Saturday, February 6, 2016

3 Clueless Tourists In India : VISA India

Assalamualaikum and good day everyone !

Sebelum aku cerita dengan details pasal jelajah India aku, adalah lebih baik aku cerita pasal nak buat visa terlebih dahulu. Jangan pandang negara India sebelah mata, nak datang sana lebih kurang macam nak datang US tau. Kena ada visa. Leceh tau visa-visa nie. Menyampah sangat.

Aku buat visa nie awal bulan November, 12 November 2015. Kitorang travel ke India 20 January 2016.


Kebetulan sangat masa aku cuti mid semester tu, kawan aku yang belajar dekat India balik ke Malaysia. So dia lah yang banyak tolong kami bertiga untuk isi application visa nie. Memang rumit gila ko tahu tak. Apa yang tak boleh blah, yang aku rasa pasal negara India nie ialah, dia macam tak kasi kita sembarangan datang sana kalau tak ada kenalan di sana, even as a tourist. Dalam satu ruang application form tu, kita kena isi details pasal kenalan kita yang berada di India.

Motif sangat kan ?

Kalau memang tak ada kenalan di India, bodoh-bodoh nak datang sana, so maksudnya tak boleh nak datang ke ? Ewahhnya. Pokok pangkalnya, memang aku menyampah gila bab-bab nak apply visa nie. Seriously menyusahkan.



Lagi satu, bab visa India nie, ko jangan lah buat silap. Even silap sikit, ko kena bayar denda RM 20 untuk betulkan kesilapan tu. Memang tak ada toleransi. Lagi-lagi kalau ko dapat manusia kesumat masa dekat kaunter tu. Memang tak boleh nak bertolak ansur langsung.

Kami silap isi duration validity visa tu. Kitorang bubuh 1 bulan, yang mana sepatutnya 6 bulan. Masa dekat kaunter masuk tu, dia kata tak apa. Tak perlu risau sebab dorang memang akan bubuh 6 bulan. So kami dah rasa lega lah masa tu. Tapi bila dah sampai dekat kaunter si muka kesumat tu, dia suruh kami bayar or else visa kitorang valid untuk sebulan je dari tarikh ia dikeluarkan. Eh kesumat betul perempuan kat kaunter tu.


So, kalau nak buat visa India nie, kena lah buat betul-betul okay. Jangan silap sikit pon. Nanti dapat kaunter perempuan kesumat dekat India Embassy tu, tak pasal-pasal satu form kena bayar 20 ringgit.

Visa India nie siap dalam masa 3 hari waktu bekerja je. So kalau ko nak travel bulan Januari, boleh start buat visa November or December. Validity visa make sure 6 bulan dari tarikh ko buat tu. Kalau tak, nanti kena macam kitorang. Kena bayar denda.


Nak buat visa, kesemua pemohon visa kena datang ke kedutaan India nie. Nak collect visa, cukup cuma wakil je yang pergi pon tak apa. Kedutaan India nie dekat dengan area Masjid Jamek. First time jejakkan kaki ke Masjid Jamek. Seriously. Selama nie ingat tempat tu hanya sekadar nama, rupanya memang betul ada masjid dekat situ. Lol.


And btw, lepas dah baca post nie, jangan tanya or email aku pulak untuk tanya macam mana nak isi application visa nie, aku memang tak tahu and tak nak ingat lagi dah. Tanya orang lain. Kbai.

Yang pasti, JANGAN BUAT SILAP ! Kalau rasa susah sangat, buat je silap banyak-banyak, then bayar je 20 ringgit and biar orang tu isikan form tu semula. Still 20 ringgit jugak kena denda. Daripada buat betul-betul, then tersilap sikit, kena jugak bayar 20 ringgit. So lebih baik saja-saja buat silap. Hahahaha

See ya !

3 comments:

  1. Good tips. Haritu ada juga buat visa untuk pergi India. Not bad juga la the process.
    Anyway, Saw your journey photos. Cool one. Macam nak pergi India but my visa dah expired.

    Tak sabar nak tengok you share all your experiences :)

    ReplyDelete
  2. Ada baca juga pasal orang ada salah isi maklumat pasal visa India ni. Lepas tu kena denda macam kau ni. Tak jadi nak pergi India lah kalau macam ni.

    Sesungguhnya US visa juga aku rasa paling senang nak buat. hahaha!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dik. Haha kesian ko terjumpa org kesumat tu hahaha alang2 buat salah sikit kena cas, baik silapkan semua ye. Hahaha lawak dik punch line sampai ;)

    ReplyDelete