Friday, February 16, 2018

New York Steak Shack Kini Sudah Diiktiraf HALAL oleh JAKIM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Akhirnya, jejakkan kaki juga aku ke restoran New York Steak Shack nie. Selama hari nie, kalau jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya tu, cuma mampu hai-hai je. Masuk nya tak pernah. Takut. Bukan takut apa, takut harga dia mahal. Maklumlah, makanan daging-daging steak nie kategori makanan mewah bagi aku. Harga pon, sudah pasti tinggi. Itu apa yang ada dalam mind set aku lah. Tapi ternyata . . . . . .


Tapi ternyata, harga makanan di sini, tidaklah semahal seperti yang aku sangka. Harga dia jauh lebih berpatutan berbanding steakhouse dekat luar tu. Plus, portion dia agak besar. Satu hidangan boleh kongsi 2 orang.


Pasti korang tertanya-tanya, kenapa nama dia New York Steak Shack, kenapa tak Paris ke, Rome ke, Delhi ke, Kota Kinabalu ke, betul tak ?? Aku pon tertanya-tanya juga pada mulanya. New York Steak Shack diberi nama New York kerana ia merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan kepelbagaian budaya. Sebuah bandar kepada beribu budaya yang membuatkan bandar New York sangat istimewa. Mengikut sejarah, New York merupakan medium kemasukan warga-warga asing dari luar, ke negara America. Jadi, banyaklah pertukaran budaya yang berlaku di sini.

Disebabkan itu, New York sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Makanan dari pelbagai kaum etnik seluruh dunia, restoran-restoran hebat dan kita boleh dapatkan pelbagai jenis makanan tidak kira waktu. Baik siang, mahupon tengah malam. New York kan mendapat jolokan nama "sebuah bandar yang tak pernah tidur". Sungguh, ini memang benar. Aku telah menyaksikan itu semua sewaktu aku berada di New York 4 tahun lalu.

Time Square, NY. Maaf muka selebet kurang tidur waktu nie

Jadi, sebab itu restoran ini diberi nama New York Steak Shack. Anyway, untuk pengetahuan anda semua, NYSS nie merupakan perniagaan orang Malaysia tau. Bukan luar negara. Huhu

NYSS nie baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2014. Tapi kini sudahpon memiliki 10 buah cawangan. Cawangan yang terbarunya ialah di tempat yang aku makan nie, iaitu di Melawati Mall Kuala Lumpur yang baru sahaja beroperasi pada bulan Julai 2017.


Dan anda juga pasti tertanya-tanya, HALAL ke idokkk NYSS nie ? Sudah pasti lah Halalan toyyiba. Alhamdulillah, New York Steak Shack telah mendapat sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM untuk semua outlet-outlet nya. Jadi, korang tak perlu ragu-ragu lagi untuk singgah makan di NYSS yer lepas nie.

Photo credit to Dboy Studio 

Malas nak berceloteh panjang, mari aku hidangkan korang dengan menu-menu yang aku makan pada malam tersebut.

Big Apple (RM 27.90)

Unik burger Big Apple nie. Pertama kali aku makan sebuah burger yang terkandung hirisan buah apple di dalamnya. Sangat unik rasanya. Rasa manis-manis dari buah epal dan juga nanas sudah pasti menjadi pilihan orang ramai.

Sharing Platter - The Trio Platter (RM 79.90)

Untuk hidangan nie, aku rasa 4 orang pon boleh share. Sebabnya portion dia agak besar bagi aku. Terdapatnya kepak ayam, daging kambing bebola yang digoreng, dan juga ribeye steak. Dan dilengkapi dengan pumpkin rice, pasta dan kentang goreng. Satu hidangan yang cukup lengkap.

Bebola daging kambing tu rasa dia agak mengejutkan. Sedap dan sedikit pedas-pedas. Rasa pedas dia unik. Tak tahu nak describe macam mana. Kepak ayam tu korang wajib rasa ! Sedap baq hang.

Sizzling Ribeye Steak with Crispy Garlic (RM 42.90)

Portion hidangan nie pon agak besar ya. Aku mengambil masa yang sangat lama untuk habiskan the whole dish. Sangat puas hati. Daging dia lembut dan sangat juicy. Tidak kering. Recommended sangat-sangat !

The Empire (RM 27.90)

Nama burger nie diinspirasikan oleh Empire State Building NY. Selain patty burger yang maha enak dan juicy itu, burger ini dilengkapi dengan cendawan dan bawang goreng yang rangup. Di tambah pula dengan sos honey mustard dressing, memang yummmmieeyhhhhhhh !!

Shrooms & Onions (RM 20.90)

Untuk mereka yang menggemari cendawan dan bawang goreng, boleh tambah side dish ini untuk lebih kepuasan. Rangup dan enak. Tambah-tambah cicah dengan sos honey msutard tu. Perghhh !

Pumpkin Soup (RM 7.90)

Ya Allah sedap gila pumpkin soup nie. Pertama kali aku makan soup labu dan ianya sangat-sangat sedap !! Rasa nak refill je banyak kali. Korang wajib order soup ini sekiranya korang bertandang ke NYSS tau. Sangat lemak berkrim rasa dia.

Signature drink - Banana Milkshake (RM 12.90)

Banana milkshake merupakan signature drink untuk NYSS. Rasa dia very pure banana. No perisa-perisa tiruan. Memang sangat sedap milkshake bananan nie. Yang pasti, rasa dia tidak memuakkan. Sngat menyegarkan tekak dikala panas. Juga antara wajib korang cuba.


Cawangan-cawangan New York Steak Shack di Malaysia setakat hari ini,

  1. Mid Valley - Kuala Lumpur
  2. Sunway Pyramid - Selangor
  3. IOI City Mall - Putrajaya
  4. 1 Utama - Selangor
  5. Subang Parade - Selangor
  6. AEON Shah Alam - Selangor
  7. Sunway Velocity Mall - Kuala Lumpur
  8. SOGO - Kuala Lumpur
  9. Alamanda - Putrajaya
  10. Melawati Mall - Kuala Lumpur

Buat masa sekarang. NYSS hanya berada di sekitar Klang Valley dan Kuala Lumpur. InsyaAllah di masa akan datang, NYSS akan buka lebih banyak cawangannya lagi ke seluruh pelusuk Malaysia.

Enjoy the video


Kalau korang nak makan steak yang lembut dan juicy pada harga yang berpatutan, New York Steak Shack lah jawapannya. Jom ramai-ramai datang ke New York Steak Shack yang berhampiran dengan rumah anda.

Thank you New York Steak Shack Melawati Mall for having us !!

20 comments:

  1. Mak aih! Kecur liur tengok menu-menu yang ditawarkan ni zharif! teringin sangat nak cuba Burger Big Apple tu. Unik betul! Tapi menu-menu yang lain pun nampak sedap dan yang penting, diyakini Halal!

    ReplyDelete
  2. Ni memang tempat fav akak. Wehhuuuuu. Nanti nak pi esokkk

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah sah halal so lagi secure nak pergi makan dekat sini.. fuhh nampak tempting semua dishes yang ada dekat new york steak shack ni, baru betul2 pure western cuisine ni

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap la..tak penah try sini lagi tp dr ari tu dok usha je..harga pun ok je..lebih kurang harga chillis..not bad..nnt gi aoen shah alam blh la try ni

    ReplyDelete
  5. OMG tempting nye bila tengok semua menu makanan tu bro. Yes Ty pun memang suka makan kat sini, Alhamdulillah dah takperlu was-was lagi ke sini.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Dah pergi makan yg kat Melawati mall tu memang puas hati dengan rasa dan harga. Berbaloi la. Nanti lepas habis pantang nak pergi lagi

    ReplyDelete
  7. wow baru dapat halal before makan this macam mana ye ? tapi memang tak pernah makan lagi NY Steak house, hahaahhaha kalau ada bajet lebih mungkin nak mencuba akan datang apa pun thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  8. Adehh..tersilap parking sini time perut2 lapat gini.
    Bukak2 blog zharif, terus nampak makanan..adudu laporr nye

    ReplyDelete
  9. Pehh. Tempting sungguhlaa steak tu. Nasib ade dkt aeon shah alam, boleh g try weekend ni.

    ReplyDelete
  10. Tengok sharing platter tu memang menggiurkan. Ni kalau order memang puas hati ni... portion besar. Boleh kongsi2 kan. Menu yang lelain tu pun nampak best. One day boleh ajak kengkawan makan sini la

    ReplyDelete
  11. perghhh sedapnya
    belanja lah den nih hah
    jahahahaha

    ReplyDelete
  12. Sedap2nya semua ni. Platter tu portion agak besar boleh sharing sesama kawan juga

    ReplyDelete
  13. i miss eating steak shack. damn now im hungry

    ReplyDelete
  14. Burger apple?? First time dengar...boleh cuba nanti ni, kita kena rasa sendiri kan nak tahu kesedapan dia..lain org lain citarasa ya tak? Ok nanti nak gi cuba...:D

    ReplyDelete
  15. NY Shack Steak memang sedapn..memang menjadi pilihan akak kalau buntu x tau nak makan apa masa jenjalan kat 1 Utama..teeasa keenakkan ribeye steak dia..erm..kena terjah lagi ni

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa semua makanan tu. nampak NYSS ni nanti bolehlah try sekali. harga pun boleh tahan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. banyak portionnya. memang patut mahal.

    ReplyDelete
  18. Wah! lagi best now muslim can dine there without hesitation.

    ReplyDelete
  19. Oh my! Hidangan super besar...and I did not know that it was run by Malaysians...damn! Super proud!

    ReplyDelete
  20. Giler lah portion dia besar gedabak. Sesuai dengan harga. Memang kena cuba. Dekat je rumah dengan Melawati Mall nii ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...