Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ayuhlah kita sambung cerita Know Know Arrived aku ke Japan nie. Sekarang kita berada di hari ketiga dan mungkin aku akan sekalikan terus dengan hari keempat sebab tak banyak sangat aktiviti untuk hari ketiga dan keempat nie.
Pada hari ketiga pagi tu masih lagi salji turun dengan lebatnya. Pagi-pagi tu nampaklah kapal korek dok bersihkan jalan untuk bagi laluan untuk kereta. Tapi makin lama makin lebat salji turun dan literally sia-sia je dorang bersihkan salji tu. Sudahnya jalan raya tak nampak apa. Semua dilitupi salji yang tebal.
Sampaikan kitorang nak keluar, kena pinjam payung hotel. Sebab salji masih turun dan risau baju basah. Ada payung percuma disediakan pihak hotel untuk penginap guna. Kitorang kena jalan kaki menuju ke stesen bas. Dari hotel kitorang nak ke stesen bas nie dalam 1km macam tu. Destinasi kitorang untuk hari ketiga iala teroka bandar Otaru. Kitorang akan pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Otaru. Otaru nie agak jauh jugalah dari Sapporo dalam 2 jam perjalanan. Korang boleh pilih sama ada nak naik bas ataupun train. Kitorang pilih untuk naik bas.
Destinasi pertama kami ialah Otaru Aquarium. Tapi malang sekali, sewaktu kami sampai tu baru tahu Otaru Aquarium tidak beroperasi pada hari tersebut. Tak tahula sebab apa. Agak sedih jugalah sebab ini salah satu lokasi untuk diterjah kalau datang Otaru. Tapi tak apa, tanpa buang masa, kami teruskan perjalanan menuju ke Otaru Tenguyama Ropeway. Sebenarnya, Otaru Tenguyama Ropeway nie tak ada dalam itinerary kitorang pon.
Round-trip ticket : 1600JPY
Kalau semalam kitorang naik cable car pada waktu malam, kali nie kitorang naik cable car waktu siang di destinasi berbeza. Dapatlah tengok suasana salji dari atas gunung. Masa kami datang nie, tak ramai lagi orang. Tak tahulah sama ada kami datang pagi sangat atau orang-orang sekitar sini tak nak keluar ketika salji turun dengan lebat. Literally macam kitorang je yang ada dekat Otaru Tenguyama Ropeway nie. Dekat sini banyak instagrammable spots.
Dah habis bergambar, kami tak terus turun. Saja lepak lama-lama dekat atas gunung nie. Masa nie sumpah sejuk gila. Walaupun dah pakai baju tebal-tebal, tetap terasa kesejukannya tu. Singgahlah Tenguyama Cafe beli corn soup dan juga hot coffee untuk panaskan badan. Hirup coffee panas dengan view yang sangat cantik. Korang boleh nampak orang-orang bermain ski dari atas nie. Mount Tenguyama nie pon merupakan destinasi ski juga.
Seterusnya, kami pergi ke Otaru Music Box Museum. Dalam nie terdapat banyak jenis musical box. Dari sebesar-besar alam sehinggalah sekecil-kecil alam. Korang nak beli musical box tu bolehlah beli. Kitorang tak berniat nak beli apa-apa. Hanya sekadar tengok-tengok je. Dekat sekitar sini, memang ramai sangat pengunjung. Berbeza betul dengan Tenguyama Ropeway tadi.
Admission Fee : FREE
Dekat depan Otaru Music Box Museum nie, ada satu menara jam yang cukup significant dengan bumi Otaru iaitu Otaru Steam Clock. Setiap 15 minit menara jam nie akan mengeluarkan steam macam keretapi lama tu. Sangat klasik menara jam Otaru nie. Dan seriously, walaupun hanya sekadar bunyi dan mengeluarkan wap, agak mengejutkan sebab ramai yang menunggu ya. Otaru Steam Clock nie kira dah jadi satu landmark yang cukup significant dekat Otaru.
Seterusnya kitorang pergi ke Otaru Cafe x Hello Kitty. Tempat-tempat nie literally bersebelahan from each other. Juga salah satu lokasi yang disarankan untuk terjah. Kalau korang peminat tegar Hello Kitty bolehlah singgah dan beli merchandise Hello Kitty dekat sini. Dekat dalam nie juga ada kafe tau. Minuman dan makanan dia semua bermotifkan Hello Kitty. Tapi kitorang tak beli apa-apa pon dalam nie.
Kami lebih memilih untuk makan sesuatu yang mengenyangkan. Dekat Otaru nie, ada beberapa pilihan restoran Halal untuk korang makan. Kitorang makan dekat Donburi Chaya. Donburi Chaya nie banyak betul cawangan dia dekat Sapporo. First restoran yang kitorang singgah masa sampai Sapporo pon Donburi Chaya jugak. Dekat Otaru nie pon kami makan dekat Donburi Chaya.
Sebelah Donburi Chaya nie pon ada restoran Halal juga, bolehlah jadikan option korang kalau dah bosan asyik makan dekat Donburi Chaya. Kitorang tak perasan ada restoran Halal lain sebelah Donburri Chaya nie. Kalau tahu, awal-awal dah terjah situ dulu.
Walaupun tengah sejuk-sejuk, tetap singgah makan aiskrim yang ramai sangat sarankan. Aiskrim nie berperisa buah-buahan dan ia merupakan lapan lapisan aiskrim. Rasa dia masyaAllah sedap ! Korang carilah Kitaichi Original dan nanti ikut jelah map tu untuk ke sini. Semua tempat nie walking distance je dari each other.
Seterusnya, lokasi terakhir kami di Otaru ialah Otaru Canal. Orang kata, tempat nie merupakan lokasi romantik dan ramai pasangan bercinta datang sini untuk bermadu asmara. Gituhhh! Tak tahulah apa yang romantiknya tempat nie. Macam biasa-biasa je. Tapi okaylah buat rasa-rasa walaupun kitonyo single forever.
Lepastu kitorang cepat-cepat kejar bas untuk pulang semula ke Sapporo. Sampai Sapporo dalam jam 8 malam macam tu. Masih agak awal untuk kami balik ke hotel dan ini merupakan malam terakhir kami di Sapporo. Jadinya, kenalah singgah Observatory Deck Sapporo TV Tower malam tu juga sebab besoknya nak fly balik Malaysia dah dan tak sempat nak singgah mana-mana.
Admission Fee : 1000 JPY
Tak ada apa sangat actually dekat atas nie, hanya sekadar nak tengok bumi Sapporo pada waktu malam which is cantik. Tapi kami tak lama pon duduk dalam nie sebabnya cuma sekadar nak tengok view sahaja. Adalah kedai souvenir dalam nie tapi harga dia menakutkan sikit. I mean tak adalah menaktkan apa, cumanya macam tak berbaloi dan banyak lagi souvenir lain yang lebih cantik dekat tempat lain.
Sebelum balik hotel, kami singgah convenience store untuk beli makanan. Kitorang decide untuk makan dekat hotel je sebabnya dah penat berjalan satu hari dan tak ada kedai makan Halal yang buka lagi masa tu. Yang best dekat Jepun nie sebab banyak makanan dorang berasaskan makanan laut yang mana kita boleh makan tanpa perlu rasa ragu.
---------------------------------------------------------------------------
Hari Keempat, yakni hari terakhir kami di bumi Sapporo, kami bangun awal-awal pagi untuk pergi shopping. Lokasi shopping yang disarankan untuk terjah ialah Mega Don Quijote Sapporo. Tempat nie merupakan gedung membeli belah yang cukup terkenal untuk korang shopping. Kitorang tak tahu yang Don Quijote Sapporo dibuka 24 jam. Kalau tahu, malam semalam tu kitorang singgah terus sebab semalam pon masih awal lagi untuk balik ke hotel. Ingatkan dah jam 9 malam tu dah tak ada empat nak terjah dah.
Silap kami tak buat research pasal opening hours Mega Don Quijote Sapporo nie. Bila dah masuk tu rasa macam tak nak keluar. Dah lah kitorang ada 3 jam je untuk shopping sebabnya nak kena menuju ke airport. Kedengaran macam lama kan 3 jam tu ? Tapi tidak ya. Bila korang dah dekat dalam ie, korang jadi ralat dan ambil masa yang cukup lama tengok-tengok barang yang dijual dalam gedung Mega Don Quijote Sapporo. Menyesal tak terjah tempat nie masa awal-awal sampai Sapporo.
Seriously banyak gila barang kami beli untuk dijadikan buah tangan balik ke Malaysia. Korang kalau rasa persiapan winter nak datang Sapporo nie tak cukup, datang je Mega Don Quijote Sapporo nie. Semua benda ada. Harga not bad, boleh tahan murah dan mampu milik. Yang penting, sangat menepati piawaian untuk menempuh winter. Sebabnya gloves yang aku beli dekat Malaysia tidak menepati piawaian. Still rasa sejuk beku tu. Tapi gloves yang dijual dekat sini, literally tak rasa sejuk langsung.
Lepas dah shopping, kitorang menuju semula ke hotel untuk check out. Tak jauh pon Mega Don Quijote Sapporo nie dari hotel kitorang, dalam 15 minit berjalan kaki. Tak ingatlah the exact timing, tapi kira walking distance jugalah. Sangat bersyukur menginap dekat hotel nie sebabnya semua tempat walking distance je. Tak perlulah kitorang usung bawa luggage ke Mega Don Quijote Sapporo nie sebabnya masih sempat untuk check out tanpa perlu extend masa.
Selesai check out, kitorang naik train untuk menuju ke stesen bas utama. Tak ingatlah stesen bas apa tapi yang pasti tak ada train yang direct terus ke airport. Kena tukar dekat station tu untuk naik bas menuju ke airport. Hari terakhr kami dekat Sapporo nie barulah kami cuba untuk naik train. Transportation utama kitorang sepanjang dekat Sapporo nie ialah bas.
Kitorang transit 3 jam dekat Shenzhen. Lepastu baru naik semula kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur. Bosan betul transit dekat Shenzhen airport nie sebab tak ada apa-apa. Mungkin sebab waktu transit kitorang lewat malam dan tak banyak pilihan selamat untuk kami singgah makan. Singgah Starbucks dan makan makanan vegetarian je masa transit nie.
Kitorang sampai KLIA dalam jam 3 pagi macam tu. Terus pergi bersahur dekat food court KLIA. Tarikh kami balik Malaysia masa nie merupakan satu Ramadan. Ngam-ngam timing percutian kitorang masa nie. Balik-balik je bulan puasa. Kiranya sebelum berpuasa kita jalan-jalan Japan dulu.
Itu sahajalah cerita Know Know Arrived kami di Sapporo Japan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan segala yang dirancang terlaksana. Terima kasih sudi baca dan semoga berjumpa lagi di entri Know Know Arrived aku yang akan datang. Negara mana kita terjah lepas nie ? Tunggu .........
No comments:
Post a Comment