Tuesday, February 20, 2018

Restoran Johor Riau Pontian Johor Terbaik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebaik sahaja selesai lawatan kami ke Pulau Kukup, kami singgah sebentar ke Restoran Johor Riau untuk makan tengahari sebelum meneruskan ke Tanjung Piai. Tanjung Piai dan Restoran Johor Riau tidak berada jauh, lebih kurang dalam 5-10 minit perjalanan. Sangat dekat !


Kalau korang mencari restoran yang menawarkan masakan tempatan Johor, aku sangat sarankan korang singgah ke Restoran Johor Riau nie. Makanan-makanan dia masyaAllah sedap gila. Mari kita terjah satu persatu hidangan yang dihidangkan kepada kami. Jangan terliur sudah lah !

Siput Sedut Berempah 

Masa nie, aku memang dah lama gila-gila tak makan siput sedut. Bila dapat makan siput sedut masa nie, ya Allah nikmat gila ! Siput sedut berempah nie memang aku sangat recommend untuk korang order sebabnya rasa dia sedap sangat. Tak tahu nak describe rempah dia tu rasa macam mana. Yang pasti sangat secukup rasa. Pedas masin semuanya ada.

Bebotok Ikan Parang

Ini merupakan pertama kali aku dengar nama hidangan Bebotok. Bila dah pertama kali dengar tu, maksudnya pertama kali jugaklah aku mencuba hidangan ini. Memang penasaran sangat apa bebotok nie sebenarnya. Rupanya ianya adalah hidangan ikan yang dicampur dengan ulam-ulaman. Dibungkus dengan daun pisang beserta rempah-rempahnya. Kira macam masak ikan pais gitue. Rasa dia unik. Tak pedas pon.

Belangkas Lemak Cili Api - seekor RM 20

Belangkas ? Selama hari nie aku cuma dengar je orang kata makan belangkas nie sedap. Tapi tak pernah pulak terasa ingin mencuba atau mencari hidangan belangkas nie. Bila dah sampai Johor, baru aku tahu, belangkas sangat popular di kalangan orang Johor. Memang kalau ada acara makan-makan besar, mesti akan order belangkas.

Agak penasaran juga apa rasa belangkas nie. Orang kata, telur belangkas nie sedap. Aku pon tanpa segan silu mencuba hidangan ini. Telur dia agak crunchy yer. Bila digigit tu macam bunyi pop pop pop. Seketul-seketul pecah dimulut. Sedap ke ? Bagi aku sedap je. Masak lomak cili api ko gila tak sedap. Haruslah sedap.

Owner restoran ada memberitahu, untuk mereka yang baru pertama kali merasa hidangan belangkas, jangan makan banyak-banyak, nanti pening kepala. Aku sangka itu hanya mitos sahaja, sekali betul lah. Aku tidak mengendahkan nasihatnya itu, aku pon melantak tak ingat dunia. Sebab sedap gila. Lepas dah selesai makan, barulah kepala start rasa pening-pening. Terus ku bermonolog dalaman, hamil kah aku ? Choi ! Tapi serious memang sedap belangkas nie.

Otak-otak Kampung Ikan Tenggiri

Restoran Johor Riau nie pon terkenal dengan otak-otak kampung ikan tenggirinya. Malah mereka siap ambil tempahan kot untuk otak-otak nie. Jadi, sesiapa yang berminat nak beli otak-otak kampung yang dijual di Restoran Johor Riau nie, boleh lah contact nombor yang akan aku attach di bawah. Rasa dia lain dari yang lain. Tidak seperti otak-otak yang aku pernah makan sebelum nie.

Lokan

Untuk pengetahuan korang, aku tidak boleh makan makanan laut yang bercengkerang seperti kepah dan yang seangkatan dengannya coz i had bad experience with it. Kalau aku makan, aku akan start rasa mual dan akan muntah keluarkan balik apa yang aku makan. It will ruin my day i tell you. Sebab tu aku elakkan. Takut nak cuba. Jadinya aku tak cuba makan lokan nie. Nampak menyelerakan sangat kan hidangan lokan nie ? Aku assume mesti rasa dia sedap gila.

Signature Dish - Sup Riau 

Inilah signature dish dekat Restoran Johor Riau nie. Nama diberi sup riau. Rasa dia tak tahu nak describe macam mana. Bukan rasa tom yam dan bukan rasa sup. Rasa dia sangat unik, tak pernah lagi aku rasa kuah sup sebegitu. Dalamnya terdapat pelbagai makanan laut seperti udang, ketam, lokan dan siput sedut. Memang kaya dengan seafood dalam sup riau nie. Bagi aku, rasa dia sedap. Cubalah !

Ulam-ulaman


Aku tak ingat apa nama kuih dekat atas nie. Dan rasa dia pon aku completely lupa macam mana rasa dia. Nama dia pon aku tak ingat. MasyaAllah dikk ! Boleh dapatkan kuih nie dekat sini ya nanti.


Ada satu hidangan iaitu ikan siakap asam pedas. Yang tu pon terbaik. Perghhh ! Kuah dia pekat dan secukup rasa. Pedas and masin. Padu ! Overall, aku sangat berpuas hati makan di Restoran Johor Riau nie. Semua makanan sedap-sedap belaka. Serious sedap gila !


Rezeki kami pada masa tu, tuan restoran hidangkan kami buah pulasan. Kebetulan tengah ranum berbuah. Dapatlah merasa buah pulasan. Lama dah tak makan buah pulasan. Dipulas ya, jangan digigit. Nama pon pulasan.


RESTORAN JOHOR RIAU

T16 Kg Parit Maiden, 82030 Serkat Pontian, Johor
Tel : 012-673 7631 (Bella)

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin 
11 AM - 12 PM


Maaflah tak dapat nak bagi details harga setiap menu sebabnya harga lain-lain mengikut saiz hidangan. Ini aku attach-kan pakej jimat yang ditawarkan di Restoran Johor Riau. Jadi boleh lah bajet-bajet nak ambil set apa nanti.


Terima kasih Restoran Johor Riau kerana menyajikan makanan yang enak-enak buat kami. Semoga perniagaan Restoran Johor Riau terus maju. Jemput semua datang sini bawak satu family.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini

19 comments:

  1. Siput sedut berempah? Tak pernah lagi dengar apatah lagi mencuba! Tapi nampak menyelerakan sangat! Thank you suggestkan tempat makan ni!

    ReplyDelete
  2. Siput sedut tu... My feveret. Dah lama tak menyedut. Selalu jumpa siput sedut masak lemak. Tak jumpa lagi selain masak lemak. Ni 1st time jumpa siput sedut berempah. Menjejes ailio tengok lauk pauk ni.

    ReplyDelete
  3. I super wanna try the lokan, otak-otak, belangkas lemak cili api and the siput sedut...all looks so yummy..and now I am hungry...great...

    ReplyDelete
  4. Apesal semua tu menggamit selera akak erk...apesal restoran ni jauh sangat erk...apesal hati meronta- ronta nak terjah erk...hahahaha...kejam la dik entry ni..balas dendam ke...hahahahah

    ReplyDelete
  5. Ala xde schedule lagi ke pontian..mesti kena try ni..sbb bila pegi jb mmg x jmpe kedai yg jual mkn tempatan johor..ssh sgt

    ReplyDelete
  6. I teruja tegnok siput sedut yang berempah tu la nampak macam sedap macam seksi pula... lama tak sedut menyedut ni LOL.... nanti ada lagi trip macam ni let me know ya ahahahahahahahahaahah

    ReplyDelete
  7. fuh .. sedap-sedap semuanya .. awat la jauh kat johor nu restoran ni zharif uit.. huhu.. kalau dekat boleh la TB singgah.. heee.. fuh.. lokan tu nampak sedap.. dah lama tak makan lokan.. dulu makan lokan kat kg .. masa tu umur pun baru kanak-kanak riang.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. hari tu kita join trip ETR tak sampai dekat pontian kan! kalau tak sure boleh rasa semua makanan kat atas Ya Allah semua nampak sedap sekali... memalam terjah sini terus lapar balik !

    ReplyDelete
  9. Wahhh siput sedut berempah...rasanya time bulan puasa je kot boleh dapat kat pasar ramadhan kat desa pandan...tapi tak tahu lah sama ke idok rasa mcm kat atas tu. Tengok makanan yang kat atas ni..fuhhhh buat hati gundah gulana tau...huhuhu

    ReplyDelete
  10. Wah semua menu lia suka lah. Siput sedut, lokan, otak-otak, belangkas semua nampak sedap. Cara masakan pun berbeza dengan tempat lain. Harap lah dapat pergi sana merasa sendri.

    ReplyDelete
  11. Oiiiiii mengundang betul la gambar makanan ni. Lapar terus. Ruby suka makanan macam ni. Simple je. Pontian memang marvelous. Bila lah nak ke sana lagi. Wuwuwu

    ReplyDelete
  12. Memang seafood heaven kot kat sini. Semuanya seafood cooked in traditional ways - memang best kot. Mesti bahagia ye makan kat situ - mak lalu pun tak perasan kot haha

    ReplyDelete
  13. hungry hungry hungry.. that is what in my mind now... on my..
    Again ur photo and reviews makes me superb hungry now.. and for sure i will hunt this place to get all the craving fix!!... Lolx

    Racheal

    ReplyDelete
  14. Pergh lauk dia. Kemain rare. Susah ni nak cari menu amcam ni kat KL. Siput tu sedapnyaaa.

    ReplyDelete
  15. Selalu tengok buah pulasan tu tapi tak pernah cuba. Teringin nak cuba buah tu

    ReplyDelete
  16. Ini terbaik! first dish till the last dish semua i suka. Nak cuba soup riau.

    ReplyDelete
  17. Lama tak pergi tanjung piai... ada keluarga angkat dekat sana...

    Perghhhh... pulasan tue...

    ReplyDelete
  18. Nampaknya macam akak akan singgah sini dulu sebelum ke JB. Tak menahan gambar seafood semua ni. TQ sbb share tempat ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...