dia siap suruh aku tulis comment dekat belakang surat tu. Ram suruh tulis good service, good driving skills, clean car and banyak lagi. Seriously Ram ?

Dia boleh demand benda tu. Sepatutnya it's up on us lah kan nak comment apa dekat ruangan tu. Aku cuma tulis good je. HAHAHAHA.

Time nak balik tu, walaupon kami bagi tipping "rendah", Ram still did his job. Dia bagi tahu kami which side of our train, masa train bertolak and etc. Dia tak nak kami terlepas train. Even on the very last moment, he still showed his caringness toward us. Thank you Ram for that. So aku pon ajaklah ber-selfie. Say cheeseeeeeee =)

-------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan yang aku dapat buat untuk trip dekat Jaipur nie, aku rasa rugi sangat sebab terlupa bawak student ID. Padahal boleh jimat banyak kot. And aku rasa rugi sebab ter-over bagi tipping dekat Durga and Ram. Rasa macam banyak sangat je kami bagi. Apa rasa korang ?

Budget semasa di Jaipur

Tiket Amber Fort : 500 rupees (RM 35)
Tiket Jantar Mantar : 200 rupees (RM 14)
Tiket Royal Gaitor : 30 rupees ( RM 2.10)
Tipping Durga : 300 rupees (RM 21)
Tipping Ram : 1500 rupees (RM 105)

Pada sesiapa yang belum baca entri Agra, suka untuk aku ingatkan, tipping nie ko bayar bukan ikut kepala tau. Nilai tipping yang kami bayar tu, kami share tiga orang. Macam tipping untuk Ram tu, bukan lah setiap sorang daripada kami bayar 1500 pada Ram, bukan. 1500 tu kami bahagikan kepada 3 orang, so kiranya sorang cuma bayar 500 rupees jelah. Faham ?

Kalau korang nak faham baca cerita jelajah India aku nie, korang kena start baca dari first entri dulu. Baca ikut turutan, only then baru korang boleh faham. Jangan nanti ada yang pm tanya itu apa benda, ini apa benda. Sebab cerita India aku nie bersambung-sambung so kalau tak baca entri sebelumnya, ko akan terpinga-pinga untuk faham entri seterusnya. Hehe.

BTW, sebelum kami naik train kan, ada something yang menakutkan telah berlaku. Seriously cuak gila. Nak tahu apa yang terjadi ? Tunggu kisahnya dalam entri Mumbai pula yerp. Daa


6 comments:

  1. enjoy reading your story. keep it up! best best haha

    ReplyDelete
  2. Hahhhha awesome! But seriously u did a right choice....x usah bagi tipping banyak2 unless their service was very good :) -armeeta-

    ReplyDelete
  3. best baca citer tourist kesumat mcm korang
    bila melancong negara miskin diorang nmpk kita mcm bilionaire
    pdhal dok msia gaji cukup2 mkn je wehh

    ReplyDelete
  4. aku syok baca tinggal jap
    tetiba mama pulak baca sambil puji puji
    blog nie ...cakap cantik lah ape lah
    pastu dia kutuk kutuk blog anak dia
    ape kes nie ...

    btw macam org kaya pulak bila g sane

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dik..akak gigih sambung marathon dr pagi ke malam ni. Minta tipping boleh dak? Kahkahhh akak boleh jadi geng ko dik, hati akak kering gila hahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...