Thursday, February 14, 2013

Pertama kali makan dekat Seoul Garden

Assalamualaikum 

Semalam, aku dan kawan-kawan sekolah menengah aku pergi keluar makan-makan. Lama tak berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan belajar dan sebagainya. Pagi-pagi gigih naik motor menuju ke rumah kawan aku nie dekat Jenjarom. Dahlah hujan renyai-renyai pagi tu. Basah jugalah baju yang dipakai. Sampai rumah Fadzilah di Jenjarom, kitorang pon menaiki kereta ayah dia untuk kelur. Ayah dia siap bagi duit minyak lagi tau. Hehe


Kitorang keluar makan dekat IOI Mall, Puchong. Kawan aku tiga orang nie memang hantu KPOP, jadinya dorang memang teringin sangat makan dekat Seoul Garden. Aku nie mengikut je sebab ada orang tu nak belanja. Ahaks ~


Seoul Garden nie tempat makan ala-ala Korean tetapi berkonsepkan steamboat dan grill. Harga dia boleh tahan mahal jugalah untuk satu kepala. Kalau makan hari-hari boleh bankrap ya. Sesekali makan, tak apa. Tambah-tambah orang nak belanja, itu lagilah tak apa. Hari-hari pon boleh. Hahaha



Memang dah lama betul kami berempat tak berkumpul. Sekali bila dah berjumpa, habis semua cerita terpendam kitorang canang. Riuh satu kedai dengan gelak ketawa kami berempat. Seronok tau makan-makan sambil berborak. Lagi-lagi bila kawan kau jenis masuk air. 





Dekat 2 jam lebih jugalah kitorang melahap dekat dalam Seoul Garden nie. Makan selagi boleh sampai rasa nak meletup. Bila perut dah penuh, nak berjalan-jalan pon rasa tak larat. Tapi gigih jugalah kitorang meneroka IOI Mall Puchong. Memang besar betul mall nie ya.



Dalam jam 3 petang macam tu, kitorang pon balik rumah. Tak ada beli apa pon, saja jalan-jalan untuk tengok-tengok je. Aku pon dah lambat masa nie sebab baliknya tu, aku terus bertolak menuju ke Seremban. Terima kasihlah kawan-kawan sebab dah belanja macam-macam. Semoga kalian terus dimurahkan rezeki. Ada rezeki nanti, kita berjumpa lagi.


Aku dah selamat sampai pon dekat Seremban. Gigih menulis entri nie cepat-cepat walaupun broadband aku berkelajuan siput. Aku tak nak tangguh sebabnya, jam 7 pagi hari ini, aku akan pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Ya Allah tak sabarnya ! 

Dah tu je, nanti aku update lagi ya. Kbye !

Post edited : August 2021

 

16 comments:

  1. Maka, murahlah rezeki orang yang belanja itu :)

    Jealosu tengok korang keluar ramai-ramai. Makan makanan Korea pula tu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok2 ajak farah pulak lahh..jom farah!!

      Delete
    2. Boleh je! :)

      Btw, typo pula.

      *jealous.

      Delete
    3. the more the merrier =D jom jom !!

      Delete
    4. Boleh! Boleh! Next time will be my treat pula. *kalau setakat keluar4-5 orang* :D

      Delete
  2. hahha, yg sue perasan zarep sorang tak pakai spec.. kihkihkih XD .. murah betol hati kawan tu, mohon belanja sue pulak ! kita pon x mampu :( hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklumlah , org banyak membaca mestilah pkai spec mata , kita nie je yg xbyk mmbaca . hahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum adik zarep! haha kau ni buat lawak selalu sambil baca blog ni. hee ehh akak belum pernah try seoul garden. harus bawa suami makan sini eh? hehheheheh

    ReplyDelete
  4. euwww, zarep tolong jgn perasan kiteorg pandang kau ye..krik krik krikk..
    btw, best giler semalam..akhirnye dapat jugak lepak cmni lagi..thankz zarep sudi lepak walau kejap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah zarep ! pndai kau edit gmbar utk kpntingn peribadi =="

      Delete
    2. ceyhh ayat mcm aq nie busy sgat je xde msa utk kluar *rsa artis kjap* lpas nie keluar lagi yer =) kalau nk belanja lagilah bagos =D

      zuhair : mne de mmg korang pandang aku pon >__<

      Delete
    3. nnty tunggu elaun tunggakan aq masuk jom enjoy lg..hahaha

      Delete
  5. walaweh dah dekat sangat la kat rumah aku. bosan doh g ioi nuh. pergh padahal, takde masa kan sebab kerja. muka gangster seh zaman sekolah dulu. haha. zaman sekolah paling awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahh dekat ke ? xtau pulak , huhu . mahal2 jugak baju2 kat situ . zaman skolah mmg awesome ! ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...