Wednesday, December 23, 2015

Celebrated Christmas For The First Time

Assalamualaikum and good day everyone !

I'm in a study week now, before finals take place on next week. Instead of studying, i choose to update my blog. Tangan nie dok gatal sangat nak update. Asyik dok mengarang ayat dalam otak je sambil tengah belajar (Belajar ke?). So itu maksudnya aku kena curahkan ayat-ayat imaginasi tadi dalam blog aku sebelum semua benda tak boleh nak buat dik kerana syok sangat mengarang ayat dalam otak.

Sempena hari Christmas yang bakal tiba nie, aku terpanggil untuk update cerita krismas aku tahun lepas in which it was my first time ever celebrating Christmas. What a wonderful experience i would say. I celebrated it with Alex's family, together with the Japanese, Taka, Eri and Shiori. Rasa bersyukur sangat sebab Allah permudahkan hari-hari terakhir aku semasa di America dengan menghadirkan insan-insan yang baik ini. Aku menumpang di rumah Alex.

Flight balik Malaysia 27 December 2014. Percutian aku selama 10 hari sebagai tourist homeless berakhir pada 23 December. So dalam jangka masa 4 hari sebelum tarikh flight aku tu, aku tak tahu nak stay dekat mana. Nasib baik lah si Alex nie pelawa aku untuk sambut krismas dengan keluarga dia. Dia pelawa dari awal bulan November kot. Alhamdulillah. Kalau dia tak pelawa aku, mati kutu aku, tak tahu nak duduk dekat mana weyh.


Since aku nie suka cerita detail, so adalah lebih baik aku bagi tahu tarikh kejadian tu berlaku supaya korang tak confuse. 23 November tu bapa Alex pick up aku, Taka, Eri, Shiori dan Alex dekat Atlanta Airport. Budak-budak Japanese dengan Alex tu semua bercuti ke California. Aku je sensorang pergi New York. Kitorang memang decide nak balik ke Atlanta Georgia tu pada hari yang sama, so that tak payah pick up sampai dua kali. Dari airport nak ke rumah Alex nie ambil masa 2 jam 30 minit kot. Mereput. Sampai rumah Alex semua terus terbongkang tidur sebab penat sangat bercuti. So tak buat apa sangat pon masa 23 December nie.

24 December, bangun pagi kami disediakan sarapan yang maha enak. Mak si Alex nie suka masak benda-benda pastri seperti pie, blueberry muffins, pancakes and banyak lagi lah. OMG, It was crazily delicious. Sangat sedap okay ! Blueberry muffin dia sangat terbaik. Bab makan dekat rumah Alex nie, memang win. Semuanya sedap-sedap.


Gambar atas nie pulak menu makanan tengahari. Parents Alex tahu aku tak boleh makan daging and ayam so dia sediakan udang tu. That was a very thoughtful of them to do that for me. I feel blessed. Thank you so much. Udang dia besar-besar kot. Aku nie memang hantu udang. Happy Zharif is happy.


Masa nie sibuk menghias rumah, decorating the house with all the Christmas's stuff. It was really great. Meriah je rumah tu selepas dihias. Lepastu ayah Alex ajar kami yang international nie hias stocking. Alaa stockin yang digantung dekat chimney a.k.a tempat bakar kayu-kayu untuk panaskan rumah tu. Mesti pernah tengok kan dalam cerita Mr. Bean ? Tipulah tak pernah. So we made that on that day. Alex's father taught us how to decorate it. It was very fun. We can customize our own stocking with our own creativity.

Boleh saksikan video semasa ayah Alex nie mengajar kitorang buat benda alah nie dekat video bawah nie


Taraa ! Inilah stockin yang aku buat.

Sebelum dan selepas

Dan lepas glue tadi tu keras and benda tu kering, kami gantungkan dekat tempat bakar tu. So tunggulah pada pagi krismas apa yang akan ada dalam stokin tu. Excited kot masa nie. Tak sabar nak tengok apa yang akan kami dapat.

Belah petang nya pulak, kami ikut parents Alex pergi church berdekatan. Ada sesi bible study lah lebih kurang. Tak tahu lah nak panggil acara tu apa benda. Masa kat rumah, parents Alex siap bagi tahu kami awal-awal yang dorang tak berniat untuk buat kami tukar agama ke apa. So kalau nak ikut, silakan. Kalau tak nak, pon tak apa. Hahaha comel je.

Sudah tentu lah kami nak ikut. Nak experience how they celebrate Christmas kan. Bila lagi nak merasa. Dah balik Malaysia nanti memang idok lah nak masuk gereja. Nanti tak pasal-pasal kena kecam dengan jiran tetangga. Lagipula, sedangkan masjid pon harapkan seminggu sekali je datang, inikan pula nak masuk tempat ibadah agama lain. Memang tak terkunjung lah alamatnya.


Masa nie ada satu sesi tu, di mana mereka sediakan roti dengan red wine. Roti lah kot benda tu, aku pon tak pasti. So roti tu nanti akan dicicah dengan red wine as a symbol of i'm not quite sure. Forgot already. Sape yang nak cuba dipersilakan. Kalau tak nak pon tak apa. Aku cuba tak ? Ko gila aku nak cuba. Me and Alex were just sitting there looking all the people queuing for that. The Japanese semuanya try. Teringin katanya.

Next morning, 25 December 2014. It's Christmas day ! So kami pon meluru ke stokin masing-masing untuk tengok apa yang terkandung dalam tu. Dan inilah apa yang terkandung dalam stokin aku tu.

Thank you for all the lovely gifts =)

Satu kotak pencil tu seriously cantik. Setiap stokin dapat lain-lain hadiah. So nasib lah dapat apa. Rata-rata semua dapat alat tulis and gula-gula. Dan bukan itu sahaja, kami juga dapat hadiah. Hadiah yang diletakkan di bawah pokok krismas. Double gifts double the happiness. Yeayy !!


Pagi tu sesi bukak hadiah. Menarik jugak konsep-konsep hadiah nie. Kalau rasa nak bagi ahli keluarga kita hadiah, kita bungkus then letak senyap-senyap bawah pokok krismas nie. Pagi krismas baru boleh bukak hadiah-hadiah tu. Bukak hadiah satu-satu. Tengok semua orang dapat apa. Best sangat masa nie.

I got a scarf. I wish i got that earlier. I could really use that when i was in New York. 
New York was freaking cold. OMG i just can't.

Later that evening, ada Christmas dinner. Kami pon duduk lah satu keluarga dekat meja makan.


Benda yang dibungkus macam gula-gula tu macam mainan Ding Dang. Ada mainan-mainan kecik-kecik. Nak bukak benda tu kena pulas then dia akan meletup dan terkeluarlah segala jadah mainan dalam tu.


Salah satu mainan yang ada dalam bungkusan tu ialah topi yang kami pakai nie. Kami semua pakai topi tu masa dinner. Kelakar pon ada. Tapi best lah. Sebab kami semua tak biasa and ada yang tak pernah (Me) sambut krismas, jadi semua yang disuruh buat, kami ikut je.


The dinner was really good. Alex's mother cooked this green curry fish using coconut milk. I think it was green curry fish. Anyway, his mother said the dish was pretty delicious, which is true. It was really delicious. She never cooked something like that before. And she also said that she should cook it more often next time using the coconut milk. For us Malaysians, we already use to cook dishes with coconut milk, but for American, i guess, coconut milk is still pretty rare to use in cooking.

Dia masak green curry fish tu khas untuk aku weyh. Siap cari resepi dekat google tau. Terharu aku.


Selain itu juga, mak dia ada masak dessert. I forgot what pie was that. Tapi sayangnya, aku tak dapat merasa pie tu. Bukan tak dapat, ianya more to tak boleh. Sebab kebetulan masa mak dia buat pie tu, dia ikut resepi dalam buku, dia pi campur dengan sedikit arak dalam acuan tu. So aku dah ternampak benda tu, jadi tak boleh lah nak makan. Kempunan aku jadinya. Tengok sangat menyelerakan. Tapi tak apa, banyak je lagi dessert lain yang aku boleh makan.



It was a good Christmas dinner. Banyak yang kami belajar pasal perayaan krismas nie. It was indeed a very wonderful experience, got the chance to celebrate my very first Christmas, with the Japanese and Alex's family. I can't thank them enough for all the good thing they did for me. They were so nice. Very very nice. They really took a good care each and everyone of us during our stays. May God bless this beautiful family with healthiness and endless happiness.

Cheers !

Merry Christmas to everyone who celebrates it. May you have a wonderful Christmas with your love ones. Enjoy the holiday for me ! I have to study for my finals. Next week on Monday 28th December is my finals. So, wish me luck and doakan semoga dipermudahkan dan diterangkan hati semasa menjawab exam-exam tu nanti.

Itu sahaja lah cerita pengalaman pertama kali menyambut krismas semasa keberadaan diri ini di sana. Aku bagi laluan cerita krismas nie dulu yer. Nanti aku sambung balik cerita percutian aku sebagai homeless tourist untuk hari yang keenam pulak. Tapi tak tahu lah bila nak terupdatenya pon.

BTW kan, sepanjang aku kat rumah Alex nie, aku banyak habiskan masa packing barang dalam luggage. Sumbat semua benda dalam luggage then timbang. Terlebih dari limit yang ditetapkan, aku keluarkan balik. Then timbang semula. At the end, banyak barang aku tinggal weyh sebab luggage terlebih berat. Sedih rasanya. Menyesal datang America bawak barang banyak-banyak. Mostly bawak baju lah. Padahal tak guna semua pon baju-baju tu.

 See ya next post ! *sambung study*

5 comments: