Monday, December 17, 2012

Langkawi : Day 4

Assalamualaikum

Bila dah sampai hari terakhir di Pulau Langkawi nie, rasa malas pula aku nak menaip. Hari terakhir kami di Langkawi tak banyak tempat pon kitorang pergi. Rata-rata kami tumpu untuk shopping je.


8.00 am (6 Disember 2012) 

Seperti biasa, keluar pagi-pagi cari sarapan. Kali nie kitorang tak makan McD, muak makan McD hari-hari. Mentang-mentanglah sarapan kat McD tu murah. Kali nie tukar selera, kitorang makan dekat KFC pulak. KFC nie lagi dekat dengan motel kitorang, jalan kaki tak sampai 3 minit dah sampai. Tapi dek kerana kitorang nie malas nak jalan kaki, kitorang pon naiklah kereta.



8.50 am (6 Disember 2012)

Selesai sarapan, kitorang berjalan kaki ke Pantai Cenang untuk ambil gambar. Ini juga tempat wajib bergambar bila datang Langkawi.




9.05 am (6 Disember 2012)

Bawa kereta balik ke motel, letak semua barang-barang dalam bilik. Masa untuk mandi dekat pantai.

10.30 am (6 Disember 2012)

Siap-siap untuk check out dari Amzar Motel.




10.55 am (6 Disember 2012)

Sekarang masa untuk shopping menghabiskan duit. Kitorang pergi shopping minyak gamat dulu. Dalam pada nak jimat minyak yang kitorang isi semalam tu, boleh pula tersesat jauh. Dah kena isi minyak lagi.


Aku dah bertekad tak nak habiskan duit lagi untuk isi minyak kereta goyang nie. Kitorang isi minyak RM5 je sebab nak bagi kereta tu macam yang abangg kereta tu bagi dekat kitorang. Minyak di tahap E.

11.10 am (6 Disember 2012)

Alhamdulillah jumpa jugak kedai gamat nie. Kitorang shopping gamat dekat Nusantara Maju. Nusantara Maju nie kira paling popular kedai jual minya gamat dekat Langkawi. Kebanyakkan blog yang aku baca, semuanya shopping minyak gamat dekat sini. Jadi aku tak nak lah shopping minyak gamat dekat tempat yang tak popular kan. Apa pulak kata orang kampung nanti. Boleh macam tu ?





Lokasi Nusantara Maju nie betul-betul dekat tepi jalan besar. Kalau nampak simbol botol besar tu, hah tu lah dia. Banyak juga minyak-minyak yang aku borong dekat sini. 


11.55 am (6 Disember 2012)

Meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk sambung aktiviti shopping. Tapi sebelum tu, kitorang pergi Dataran Helang untuk bergambar. Parking punyalah payah nak dapat. Last-last dapat tempat yang agak jauh, jadi terpaksalah berjalan kaki sikit untuk ke Dataran Helang nie.



Sempat beli keychain murah masa berjalan kaki nak ke Dataran Helang nie. Murah je !


12.15 pm (6 Disember 2012)

Berjalan kaki lagi untuk pergi ke taman yang berhampiran. Dekat je dengan Dataran Helang nie.


12.30 pm (6 Disember 2012)

Menuju ke Pekan Kuah semula untuk memborong coklat pulak. Tempat paling disarankan untuk memborong coklat ialah di Haji Ismail Group. Nafsu dan ketamakkan mendorong diri ini untuk menghabiskan duit sebanyak RM109.90 hanya untuk membeli coklat sahaja. Pejamkan mata je bila bayar, bukan selalu pon kan.


Nak beli coklat nie tak tenang, sebab kitorang parking kereta tak bayar. Kejap-kejap keluar tengok kereta, takut kena saman. Yang kitorang nie pon satu, lama sangat dalam HIG. Nak beli coklat je pon tapi lamanya tu macam nak beli kain baju raya.


Lepastu kitorang jalan kaki ke seberang untuk tengok gerai-gerai yang jual baju. Banyak gerai baju kat situ, kene pandai tawar-menawarlah. Usha harga dari satu kedai ke satu kedai. Lepastu putuskan kedai mana kita nak bagi rezeki. Hahaha


1.50 pm (6 Disember 2012)

Lepas dah habis borong segala macam, kitorang singgah Pekan Rabu untuk isi perut yang sudah berkeroncong. Seriously, pelik tengok warna lauk daging tu. Whatever it is, daging tu rasa dia sedap !



Total duit habis untuk makan tengahari nie RM17.

2.30 pm (6 Disember 2012)

Masa untuk pulangkan kereta. Kitorang janji nak pulangkan kereta sebelum jam 3 petang. Kalau terlebih masa nanti kena tambah ekstra cas RM10. Masa untuk serahkan semula kereta goyang nie pada abang tu.


Wahai kereta kancil KBU 5133, walaupun kau bergoyang-goyang masa kitorang bawa laju, walaupon gear kau susah nak masuk, walau seburuk mana pon keadaan kau wahai kereta, tapi kau telah menyempurnakan empat hari kitorang di Langkawi. Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kau wahai kereta kerana kau tak buat ragam semasa kitorang menggunakan perkhidmatan kau. Cuma aku sedikit terkilan kerana kau kuat makan minyak, itu saja .

Pulangkan kereta dapat deposit RM100 kitorang balik. Macam mana dia bagi kereta tu dekat kitorang, macam tu jugak kitorang bagi kereta tu dekat dia. Bagi minyak tu betol-betol dekat E baru lah kitorang serahkan kereta tu.

3.00 pm (6 Disember 2012)

Beli tiket feri berlepas jam 4 petang. Tunggu 10 minit je, lepastu jam 3.30 petang dah boleh masuk feri.



5.30 pm (6 Disember 2012)

Sampai juga kitorang dekat jeti kuala Perlis nie semula. Dekat dengan jeti ada KFC, kitorang singgah makan dekat situ. Lama jugak lah kitorang dekat KFC tu.


6.30 pm (6 Disember 2012)

Dekat nak maghrib kitorang tak solat asar lagi. Punya lah keliling sekitar Kuala Perlis tu cari surau. Tapi tak jumpa. Ada surau dekat jeti tapi, minta maaf lah yer. Suraunya agak uzur, kotor dan tak selesa.

Di pertengahan laluan jalan ada pulak simbol Satu Malaysia nie. Bergambar dulu !


6.45 pm (6 Disember 2012)

Jumpa jugak surau akhirnya di stesen bas. Surau dekat stesen bas nie lagi hazab teruknya. Dengan berhabuknya macam tak ada orang pernah solat kat situ. Sampaikan wayar-wayar letrik nie pon tak tertutup, siap tulis bahaya lagi.

7.45 pm (6 Disember 2012)

Duduk dekat surau tu sampailah waktu maghrib. Lepas solat maghrib, kitorang pergi KFC semula. Zinger double down tadi tak sentuh lagi sebab kekenyangan makan 3 ketul ayam, so kitorang lahap burger tu time nie lah. Beli air mineral kat kedai sebelah bawak masuk KFC. Habis makan terus mengarang ayat untuk update blog. Sebab tu cepat je post hari pertama aku siap.


9.20 pm (6 Disember 2012)


Bagus Sani Express nie. Bas cantik, awal dan tepati masa pulak tu. Good job Sani Express ! Lepas nie aku akan terus menggunakan perkhidmatan Sani Express. Maka bertolaklah kitorang dari Kuala Perlis menuju ke Klang Sentral jam 9.35 malam.

6.30 am (7 Disember 2012)

Dalam keadaan mamai sebab mengantuk, Faries kejutkan bagi tahu yang kitorang dah sampai di Klang Sentral. 


Safely arrived at klang sentral, Alhamdulillah. Kitorang pon berjalan kaki menuju ke McD berhampiran untuk menggunakan perkhidmatan wifi percuma di sana. Jam 9 pagi barulah ibu aku sampai untuk pick up kitorang berdua. Terima kasih ibu sebab lambat.


Alhamdulillah, selesai pon update cerita 4 hari 3 malam percutian aku di Langkawi. Total duit kitorang habis agak-agak berapa ? Meyh kita kira sama-sama.

RM853.40 + RM232.70 + RM190.30 + RM516.95 - RM150 = RM1643.45
( Tolak RM150 tu duit deposit kereta dan deposit bilik )

Terima kasih buat Faries sebab jadi partner bercuti yang sangat sabar dengan kerenah aku dalam soal bergambar, tahan kene maki sebab si Faries nie tak tau tengok peta. Hahaha


32 comments:

  1. yeahh done ! hahahha.. best pulak dgr cerita zarep nih..lepas ni kalau g honeymoon update jugak tau ! hahah

    ReplyDelete
  2. xto awak nak ke langkawi,,tp nice postings, well done!next time pekata datang homestay akak.2h1m akak bg free je spaya awak bleh buat testemoni, amacam?beminat x?homestay akak tak jauh pun dari amzar motel tu, dalam 5 min je. next time nk kesini, halo akak okey!..kak rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaa tak tau pulak kak rose ada homestay . insyaAllah lenkali kalau saya datang sana saya roger kak rose okey =D terima kasih kak rose ^^

      Delete
  3. best nye vacation 4 days in langkawi.. byk gak eh spend..
    yg penting puas n semua tempat dpt melawat.. so xde ape nk disesalkn.. =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , duit habis boleh cari lagi . hewhew =D

      Delete
  4. len kali p mana2 update lagi ye :) seronok baca !

    ReplyDelete
  5. nak update blog mmg kena karang dulu ke??wahhh dasyat , tk penah dengar seumur hidup aku =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku nie jenis updated blog mengambil masa berhari-hari untuk siap , tambah2 kalau post tu panjang . memang lama . so jalan mudah ialah dengan mengarang dulu ( sekiranya ad masa terluang ) , lepastu on lappy terus je taip . kan senang ? =D

      Delete
  6. wow ^^ it's ohsemmmmm ^^ btw si Zarepp nihh mmg suke beno melompat2 yeee .. =) heee .. btw .. pic yg nmpak baces tu .. mne ade ugly laa.. ^^ shomell =)

    ReplyDelete
  7. maka berakhir la episod cuti zharepp. rasa cam nak lagi je. haha. feeling2 cam aq ada kat sana. haha. eh daging tu serius pelik. Pastu meleleh plak tengok ABC tu. Sedap bangat seh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik kan kaler daging tu , abc tu serious sedap ^__^

      Delete
  8. Assalamualaikum dik, perghhh best! murah juga kalau pergi berdua. lagi best kalau pergi untuk honeymoon! miahahahah. kerlasss kau dik ada partner :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi berdua memang best , kalau pergi reramai , banyak drama pulak nanti . hahahaha

      Delete
  9. sumpah best..!! dan sangat tak sabar nak pergi langkawi lagi..!!

    ReplyDelete
  10. Best bacer blog adik zharif pergi langkawi ngn fares....enjoy rasa..nk tergelak pun ada tgk aksi2 korg nieh..terasa cm ada kat langkawi dah hukhuk :P Insyallah kalau ada masa ingt nk pergi jgk..seronokk jalan ngn frndss niehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkawi memang seronok =) lagi2 kalau pergi dgn family or best friend ^__^

      Delete
  11. As salam..... Zharif, ok tak amzar motel tu? Saya akan pergi bersama keluarga pada bulan 4 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat oke =) sesuai dengan harga nya . btw kalau pergi satu keluarga ambik lah pakej untuk keluarga . kalau bilik yg sy pilih tu untuk 2 or 3 org je =)

      Delete
  12. kerajaan ada buat sukarelawan p[elancongan update la ke facebook depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk apa erk sukarelawan pelancongan tu ? apa nama facebook nya ?

      Delete
  13. Ya....memang best citer zarip ni....i give 5 star rating......

    ReplyDelete
  14. ok tak ya amzar motel tu...sbb cadang nak check in disitu juga.....dekat x jika nak g mana2 menggunakan kaki sahaja...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke je amzar motel tu.. sangat dekat dengan pantai.. jalan kaki xsampai 5 minit pon.. dekat dengan underwaterworld, dengan shopping mall.. tak rugi lah kiranya pilih amzar motel nie =)

      Delete
  15. blog yg sgt awesome!!!! well-presentable... keep it up bro...kalau pegi vacation mane2 jgn lupe update lagi ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you anon =D
      i will, but tak tahu lh bila nk melancong lg.. huhu =)

      Delete
  16. best la bace cerita dia ni.lucu sgt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini