Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak berkongsi pengalaman menginap di Geo Resort & Hotel yang terletak di Genting Highland ketika bulan puasa. Ramai tak tahu, sepanjang bulan puasa banyak hotel-hotel adakan promosi pakej penginapan beserta buka puasa. Tak ketinggalan, Geo Resort & Hottel pon adakan promosi yang sama.
Promosi ini diberi nama Iftar Kayangan yang mana tetamu yang mengambil pakej penginapan sepanjang bulan puasa ini dapat menikmati buka puasa dan sahur bufet yang disediakan. Aku dapat Superior Room dengan katil King Sized Bed.
Geo Resort & Hotel tak berada jauh dari petaling Jaya. Lebih kurang dalam 1 jam perjalanan sahaja. Saja datang menginap dekat sini untuk rasai kelainan berpuasa di tanah tinggi. Tibahh. Boleh dikatakan, Geo Resort & Hotel ini agak mewah sebab ruangan lobi sahaja sudah terasa kemewahan tersebut. Proses check in sangat smooth dan kami dibenarkan uuntuk check in awal. Bolehlah rehat-rehat dalam bilik sementara tunggu waktu berbuka.
Bulan puasa kan, jadinya tak banyaklah benda dapat buat. Kalau korang rajin, bolehlah pergi ke Genting Highland Premium Outlet. Dalam 10 minit memandu je dari Geo Resort & Hotel nie. Aku pilih untuk berehat sahaja dalam bilik. Apa yang best bilik aku nie sebab ada balkoni dan pintu balkoni tidak dikunci. Kebanyakkan hotel-hotel dekat KL yang aku inap, balkoni dorang mesti tidak boleh diakses. Pintu mesti terkunci. Tapi dekat Geo Resort & Hotel nie, korang boleh ambil udara segar di balkoni. Syiok!
Waktu berbuka sudah semakin hampir, kami berdua bersiap-siap untuk turun ke dewan makan. Kami berdua mengenakan set Baju Melayu Tradisional sebab nak berjoget lambak lepas berbua nanti. Ye, ada acara joget lambak lepas waktu berbuka. Ini merupakan salah satu tarikan berbuka puasa di Geo Resort & Hotel.
Menu berbuka puasa?
Menu Iftar Kayangan dekat Geo Resort & Hotel nie memang meriah. Pelbagai jenis masakan yang disajikan. Daripada menu kampung, menu fusion dan juga menu barat. Semua ada! Pokoknya, memang kenyanglah kalau berbuka puasa dekat sini. Sampai satu tahap, tak larat dah nak makan sebab banyak sangat. Semua sedap-sedap pulak tu.
Untuk aku, sudah tentu aku akan kejar menu makanan laut dulu. Hihi.
Paling best, ruangan asam pedas mereka sebab tetamu boleh pilih nak lauk apa. Chef akan masakkan on the spot. Asam pedas mestilah kena dengan ikan pari, ye dakk ? Jadinya aku pilih ikan pari. Kalau ada telur ikan mayong nie, uishhh lagi terangkat.
Sesudah berbuka puasa, ada pula pengumuman best dress. Haihhh tak sangkalah nama boleh naik malam tu. Walhal pakai baju melayu biasa saja. Terima kasihlah Geo Resort & Hotel sebab memilih saya sebagai salah seorang pemenang ya.
Meriah sangat buka puasa malam tu sebab menyaksikan gelagat Kak Maria Tunku Sabri, Kak KM dengan Kak Sharifah Shahira atas pentas. Tak kering gusi dibuatnya bila mereka bertiga pegang mikrofon. Ada je benda yang dibualkannya.
Untuk waktu sahur pula, tetamu boleh ke Level 1 untuk menikmati juadah bersahur. Juadah bersahur tidaklah semeriah ketika waktu berbuka. Kau gila juadah sahur nak hidang kambing golek, memang idaklahh. Menu bersahur adalah menu-menu biasa yang kita jumpa ketika bersarapan. Cuma extra dekat sini ada roti canai. Sedap makan roti canai panas-panas dekat pergunungan. Sejuk betul ruangan makan dekat situ sebab jenis open area. Berkabus teballah sekeliling.
Kalau korang merancang untuk menginap sambil berpuasa di tanah tinggi, bolehlah datang ke Geo Resort & Hotel, Genting Highland nie. Pakej Penginapan Iftar Kayangan ini adalah sebanyak RM498 nett. Pakej ini sah sepanjang bulan Ramadan ini sehingga 31 March 2025. Cepat buat tempahan sekarang sementara slot masih ada.
Sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang yang berikut www.georesort.my atau hubungi nombor yang berikut 03-9213 0838 / 019-212 2838
Memang iftar kayangan ni
ReplyDeleteMeriah dan mewah menunyer