Friday, June 26, 2015

The Last Week In Milledgeville

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Kali nie nak cerita pulak detik-detik last day dekat Georgia College And State University. Ini merupakan minggu last diri ini berada di GCSU. So nak cerita lah apa yang berlaku sepanjang minggu last tu.

So mari lah cerita daripada hari first minggu itu which started on 8 December, bersamaan hari Isnin.

Masa 8 December, professor aku ada buat makan-makan sikit kat kelas, maklumlah kelas terakhir. Gambar yang nie aku tunjukkan lain kali lah. Malam tu pulak, ada dinner dengan budak-budak dorm. Boleh baca entri sebelum nie. Aku dah updated dah. Tengah malam nya pulak, kafe buat satu makan malam khas di mana it was opened until midnight. Midnight breakfast namanya. Midnight breakfast nie bersempena dengan minggu exam. Sebab tu depa buat.

Since aku pon tak kenyang makan dinner dengan budak-budak Wells tu, so aku pon ambik kesempatan ini untuk mengenyangkan diri. Alhamdulillah kenyang. Siap tambah banyak kali lagi tau. Aku tak cerita lagi bagaimana makan dekat kafe nie beroperasi. Nanti aku updated entri khas okay.


This place is also tempat dewan makan. But this place will be close for events lah. Biasanya after 7 tempat nie di tutup. Masa malam tu, dewan makan nie dijadikan tempat untuk bermain bingo. First time main bingo real macam nie.


Cara nak main mudah je. Orang kat depan tu akan cabut nombor dan announce. Kalau nombor tu kena, kita tarik benda merah tu. Yang kaler merah bermaksud nombor tu dah kena lah. Yang kaler putih tu je yang belum. I was that close to win that game. Tapi takde rezeki, orang lain yang menang. But it was fun. Sangat riuh rendah lah dewan makan tu. Release tension sebelum exam.

9 December macam tak ada apa-apa benda penting berlaku. Sebab tak ada gambar langsung untuk tarikh itu. Btw masa nie aku sibuk prepare luggage.

Pada 10 December, aku dah siapkan bagasi-bagasi aku untuk diambil. Right after i checked out, i went for vacation for 10 days. So takkan lah aku nak angkut kehulu kehilir bawak luggage berat-berat nie. Tasayabarnya nak cerita pasal percutian 10 hari aku nie. Lama dah gambar-gambar tu dok terperuk dalam hard disk. Sabar naa.


Bagasi aku nie aku letak dekat rumah Alex, because i celebrated Christmas at his house. So i put all my luggage there. Dia nie lah yang akan hantar aku kat airport nanti. Entri Christmas nie macam lambat lagi je muncul.


Actually kan, i was worrying about my luggage at this time. I afraid that it will exceed the limit. Memang tak menang akal fikir pasal benda nie. Datang US memang dua-dua luggage tu cukup-cukup 23kg. Nie nak balik, confirm lebih punya. Aku dah lah banyak beli barang masa kat US tu. Masa nie belum pergi bercuti 10 hari tu, barang dah banyak gila. Balik bercuti 10 hari, tambah lagi barang.


Since aku tak pernah ada pengalaman naik flight sebelum nie melainkan masa nak datang tu je, jadi takut bila airlines lain-lain nie, jumlah luggage yang diberikan berbeza-beza. Bila dah dapat tahu berat yang sama masa kita datang situ, kira lega lah sikit. At least i just have to work on how to fit all things in the luggage and make sure it does not exceed 23kg. That was all.

Dah lah takde penimbang. Jadi kerisauan tu makin membuak-buak lah. Takut kena keluarkan barang time dekat airport. Takpon kena tambah duit. Memang tak lah. As korang semua tahu, tiket penerbangan semua tu UPSI yang tanggung, jadi malas pulak lah nak tambah duit gara-gara berat luggage exceed the limit kan. No no no. Lebih baik i spent those money on souvenir kan.

Masa nie jugak aku sibuk tempah segala jadah untuk preparation percutian aku selama 10 hari tu. Tiket-tiket tempat yang aku nak lawati, tiket bas, tempat penginapan semua tu aku survey. Sebab bila order online, jauh lebih murah dan senang. Percutian akan menjadi lebih smooth. Walaupon ini kali pertama aku merancang perjalanan percutian aku kat negara orang, tapi Alhamdulillah, it went well. I am so glad that everything went smooth. Aku dah lah takut bila order online and bayar online nie, takut tersalah. Tapi aku gagahkan jua.

Grandma Paige late night snack

Tengah-tengah malam nya pulak time dorang study dekat study room Wells hall tu, dorang ajak pergi Dunkin Donuts. I have no idea what to buy at Dunkin Donuts since i rarely buy anything at DD eventhough we have DD in Malaysia. Aku lebih prefer Big Apple daripada DD. So i just followed and tried their Ice blended.


I ordered frozen Caramel Coffee Coolatta, large size.
And this is what i got.


This thing is hella huge. I did not expect it would be this huge. But i was very satisfied with it as the taste really suits my taste. I love it to the moon and back. Seriously weyh, aku terus macam addicted dengan minuman nie. When i was on vacation, i kept buying this drink. I just can't stop from drinking it. Harga 4 dollar something, can't remember really. Aku ada pernah update dekat instagram yang aku tercari-cari air nie dekat Malaysia and i finally found it after months of searching. Not all DD franchises in Malaysia serve this drink. So far, i only found at Terminal 1 Seremban je yang serve minuman nie.

Compare the size -___-

I bought the same flavor but in Malaysia, they don't have the caramel one. I don't know why. I asked the cashier to put caramel on top of it and she said she can't do that. Really ? Nak bandingkan dengan US nanti kang akak tu cakap apa pulak. And the most tak boleh blah part was, the size. I bought the largest one but still, it is not big enough to compare the one that i had in America, NOT. EVEN. CLOSE. Dah lah harga 13 ringgit T__T. I was so disappointed with it, and i guess, there will be no more Caramel Coffee Coolatta for me. Rindu dengan air nie woi. Korang kalau pergi sana, try lah rasa air nie. Beli large size bagi puas hati. Seriously sedap, guarantee.

Then on December 11, the saddest day of my America adventure. It was the last day i got to see my roommate. He went home one day early from everyone else. Nak minggu last nie lah, aku makin rapat sangat dengan roommate aku tau. Awal-awal dulu biasa-biasa je, bila dah tengah-tengah tu semakin rapat and bila dah last-last nie baru lah rasa macam lain sikit. Aku rasa aku kena tunjuk jugak meseg personal yang dia bagi tu. Baru korang dapat gambaran macam mana hubungan aku dengan dia dekat bilik tu.

Tengahari tu, kami sepakat nak makan sama-sama dengan budak international yang lain. Kami dah plan since farewell dinner lagi yang kitorang akan makan sama untuk kali terakhir. So it took place on December 11. We ate lunch together at The Max (Kafe kitorang nama dia The Max).


My head was too big and made Thelma face disappeared from the photo. Sorry Thelma. Actually masa nie ada Austin tapi time nak ambik gambar tu, ada orang call dia. So dia kena angkat phone call tu. It's okay. Walaupon tiada dalam gambar tapi dia sentiasa dalam hati kami. Ewahhhh.

I miss these two T__T


What actually Thelma and Eri was doing in this photo


This was our very last lunch together. Masa nie hari Khamis, so Jumaat masing-masing semua busy nak uruskan itu ini. Maklumlah semua nak balik kan. Ini jelah peluang nak makan sama walaupon tak semua ada.

Czech Republic people 

Miss you Thelma >__< 

And there you got Taka's selfie =D 

That last hug tho. Carl was feeling it.

After the lunch, Austin was preparing his stuff to bring them home. Tak lah semua barang dia bawak balik. Dorang duduk dekat bilik tu for one whole year without changing room. So bawak barang mana yang perlu jelah.


Itu kereta dia. Parents dia hadiahkan. What a lucky man he is. Usia muda dah ada kereta sendiri. Kereta pulak bukan calang-calang kereta. Parents dia kasi masa dia habis sekolah menengah. As you can see, he tried to fit all those bags in the trunk. I am not sure what i did at this time, helping him or just walking with him to the car. Not sure.

Dia tak lah terus balik, dia cuma buat persiapan untuk balik je. Dia balik belah malamnya. Belah malamnya, his play was being played at campus theatre. His play was awesome. I did not record it coz i thought it was forbidden to do so. So no video can i show ya. After i watched his play, i can guarantee that he will be popular and successful one day. I like the story line, it was very interesting.


Biar aku summarize kan sedikit pasal cerita yang ditulis oleh Austin nie. Kisah dia merupakan kisah sepasang suami isteri yang punya seorang anak. Suami dia nie penulis. Suka sangat tulis buku or dialog drama ke whatsoever lah. Penulis kan tidak mempunyai gaji yang tetap sebab dorang bekerja sendiri. Minat dia menulis sehinggakan membuat isteri dia macam tak puas hati lah sebab suami dia tak macam suami orang lain yang ada kerja sendiri and hidup senang. Selain itu juga, suami dia sampai tidak menunaikan kewajipan dia untuk memuaskan isteri dia. Sampai terabai lah kiranya. (Semoga pembaca blog saya nie semua 18 tahun ke atas yerp, lol).

Kalau korang tengok pelakon yang melakonkan watak tu, seriously nampak sangat lah dah lama gila suami dia abaikan nafkah batin isteri dia. Tajuk dia Animals sebab isteri dia tak dapat kepuasan batin tu so perangai isteri dia pon macam binatang yang tak dipuaskan lah. Dia bertindak buas dekat lelaki tu. Faham tak maksud nya ?

The story somehow related to him. I guess so because he is also a writer. So dia macam nak yakinkan bahawa seorang penulis mudah distract bila tengah ada idea untuk menulis. Kefokusan dorang tu buatkan nafsu hilang and ada lah masa-masa tertentu untuk melakukan acara batin tu, maksudnya bukan lah kerap kali. Ewahhnya benda tu dipanggil acara yer zarep. It was a very interesting story compared to others. His play was the last one and it was such an awesome closing for all the plays. Sangat terkesan lah jalan cerita dia. Apa yang aku dapat dari cerita Austin nie, sebagai suami, kadang isteri malu nak tunjuk yang dia nak benda tu so suami kena faham-faham lah. Jangan lah sampai si isteri menunjukkan "kebuasan" dia terhadap kau baru kau nak entertain dia.

Faham tak semua para suami dan bakal menjadi suami ? Take note ya.

Seronok duduk dekat negara omputih nie, pelakon dorang buat real punya tau. Betul-betul mendalami watak dorang supaya kita dapat menghayati sesuatu cerita itu. Betul-betul tunjuk macam mana jalan cerita tu nak. Kalau kat Malaysia mesti dah kena tapis. Hihi

Sebaik sahaja habis benda nie, maka bermula lah drama air mata. OMG. Aku punya menangis, kalau korang tengok buruk sangat tawu. Aku menangis sebab dua orang yang aku rapat akan balik rumah malam tu. So kiranya aku tak dapat jumpa dorang lagi. Aku menangis teresak-esak weyh. Takafumi yang tengok aku masa tu pon ikut menangis. Dia sebak tengok aku berpisah dengan Maria and Austin. Maria memang toksah cakap lah. Dia lah yang mencetuskan detik nangis itu. I can't see her cry, it makes me cry too. Austin pon nangis. Dorang berdua nie antara orang kat sana yang istimewa dalam hati aku lah. Ecewahhh.

Eh serious lah. Jangan main-main lagi. Aku yang menaip nie pon rasa sebak pulak bila teringat balik. Sedih sangat. Sometimes, i wish i did not get this exchange student programme so that i will not experience the farewell. It is really hurt when you get to know someone and start to get closer then you realize that you have to leave them and the possibility to meet them again is very low. A fact that is very painful.


Lepas dah habis drama air mata tu, family dia ajak aku pergi makan. Aku pon ikut jelah. Kalau ikutkan hati, aku sebenarnya malu sangat. Rasa macam tak nak pergi disebabkan perasaan malu tu. Tapi bila fikir balik yang aku takkan dapat jumpa dia lagi lepas nie, aku pon ikut je. Segan weyh. Segan sangat-sangat.


I never been to IHOP before so it was very nice. Lot of waffles, suits for breakfast. But i chose that seafood sandwich kot nama dia, i can't remember. It tasted good. The onion rings also good. Everything was good.

Austin's family is very funny. Full sense of humor, including his grandmother. One thing you need to know about America is, if the person already got the title grandma or grandpa, they don't look like one. They all look young. Not just the appearance, their energy are also amazing. I can't believe it. Like Tavaris's grandparents, they can still drive at night. Isn't that insane ? I'm not sure what they eat, their look and energy like an early 40s. So jelly. Hopefully my face and my energy will stay young like that eventho i am in my 60s. Please God.


Lepastu singgah mall kejap mak dia nak beli barang. Then dia hantar aku balik dorm. Lepastu said goodbye again. Maka pulang lah Austin ke rumah nya. Bye bye. After that, i went to the community room, tempat di mana penghuni-penghuni lepak. There were Tavaris and Paige in there. Borak-borak kejap dengan dorang. Shortly after that, Grandma Paige tunaikan impian aku. I told her that I am sooo in love with volkswagen beetle. And she owns one. She took me and Tavaris for a spin. We went to Cookout. I was so excited that i finally ride a beetle =)

A video posted by Zharif Azis (@zharif93) on

I lost the full video >___< I have been searching all over my hard disk and i can't find it. Thank God i uploaded it in my instagram although it was only for 15 seconds only. Look how funny and fun Paige's personality is. I told ya, she is someone you can't hate. She is so funny and positive.


This was also my first time went to Cookout. Selalu je dengar budak-budak kampus kata nak pergi Cookout nie, tapi nak last-last nie lah baru aku ke sana. Well, ada orang bawak memang sampai lah aku. Tak ada orang bawak macam mana nak ke situ, ye dakk.


Sejak aku consume benda alah coolatta tu, aku tersedar bahawa yang aku nie suka gila dengan flavor caramel. Sekarang nie, anything with caramel on it is a yes for me. I love caramel flavor.


Balik bilik terus rasa sedih balik mengenangkan rakan sebilik dah tak ada. Haihhh. I slept alone that night. Tengok katil sebelah licin je. Barang-barang semua dah berkurangan. Terus rasa rindu kat roommate.

Then on the next day, December 12 which was the last day in college, i woke up to this.


I was very sad woke up that morning. Aku tertidur malam tu time bukak laptop kat atas katil. So bila pagi-pagi buta tu aku terdengar bunyi benda jatuh, kuat pulak tu. So aku bangun, and i see my laptop on the floor, i was like okay. Then i continued sleeping. Then when i woke up and on my laptop, the screen was like that. Arghhhhhhh !!!!

Thank god it happened on the very last day of school. Or else tak tahu lah macam mana hidup aku. Pasti terkapai-kapai hidup aku tanpa laptop nie. Dengan assignment nya lagi. Perghh.


And that morning, one of my suitemate left. Uwaaaaaaa T__T. Another person that i will miss a lot, Tavaris. Aku tolong dia angkut-angkut barang dia. At first aku tak nangis masa dia nak balik, but then after he left, i was crying alone at my room. Orang yang aku rapat sikit-sikit pergi meninggalkan aku. 

Rasa gembira bila tengok baju yang dia pakai tu. Korang perasan tak ? Aku pon ada kasi satu baju dekat Austin. Nasib baik lah muat. Huhu

Hari last nie banyak benda nak kena uruskan tau. Kena pulangkan kunci mail box, and cash out duit kad matrik. Aku pernah cerita pasal betapa canggihnya kad matrik aku dekat entri INI . In case kalau korang belum baca. Meyh lah aku summarry kan sikit pasal kad matrik aku nie. Kad matrik aku nie dalam dia ada duit. Kita boleh gunakan duit tu di dalam kampus, mahupon di luar kampus (di kedai tertentu yang menerima bobcats card). Since aku tak berapa nak guna duit dalam kad matrik aku nie, so aku boleh cash out kan duit dalam tu at the end of the semester. So aku pergi lah pejabat kewangan untuk uruskan benda alah nie.

Lepas dah dapat duit tu, ingat nak pergi ke kedai rasmi bobcats GCSU dekat downtown. Konon nak beli lah something yang berlambangkan bobcats untuk ingatan. Aku cadang nak beli sweater. Harga 40 USD uols, tolong jangan convert-kan dengan nilai mata wang Malaysia yang menyedihkan itu. Pasti menangis. Tapi masa tu kawan baik kat sana ajak makan-makan pulak dekat restoran jepun dekat downtown. Betul-betul berhadapan dengan kedai rasmi bobcats tu.

This was super delicious !!

Balik daripada makan-makan dekat restoran Japan tu, Takafumi and I went for a walk with his connection partner Clay. We went to his workplace. Dia nie ada masalah penglihatan, tapi semangat juang dia tinggi tau. Itu yang aku sangat kagumi lah. Dia nie wartawan. So dia lah yang tulis berita-berita sekitar Milledgeville tu setiap hari. Isn't that awesome ?


Balik dari melawat tu, aku suruh lah Takafumi dengan Eri datang bilik aku untuk ambik barang-barang yang dorang nak. Sebab nya, barang-barang yang aku tak bawak balik, aku dermakan dekat pejabat pelajar international iaitu Bone House. So that, for the next semester, new students can use the things that has been donated by previous students. Kebanyakkan nya bukan barang aku, aku pon ambik pelajar-pelajar sebelum nie punya. So tak lah rasa berat sangat nak derma tu. Bhahahahaha





Then i left them, i went to the Bone House and sent all the things that i wanted to donate. 
And these are what i found in my camera. 



I have no idea what were they doing. I guess it is the way how the Japanese says thank you ? 



And masa nie jugak aku tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan my other suitemate, Garret. Kebetulan dia ada dekat dalam bilik tu. As i mentioned before, dia nie jarang ada dekat bilik. Dia nie ikut fraternity. Frat nie macam persatuan lah. So dia memang busy lah dengan aktiviti-aktiviti frat dia. Dia pon nak balik dah masa nie.

Handsome kan ? Abaikan rambut Mcd aku tu yerp.

End up kan, aku lupa nak pergi kedai souvenir tu. Last-last aku tak beli apa pon yang melambangkan aku pernah jadi pelajar GCSU. Aku ingat nak beli sweater GCSU. Adoiiii menyesal sampai sekarang. 

Boleh order online, tapi dia tak buat international post. So aku ingat nak guna alamat budak UPSI yang dapat pertukaran belajar kat situ and suruh dia bawakkan balik. Setakat nie, tak ada lagi pelajar UPSI ke universiti aku tu. Wahh terus cop universiti tu sebagai universiti sendiri. Ada sorang junior pergi sem nie, dia dapat dekat Georgia. Tapi tak tertempah-tempah sampailah dah balik Malaysia pon. Takper, sorang lagi junior dapat pergi Georgia sem depan. Ingat nak tempah. Tengoklah acane nanti kalau dia sudi. Hihi

Semua pelajar international dibenarkan check out lewat yakni 13 December bersamaan hari Sabtu. Aku check out hari Sabtu tu. Memang sunyi gila sebab semua orang dah balik. Bilik semua dah kosong. Takut lah jugak bila time malam tu. Yang ada cuma CA aku je, sebab nak serahkan kunci kat dia.


Mohon alert ya, baju yang aku pakai masa last day nie merupakan baju yang diberi oleh Austin. Selesa sangat baju nie, sesuai dengan cuaca sejuk dekat sana. Tak panas tapi dia tebal so sesuai lah. Plus masa nie kan aku nak pergi bercuti selama 10 hari. Nak pergi bahagian utara, so memang perlukan sangat-sangat baju tebal macam tu. Terima kasih tau roommate tersayang kerana bagi baju nie. Hihi


This is what it looks like when i first checked in to the room, and now it is back to what it was

Austin got new roommate of course for the next semester

Good bye room 326, it was time to leave ya

Nama aku dah aku tanggalkan, aku bawak balik Malaysia. Kenangan kot.

And one thing that kolej Abang Harun perlu contohi. Aku pernah cakap benda nie dekat entri Jelajah Bilik dulu. Pandai-pandai lah korang cari in case korang belum baca lagi post tu. Abang Harun should prepare this list to the residents so that you can check whether they are doing it or not. Besides that, ingat tak borang yang aku tunjuk awal-awal dulu pasal ketidaksempurnaan bilik itu yang dinyatakan dalam satu borang ? Borang tu akan diguna masa untuk check out sama ada terdapat tambahan kerosakan ataupon sama je keadaan bilik tu dengan keadaan asal. Kalau rosak or berubah, penghuni dikenakan denda. Dan sesi check out mesti lah di pantau oleh pihak office atau pihak MMK so that senarai list yang diakui oleh penghuni seiring dengan keadaan bilik.


Kalau korang perhatikan, khususnya penduduk kolej kediaman UPSI, terdapat banyak kerosakkan yang ada. Dengan dinding diconteng-conteng nya. Pihak kolej ada ambik tindakan dekat pelajar terdahulu yang menghuni bilik tu ? Tak ada kan ? So sebab tulah kos penyelenggaraan tinggi dan bilik menjadi kotor dan tidak indah lagi seperti dulu.

Kat GCSU nie, bilik semua memang macam baru dihuni. Sangat bersih dan cantik. Dinding bersih tak berbelang or pecah. Ini lah satu benda yang aku rasa kolej kediaman UPSI patut buat. Tapi kalau nak buat sekarang, dah terlambat bro. Sebab kebanyakkan bilik-bilik tu semua dah kotor and rosak. So kena lah renew balik untuk laksanakan benda nie. Kalau tak, tak adil lah bagi penghuni-penghuni yang innocent lagi suci seperti diriku yang tidak berbuat apa-apa yang mengotorkan bilik kat kolej tu. Eh.

This is the picture that i promised to show ya. Carl without beard, clean shave.

Our last selfie together. Sebahagian daripada kami naik van yang disediakan oleh Bone House untuk ke airport. Aku lah salah seorang daripada orang itu. Sampai airport, semua ambik haluan masing-masing. Bye semua T__T

PESANAN PENAJA


" It was time to leave Milledgeville, see you again Milly. Bye Wells Hall ! =') "

Lama dah tak buat pesanan penaja.

Selepas check out nie, aku pergi bercuti selama 10 hari. Tunggu entri akan datang untuk tahu lebih lanjut. Aku actually sedang berazam untuk menghabiskan semua cerita America aku sebelum raya. Mudah-mudahan diberi kelapangan waktu, kerajinan yang maha dahsyat, serta idea untuk mengarang. Daa semua

See ya !

7 comments:

  1. Makanan/minuman dekat sini (US & Canada) tak payah beli large size sebab large diaorang memang large. Semput nak habiskan. Betul tak?

    By the way, rasa sedih pula bila baca walaupun aku tak experience benda yang aku experience ni. Tak tahulah macam mana nak handle perasaan untuk tinggalkan Canada nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat semput nak habiskan. tapi puas hati =) hihi
      lambat lagi kan tinggalkan canada ? Ke dah nak habis dah ?

      Delete
  2. can i ask u? macam mana bro dapat blajar di situuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...