Friday, December 4, 2015

CLEAR Event : Hi-Tea Bersama Shaheizy Sam

Assalamualaikum

Sudah tiba masanya untuk bercerita pasal Hi-Tea bersama Shaheizy Sam nie. Aku actually tengah tunggu gambar dari PR yang uruskan event nie, she asked me to give her a week, end up almost a month tak dapat lagi. Hahaha.

Takpe lah, berbekalkan gambar-gambar yang ada dalam kamera aku nie, kita update yea.

*Gambar teaser*

Aku menang contest yang dianjurkan oleh Nisa Kay. Boleh refer blog beliau di sini : LINK . Alhamdulillah rezeki aku, maka dapat lah aku ber Hi-tea dengan Shaheizy Sam. Event nie berlangsung pada hari Khamis bersamaan 29 Oktober 2015 di Majestic Hotel Kuala Lumpur. I skipped my Thursday's classes to go to this event. Professor aku tahu nie, mati aku weyh. Since aku nie jarang lah jugak skip kelas, jadi sekali-sekala tu apa salahnya.

Aku bertolak dari Tanjung Malim ke KL Sentral seawal jam 5 pagi. Gigih pagi-pagi call prebet suruh hantar ke KTM Station. Nasib baik abang prebet tu sudi hantarkan dengan harga yang berpatutan. First time aku naik train seawal pagi itu. 5 pagi dah ada dalam train. Tanjung Malim to KL Sentral takes 2 hours so sebab tu naik train jam 5 pagi tu.


Dalam email Nisa suruh datang dalam jam 8.30 pagi. Sebab tu gigih naik train jam 5 pagi tu. Sebaik sahaja aku sampai KL Sentral, aku start cari shuttle yang bawak penumpang ke Majestic Hotel. Before i went to the event, i did some research about Majestic Hotel. Where it is located and how to go there by public transport and stuff. So i went through one blog said that there's shuttle prepared by Majestic Hotel for its customer to go to the hotel from KL Sentral. And it's for free. Isn't that great ? So aku pon start lah mencari. Alhamdulillah jumpa.


Sangat mudah perjalanan aku pada hari kejadian. Dan aku sampai kat hotel tu awal. Dalam jam 7.30 pagi macam tu. Semangat kan datang awal-awal. Sampai-sampai je aku cas phone aku bagi penuh because i knew that it was gonna be a longggg day. Dan aku juga mengambil kesempatan masa yang ada untuk tidur. Dekat Majestic Hotel tu banyak ruang-ruang menunggu. Dan memang banyak sangatlah sofa-sofa yang empuk lagi meng-empukkan. Maka aku pon tertidur. Almost one hour jugak lah aku tidur. Untung tersedar tau.




Bila tersedar tu, aku pergi turun ground floor, nak tengok kot-kot semua dah sampai ke belum. Ternyata hampir semua dah berada di situ. Tapi masa tu Nisa dengan Yuyu belum sampai lagi. Aku dah excited sangat masa nie tau untuk jumpa dua figura blog yang sangat aku minati semenjak awal penubuhan Jejakakaula nie.



Iols sangat teruja melihat keindahan dan kemewahan Majestic Hotel nie. Ya Allah, rasa macam tak layak rasanya nak masuk sini. Seriously cantik and super bersih. One thing for sure, mestilah kena cek toilet dia. Once i stepped in to the toilet, rasa tergamam. Tak rasa macam toilet pon ada. Bersih sangat weyh. Bersih dia sampai ko boleh baring dekat lantai tu. Village people masuk bandar sangat tau perangai.




Masa nie kami tengah tunggu kehadiran seorang Nisa Kay. Rasa excited sangat nak jumpa Nisa for the first time. Then she walked in and greet everybody. Sangat cantik Nisa nie. Yang penting sangat peramah okay. Peramah dia macam dah kenal since bayi lagi. Ko ghase ? Her communication skill is very good.

Once everybody arrived, we were brought to a saloon near Pavillion kalau tak silap. Aku tak tahu dekat mana, yang pasti saloon tu dalam hotel. Pon hotel mewah jugak. Tak tahu nama hotel tu apa, lupa.

Nama saloon nie ialah The Edge Hairstudio.


I have no idea what was about to happen. Masa tu rasa ragu-ragu lagi tau. Iye ke tak nie, kang kena bayar mampus aku nak keluarkan duit. Nisa masa nie dah pergi ke ruang muslimah untuk buat rambut. Tinggal lah kami bertiga yang tak tahu apa-apa nie kat situ. Sekali ada orang saloon tu masuk, kalau tak silap, dia pemilik saloon tu. Dia tanya "Are you guys the models for CLEAR ?".

And we were looking each other confusingly like "Eh kita ke ?". Walaupon wajah kami bertiga sudah persis model antarabangsa tapi kami tak ada lah starightly mengaku. Kami sangat humble lagi menyembah bumi. Yang kitorang tahu, kitorang akan di makeover untuk berjumpa Shaheizy Sam. Itu je. Tak ada pulak suruh jadi model CLEAR ke apa.

Kami pon redha dengan ketentuan ilahi, dan meng-iyakan jelah pertanyaan orang tadi tu. Lol


And all these makeover sponsored by CLEAR.

Kebetulan sangat masa nie rambut aku memang dah panjang sangat. Tak terpotong-potong. And frankly speaking, aku selalu potong dekat kedai gunting rambut biasa je. Iols tak mampu nak pergi saloon-saloon nie. Alhamdulillah, rezeki dapat makeover nie, merasalah hasil tangan orang professional, mau nya tak gembira dik non.

First tu, dorang buat make up dulu. Then dah selesai, dorang basuh rambut pulak. Masa basuh rambut nie merupakan detik paling best, dia siap massage kot kepala aku nie. Seriously best gila. Rasa nak tertidur pon ada masa tu. Lepastu baru lah dorang potong rambut then style kan rambut tu.


I was very excited to get my hair done by the professional. I fail when it comes to styling my hair. So when the hairstylist asked me what kind of style i want for my hair, and i said it "You're the professional, do whatever you want, i trust you". Gitueee tau.

Dan inilah hasilnya . . . . . .


Sebelum dan selepas

I never felt this confident with this brand new look of me. Siap bermonolog dalaman mengatakan tak ada lah desa sangat penampilan aku nie rupanya. He did a very good job. Aku rasa macam nak bawak balik hairstylist tu simpan dalam poket. Can i keep you forever ?


Masa sesi makeover nie rasa macam retiss sangat tau. Dorang tengah buat hair and make up tu semua, the people from PR who manage this event asked us what food we wanted to eat. They were going to get it for us. I was like ohmaigadddd. Is this really happening. Inilah kehidupan yang aku dambakan. Sambil cubit-cubit pipi. Gituewwwwww.

Beautiful Nisa is beautiful

Dah selesai makeover semua orang, ada sesi bergambar sekejap. Malangnya i have none of the photos. So tak ada lah modal nak upload gambar bergambar depan The Edge Hairstudio tu sambil pegang CLEAR Products.


Right after that, kami balik semula ke Majestic Hotel untuk ber Hi-Tea. Masa tengah menunggu nie lah baru Yuyu datang. Yuyu tak join pergi makeover because of family matter. Petang tu dekat event nak mula baru dia datang. Masa nie aku dah macam tak keruan sikit. Rasa nak nangis. Starstruck moment sekejap masa tu. Finally i met Yuyu after all this years berkecimpung dalam dunia blogging. She's very cute indeed.

Told ya, she's very cute

That's the product yang dipromosikan, keluaran terbaru CLEAR

I sat next to Nisa. While Nisa sat next to Yuyu. Manakala abg Shaheizy Sam duduk betul-betul depan Nisa. So memang dekat sangat tempat duduk aku. Aku dah risau dah masa nie. Takut-takut abg Sam tanya pasal movie Polis Evo dia yang maha hebat sambutan nya tu. Mampus aku.


Mana tak nya, iols nie jenis tak tengok wayang jadi segala jadah movie dekat cinema memang tak tengok lah. Maaf abg Sam, bukan tak nak sokong ke apa, cuma memang tak tengok wayang. Tak tahu lah bila dapat tengok cerita Polis Evo nie. Sampai laa nie tak tengok lagi.


Sebelum majlis bermula, ada sepatah dua kata daripada pegawai keselamatan hotel tu. Is him a security officer of the hotel ? I'm not sure about that. Yang pasti dia bagi informasi laluan-laluan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sewaktu dengannya. He was very funny when he explained all the stuff. I just can't.


Shortly after that, abang Shaheizy Sam pon sampai. Wehooo. Semua dok bersorak-sorak masa nie. Jumpa retis mestilah gembira ye dakk ? Segak abg Sam nie.



Sebelum majlis minum petang tu bermula, ada sesi bergambar terlebih dahulu. Dapat berdiri tepi sekali, nasib baik muka masuk frame. Kalau tak masuk, mahu menangis balik rumah tak dapat nak canang dekat orang kampung.



 The bloggers and the winners of CLEAR contest. 

Lepastu barulah makanan sampai. Aku masa nie memang dah lapar sangat. Tak sabar nak makan. All the dessert looked very sexy. I can't wait to grab all of them at once. No, kidding. Majlis Hi-tea dengan retis mesti kena jaga tatasusila dan menyembunyikan perangai inner desa ku.



Tapi malangnya, i didn't even tasted any of these

Masa nie dah kenyang sangat. So macam rasa tak nak makan lagi. Macam mana aku begitu sanggup menolak bebola itu ? You were just plain stupid Zharif. This opportunity don't come often. You should have bedal everything they offered.



Tempat kami ber Hi-tea nie dekat Orchid Room dalam Majestic Hotel tu. Masuk sini seriously wangi gila. I guess the pleasant smell came from the fragrance they gave us. Something related with sakura extract i supposed.

Memang wangi sangat.



I'm not sure whether those orchids are real or not. I really can't tell based on the photo above. Aku rasa aku ada pegang orkid-orkid tu, tapi tak ingat lah sama ada dia real ataupon fake. Lets just assume it's real. Okay ?


Abg Sam nie memang peramah orangnya. Rajin layan kerenah peminat. Aku tak tahu nak cakap apa dengan abg Sam so just dengar perbualan orang lain dengan dia macam tu macam tu je. Lepastu ikut ketawa sekali. Jadilahh. Tak ada lah sendu sangat jadinya aku kat situ.


Selongkar post-post lama, ada pon gambar nie

I've met Abg Sam once, in the year 2011. At that time, i just finished my SPM and working at Pak Li Kopitiam Banting. Masa tu juga, dia baru menang title Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010. Tak sangka jumpa lagi tahun nie di mana dia menang title yang sama. Hihi. I hope it is not too late to wish congratulation.

Congrats Abg Shaheizy Sam ! =)

Not much different, cuma mungkin beza dari segi berat badan. Dulu berisi sikit, sekarang kurus.


I was actually more excited to talk to these two bloggers than others. Jangan marah. Hihi. Since aku duduk sebelah Nisa, so banyak lah dengar cerita-cerita dia. Though i didn't asked any question, i just listened. Orang lain yang tanya, aku just tumpang sekaki dengar sekali. Nisa shared about her blogging experience. How she earns money and stuff, she even gave some tips on how to blog efficiently. Sangat berguna sesi sharing itu.

BTW kan, Nisa nie mempunyai suara husky. Orang perempuan kalau suara husky macam nie, nyanyi mesti sedap. Just like Rihanna. Wahhh ! Bagi contoh Hollywood terus kau. Ratu rock tanahair, Ella, tak nak pulak bagi contoh.


Dan seorang Yuyu pulak, Allahu. Yuyu nie sangat humble orangnya. Kalau kita puji dia, dia senyum sambil berkerut menidakkan pujian itu. Cara bercakap sangat sopan santun and very soft spoken. Tak tahu kenapa, aku rasa nak menangis bila bercakap dengan Yuyu meluahkan betapa tak sangkanya dapat berjumpa dia face to face.



Majlis pon berakhir dalam jam 5 petang macam tu. Kami semua beransur pulang. Me and the other two winners took the shuttle prepared by Majestic Hotel, to go back to KL Sentral.

Here they are. Nasib baik lah ada dorang berdua nie. 
Tak ada lah aku krikk krikk sangat dekat event tu

Then pulang lah aku ke Tanjung Malim semula. Ingat nak terus balik Banting. Tapi aku ada program pulak keesokkan harinya tu. Terpaksalah ke Tanjung Malim semula.

Nice car you got there Abg Sam 

Balik tu rasa sayang pulak nak mandi. Takut tak dapat nak stylekan rambut tu balik. Lahh betul ! Memang tak dapat. Failed miserably *nangis dekat bucu bilik*


Tak pulang dengan tangan kosong. Dapat goodies bag yang terkandung segala benda bawah nie. Thank you CLEAR !


I want to thank Nisa Kay for choosing me to be your contest winner. I'm glad u chose me. Thanks for the incredible experience. I had so much fun. Hope to see you and Yuyu again someday, and also other bloggers and contestants. And Abg Shaheizy Sam too. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi naa.


This video below sum up everything of what happened on that day. Made by Nisa Kay. Thank you Nisa !


Thanks to CLEAR Malaysia for the event. Indeed, it was a very nice catching up moment between the fans and the celebrity. Hopefully, there will be another kind of this event in the future. I'm looking forward for it.

5 comments:

  1. Memang nampaklah yang kau starstrucked dengan Nisa Kay & Yuyu tu! Aku faham macam mana perasaan kau tu, Zharif. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. rambut tu teruih jd smart giler.

    ReplyDelete
  3. Wahhh untung la. Tapi rambut baru tu buat awak lagi smart la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...